Ramadhan pertama saya sebagai Muslim.
"Aliya!"
Saya menoleh ke belakang. Gina dan Alice tersenyum.
"This is for you," Gina menghulurkan sesuatu.
"Selamat berbuka puasa."
"Thanks."
Rupa-rupanya sekotak kurma.
Saya terharu. Tidak pernah saya menyangka akan menerima hadiah sebegitu daripada kawan-kawan bukan Islam, sedangkan yang seagama dengan saya hanya menyepi.
Kotak kurma itu saya buka perlahan-lahan.
Manis dan sedap.
Tetapi tidak semanis tali persahabatan yang dihulurkan.
Sejak hari itu, saya jadi penggemar kurma.
Pantang tengok kurma, pasti saya makan. Dan sudah pasti saya ingat akan Gina dan Alice.
Kawan-kawan bukan Islam.
Dahulu saya menyangka bahawa mereka akan menjauhi saya setelah saya memeluk Islam.
Ternyata sangkaan saya meleset.
Kadang-kadang kita orang Islam salah anggap terhadap mereka.
Sebenarnya mereka begitu prihatin.
"Sorry."
"Why?"
"Makan depan kamu."
"Eh, tak apalah. Teruskan makan, saya tak ada masalah pun tengok kamu makan. Inikan kantin, tempat makan."
"Tak adalah. Ada orang yang muka masam bila kami makan di depan mereka yang berpuasa. Kononnya kami tak hormat mereka dan bulan puasa. Saya tak nak kamu turut terasa. Ini agak sensitif."
Saya tersenyum.
"Yang puasa kami, bukan kamu. Tak ada masalah untuk kamu makan di depan kami. Lagipun itu hak kamu. Don't worry la."
"Betulkah?"
"Ya. Sepatutnya melihat orang bukan Islam makan dan minum tidak akan menjejaskan iman orang Islam, juga tidak akan menyebabkan dia hendak berhenti berpuasa. Kalau dia marah kamu, dialah yang bermasalah bukannya kamu."
"Aliya, nak join kami ke bazaar Ramadhan tak?"
"Ok, bila?"
"Sekarang. My car."
Yang memandu kawan Cina bukan Islam yang tidak berpuasa. Yang jadi penumpang kawan-kawan Muslim yang berpuasa serta seorang lagi kawan Cina bukan Islam. Seronok keluar beramai-ramai.
Oleh kerana kawan-kawan yang bukan Islam itu tidak berpuasa, mereka yang dapat merasa makanan yang dijual. Secara tidak langsung mereka menjadi QC (quality controller) kami.
"Cuba rasa ni, sedap tak? Kalau sedap saya nak beli banyak."
"Hmmm... sedap. Manis."
"Ok. Kak, bagi saya tiga ringgit!"
Kakak di gerai tersenyum melihat telatah kami.

Indahnya persahabatan.. Mengingatkan saya kepada jiran-jiran sebelah rumah. Mereka dari golongan Cina dan Sikh (jiran Melayu tak jauhh...) Mereka sangat ramah dan prihatin. :)
ReplyDeleteYa, persahabatan dengan yang bukan Islam juga satu cara kita berdakwah kepada mereka, melalui tingkahlaku, pertuturan dan penampilan kita. Entahlah,tetapi sebenarnya persahabatan saya dengan kawan-kawan bertambah baik dan erat semenjak saya memeluk Islam. Rahsianya, kenalah tanya kawan-kawan saya :)
ReplyDeletedear aliya,
ReplyDeleteahh..yes.. i forgot that. you can basically visit my blog at
sweetsweetincarnations.blogspot.com
i'm the one in the tudung. or you can drop me an email at
dalilah_leviathan@hotmail.com
i'll be happy to hear ur comments as well as talk about different issues.thank you for taking into consideration to read my comment. hope u have a wonderful day.
yours sincerely,
diela
[dalilah]
Salam Aliya;
ReplyDeleteTeringat saya dengan rakan2 "rojak" saya masa form 6 dulu (1986/1987 - SIS Jasin, Melaka); 1 perempuan cina (baba); 1 lelaki India & yang lain Melayu.....yg lelaki India tu dah masuk Islam tapi sekarang dah lost contact.... rindunya saat2 itu..