Entah mengapa, tiba-tiba fikiran saya melayang ke tahun 1996. Tahun yang banyak meninggalkan kenangan pahit manis dalam kerjaya saya. Saya guru kelas Tahun 4 Elit, yang terdiri daripada pelajar bijak dalam pelajaran.
"Maizura, apa dah jadi kepada muka kamu?" saya bertanya kepada seorang pelajar perempuan semasa perhimpunan pagi.
Maizura diam. Wajahnya yang cantik kelihatan sugul. Terdapat kesan luka yang disapu ubat berwarna ungu pada wajahnya.
"Mengapa muka kau jadi begini, Maizura? Kamu sakit?" saya ulangi soalan tadi.
"Jatuh basikal," jawabnya ringkas tanpa memandang saya.
Saya diam. Ternyata dia berbohong. Jawapannya yang pendek menandakan ketidaksudiannya untuk terus berbicara. Dengan berat hati, saya berjalan meninggalkannya.
Maizura pelajar bijak. Namun sudah terlampau banyak aduan yang saya terima daripada rakan sekelasnya.
"Teacher, Maizura curi pensel saya."
"Teacher, duit saya dalam kotak pensel hilang."
"Teacher, saya lihat pemadam yang Maizura guna seperti pemadam saya yang hilang."
Saya tidak ada bukti mengaitkan Maizura dengan kecurian yang sering berlaku dalam kelas dari awal tahun lagi. Maizura tiada kawan. Dia dipulaukan rakan-rakan sekelas yang mengesyakinya mencuri barang-barang mereka. Malah dia sering bercakap bohong. Susah benar untuk saya mendapatkan maklumat peribadi daripadanya apatah lagi mendekatinya. Dia sering mengelak. Bajunya lusuh tidak diseterika. Keadaannya comot seperti tidak terurus.
Walaupun demikian, prestasi Maizura dalam pelajaran tetap baik.
"Maizura tinggal dengan bapa dan ibu tirinya. Farez budak Tahun 6 itulah abang tirinya," jelas Cikgu Maimunah yang tinggal berdekatan rumah Maizura.
Saya kenal Farez, hero Tahun 6 yang sering dijatuhi hukuman kerana melanggar disiplin sekolah. Kalau Maizura dna adiknya tinggal serumah dengan Farez, kemungkinan besar mereka akan atau telahpun dibulinya.
"Cikgu, boleh saya jumpa Maizura?" tiba-tiba seorang wanita berumur 40-an berdiri di hadapan pintu bilik darjah.
"Boleh saya tahu, Puan ini siapa?" saya bertanya.
"Saya ibu kandung Maizura,"jelas wanita itu.
Maizura kelihatan riang berjumpa ibunya.
"Cikgu, tolonglah tengok anak-anak saya ini. Lihat, inilah bekas cubit," wanita itu kembali berjumpa saya sepuluh minit kemudian ditemani Maizura dan adiknya.
Saya terkejut. Benarlah tekaan saya pada awal pagi; Maizura dan adiknya luka-luka di muka dan tangan kerana didera oleh orang di rumahnya.
"Saya bercerai dengan bapa Maizura. Dia yang mendapat hak penjagaan anak-anak. Saya sangka mereka akan dijaga dengan baik, maklumlah bekas suami saya tu hidup agak mewah berbanding saya yang memulakan hidup baru di Kuala Lumpur."
"Apa perancangan Puan sekarang?"
"Saya nak bawa Maizura dan adiknya mengikut saya ke Kuala Lumpur. Tak kira apa kata bekas suami saya. Saya harap Cikgu boleh tolong saya."
"Puan boleh berurusan dengan pihak sekolah untuk urusan pertukaran ke sekolah lain. Tapi eloklah kalau Puan berbincang dengan bekas suami Puan, mungkin dia sendiri akan benarkan Puan membawa mereka ke Kuala Lumpur bersama-sama Puan. Lagipun sudah ada bukti jelas bahawa mereka tidak selamat tinggal di sini," saya telahpun dinasihati pihak sekolah agar tidak masuk campur dalam urusan keluarga Maizura.
Ibu kandung Maizura mengangguk tanda faham.
Kasihan saya melihat adik Maizura yang memeluk ibunya sambil menangis teresak-esak. Bekas luka dicubit masih jelas kelihatan pada wajahnya. Maizura pula berdiri sayu di sebelah ibunya.
Alangkah kejamnya. Sanggup bapa kandung Maizura membiarkan anak-anak perempuannya yang hanya berumur 10 tahun dan 7 tahun dianiayai di rumahnya sendiri sedangkan sebagai bapa, dia sepatutnya menyayangi dan melindungi mereka.
