'Eh, awak tau tak, ustaz MMM tu baru nikah nombor dua?"
"Yakah? Bila? Dengan siapa?"
" Baru beberapa hari lalu. Dengar kata, bini dia yang carikan. "
" Oh, dapat payung emas la bini dia [dari mana pula datangnya istilah payung emas ni, tak jumpa pun dalam al-Quran dan hadis]. Kenapa pula tiba-tiba kahwin dua?"
" Dengar cerita, bini dia yang carikan. Perempuan tu asalnya pekerja dia, bukan orang kita."
" Orang kita tak laku lagi ker?" [dalam fikiran saya, kalau itu orang kita, awak akan benarkan kalau suami awak kahwin?]
Wanita-wanita itu terus bergosip.
Saya dengar dari jauh. Nak elak tak boleh kerana suara mereka agak kuat kedengaran. Dah hampir dua minggu ustaz tersebut mendirikan 'masjid kedua' tetapi berita itu masih hangat diperkatakan orang. Apa yang menarik sangat tentang lelaki berkahwin dua, tiga atau empat, sehingga tak habis-habis diperbualkan orang? Kerana kagum, kerana hairan atau... kerana takut? Bukankah lebih baik jikalau mereka yang diberitahu mendoakan kebahagiaan pasangan yang baru menikah itu, daripada terus-menerus menyebarkan berita dan bergosip? Mengagak-agak mengapa si isteri benarkan, mengapa ustaz berkahwin, siapa dan begaimana mereka berkenalan. Ahh, kalau silap cakap bukannya mendapat pahala tetapi menambah dosa.
Mungkin kerana budaya Melayu yang menitikberatkan wanita melayan suami dengan sebaik mungkin dengan amaran bahawa isteri yang lalai akan [hairan, mengapa Melayu guna istilah 'madu'?] dengan wanita lain menjadi mereka begitu sensitif [fobia?] dengan fenomena kahwin dua ini. Yang selalu saya dengar [maaflah ya, saya tidak dibesarkan dengan budaya Melayu] daripada kawan-kawan Melayu adalah, suami akan berkahwin lain jikalau gagal mendapat layanan baik di rumah. Oleh itu, isteri-isteri perlu berhati-hati supaya tidak diceraikan atau dimadukan. Kalau suami kahwin lain, isteri disalahkan kerana dianggap isteri tidak pandai melayan suami, suami pula 'gatal' dan tidak bertanggungkjawab, isteri baru pula dituduh penggoda dan pengacau. Jarang sekali kedengaran merek yang bergosip itu menerima sebagai takdir yang ditentukan Allah. Tanggapan masyarakat tidak semestinya tepat dan benar kerana suami bernikah lain kerana pelbagai sebab [jarang pula ditanya kepada suami mengapa nikah lain].
Masyarakat Melayu walaupun tahu bahawa berkahwin sehingga 4 orang dibenarkan oleh agama Islam, masih susah untuk menerimanya. Media suka memaparkan kisah mereka yang tidak bahagia dalam poligami, sehingga menambahkan fobia wanita Melayu untuk menerimanya. Filem dan drama menjadikan kahwin lebih seorang sebagai lawak jenaka. Malah ada pihak pula yang beria-ia untuk menjadikannya haram. Mungkin kerana Islam membenarkan seorang Muslim beristeri sehingga 4 orang, maka ia menjadi ketakutan wanita-wanita Melayu Islam di rantau ini. Tanyalah mana-mana wanita Melayu pun, tak ramai yang akan menyatakan kesudian untuk menerima kehadiran isteri lain kepada suaminya sehingga ada yang lebih sanggup bercerai daripada berkongsi. Senario lelaki berkeluarga lebih daripada satu masih kurang diterima, walaupun dewasa ini sudah banyak juga lelaki yang berpoligami dengan jayanya. Maka gosip-gosip masih berlaku. Di kalangan wanita, mereka heboh memperkatakan seolah-olah ia perkara luar biasa untuk isteri pertama menerima dengan baik kehadiran orang kedua, di kalangan lelaki pula seolah-olah suami itu hebat kerana berjaya mendirikan masjid baru. Kalau perkara itu dah biasa dan diterima masyarakat, mungkin orang dah tak kisah lagi, bukan?
