Dulu.
"Ok, murid lelaki semua berdiri dalam satu baris di hadapan kelas."
Mereka segera mengikut arahan. Ada yang tercengang-cengang.
"Sekarang pusing badan menghadap papan tulis."
Saya memegang pembaris panjang.
Pembaris dihala ke tengkuk pelajar dan disisir pada rambut mereka, bermula dari bawah ke atas
"Kamu, masuk kandang."
Enam pelajar berjaya ditangkap. Seorang kerana berambut panjang, dan yang lain lagi kerana memelihara parasit di kepala.
"Teacher, Budin punya kerja la ni. Saya pula kena potong rambut," dengus seorang pelajar lelaki yng turut disahkan positif.
Pelajar lelaki yang lain sudah lama berfesyen crewcut, kerana risau dengan gejala kutu dalam kelas. Pelajar perempuan pula memilih untuk bertudung supaya selamat.
Puncanya seorang sahaja.
"Ha.. bila nak potong rambut?" saya menegur Budin, pelajar tahun 4.
Dia tersengih.
Semalam Ustazah mereka mengadu kepada saya yang menjadi guru kelas. "Awak tau, saya tengah mengajar Budin(bukan nama sebenar) tu tiba-tiba seekor kutu jatuh ke atas meja. Bayangkan kutu jatuh atas meja! Syukur saya bertudung. Kalau jatuh ketika awak mengajar.. apa awak nak buat? Budin tu bila nak potong rambutnya, dah satu kepala penuh kutu!"
Tiba-tiba rambut saya gatal seolah-olah ada benda merayap-rayap di atas kulit kepala. Aduh.. risau betul saya setiap kali mengajar di kelas itu. Sudahlah saya tidak bertudung, saya juga berambut panjang. Teruklah kalau saya menjadi mangsa Budin yang seterusnya.
"Budin, masih tak gunting rambut?"
Sudah dua minggu saya memberi amaran kepadanya supaya memotong rambutnya sependek yang boleh. Telur-telur kutu kelihatan sebiji-sebiji di hujung-hujung rambut kepalanya yang panjang dan tidak kemas itu.
"Bapa sibuk," katanya bersahaja.
Akhirnya saya mengambil keputusan tekad. Sudah semakin ramai mangsa baru Budin, dan mereka mengadu setiap hari kepada saya. Segala arahan dan nasihat kepada Budin, serta surat kepada penjaganya tidak membuahkan hasil yang dikehendaki; ibarat mencurah air ke atas keladi.
"Budin, ikut saya."
Saya membawa Budin ke garaj kereta. Walaupun geli dengan rambut Budin yang berminyak dan berparasit, saya kuatkan azam. Gunting segera digunakan. Snip! Snip! Snip! Hasil kerja saya sangat amatur tetapi saya tidak peduli. Yang penting, kepala Budin tidak lagi menjadi tempat pembiakan kutu.
Pelajar-pelajar kelas itu bertepuk tangan gembira.
Keesokan harinya, Budin kembali ke sekolah dengan rambut kemas ala crewcut. Dia tersengih apabila saya memujinya "kacak". Agaknya kerana tidak puashati dengan guntingan saya, dia dibawa oleh penjaganya ke kedai gunting rambut.
Semenjak hari itu, tiada lagi kedengaran aduan kutu jatuh ke atas meja.
Allah berfirman "Innallâha yuhibbu 't-tawwâbîn wa yuhibbu 'l-mutathahhirîn." (QS. Al-baqarah: 222)
(Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri).
Rasulullah bersabda, "Man kâna lahû sya'run falyukrimuh." (HR. Abu Daud). Ertinya, barang siapa yang dianugerahi rambut, hendaklah ia menghormatinya.
Sekarang.
"Cikgu Hamzah buka kedai gunting rambut lagi?"
Berderet pelajar-pelajar lelaki menunggu giliran. Alhamdulillah, bukan kes seperti Budin tetapi kes malas ke kedai gunting rambut dan kes nak berfesyen-fesyen dengan rambut.
Saya tergelak. Mungkin cara yang lebih efektif untuk menyuruh mereka agar berambut pendek adalah dengan memasukkan seekor kutu ke atas kepala mereka yang degil.
Nampaknya pembaris panjang sudah boleh bersara dari tugasnya mengecam pelajar yang menjadi hos kutu kepala. Tiga buah sekolah rendah, dan tiga batang pembaris panjang telah menyumbangkan khidmat masyarakat, hehehee.
aliya:Saya pernah menjadi mangsa kutu kepala selama 3 kali dalam tempoh 2 tahun semasa belajar di sekolah rendah! Akhirnya Mak memasukkan kepala saya ke dalam mesin pengering di salun rambut, lalu membakar semua kutu dan telur kutu melalui teknik kerinting rambut selama 2 jam. Seronok pula menjadi amoi berambut kerinting ketika itu, heheheee..
image: www.headlice.org
owh~ nani tak tau ape nk cakap. but this scenario,..i've seen this when i was in school. except that i wasn't one of the victims cuz i was tudung-clad, smpai skrg.
ReplyDeletekak aliya, i posted kemaafan should be free, and i linked to your forgiveness post!! hehe! im following ur blog, and you are full-heartedly invited to follow mine, too~!
Aren't we glad that we're tudung-clad? :)) Yes, I've read your article. Great piece of writing, nani. "I will follow u, follow u wherever u may go... jeng jeng jeng.."
ReplyDelete