"Moga bermanfaat dan berbarakah."
Itulah kata-kata yang tertulis di muka hadapan buku.
Kawan saya yang juga bertindak sebagai mentor menghadiahi saya buku ini.
"Tujuan saya beri buku ni, supaya kamu baca pengalaman orang lain..memang semua orang tak sama pengalaman, but ambil pengajaran atau ‘ibrah daripada cerita. Kadang-kadang masalah orang lain lagi teruk. Walaupun cabaran hebat tapi mereka berjaya atasi dan capai hasrat masing-masing. Mereka kini gembira & bahagia."
Saya terharu.
Itulah hadiah buku pertama yang saya terima daripada seorang kawan. Kawan yang mengetahui niat saya hendak memeluk Islam.
1993

Saya ulat buku. Daripada kanak-kanak sehingga dewasa,bukulah teman karib saya. Saya sanngup tak keluar rumah kalau ada buku yang menarik untuk dibaca. Banyak buku yang sudah saya baca. Banyak juga buku bercorak keagamaan yang sudah saya hadam. Bible atau kitab Injil, Kitab Taurat yang kebetulan Pak Su simpan di rumah lama, Kitab Fahaman Tao tentang keadaan di neraka yang diberikan oleh seorang pendakwah Tao, dan buku fahaman Buddha. Saya mencari-cari Tuhan tetapi tak jumpa dalam buku-buku yang saya baca itu. Hati saya tidak terbuka untuk menerima doktrin mereka. Terlalu banyak isu yang saya tidak setuju.
1995.
1995.
Akhirnya buku agama Islam saya buka dan baca. Saya beli secara sembunyi-sembunyi, kerana tidak mahu diketahui oleh kawan, dan keluarga. Kedudukan sebuah kedai buku Melayu yang jarang dikunjungi orang Cina berdekatan dengan tempat kerja memudahkan tujuan saya itu. Saya sorok di dalam kotak di rumah, tanpa pengetahuan suami (bekas) dan hanya membaca tanpa kehadirannya di rumah. Kira-kira 5 buah buku tentang Islam, fardu ain, dan sebagainya. Apabila keadaan agak genting selepas keluarga mengetahui niat saya itu, saya simpan pula di dalam almari surau di sekolah saya mengajar ketika itu. Oleh kerana saya tidak berani menulis nama dalam buku-buku itu, akhirnya ia hilang dari surau.
Januari 2006.
"Saja nak baca, tambah ilmu," saya berkata kepada perpustakawan ketika hendak meminjam buku yang bercorak agama Islam. Dia kelihatan terkejut ketika meluluskan pinjaman buku itu.
Aduh.
Pelikkah orang bukan Islam hendak meminjam dan membaca buku tentang Islam?
Mengapa pula saya memberi alasan begitu?
Kerana takut tindakan saya meminjam buku agama Islam akan dikhabarkan kepada orang lain sehingga mereka menganggap saya bertujuan hendak memeluk Islam?
Saya sendiri tidak pasti.
Sekali lagi saya terpaksa sorok buku-buku dalam almari. Teman sebilik di asrama merupakan kawan saya yang beragama Hindu. Tuhan Hindunya disembah dalam bilik kami, menghadap ke arah timur. Saya tidak dapat menjangkakan reaksinya jika dia tahu bahawa saya hendak memeluk Islam, maka saya merahsiakan daripada pengetahuannya. Apabila rindu hendak baca buku agama Islam, saya akan balut buku itu terlebih dahulu dengan kertas pembalut hadiah yang tebal agar kulit buku tidak kelihatan. Barulah saya akan baca di dalam bilik ketika dia ada.
April 2008.
"Kalau ikut hati, hendak dibeli dan diangkut semua buku tu balik ke rumah. Tahun hadapan kita bawa van ke sini, ya."

Suami saya ketawa.
Itulah pertama kali saya ke Pesta Buku. Saya teruja. Wah, banyaknya buku. Pandang kanan nampak buku baru yang menarik. Pandang kiri jumpa buku yang lama dicari. Bajet yang kecil menyebabkan kami terpaksa berhati-hati membuat pilihan.

Alhamdulillah murah rezeki saya. Dapat bergambar dengan penulis terkenal, A. Samad Said pada hari lahirnya yang ke-73. Dapat bertemu dengan penerbit PTS, Pn.Ainon Mohd yang luas pengalamannya dan mendengar cerita-ceritanya yang menarik. Berterima kasih kepada En.Faris yang muda dan segak, turut menjadi orang kedua melalui PTS Publications menghadiahkan sebuah buku agama Islam (Biografi Muhammad bin Abdullah) kepada saya.
Dalam hati saya berdoa.
"Ya Allah, izinkanlah saya datang lagi ke Pesta Buku tahun hadapan dengan rezeki halal yang makin bertambah. Bolehlah saya turut bantu menyumbang di samping menambah koleksi buku-buku terutama buku-buku agama Islam di rumah."

No comments:
Post a Comment