"Oh, ada kaunter pembayaran zakat di sini," saya melihat sebuah meja dan sebuah kerusi yang diletakkan di luar pejabat Pusat Islam universiti.
Ketika itu saya baru sahaja 3-4 bulan memeluk Islam. Itulah kali pertama saya berpuasa secara rasmi. Sebagai satu-satunya orang Islam dalam keluarga, saya yang belum berkahwin ketika itu, perlu menjelaskan bayaran zakat itu sendiri.
Hmm.. berapakah wang zakat fitrah yang perlu dibayar oleh seseorang?
Saya menganggarkan kira-kira RM12 seorang.
Saya menganggarkan kira-kira RM12 seorang.
Apabila saya tanya kawan-kawan perempuan, semua mengatakan tidak pasti sebab tidak pernah membayar zakat secara langsung- semuanya dijelaskan bapa atau suami.
Oleh kerana wang di tangan tidak mencukupi, saya kembali keesokan hari.
"Ustaz, perlukah saya membayar zakat pada tahun ini?" saya bertanya untuk mendapatkan kepastian daripada Ust. Zam yang kebetulan sedang mengutip zakat di situ.
Dia mengangguk. "Aliya kena bayar zakat," katanya.
"Erm..berapa yang perlu saya bayar?"
"RM4.70 sahaja," jawabnya.
"Berapa?"
"RM4.70 saja."
Saya terkejut. Dalam hati berkata, bayaran zakat hanya RM4.70 seorang setahun? Sedikitnya..! Namun mengapa masih kedengaran adanya orang Islam yang masih tidak membayar zakat?
"Sebenarnya mengikut mazhab Syafie zakat dikutip dalam bentuk beras tetapi untuk kemudahan orang yang membayar zakat, kita tukarkan kepada bentuk wang ringgit. Aliya kena ucap ikut saya..."jelas Ustaz itu lagi.
Tanpa bertangguh, saya lafazkan setiap perkataan mengikut ustaz.

Beres. RM4.70 bertukar tangan dan saya sudah menunaikan kewajipan saya sebagai orang Islam pada tahun tersebut.
Rupa-rupanya bukannya susah untuk membayar zakat fitrah. Kurang daripada RM5 dan boleh dilakukan di kaunter-kaunter zakat di seluruh negara. Hanya keadaan kurang menyenangkan kerana saya seorang saja wanita yang berbaris bersama-sama lelaki lain yang menunggu giliran untuk membayar zakat fitrah.
Saya tidak membayar zakat-zakat yang lain kerana belum cukup syarat.
Alhamdulillah, dua minggu selepas itu saya pula menerima zakat khas untuk mualaf di negeri yang sama dengan jumlah yang lebih banyak daripada RM4.70. Pada masa itulah baru saya sedar bahawa sebenarnya saya tidak perlu membayar zakat kerana berstatus mualaf, hahahaa..

Alhamdulillah, tahun-tahun seterusnya suami yang membantu membayar zakat fitrah bagi pihak saya. Tidak perlulah saya berbaris d kaunter zakat lagi.
aslm wbt
ReplyDeletebetulke mualaf xpayah byr zakat? sape g tau amoi?
W'salam wbt,
ReplyDeleteMaksud saya, ada pendapat bahawa saya sebagai mualaf yang baru memeluk Islam(kurang setahun) tidak perlu membayar zakat untuk tahun itu, sebaliknya berhak menerima zakat. Saya tak kisah sebab saya sudahpun menjelaskan zakat fitrah pada tahun yg sama, tetapi ada mualaf yang tidak berbuat demikian kerana berdsarkan kepada pendapat umum bahawa mereka layak menerima zakat.Bukankah saya diberi zakat oleh MAIPP pada tahun yang sama saya memeluk Islam?
Tentu sekali semua saudara baru Islam (jika cukup syarat) perlu membayar zakat jika cukup syarat :)
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2083
Saya sendiri pun belum pernah membayar secara langsung.. Sekadar melihat suami :)
ReplyDelete