Friday, October 3

HANGAT

"Boleh tau siapa ni?" lelaki yang lima tahun lebih muda daripada saya bertanya kepada pakciknya.
Suami saya tersentak. "Oh ya, belum kenal lagi ye? Masa kenduri kami dulu, kamu tak ada. Inilah Mak Anjang."
Dia segera menghulurkan tangan kepada saya untuk bersalaman.
"Boleh salam tak?" dia tanya suami lagi apabila saya sekadar tersenyum padanya, sedangkan tangan saya masih memegang beg tangan.
"Tak boleh, bukan muhrim" terang suami sambil memikirkan siapa lagi yang dikira muhrim saya.

Saya lega kerana suami sependapat dengan saya tentang isu ini. Memang diakui semenjak memeluk Islam, saya elak daripada perlu bersalaman mahupun berjabat tangan dengan lelaki bukan muhrim. Kalau dahulu sebelum bergelar Muslimah shaking hands dilakukan dengan sesiapa sahaja dalam situasi sosial, kini jika tidak benar-benar perlu dalam situasi formal , ia tidak saya lakukan. Sebenarnya lelaki dan wanita sama-sama memainkan peranan dalam mengelakkan daripada perlu bersentuhan tangan dengan yang bukan muhrim. Misalnya saya akan lebih dahulu menegur mereka dengan ucapan salam atau sekadar mensedekahkan senyuman, sambil tangan memegang benda lain atau diletakkan di belakang badan. Dengan bahasa badan begini, orang lain mudah faham dan tidak menghulurkan tangan. Maka dapatlah elakkan daripada perlu bersalaman atau berjabat tangan dengan mereka.

"Kak Aliya tak panas ker?" saya pernah ditegur seorang saudara perempuan ketika berada di rumahnya pada hari raya.
"Alhamdulillah, tak panas sangat. Dah biasa," begitulah jawapan yang biasa diberi.
Bukan mudah berada di dalam rumah sepanjang hari dalam keadaan menutup aurat, lebih-lebih lagi apabila ramai yang lain sekadar memakai tudung serkup menutup rambut. Ada yang terus membuka tudung.
"Ala, dengan keluarga sendiri saja," mungkin itulah jawapan yang bakal diberi jika ditegur.
Saya bukanlah arif sangat dalam bab-bab agama Islam. Namun kadang-kadang pelik juga melihat amalan orang kita. Bukankah masih ada orang di dalam rumah yang bukan muhrim yang tidak sepatutnya melihat aurat wanita Islam? Abang dan adik ipar kita, anak saudara kita yang sudah dewasa, dan tetamu lelaki yang menziarah ke rumah? Kadang-kadang susah juga apabila saya seorang saja yang memakai tudung dan bersarung tangan di dalam rumah-rumah yang diziarahi dan berada di sana sepanjang hari. Menonjol kerana masih bertudung di dalam rumah. Alhamdulillah setakat ini belum ada yang mengajak saya untuk turut membuka tudung. Syukur juga kerana diri ini masih mampu bertahan. Pujian juga kepada sanak saudara dan sahabat Muslimah yang turut bersama menutup aurat di dalam rumah. Saya tak berani menegur mereka yang masih belum sedemikian pula, nanti dikatakan saya yang berlagak pandai, huhuhuu. Maklumlah tak baik bermasam muka pada Hari Raya.
Bagaimana ya nak ubah pegangan dan prinsip orang kita?

13 comments:

  1. alhamdulillah, keluarga kami yang orang kenal memandang berat perkara ini. tapi nak ubah orang, saya pun kelu tak ada cara.

    ReplyDelete
  2. its ok.. yang penting da'wah bil-haal kena ada (memberi contoh yg baik utk yg lain.).. maybe ambil masa sikit.. tapi lama kelamaan insyaAllah.. mudah2an Allah bukakan hati utk mereka yg tidak mengambil berat hal ini..

