"Tak takut ker?"
"Perlukah saya takut?"
"Err.. tak la. Biasanya orang perempuan takut berseorangan."
"Tapi saya takkan berseorangan."
"Ehh, biar betul. Tadi awak juga yang kata suami awak akan ke outstation."
"Betul, tetapi saya tak berseorangan. Allah swt dan 2 malaikat bersama saya di mana-mana saja. Buat apa nak takut?"
"Ya tak ya juga.."
Saya bersyukur. Saya tak risau tinggal berseorangan di rumah, di asrama mahupun di tengah-tengah hutan (semasa kursus). Perasaan takut berjaya dibendung daripada mencengkam jiwa. Saya tahu ada wanita yang tidak berani berseorangan di rumah. Sanggup menumpang di rumah kawan kerana rasa tidak selamat. Bagi saya, tindakan itu bukan tindakan bijak. Kalau rasa rumah tak selamat, usahlah tinggal di situ, cari rumah lain.
Kadang-kadang ada kawan yang mengeluh.
"Geram saya. Setiap jam dia telefon. Rimas. Dia dok spy saya kah? Takut saya ada lelaki lain?"
Yang bergelar suami juga mengeluh.
"Lewat balik saja dah bising, merajuk. Masuk saja pintu rumah dah kena serang. Tuduh cari perempuan lain. Sedangkan tayar pancit tengah jalan, saya juga yang kena tukar. Kalau saya betul-betul cari perempuan lain, baru padan muka dia."
Aduh! Takut apa ni? Takut kehilangan cinta. Tapi sebenarnya cinta tak hilang, kita yang menggalakkan cinta itu lari. Kerana takut maka takut itu benar-benar menjadi kenyataan.
"Saya tak berani lah, nanti mereka kata macam-macam."
"Mereka nak kata apa? Janganlah fikir negatif. Kita cuba dulu."
"Tapi nanti mereka tahu, mereka akan bising.. pening saya nanti. Bagaimana saya nak buat kerja nanti?"
"Mereka mungkin akan bising, mereka mungkin tidak akan bising. Kalau kita lakukan dengan baik, insyaAllah mungkin mereka akan dapat terima dengan baik. Yang penting kita mulakan dulu. Kita usaha, buat terbaik. Selebihnya kita bertawakkal padaNya. Allah yang akan menentukan kesudahannya, bukan kita. Allah yang Maha Berkuasa, bukan orang lain."
"Tapi.. saya risaulah."
"Risau dan takut perasaan kita. Kita bukan nak buat perkara buruk, kita nak buat perkara yang baik. Untuk kebaikan. Ikut syariat Islam. Ikut undang-undang. Yakinlah bahawa Allah di pihak yang benar."
Takut pada Allah swt, malu kepada Allah swt itu wajib.
Takut pada kemurkaanNya akan mendorong kita melakukan lebih banyak amal jariah. Takut terhumban ke neraka akan menyebabkan kita berusaha untuk sampai ke syurga.
Takut yang lain tidak perlu dilayan. Takut miskin. Takut tua. Takut mati. Takut kehilangan cinta. Takut gagal. Takut rugi. Takut sakit. Takut dikritik. Takut dicemuh. Takut ditipu. Takut publisiti. Takut dipulaukan. Takut hantu. Macam-macam takut.
Sampai bila kita nak menjadi hamba kepada perasaan takut yang negatif?
Cukuplah kita berasa aman dan bahagia di bawah naungan Allah swt.
Buangkanlah perasaan takut negatif itu.
"Orang yang menyedari bahawa semua ini berjalan berdasarkan ketentuan dalam qadha dan qadar maka Allah akan menunjukkan hatinya untuk menerima dengan penuh keredhaan dan berserah diri. Danjuga menghapuskan mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka."
(SURAH AL-A'RAF: 157)
ramai sebenarnya yang takut pada diri sendiri.......
ReplyDeleteSalaam sis.
ReplyDeleteSalam perkenalan!