Tapi kalau kita berada di benua Arab, fenomena suami beristeri ramai satu perkara biasa, malah ada isteri yang dengan senang hati mencarikan isteri baru untuk suaminya. Ada wanita tempatan yang mengatakan bahawa memanglah lelaki di situ mampu kerana semuanya kaya-raya. Tetapi bagi saya yang jahil ini, bukan soal kekayaan yang menjadi kayu pengukur kepada kelayakan lelaki untuk berkeluarga banyak; dalam Islam dinyatakan bahawa dia perlu berlaku adil. Kalau suami yakin dia boleh berlaku adil dari segi pemberian nafkah dan giliran seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, dia yang bertanggungjawab untuk menjawab di hadapan Allah swt kelak. Apa pula yang disusahkan oleh orang lain, terutamanya mereka yang tiada kaitan kekeluargaan dengannya?
Bagi wanita bukan Islam pula, mereka tidak bimbang kerana lelaki bukan Islam mengikut undang-undang hanya dibenarkan beristeri seorang sahaja. Yang lain itu dianggap wanita simpanan dan anak-anak yang lahir hasil perhubungan mereka adalah anak luar nikah. Oleh itu mereka berkemungkinan menutup sebelah mata dan tidak kisah dengan kehadiran wanita simpanan suami mereka asalkan mereka terus mendapat status isteri dan diberi nafkah hidup, walaupun suami mereka berzina di luar rumah. Malangnya keadaan ini juga berlaku di kalangan segelintir wanita Islam hari ini, yang bersikap tidak kisah tentang kegiatan suami mereka di luar asalkan suaminya tidak sah menikah lain. Alangkah malangnya keluarga sedemikian, kerana mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Apabila suami kena cekup dengan pegawai pencegah maksiat, barulah kelam-kabut.
Kebimbangan wanita akan kemungkinan suami mereka berkahwin lagi seorang boleh menyebabkan mereka bersikap dingin dan keras terhadap wanita lain. Awaslah terutamanya mereka yang diketahui berstatus janda dan ibu tunggal.
"Isshhh, geram saya. Tiba-tiba dia datang serang saya, bagi amaran agar saya tidak mendekati suaminya. Saya tak kenal pun siapa suami dia!" keluhan yang biasa kedengaran dan juga pernah saya sendiri luahkan.
Masalah wanita berstatus janda dan ibu tunggal yang menjadi target serangan pihak yang tidak bertanggungjawab dan berburuk sangka menyebabkan keadaan mereka semakin susah dan tertekan.
Hairan juga saya [kerana pernah melaluinya sendiri dan melihat berlaku kepada wanita lain] mengapakah masyarakat begitu memandang serong dengan janda dan ibu tunggal?
Sudahlah hidup mereka lebih susah jikalau dibandingkan dengan isteri-isteri lain yang masih boleh bergantung pada suami masing-masing, tambah pula dengan sindiran, amaran dan gosip-gosip liar yang dilemparkan terhadap golongan ini. Memang diakui ada di kalangan mereka yang sengaja mencari masalah, tetapi bukan semua bersikap begitu. Ramai janda dan ibu tunggal yang lebih suka hidup sendiri dan cuma berharap agar tidak diganggu oleh suami orang mahupun mereka yang mahu mengambil kesempatan.
Mengapa ada Muslimah yang juga melayan golongan janda dan ibu tunggal dengan pandangan serong? Pantang dilihat berpakaian cantik dan berhias seperti wanita lain, ada sahaja tuduhan yang dilemparkan, kononnya mahu menggoda lelaki lain. Salahkah wanita itu berpakaian cantik dan kemas terutamanya ketika keluar bekerja? Jikalau mereka yang bergelar isteri boleh keluar rumah dengan berpakaian cantik, mengapa wanita lain tidak boleh malah dipandang serong semata-mata kerana dia bukan lagi berstatus isteri? Tidak boleh dilihat bercakap dengan suami orang, siaplah nanti diserang dengan mata laser atau amaran keras wanita lain supaya menjauhkan diri daripada suami mereka. Sedangkan yang sering mencari alasan untuk berbual adalah suami mereka sendiri!
