Kamilah melihat wajah Azima sudah berubah. Azima masih bertahan, tidak mahu menangis di khalayak ramai. Restoran yang hampir lenggang itu tempat yang sesuai untuk mereka berbual kerana ia tertutup dan jarang dikunjungi kaum Adam.
Entah bagaimana topik perbualan mereka melencong ke isu itu. Mungkin kerana Kamilah dengan selamba memberitahu Azima bahawa dia sedang berkongsi suami dengan wanita lain. Mungkin juga kerana setelah memendam perasaan, akhirnya Azima memilih untuk meluahkan masalahnya kepada seseorang yang dipercayainya.
"Kalau isteri itu tak boleh beranak, boleh juga kita faham tetapi kalau sudah ada ramai anak, buat apa nak kahwin lain?"
"Azima... lelaki tak akan kira berapa anak yang dia ada.. kalau ada 8 orang anak pun, dia nak 10. Lelaki tak kahwin lain sebab nak tambah zuriat semata-mata," Kamilah menjawab perlahan.
Azima diam seketika. Dia kelihatan memikirkan sesuatu.
"Suami saya dulu pernah kata dia nak kahwin lain."
Kamilah mengangguk, tenang. Dia membiarkan Azima menyambung.
"Tapi saya tak setuju," kata Azima.
"Mengapa?"
"Kamilah, perempuan tu tak tutup aurat, warnakan rambut, pakaian ketat-ketat, sesuaikah? Kalau macam Kamilah [yang tutup aurat], boleh gak saya pertimbangkan walaupun berat hati saya. Saya dah selidik latar belakang perempuantu, dan memang saya tak setuju suami saya kahwin dengannya. Saya tak mahu suami saya tidak berlaku adil selepas berkahwin dengannya, saya tak mahu suami saya menanggung dosa jika gagal membimbingnya."
"Hmm, apa alasan yang suami awak bagi untuk berkahwin dengannya?"
"Suami saya kata nak bimbing dia, tapi saya kata, kalau nak kahwin lain pun, pilihlah perempuan yang faham agama.. ramai lagi perempuan yang lebih sesuai untuk dijadikan isteri, kenapa nak pilih dia juga?"
"Habis apa awak buat?"
"Mula-mula saya diam saja tapi Kamilah... dia pula yang telefon marah-marah saya."
"Maksud awak, perempuan tu marah awak?"
"Aaa aa, dia marah-marah saya dalam telefon, maki saya macam-macam. Patutnya saya yang marah dia, ni terbalik pula.. habis takkan saya nak terima dia sebagai madu saya?"
"Suami awak tak jadi kahwin dengan perempuan tu?"
Azima meneguk air tehnya.
"Saya syak dia buat ubat guna-guna pada suami saya, jadi saya bawa suami saya pergi berubat. Puas saya berdoa dan bersabar. Alhamdulillah suami saya nak juga ikut saya, dan selepas berubat dia tak hubungi perempuan tu lagi."
"Baguslah begitu.."
Wajah Azima masih keruh. "Tapi, saya risau. Entah bila pula suami saya akan kata bahawa dia nak kahwin lain, ataupun kahwin senyap-senyap. Anak saya dah 8 orang, mampukah suami saya nak uruskan 2 keluarga nanti?" Azima meluahkan kebimbangannya.
Kamilah melihat kawannya yang bertudung labuh. Azima masih muda jelita tetapi agak kurus . Mungkin sibuk menguruskan rumahtangganya di samping bekerja di pejabat.
"Jangan risau. Poligami ni bukan untuk semua orang, dan jika Allah tak izinkan, ia takkan berlaku kepada awak. Tapi kalau ditentukanNya suami awak kahwin lain juga, bersabarlah dan teruskan hidup sebaik mungkin. Jangan jadi isteri derhaka dan terlalu mengikut emosi apabila mengetahui suami kahwin lain. Tindakan itu hanya akan memberi keuntungan kepada isteri baru untuk mengeksploitasi keadaan, jika dia berniat jahat. Awak pun tahu, tanggungjawab isteri pada suami tetap ada walaupun suami telah berkahwin lain; masih perlu memberi layanan sebaiknya kecuali isteri itu diceraikan."
