Wednesday, January 6

ANGKONG SAYA BUKAN ANGKONG ANDA

Pada pagi ini ketika memandu ke tempat kerja, masih hangat lagi isu tentang penggunaan 'Ismul Allah' yang dibincangkan oleh pendengar setia siaran radio tertentu.
Ahhh.. tentu sekali hangat di mana-mana.
Namun kita perlu rasional.
Yang bikin heboh isu ini sehingga melibatkan satu negara adalah segolongan kecil sahaja.
Ini bukan melibatkan orang Kristian melawan orang Islam.
Maka elakkanlah daripada berdialog hangat dengan orang beragama Kristian berkenaan isu ini. Kita sebagai Muslim boleh menerangkan kepada mereka nonMuslim mengapa kita membantah penggunaan istilah "Allah" dalam penerbitan itu, tetapi sekiranya perbincangan menjadi terlalu sensitif, tak usahlah.
Saya percaya mereka pun kurang senang hati dengan permasalahan ini, terutamanya mereka yang beragama Kristian tetapi bermazhab lain.
Mazhab Kristian banyak, dan mazhab Roman Katolik hanyalah satu cabang.
Cara penyembahan orang Kristian Roman Katolik amat berlainan dengan mereka yang bermazhab Protestan.
Inilah masanya kita umat Islam di Malaysia bersatupadu. Bukan berpecah belah dan memberi pendapat yang bercanggah yang hanya akan lebih mengelirukan masyarakat.
Anggaplah ni sebagai satu lagi ujian Allah swt kepada umat Islam di Malaysia.
Bagaimana kita menghadapinya.
Bagaimana kita membawa diri kita sebagai umat Islam dalam masyarakat majmuk apabila dihadapkan dengan isu sensitif ini.
Bagi saya tak usahlah membuang masa bertekak sama ada secara bersemuka atau dalam alam maya dengan nonMuslim dan mereka yang tidak bersehaluan dengan pendapat kita berkenaan isu ini.
Lebih baik kita memperbanyakkan solat hajat meminta bantuan dan petunjukNya daripada bergaduh dengan mereka yang lain.
Yakinlah bahawa Allah swt tetap akan memelihara kemurnian agama Islam daripada dicemari.
Yakin juga bahawa Dia akan menjadikan sesuatu yang kelihatan berpihak kepada musuh Islam pada mulanya untuk menguntungkan umat Islam pada akhirnya. Sejarah Islam telah menunjukkan kepada kita.
Kita berusaha melalui cabang undang-undang yang ada.
Dunia melihat dan menunggu tindakan kita.
Jangan biarkan diri kita diperalatkan.

16 comments:

  1. Kak, saya dah bagi salam sebelum ni :D

    Saya belajar dulu pun kristian ni mula2 roman katolik kemudian ada yang protes sebab tu jadi protestan. dan cabang2 kristian selepas itu adalah dari proteston. rc cuma 1. Banyak cabang2 yang sampai sekarang masih wujud menganggap rc ini agama "pagan/kafir" menurut konsep mereka.

    Dari perebutan ini nampaknya ada antara orang2 Islam pula yang jadi "bergaduh". Bukanlah bermaksud hal ini dipandang ringan tapi jangan pula jadi hanya mahu menunjukkan siapa punya hujah yang kuat dan akhirnya melupakan perjuangan terhadap Islam yang sebenar.

    Sepatutnya yang difokus oleh semua adalah akidah umat Islam. Apapun yang berlaku jika akidah kuat, tidak akan berlaku murtad. Lagipun banyak kes murtad dan yang sesat2 seperti ayah pin, rasul melayu, bomoh dapat wahyu tu bukannya kerana berkaitan dengan kristian. Betulkan saya kalau salah.

    Janji Allah agama Islam akan tertegak semula di muka bumi.

    ReplyDelete
  2. Sakinah,
    Benar, bila orang Islam sesama sendiri bertelagah dan tuduh menuduh berkaitan isu ini, siapa yang tersenyum sinis?Sedangkan umat Islam sepatutnya bersatu hati menghadapi provokasi ini, bertindak dengan bijak.
    Jikalau akidah orang Islam kuat, insyaAllah umat kuat dan maju tetapi kita pun tahu keadaan masyarakat sekarang.
    Bagi saya isu ini lebih kepada penggunaan nama Allah yang memberi makna yang berbeza kepada penganut Islam dan Roman Katolik.