Sepatutnya kita wanita yang bergelar Muslimah bersikap lebih baik daripada mereka yang bukan beragama Islam. Kita dimuliakan dalam Islam, diberi hak yang tiada dalam agama lain. Namun kita juga yang sering menjatuhkan maruah sendiri dengan bersikap negatif terhadap saudara-saudari seagama kita, yang bernasib lebih malang daripada kita kerana diceraikan oleh suami atau ditinggalkan oleh suami tanpa sebarang berita.
Hal ini telah menjadi pengetahuan umum di kalangan mereka bukan Islam, sehingga ada kawan wanita bukan Islam yang bertanya kepada saya apabila mengetahui saya telah memeluk Islam, " Tak takutkah kalau suami awak [yang tentu juga beragama Islam] nanti berkahwin lain? Bukankah lelaki Islam boleh beristeri empat?"
Jawab saya?
"Takut apa? Bukan semua lelaki Islam akan berkahwin empat, yang beristeri dua pun tak sampai 30%. Lagipun bukankah berkahwin itu lebih baik daripada membiarkan suami berzina dan menyimpan perempuan simpanan seperti yang dilakukan oleh sesetengah suami bukan Islam? Awak sendiri pastikah suami awak tu tidak akan mempunyai wanita simpanan?"
Wahai Muslimah, usahlah melayan perasaan dan bersangka buruk! Mungkin hari ini kita memandang rendah dan berfikiran negatif terhadap mereka yang berstatus janda dan mereka yang ditakdirkan hidup berkongsi suami, tetapi kita sendiri belum tahu apa yang Allah swt sediakan untuk kehidupan kita pada keesokan hari. Mungkin pada hari ini kita bersikap bangga dan sombong dengan status kita sebagai isteri orang, boleh jadi esok Allah putuskan jodoh kita dengan suami kita dan berikan kita pula alami sendiri pengalaman dan perasaan mereka yang tanpa suami. Atau Dia yang Maha Mengetahui boleh menguji kita dengan perkahwinan poligami pula. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku esok.
Oleh yang demikian, marilah perbaiki diri kita daripada terus terpengaruh dengan sikap umum masyarakat kita yang masih negatif terhadap segolongan saudari-saudari kita. Sentiasalah bersangka baik sesama kita. Jauhilah segala sifat batiniah yang boleh menambah dosa seperti cemburu, iri hati, dengki, dan bersangka-sangka.
Rasulullah saw bersabda:
"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Dalam al-Quran surah al-Hujurat 49 ayat 11 dinyatakan:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
salam kak aliya,
ReplyDeleteanya ingin membuat sedikit pembetulan maksud hadis rasulullah itu:
“Tidak beriman salah seorang dari kamu sekalian, sehingga ia mencintai UNTUK saudaranya apa yang ia cintai UNTUK dirinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
terima kasih.
Waalaikumussalam Intan,
ReplyDeleteTerima kasih atas pembetulan itu :)
assalamualaikum, sis Aliya
ReplyDeletesorry for interupting, but the sura al-Hujurat is number 49, not 48 ^_^"
Sedikit pandangan dari saya:
ReplyDeleteMungkin jika dari awal perkahwinan dibuat secara elok maka tak akan timbul masalah jika berpoligami. Apa yg menjadi masalah selalunya si suami pengecut nak maklumkan kpd isterinya yg dia nak berkahwin lagi..lepas tu dia kawin senyap2 seperti berkahwin di Siam. Tu yg timbul masalah dlm masyarakat. Bagi yg kawin cara elok dari awal maka tidak timbul masalah...jadi benda ni tidak tersebar atau disebarkan. Yg selalu tersebar kisah buruk kerana permulaan perkahwinan dah kecoh dan akan melibatkn kekecohan berpanjangan. Kalau nk urus satu isteri (bila tak berani nak ckp pd isteri niat nak kawin lg) pun dh tak mampu kenapa mesti berangan nk kawin lg satu? Sila fikir kemampuan diri baru la fikir nak kawin lain tu.
