Saya terpaksa bercuti. Pada hari pertama, badan kurang sihat maka saya mengambil keputusan singgah di klinik. Lagipun dh ramai orang komen bahawa perut saya agak terlalu besar untuk kandungan minggu ke .... Saya buat ultrasound, ternyata si kecil sihat dan membesar seperti biasa. Dah ditakdirkan perut lebih besar daripada biasa, apa nak buat, kan.
Pada keesokan hari, saya bersiap-siap seperti biasa untuk ke sekolah. Siap sahaja memakai tudung, tiba-tiba ia menyerang. Sakitnya! Perut terasa keras ketika sakit itu menyerang. Pembacaan buku-buku untuk ibu mengandung menunjukkan simptom-simptom saya seolah-olah mahu bersalin, bezanya saya perlu tunggu 4 bulan lagi. Risau juga kerana ketika itu saya berseorangan di rumah; suami sudah ke tempat kerja. Jam dinding menunjukkan hampir pukul 7 pagi. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Dalam hati berfikir,'Takkan dah nak bersalin? Baru berapa bulan."
Pukul 8 pagi, saya masih duduk di ruang tamu. Berzikir. Berdoa. Memujuk si kecil [huhu].Tak dapat bergerak banyak, apatah lagi memandu kereta. Alhamdulillah selain sakit perut, saya tak alami masalah kesihatan lain yang boleh membawa kepada keguguran anak. Bacaan tekanan darah yang saya ambil pula menunjukkan hanya sedikit peningkatan, bukan di tahap kritikal. Saya membuat keputusan untuk berehat di atas katil sahaja. Strong contraction di bawah abdomen kira-kira 5-6 kali sejam itu berlanjutan sehingga 9.30 pagi.
"Kalau ke hospital, doktor suruh masuk wad, camner? Nak tinggal di wad untuk 2-3 hari tak?" tanya suami yang tergesa-gesa pulang.
Wajahnya yang tenang mengurangkan kegusaran di hati ini.
Saya diam. Nak pergi atau tidak? Boleh dikira kecemasankah sekarang?
"Tunggu sampai lepas zohorlah. Kalau sakit makin teruk, baru pergi ke hospital," saya buat keputusan sambil bertawakkal padaNya.
Alhamdulillah bed rest membantu mengurangkan sakit. Air zamzam yang ada di rumah diminum. Selepas asar, saya sudah mampu bergerak seperti biasa.
"Boleh jadi contraction, boleh juga kerana kandungan bergerak dalam rahim. Sakit itu mungkin juga kerana ketegangan otot pada kawasan luka bekas pembedahan fibroid dulu," kata doktor di klinik. "Berehat di rumah, kalau sakit makin kuat, puan mesti terus ke hospital, jangan tangguh," nasihatnya lagi sambil memberi cuti 2 hari.
Alhamdulillah pada pagi ini, saya sudah cergas seperti biasa. Apa lagi, pergi kerjalah walaupun cuti masih ada sehari, hahaha... Rindu pada anak murid yang pelbagai ragam :)
nota: False labour bermula dengan sakit perut di bawah abdomen, irregular pains, boleh dikurangkan dengan banyakkan meminum air.
True labour untuk bersalin bermula dengan sakit pinggang sebelum ke bawah abdomen, sakit bertambah tenat dan lebih kerap.
saya pernah alami false labour ni. pada ketika itu, kandungan baru saja 6 bulan. kerana kurang ilmu dan degil, saya menghiraukannya.
ReplyDeletetak lama lepas tu, berlaku leakage dan terus bersalin!
apapun, moga segalnya selamat buat kak aliya.
I learn something new today. Thanks Sis.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Humyrah,
ReplyDeleteAh, mesti satu pengalaman yang mencemaskan bagi Humyrah! Saya pun berdoa agar tidak perlu lalui false labour lagi; ia satu keadaan yang membimbangkan. Kalau suami tak ada, memang saya akan usaha untuk ke hospital juga tetapi syukur juga dia belum diberi tugasan outstation bulan ini.
Salam ahong,
ReplyDeleteGlad to share. It might help when your wife becomes pregnant, insyaAllah soon, hehee :)
Salaam sis,
ReplyDeleteDid your belly harden like a basketball?
I get braxton-hicks contractions from as early as 24 weeks pregnant. With my first pregnancy, I was quite worried, was given medication etc. (to avoid premature labor).
But for my 2nd pregnancy, I took it with a pinch of salt coz I knew it is something I will go through in pregnancy.
It must've been scary! I know it was for me.. it continued to go on until I delivered. Sometimes, it would be very frequent, like every 5-10 minutes.
If you are dehydrated, it tends to occur more often. Also, if you are stressed out, or the baby may have moved into a position which triggered the contraction.
May your pregnancy be uneventful, ameen!
Waalaikumussalam Rayhana,
ReplyDeleteWell, my belly already looks like a giant watermelon [everyone's asking if I'm having twins], hahaha.. and it's getting harder to climb stairs.
Yes, it did harden on that fateful day, on my 20th week! Guess I was a bit dehydrated too. The little one seems to be more active in the morning, just when I'd be ready to leave the house, slowing down my daily routine.
Uneventful? hehehe, if you really know me by now, nothing in my life is ever normal or uneventful :P
Assalamualaikum..
ReplyDeleteAliya buat yang betul tadi. Bila berlaku lagi, bawakan berehat & tenang-tenangkan fikiran. Perlahan-lahan Insya-Allah ketegangan perut tu akan kendur semula.
Cuma bila tetap tak beransur baik, sakit & tegangnya... ataupun bila ada pendarahan dan leaking, jangan legah. Terus pergi ke hospital.
Braxton-Hicks & pendarahan selalu saya alami semasa mengandung. Alhamdulillah, cuma seorang saja yang pecah air ketubannya dan lahir 35++ minggu. 3 yang lain sampai full term.
Semoga Aliya & baby sihat hingga due datenya tiba...
Waalaikumussalam Huda,
ReplyDeleteTerima kasih atas doa.
Semoga tak perlu lalui saat-saat kesakitan seperti itu lagi. Saya diberitahu bahawa saya perlu menjalani pembedahan caesarean kerana luka pembedahan fibroid boleh membahayakan jika bersalin biasa. Sangat menggerunkan apabila membayangkan apa akan berlaku jika si dia itu mahu keluar awal.