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum k. aliya,

    saya mmg dari dulu suka pendekatan yg akak amik berkenaan dengan isu-isu. lebih terbuka dan matang. dan terima kasih sbb share insight akak ni ngn semua orang.

    saya doakan yg terbaik utk akak dan semoga Allah panjangkan umur dan murah rezeki kat akak. :)

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Orang-orang Nasrani dan orang-orang Islam merupakan mereka yang mendapat petunjuk dr Allah S.W.T.

    Orang Kristian juga percaya kepada Allah. Bezanya dengan Islam ialah mereka terpesong daripada ajaran nabi Isa yang sebenar. Ajaran yang sebenar dipesongkan dengan doktrin-doktrin palsu gereja seperti Nabi Isa ialah anak Allah dan konsep triniti.

    Walaupun begitu mereka percaya Allah itu satu sahaja. Walaupun berlainan agama, mereka tetap percaya kepada Allah. Adakah kita mempunyai hak untuk melarang orang menggunakan nama 'Allah'? Adakah nama 'Allah' itu hak orang Islam sahaja? Adakah al-Quran itu untuk orang Islam sahaja?

    Takut dikelirukan orang Kristian? Bukanka sepatutnya sebaliknya iaitu orang Kristian yang terkeliru kerana perkataan Allah tiada dalam bible mereka. Orang yang takut dikelirukan mungkin tidak mempunyai didikan agama yang cukup. Tidak mempunyai iman yang cukup. Tidakkah Allah memberitahu kita tentang agama Kristian dan apa yang mereka telah lakukan?

    Dakwah. Orang kristian rajin melakukan dakwah. Kita pula bagaimana? Dakwah itu adalah wajib (bukan sunat) bagi setiap mereka yang Muslim. Ada kita bagitahu rakan-rakan kita yang beragama Kristian tentang Islam?

    ReplyDelete
  5. Salam Cikgu,

    Dalam Bible bahasa Arab memang ditulis perkataan Tuhan sebagai Allah. Tetapi Kristian Arab bukannya Katolik yang percaya kepada doktrin Trinity tetapi menganut mazhab lain yang jauh berbeza fahamannya sehingga boleh dilabel sebagai 'heretics'. Bukan itu sahaja, Kristian Arab turut berjuang bersama-sama umat Islam menentang dan mengusir tentera Salib (tapi masa dulu dipanggil firanjah iaitu 'foreigner') kerana pedang, lembing dan tombak tentera Salib tidak membezakan antara orang Arab beragama Islam dan orang Arab beragama Kristian.

    Ada orang kata yang kalimah Allah telah digunakan oleh orang Kristian di Malaysia Timur sejak ratusan tahun. Tetapi bukankah sejak ratusan tahun orang Asli Amerika dipanggil Red Indian, orang Islam dipanggil Mohammedan dan orang kulit hitam di Amerika dipanggil sebagai Negro?

    Betul, orang yang takut dikelirukan mungkin tidak mempunyai didikan agama yang cukup. Tetapi ada juga yang cukup didikan agama tetapi turut menyedari yang "bukan semua orang cukup didikan agama macam saya" lalu bimbang tentang apa yang akan terjadi kepada mereka.

    Di bawah kerajaan (ehem, malas nak sebut, pandai-pandailah isi tempat kosong), saya selalu menghadapi situasi seperti 'kat paper BM cakap lain, kat paper omputeh cakap lain'. Dalam hal ini, orang Kristian nampaknya seperti melakukan benda yang sama, iaitu di Malaysia kata nama Tuhan itu Allah, tapi luar Malaysia menulis artikel seperti " Historians have shown that the moon god called “Hubal” was the god to whom Arabs prayed at the Kaa’ba and they used the name “Allah” when they prayed" (http://www.letusreason.org/islam6.htm).

    Agaknya bila mereka nak sedar yang kita dah sedar?