    ReplyDelete
  3. Saya ade experience hal yang sama sewaktu mula pakai tudung ke opis. Boss yg semuannya mat2 German & opis mate yg Malay dok kutuk2...yg naik angin bukan sbb kerenah boss tapi perangai tak sedar diri colleagues Melayu tu; setakat ISLAM pada nama je :(

    ReplyDelete
  4. Salam Aliya,
    Apa khabar? Semoga sihat.
    Saya mengalami perkara sama bila saya bernikah dengan suami 11 tahun lepas. Ada yang merasa pelik saya bertudung walaupun di rumah mentua, menolak untuk bersalam dengan saudara mara lelaki sebelah suami termasuk dengan abang2 ipar dan biras. Memang ada sedikit rasa yang tidak senang di hati. Alhamdulillah hari ini mereka sudah menerima cara saya, anak perempuan saya juga saya ajar untuk menutup aurat bila berkunjung ke rumah saudara mara. Bukan mudah untuk kita mengajak secara terus, da'wah bil-haal memang kena berterusan dalam hal ini. Kata2 sinis memang ada untuk ditelan. Biarlah. Yang penting kita tetap teguh untuk menutup aurat dan menjaga batas2 pergaulan kita.Sokongan suami juga penting dalam hal ini. Alhamdulillah suami saya sependapat dengan saya dalam hal ini.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam,
    Raya ini meletihkan, bukan saja dari segi fizikal bahkan emosi dan rohaniah. Wallahu'alam.
    Salah satu niat saya pada bulan Ramadhan baru-baru ni adalah untuk menjadi 'role-model' kepada nonMuslim. Nampaknya kena tambah, kepada Muslim yang lain gak.
    Setuju dengan pendapat semua. Bukan mudah untuk menjinakkan hati orang lain kepada jalan Islam yang sebenar, saya sendiri pun masih belum sempurna, huhuhuu. Yang perlu kita lakukan adalah menunjukkan contoh terbaik melalui perwatakan, pemakaian dan amalan kita sendiri. Tolong elakkan guna istilah 'Islam pada nama' terhadap orang lain ya, kerana Allah yang Maha Mengetahui iman dan amalan seseorang. Memang pedih bila dilayan dengan buruk sesama Islam tetapi awasilah daripada ghibah, k.

    ReplyDelete
  6. halo,,,

    Apa kabarmu ;)

    ReplyDelete
  7. tahniah untuk kak aliya yang berjaya melakukan yang terbaik dlm mengamalkan batas-batas aurat.
    alhamdulillah.
    masih ramai muslimat kita yang tidak memahami konsep menutup aurat yang sebenar.

    ReplyDelete
  8. dah byk entri kak aliya mase nani takde~!! kene marathon ni! i'll comment kt entri2 yg nani terlepas k? skrg nk g masak sket. salam, kak!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah I'm fine.

    Kakchik, saya pun masih dalam proses belajar. Teringat masa saya belajar di sek.menengah,bilangan pelajar Melayu bertudung (saya di sek Convent) tak sampai 10 orang. Alhamdulillah sekarang lebih ramai yang sukarela menutup aurat.

    Nani masak apa? Tak jemput ker, hehehe.. w'salam.

    ReplyDelete
  10. salam hai kak aliya...
    saya baru kat cnie..
    kisah kat entri nie memang saye ade lalui...
    memang susah awal2 nyer....
    ade gak pakcik2 saye yang berkecil hati bile saye tak salam ngan mereka...
    awal2 nak pakai tudung dalam rumah sedare pun saye ade problem...
    samer la kena tegur ngan sedare....
    "dengan keluarga sendiri jer...takyah la bertudung...."
    alhamdulillah...abang yang beri kekuatan tuk terus menjaga aurat saye dgn sedara..
    alhamdulillah...akhirnye sedara2 saye yang lain dah faham sekarang nie...

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam,
    Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Kita kenalah banyak bersabar dalam bab-bab aurat ni, kerana bukan semua orang yang mudah menerima perubahan, kerana mereka masih terikat dengan adat dan kebiasaan. Kita hanya boleh menerangkan sebab-sebab kita menjaga aurat kepada mereka yang masih belum memahami, yang selebihnya terpulang kepada mereka sendiri.

    ReplyDelete
  12. salam sis aliya...sorry without ur permission..i'd link ur blog..its hard to resist...and i really love this entry...im facing this problem where actually i wear hijab but at home im not...ada orang datang ka...and salam?..huhu..lagi la x tapiss..alhamdulillah...tergerak hati ni untuk tutup aurat,betul2 jaga aurat...tapi..niat saya ni dah tertangguh bertahun lamanya..risau..after reading ur entry..tergerak nak bgtau hasrat saya ni pada mak...

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam neesa_jun,
    Dipersilakan. Sepatutnya dah lama beri permission secara umum dalam blog ni tetapi dok asyik lupa, hehehe.. terimakasih kerana ingatkan saya.Alhamdulillah baguslah kalau ada niat untuk membuat yang lebih baik. Mulakan dengan doa dan niat baik, insyaAllah akan mudah segala urusan kita.

    ReplyDelete