Kezaliman mereka yang mendera anak-anak yang lemah seperti Maizura dan adik kecilnya sehingga nampak bekas pada wajah dan tangan memang patut dikecam.
Saya juga terkilan. Kalaulah Maizura memberitahu saya atau cikgu lain yang dipercayainya, mungkin dia telah mendapat bantuan sebelum kehadiran semula ibu kandungnya. Sekiranya ibunya tidak datang, sampai bilakah penderaan ke atas Maizura dan adiknya akan berterusan?
Itulah gambaran terakhir saya tentang Maizura dan adiknya yang menangis dalam dakapan ibunya.
Keesokan hari dan seterusnya mereka tidak lagi ke sekolah.
Saya diberitahu pihak sekolah bahawa mereka telah bertukar ke Kuala Lumpur. Semoga mereka hidup bahagia sehingga ke hari ini.
Sedihnya.. Kak Aliya hebat kerana ambil berat pada anak-anak orang lain.
ReplyDeleteHumyrah, sudah menjadi kewajipan kita untuk membantu yang memerlukan, tambahan lagi anak-anak kecil di sekolah rendah yang lemah dan tidak dapat membantu diri sendiri. Wallahu'alam
ReplyDeleteAssalamualaikum sis.
ReplyDeleteHow are you? Syukur to Allah for giving me a chance to write to you tonight. I have sent you an email at your gmail account. Do check please. Hope to hear from you soon. Selamat menjalankan ibadah puasa. Moga Allah sentiasa memberkati dan melindungi kamu. Amin.
Wassalam.
Hmm.. that's a sad story , remind me of someone. It's very sad thing when a father who should protect and teach their children the values of islam , treated them that way.
ReplyDeletealhamdulillah , their mother would take care of them now. May Allah gave hidayah to the father and may Allah bless the children and make them good muslim. Amin.
Wasalam Aliya...
ReplyDeleteYeah..setelah navigate to certain websites and blogs, its true that kelebihan tentang solat Tarawih itu adalah bidaah. Thank you for reminding me. So, I've deleted that post.
Salam Puan Aliya.
ReplyDeleteIni kisah masyarakat pada tahun 1999. Bagaimana agaknya keadaan masyarakat kini?
Saya lihat ramai di kalangan bapa yang tidak ambil tahu langsung tentang anak-anak mereka. Pergi kerja awal pagi dan balik lewat malam. Begitulah setiap hari dan kadangkala termasuk hujung minggu. Semua tanggungjawab mendidik anak-anak diserahkan kepada isteri (walaupun isteri sama-sama bekerja).
Para bapa kena faham bahawa tanggungjawab mendidik anak adalah tanggungjawab bapa. Ibu adalah pembantu kepada bapa dalam mendidik anak-anak.
Disebabkan bapa-bapa yang tidak ambil tahu tentang anak-anak inilah yang menyebabkan kisah ibu tiri mendera anak dan sebagainya boleh berlaku.
Semoga kita menjadikan kisah ini sebagai iktibar.
Selamat berpuasa untuk semua
Waalaikumussalam sis Ed Na,
ReplyDeleteThanks for the email which I've replied, and thanks for the doa. Semoga kita semua diampuni dosa dan ibadh puasa kita dterimaNya, amiin.
Salam K.T.B,
ReplyDeleteIt's always sad when children are mistreated by parents and step-parents especially when as Muslims, they're supposed to care and povid for their children. Of course not all step-parents are cruel; some I know are more loving than the children's real parents. I really hope children like Maizura will grow up happy, amin.
Faizal,it's our duty to tegur-enegu ke arah kebaikan. Please contact me when you balik raya..still owe you the DVD money, hehehee.
Waalaikumussalam En.Halim,
ReplyDeleteDengan keadaan kegawatan ekonomi sekarang, lebih ramai ibu bapa yang keluar mencari rezeki tambahan. Kita tidak boleh salahkan bapa sepenuhnya kerana kurang bersama anak-anak. Adakalanya bapa perlu berada di luar rumah kerana tugas rasmi. Bagi saya, 'quality time' bersama keluarga untuk bermesra, mendidik dan menegur anak-anak itu lebih penting daripada menghabiskan 'quantity time' dengan mereka tetapi si bapa menonton tv, membaca akhbar dan anak-anak leka bermain video game.Dalam kes Maizura bapanya di rumah tetapi tidak menegur salahlaku keluarganya. Justeru,kedua-dua ibu bapa perlu memainkan peranan penting, membina keluarga sakinah berpandukan ajaran Islam. Sekiranya masing-masing tahu tugas dan tanggungjawab seorang Muslim, suami/isteri dan ibu/bapa, insyaAllah tidak akan berlaku kes penderaan kanak-kanak seperti yang dialami Maizura dan adiknya.