"Kalau suami saya pilih perempuan yang tak kuat agama, bagaimana? Saya pun hairan mengapa dia tertarik dengan perempuan begitu."
"Saya setuju dengan awak, wanita yang tidak kuat pegangan agamanya, susah untuk hidup berkongsi suami. Kalau aurat dan pergaulan pun tak terjaga, bagaimana pula hendak menjaga keharmonian rumahtangga yang dibina? Banyak perkahwinan poligami yang gagal kerana ada pihak yang tidak memahami tuntutan agama dan tangungjawab masing-masing. Yang boleh kita lakukan hanyalah berdoa dan berserah padaNya. "
"Awak, bagaimana? Susah tak?"
Kamilah tersenyum buat pertama kali dalam perbualan mereka.
"Nak kata susah, tak susah. Nak kata senang, tak senang juga. Ia bergantung pada sikap dan tindakan kita menghadapi ujian sebab ia sebenarnya ujian Allah. Tak seorangpun perempuan yang mahu berkongsi suami, tak kiralah isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat. Tapi kalau dah ditakdirkan, perlulah terima dengan sabar. Takkan nak marah takdir pula. Tak kira suami mahupun isteri, semua kena kuat pegangan agama, tahu bukan sahaja hak tetapi tanggungjawab masing-masing. Kalau harapkan suami sahaja berlaku adil tetapi isteri pula bertindak mementingkan diri sendiri, perkahwinan itu takkan berjaya juga. Isteri yang kena bantu suami untuk berlaku adil, ingat-mengingatkan suami akan tanggungjawabnya pada semua keluarga."
"Suami sepupu saya berkahwin lain baru-baru ini. Sepupu saya merajuk, agaknya dia kecewa sangat kerana ditipu dan sia-sia pengorbanannya selama ini, dia pilih untuk tinggal dengan anak menantunya di bandar lain, bukan dengan suaminya. Puas kami nasihat tapi dia tak mahu dengar."
"Itulah.. wanita memang mudah ikut perasaan. Merajuk lari balik kampung bila tahu suami berkahwin lain, marah-marah sampai habis pecah pinggan mangkuk rumah, sindir-sindir suami bila suami pulang ke rumah. Semua tindakan itu hanya merugikan isteri tersebut. Beri peluang kepada suami untuk langsung tidak balik rumah. Bila sepupu awak pilih untuk berpisah dengan suaminya dengan cara tinggal berjauhan, siapa yang susah? Pertama dia berdosa pada suami kalau tindakannya itu tidak diredhai suaminya, kedua dia hanya menggalakkan suaminya untuk tidak bertindak adil dalam pemberian nafkah dan giliran kepada isteri-isteri. Anak-anak yang tidak faham hanya akan menuduh bapa mereka berat sebelah sedangkan ibu mereka yang tidak memberi peluang pada bapa mereka untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik."
"Suami awak, bagaimana? Awak puas hati kah?"
"Alhamdulillah, suami saya baik dan saya tahu dia berusaha bersungguh-sungguh untuk berlaku adil pada isteri-isterinya. Kasihan juga lihat dia letih berulang-alik kerana nak adil memberi giliran isteri-isteri tetapi apa nak buat, itu pilihannya. Memang setiap manusia ada kekurangannya, sebab itu sebagai isteri, saya juga perlu mengingatkan suami akan tanggungjawabnya pada semua isteri dan anak-anaknya, bukan setakat saya dan anak-anak saya saja. Isteri kena main peranan, kalau harapkan suami saja untuk berlaku adil, susahlah. Kena ingat, berdosa isteri yang menghasut atau menahan suami daripada menjalankan tanggungjawab pada isteri-isteri dan anak-anaknya yang lain. Dan suami yang ikut cakap isteri begitu adalah suami yang dayus."
