Alhamdulillah, bermula sessi persekolahan tahun 2010 hari ini. Setelah hampir 2 bulan tidak bersama pelajar, akhirnya mereka kembali ke sekolah dengan pelbagai gaya dan ragam.
Baju baju, buku baru, kasut baru, beg baru tetapi malangnya, ada yang masih belum baru .. sikap dan kelakuan yang belum berubah di kalangan sesetengah pelajar.
Rambut fesyen balung ayam, fesyen durian dan fesyen landak masih terbawa-bawa ke sekolah walaupun setiap tahun tindakan tegas diambil terhadap mereka yang degil. Hairan juga, takkan ibu bapa tak sedar bahawa fesyen rambut yang digayakan oleh anak teruna mereka itu melanggar peraturan sekolah? Cara memberontak terhadap peraturan sekolah? Entahlah... pelajar sekolah menengah memang lebih susah dibentuk.
Saya diamanahkan mengajar 5 kelas Tingkatan 4 dan satu kelas Tingkatan 2 pada tahun ini, untuk 2 subjek utama. Mungkin kerana saya dijangka bersalin pada pertengahan tahun, maka saya tidak diberi kelas peperiksaan [leganya!]. Tercungap-cungap saya setelah menaiki tangga dari kelas ke kelas. Kaki yang agak bengkak menyukarkan pergerakan kerana kasut lebih ketat. Alahai, dengan berat badan yang bertambah kerana mengandung [komen seorang guru setelah 2 bulan tidak berjumpa: Bulatnya aliya..(huhu)] ternyata lebih susah dan lebih lama untuk tiba ke kelas berikutnya. Risau juga begini kerana kandungan baru 4 bulan, sudah agak keletihan. Ada jubah saya yang sudah cukup-cukup muat sahaja. Nampaknya terpaksalah saya memakai baju mengandung ke sekolah lebih awal daripada dijangka kerana baju formal yang boleh dipakai semakin terhad [aktiviti minggu ini - beli baju baru, duit keluar poket lagi :P]
Apabila para pelajar saya diberi borang untuk mereka memilih aliran yang sesuai untuk Tingkatan 4, maka berkerutlah wajah-wajah mereka yang tidak bersedia. Tidak tahu aliran apa yang dikehendaki - sains tulen, perakaunan, ekonomi, seni reka atau kemanusiaan. Ada yang kelihatan kecewa apabila diberitahu tidak layak untuk aliran tertentu kerana keputusan PMRnya yang kurang memuaskan tidak melayakkannya untuk mengambil aliran tersebut [hah, sekarang baru sedar mengapa cikgu suruh rajin belajar Matematik!]. Masih ada juga yang sehingga hari ini tidak tahu bidang pekerjaan yang hendak diceburi selepas tamat zaman persekolahan. Masa tidak menunggu mereka tetapi ada anak-anak kita yang belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemuda dan pemudi negara. Masih hendak bersuka-suka dan membuang masa.
Zaman ini orang berebut-rebut memohon menjadi guru. Kononnya senang dan terjamin. Boleh dapat cuti yang lama. Memanglah menjadi guru senang; masuk mengajar dan pada hujung bulan menerima gaji. Pekerjaan tetap halal. Kalau hendak menjadi pendidik, terpaksalah berkorban lebih masa dan tenaga untuk memastikan pelajar dibentuk menjadi manusia yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Adanya ketikanya usaha yang dicurahkan kurang memberi pulangan.
Namun seorang guru yang baik harus memegang pada prinsip : Mengajar menggunakan hati bukan menggunakan kekerasan, adalah lebih berkesan.
Pada hari ini seorang guru mendidik anak orang lain; esok lusa orang lain pula yang akan mendidik anak cucunya.
Boleh jadi juga orang yang bakal mengajar anak guru itu adalah hasil didikannya sendiri - bekas pelajar seorang guru.
Selamat balik ke sekolah.

SALAM..
ReplyDeletesbnrnya, xleh nk slhkn parents kalo anak2 dyorg nk berfesyen..sbb, sy as a student yg nak berfesyen, mak slalu je tgor srh ptg pndek2, tp skali skala nk brfesyen gk, tp xde r keterlaluan sgt2..xda r smpai dye2 rmbt..=))
::dhsmpai skolah mngh mmg ssh nk tgor anak2, mak just tgor, xkn nk pkul psal bt rmbt spike plak kn, even mak kta dh ckp nant kna denda kt skolah ka, kmai sndri xksh.. tq..
btw, ajr skolah mna r?? hehe..
Waalaikumussalam Highness FiQ,
ReplyDeleteSaya faham benar trend fesyen terkini, nak rambut spike [tapi sebagai guru, saya gelarkan rambut balung ayam dan rambut durian,saja mengusik.. hehehe]. Koleksi minyak rambut dan gel untuk rambut si teruna mengalahkan koleksi kepunyaan kakak/adik perempuan.
Saya tak kisah sangat kalau pelajar lelaki nak berfesyen rambut tetapi biarlah berpada-pada, kan. Yang paling meluat adalah melihat mereka bermisai ke sekolah, tak smart langsung.
Nama sekolah saya rahsia :P
hehe..pggl Fiq sdah..owh, sya asl Png n skolah pn kt Png..kra bleh tw gk r skolah2 kt Png tu.. but, sy ske blog nie, sbb sye ske bce psal crita2 ckgu aliya as a muslim n before..
ReplyDelete