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Sasha Lyna,
    Terima kasih atas doa.. ameen.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam ahong & Reza,
    Saya lebih suka mengambil pendekatan bahawa yang menimbulkan isu ini bukan orang Kristian tetapi mereka yang bergelar Roman Catholics, dan buletin serta kitab yang ingin diterbitkan nama Allah adalah di bawah gereja Katolik. Banyak beza antara Kristian Roman Katolik dengan penganut Kristian lain. Banyak beza di antara kitab/bahasa yang digunakan oleh Kristian di Semenanjung dengan mereka di Sabah Sarawak.
    Kajian sejarah telah menunjukkan bahawa doktrin trinity bukan ajaran Jesus tetapi ciptaan seorang lelaki iaitu Paul yang dikatakan tidak pernah pun berjumpa dengan Jesus. Ramai orang Kristian sedar hal ini, ia tiada dalam Bible, tetapi tidak bersuara.
    Kebenaran ada di dalam al-Quran, bukan bersandarkan keputusan mahkamah yang diadili manusia biasa.
    Dalam surah al-Maidah:73,"Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata, ‘Bahawasanya Allah adalah salah satu dari yang tiga (trinity)’. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih"

    Amaran Allah begitu banyak dalam al-Quran kepada mereka yang menyalahgunakan namaNya:
    "“Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampau dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa anak Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan kalimatNya) yang disampaikan kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh (dariNya). Maka berimanlah kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah mengatakan (Tuhan itu) tiga (‘trinity’)...[surah an-Nisa:171]

    Sekiranya mereka tetap berdegil menggunakan nama Allah dalam kontek yang salah, tunggu dan lihatlah janjiNya dan azab sepertimana yang dinyatakan dalam kitab suciNya.

    Bagi kita Muslimin dan Muslimat pula, janganlah nama Allah kita perjuang, tetapi akidah Islam kita lalai, hukum Allah kita perlekeh.

    ReplyDelete
  8. (i like ur last comment)
    :)

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. saya rasa sangat tidak kena mengatakan orang yang takut dengan pengunaan kalimah Allah oleh kristian mereka tak kuat agama.

    Munasabahkah Dr Harun din yang kata sesiapa yang setuju kalimah Allah diguna pakai pada penerbitan majalah kristian hukum kufur sebagai tidak cukup kuat agama.

    Mungkin ada yang berkata kufur nikmat (qofi)tapi ada yang kata kufur besar (jali) itu kita serah kepada yang ahli untuk menentukannya.

    Kita tahu Allah jaga agama Islam, tetapi kita yang kena jaga. Kalau kita tak jaga bagaimana agama Islam pasti akan diselewengkan.kerana orang kafir benci dengan Islam.

    Saya percaya yang bercakap macam itu berfahaman jabariah dan Qadariah yang membuat umat Islam tidak jadi kuat akidahnya.

    Punca hari bukan sahaja ramai yang rosak akidah malah ramai yang jadi murtad secara terang terangan kerana masing masing pendapat sendiri dan tolak nas Quran dan hadis.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Abdullah Ngah,
    Apa-apa pun, keadaan yang berlaku di dalam negara sekarang perlu ditangani dengan bijak dan rasional.Tak guna asyik menuding jari pada pihak lain sedangkan gerakan dakwah Islamiah tidak dijalankan dengan berkesan oleh pihak yang bertanggungjawab dengan wang peruntukan, prasarana dan mekanisme yang sedia ada.Saya benci bila orang lain menuduh orang melayu cepat melatah dan bertindak ikut emosi. Kini disebabkan beberapa orang yang bertindak melulu membakar gereja, berita tersebut dieksploitasi oleh media barat. Yang untung tentu bukan orang Islam.

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Komen kepada Abdullah Ngah, Allah tidak berkata akan menjaga agama Islam. Yang kena jaga Islam itu kita. Setahu saya Allah janji akan menjaga al-Quran sahaja.

    Mungkin juga saya salah... Kalau salah tolong tunjukkan.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum
    kak Aliya,

    I read news that churches are getting attacked in Malaysia. Regardless of the debate, that is disturbing, and to me it's unacceptable.

    ReplyDelete
  14. The funny thing is Protestant churches are being targeted rather than the Catholics. It seems that who ever is doing it is (if he is a Muslim) is a person without knowledge on both Islam and Christianity. I think its best not to speculate anything yet because the culprit is not caught yet.

    However by looking back at previous events happening regarding religion sensitivity, unfortunately the Muslim majority Malays are to be blamed. When are we going to learn from our mistakes?

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam dreanalin,
    Yes, but only a few churches, done by irresponsible people [I'm not labelling anyone in particular]who're out to cause chaos and unrest.
    I along with most Malaysians, condemn such cowardly acts.

    ReplyDelete
  16. Well, ahong,
    Most people apart from the Christians themselves can't tell the difference between Catholic and Protestant churches.
    They're mostly opportunists who have their own agenda by trying to/burning the churches. I won;t point fingers just yet as we've no proof of whodunit.

    ReplyDelete