Sedikit komen saya mengenai pernyataan ini:
"Pantang dilihat berpakaian cantik dan berhias seperti wanita lain, ada sahaja tuduhan yang dilemparkan, kononnya mahu menggoda lelaki lain. Salahkah wanita itu berpakaian cantik dan kemas terutamanya ketika keluar bekerja? Jikalau mereka yang bergelar isteri boleh keluar rumah dengan berpakaian cantik, mengapa wanita lain tidak boleh malah dipandang serong semata-mata kerana dia bukan lagi berstatus isteri?"
Bagi wanita Islam..tak kira janda, dara, isteri org ke...adab berpakaian semua sama bila keluar rumah. Knpa bila nak keluar rumah perlu berhias? Berhias hanya utk suami sahaja. Bila keluar wanita muslim kena pakai sebaik mungkin cara muslimah...pakaian tak boleh warna terang2 contohnya merah garang..kerana haram menarik perhatian org. Tak boleh berhias make up lipstik merah menyala. Ingat!!! Berhias hanya utk suami!!!
Kalau faham tu maka tak ada isu nak bergaya keluar rumah. Kemas itu sudah memadai. Tapi bkn bergaya. Tp yg terjadi dlm masyarakat Msia bila keluar mesti bergaya sakan. Nak tayang kat sapa tu? Ingatlah pesan Rasulullah..wanita adalah sebesar2 fitnah...rujuk hadis. Maka jaga la peribadi mu wahai muslimah...
Bagi saya
ReplyDeleteBohong kalu dikatakan majoriti lelaki(termasuk saya. he he he) tak mahu poligami. Terdapat juga wanita sanggup dimadukan daripada andalusia(anak dara lanjut usia) asalkan mendapat suami yang bertanggungjawab. Namun...
Ramai bimbang tak mampu berlaku adil(fizikal). Termasuklah saya sendiri.
Salam,
ReplyDeleteDan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (QS an-Nisa’ [4]: 3)
Kalau takut tidak dapat berlaku adil, maka kahwinlah satu sahaja. Jangan jadi zalim... Tapi kalau mampu kahwin aje la tapi jangan kahwin curi-curi sebab Nabi Muhammad S.A.W. tak pernah kahwin curi-curi (di luar pengetahuan isteri).
Waalaikumussalam Ray,
ReplyDeleteThanks for the correction. Typing error :)
Waalaikumussalam She,
ReplyDeleteMemang digalakkan suami memberitahu isteri bahawa dia mahu beristeri lagi tetapi bagaimana penerimaan si isteri pula? Setahu saya, seorang ustazah yang kuat beragama pun mungkin tidak dapat menerima kehadiran isteri lain dalam hidup suaminya, maka suami perlulah bijak menangani perkara ini jikalau mahu berkeluarga kedua. Silap-silap apabila diberitahu hasrat, isteri menjadi terlalu emosional sehingga bertindak di luar batas agama/jangkaan.
Setuju, wanita hanya boleh berhias untuk suami. Budaya kita memang sukakan pakaian berwarna-warni. Bagi saya itu masih boleh diterima asalkan tidak berlebihan dalam memakai make-up dan lebih teuk algi, berminyak wangi!
Assalamualaikum joe penang,
ReplyDeleteSaya tahu, hahaha.
Jikalau benar-benar yakin mampu berlaku adil kepada isteri-isteri barulah dirikan masjid lain, ya. Kalau tidak, susah di akhirat nanti. Kalau tak mampu nak uruskan satu keluarga dengan baik, janganlah cari sakit dengan berkeluarga satu lagi. Dan carilah isteri-isteri di kalangan mereka yang beriman, yang faham konsep poligami supaya hidup menjadi tenang :)
Waalaikumussalam ahong,
ReplyDeleteZalim pada pendapat suami tidak sama dengan zalim pada pendpaat isteri, hahaha. Apa-apa pun, dapatkan restu orang tua, dan umumkan perkahwinan itu agar tidak mengundang fitnah.