Tuesday, October 14

AMBIL TAHU, AMBIL KISAH, AMBIL AMANAH

"Awak dah tandatangan petisyen anti-murtad tu?"
"Petisyen apa, Aliya?"
"Tentang isu murtad, takkan awak tak pernah dengar tentang Lina Joy?"
"Oh, tu.. dengar-dengar juga tetapi tak tau apa cerita sebenar laa.. apa petisyen yang awak cakap tu?"
"Tu la.. ajak pergi ke ceramah tempoh hari, tak nak ikut. Sekarang baru garu-garu kepala."
"A la, cakaplah apa isu ni? Kenapa pula kena tandatangan petisyen?"
Ketika itu saya baru sebulan memeluk Islam. Ogos 2006. Ketika itulah negara heboh dengan isu murtad. Saya memasang telinga; meninjau sekitar kampus universiti dan menghadiri ceramah-ceramah yang diadakan untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas tentang perkara ini. Bertemu dengan Mufti Perak. Mendengar penjelasan dari pihak-pihak yang terlibat dalam penolakan usul Lina Joy. Menurunkan tandatangan. Membaca artikel yang berkaitan dan melayari laman web yang menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut. Saya ingin tahu kerana ia melibatkan diri saya sebagai seorang Muslim dan warganegara. Hasilnya, saya yang sebulan Muslim pula yang menerangkan isu murtad Lina Joy dan sebagainya kepada adik-adik yang lama Muslim tetapi masih kurang pengetahuan mengenai isu semasa. Sungguh tidak pernah saya sangka saya akan berada dalam situasi seperti itu.

Hairan. Pelik. Sedangkan negara heboh dengan isu yang bakal menentukan sama ada seorang beragama Islam boleh meninggalkan agama Islam yang dianutinya atau murtad, masih ada pihak yang tidak ambil peduli. Bila isu ini dibangkitkan dalam perbualan, mereka terlopong. Buat tak kisah. Bukan ada kaitan apa-apa dengan mereka. Bila dibincangkan tentang masalah perebutan mayat antara pihak keluarga dengan JAKIM, mereka juga buat tak tahu. Bukannya ahli keluarga mereka yang terlibat. Buat apa nak ambil kisah?
Buat apa nak kusutkan kepala dengan perkara seperti murtad dan hak orang untuk kembali ke agama asal? Buat apa nak sibuk-sibuk dengan isu perebutan anak seorang saudara baru dan isterinya yang masih kafir?
Bukankah lebih menarik lagi dan menghiburkan hati apabila mengetahui artis mana bercinta dengan siapa, berkahwin dengan siapa, bercerai dengan siapa, dan bakal berlakon di filem apa..?

Saya menggeleng kepala. Dalam hati saya berikrar saya tidak akan menjadi seperti mereka. Saya perlu tahu dan perlu menyumbang setakat yang saya mampu. Saya berasa bersalah jika hanya mendiamkan diri apabila isu-isu berkaitan dengan agama Islam tidak ditangani dengan baik oleh umatNya sendiri.

Banyak yang perlu saya tahu, dan perlu saya belajar. Pembelajaran Islam yang lebih bersistem yang dicari-cari. Pengalaman berguna dalam dakwah yang diharap untuk mematangkan diri dan meluaskan pengetahuan. Perkenalan dengan individu-individu yang memperjuangkan nama baik Islam di dalam masyarakat, yang boleh dijadikan role model untuk diperkenalkan kepada remaja Islam. Pembinaan ikatan silaturahim yang lebih kukuh di antara pertubuhan-pertubuhan Islam yang walaupun tidak sehaluan, tetap boleh sepakat dalam banyak perkara.

"Assalamualaikum.. how are you, sister? Yes, I still remember your face..."
"InsyaAllah I'll return the form to you, brother."
Panggilan mengejut dari Ustaz Kamaruddin saya sambut dengan penuh kesyukuran. Walaupun pusatnya agak jauh dari rumah, maklumat dari IPSI akan membolehkan saya mengetahui aktiviti yang dijalankan, dan cara dakwah yang berkesan kepada non-Muslim.

"Saya sudah sampai di Masjid SJ, kereta...."
SMS dikirim. Saya menunggu dalam kereta. Tenang. Alhamdulillah dengan izinNya saya dapat berhubung dengan beberapa orang ahli JIM PP. Pertemuan pertama diatur oleh Kak Shimah, di jamuan rumah terbuka YDP JIM SPU baru-baru ini. Walaupun orang tidak begitu ramai ketika kami sampai, sekurang-kurangnya saya berpeluang mengenali beberapa ahli wanita JIM dengan lebih dekat lagi. Pertemuan yang singkat tetap menggembirakan saya. Entah apa pula tanggapan mereka terhadap saya, huhuhu.

Semoga Allah SWT izinkan saya untuk mengenali lebih banyak pertubuhan Islam, dan aktiviti mereka.

Suami turut memberi pandangannya.
"Abang suka Aliya cari sendiri. Biarpun susah sedikit tetapi sekurang-kurangnya orang akan mengenali Aliya sebagai seorang individu."
Saya tersenyum. Benar, saya pun lebih selesa orang mengenali saya terlebih dahulu sebelum mengetahui saya isterinya. Lagipun, saya bukanlah isteri yang suka menumpang glamour suami, hehehee..

4 comments:

  1. hm. i heard about it. shocked me to no end realizing that people just dont care much about it. ish. i mean, how's that not big enough of an issue? its murtad! ergh. i prayed for myself to not be selfish. i prayed for the rest, too.

    ReplyDelete
  2. Assalammuaalaikum
    Sis Aliya,
    Saya masih ingat lagi semasa saya mengumpul tandatangan petisyen kes Lina Joy di kampus tempohari. Ada yang sebelum mahu menurunkan tandatangan meminta kepastian, "Ini kena bayar ke?". Saya sedih.

    ReplyDelete
  3. Maaf, ini cume pendapat aku.

    aku hairan, orang kita cepat melatah biler ade orang yang mahu meninggalkan ajaran Islam.

    namun orang kita masih membiarkan berleluasa umat Islam yang tidak memahamim tentang Islam, tentang keindahan dan kecintaan kepada Islam.

    orang kita juga yang menunjukkan sikap sombong(punya ilmu tapi harus dibayar).

    orang kita juga yang menutup keterbukaan Islam padahal Islam ajaran toleransi dan perdamaian.

    kenapa kita tak sibuk2 rancang dengan sebenar2nya cara mengukuhkan akidah umat Islam, tanamkan rasa cinta pada Allah, kerana hari ini ramai yang lansung lupa nama2nya.

    tegakkan kembali pendidikan dan ekonomi Islam, bongkarkan kembali Al-Quran dan laksanakan kembali sunnah rasulNya

    moga kita mendapat keredhaan Allah... mardhotillah

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam MS,
    Memanglah sedih bila orang masih berkira dalam perkara seperti itu.
    Pendekar, falsafah saya mudah saja. Andai kata kita semua menunggu orang lain untuk menyelamatkan tapak sulaiman yang terdampar di tepi pantai, ia mungkin mati sebelum bantuan tiba. Bukankah lebih afdhal kita sendiri yang memulakan dulu, walaupun hanya dengan seekor tapak sulaiman? Marilah kita sama-sama menjadi orang yang proaktif demi Islam.

    ReplyDelete