"Ini Ramadhan yang ke berapa bagi Aliya?" tanya Cikgu Jamila minggu lalu.
"InsyaAllah, kalau panjang umur tahun ini Ramadhan ketiga bagi saya," saya menjawab.
"Ohh.. baru lagi," dia mengangguk.
Saya tersenyum. Benar, tahun ini tahun ketiga saya menyambut Ramadhan sebagai seorang Muslimah tetapi cabaran sebagai seorang saudara baru yang berpuasa tidak kurang hebatnya.
Alhamdulillah, suasana setiap Ramadhan yang saya lalui berubah dari setahun ke setahun.
Ramadhan pertama saya, 2006 disambut di asrama universiti kerana masih bergelar mahasiswi (maha-si-tua dari segi umur, hehehee). Bersahur dengan kopi panas, roti dan biskut kering kerana susah untuk turun ke kafe yang agak jauh dari asrama. Sibuk sepanjang hari dalam keadaan berpuasa tetapi tidak berasa letih. Kemudian berbuka puasa sama ada berseorangan pada hujung minggu atau dengan sahabat saya, Juliana pada hari kerja. Pada hari-hari tertentu, saya turut berbuka puasa di masjid universiti beramai-ramai dengan pelajar lain dan staf Pusat Islam. Walaupun makanan di majlis berbuka pausa masjid sederhana sahaja berbanding dengan yang dibeli sendiri di bazaar Ramadhan, kemesraan yang dirasai ketika berbuka amat istimewa.
Ramadhan kedua, tahun 2007 pula saya bergelar isteri. Saya belajar pula bersahur dengan nasi berlauk di rumah sendiri. Berbuka puasa pula tidak menentu; kadang-kala berseorangan apabila suami bertugas di luar kawasan. Tahun itulah saya belajar untuk bersolat terawih berjemaah. Mula-mula saya agak kelam-kabut juga sebelum dapat menyesuaikan diri. Maklum sahaja segala yang orang lain tahu dan buat selama lebih 30 tahun saya baru hendak mula lakukan dalam tempoh sebulan. Alhamdulillah suami saya memahami dan banyak memberi sokongan.
Ramadhan ketiga tahun ini pula suasana agak berlainan. Saya sebenarnya bukan sahaja bergelar isteri dan menantu, bahkan anak, kakak, ipar, dan makcik. Mak dan Adik pula baru dapat menerima saya dan suami sebagai ahli keluarga. Hubungan siratulrahim sesama orang Islam dan juga dengan keluarga bukan Islam juga perlu dijaga dan ditingkatkan. InsyaAllah semoga segala yang dirancang mendapat keberkatanNya..aamiin.

No comments:
Post a Comment