"Ya, benar. Sebab itulah saya selalu berdoa agar Allah tak uji saya dengan ujian seberat itu.
Bagaimana awak hadapi keadaan ini setiap hari? Tak susahkah? Tak cemburukah?"
"Saya selalu ingat contoh Saiyidina Aisyah, isteri Rasulullah. Kalau beliau boleh menerima dan menghormati isteri-isteri Rasulullah yang lain walaupun dia isteri yang lebih awal dikahwini baginda, serta menasihati baginda untuk bertindak adil, mengapa saya tidak boleh? Cuma yang penting, selalu lawan hasutan syaitan yang sentiasa cuba merobohkan sesebuah rumahtangga yang dibina, dan jangan ambil peduli kata-kata orang yang memandang serong pada perkahwinan poligami. Syaitan dalam bentuk manusia akan cuba menghasut isteri-isteri untuk bergaduh, dan tidak kurang juga yang akan mereka cerita untuk menyakitkan hati. Saya dah alami semua tu. Oleh itu perlulah sentiasa dekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah, hidup sebagai isteri yang berkongsi suami boleh menjadikan seseorang Muslimah menjadi lebih kuat, membina sifat mahmudah dan mengurangkan sifat mazmumah, lebih mudah masuk syurga," terang Kamilah dengan panjang lebar.
Azima mengangguk-angguk.
Aliya yang duduk di meja bersebelahan dan secara tidak sengaja terdengar perbualan mereka, meneguk air kopinya perlahan-lahan. Dia tersenyum kerana pendapat Kamilah sama dengan pendapatnya.
gambar: http://www.limobroker.co.uk/images/wedding-photos/wedding-rings.jpg
salam, kwn saya pon sedang melalui masalah yang sama. Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk, harap yang diuji tabah menghadapinya, Allah maha adil....
ReplyDeletesalam
ReplyDeletei just found your blog. insyaallah i will read it. all the best!
Waalaikumussalam knitfreak-to-be,
ReplyDeleteJika kita lihat sesuatu secara positif,insyaAllah kita akan jumpa yang positif. Semoga kawan anda itu diberi kekuatan dan kesabaran serta dipermudahkan segala urusannya,Allah Maha Mengetahui
Salam z.m,
ReplyDeleteWelcome here, all the best to you too :)
askm..it is not related to your topic.i'm sorry..
ReplyDeletei'm just requesting your opinion..
try and read this blog..
ridhuantee.blogspot.com..
ramai sgt org tgh hentam dia sbb topik2 yg dia ketengahkan..bg saya mmg x patut la sbb dia ckp bnda yg rasa saya betul..i'm so sorry if i'm wrong
pendapat akak?..
Waalaikumussalam faizham_603,
ReplyDeleteYes, I do visit his blog at times, just to read his latest comments.
Penulisan Ridhuan Tee [dan juga saya]tidak mewakili pendapat semua orang Cina Muslim di Malaysia; yang tertulis dalam blog masing-masing adalah pendapat sendiri.
Cara pemikiran kaum Cina berlainan dengan orang Melayu kerana faktor kebudayaan, pendidikan dll. Oleh itu, kadang-kadang pendapat yang diluahkan dengan gaya bahasa KeInggerisan/KeCinaan [walaupun dalam Bahasa Melayu]kurang disenangi kerana dianggap terlalu keras, tidak berlapik, tidak berbunga-bunga seperti gaya bahasa yang biasa digunakan oleh orang Melayu.Tambahan pula apabila menyentuh hal politik dan keagamaan, maka ada pihak yang tidak menyukainya.
Bagi saya itu perkara biasa, kena hentam. Kalau nak menjadi ustaz, kenalah banyak bersabar. Nak jadi popular dan disukai ramai, tulislah isu-isu yang disukai orang sahaja. Nak berdakwah, kenalah bijak memnyantuni hati manusia,tetapi jangan harap semua orang akan suka :)