"Tolong saya, belikan nasi ayam."
Saya tersenyum. Ketika itu bulan Ramadhan. Saya belum memeluk Islam, dan yang meminta tolong merupakan rakan Melayu yang sedang uzur.
Sekumpulan rakan-rakan Melayu yang beragama Islam tetapi tidak dapat berpuasa sedang menunggu kedatangan kami dari kafe. Mujurlah kafe dibuka untuk pelanggan yang bukan Islam menjamu selera pada tengah hari.
"Mengapa tak beli terus di kafe?"
"Ishhh.. mana boleh? Nanti kita dituduh sengaja tak berpuasa."
"Betul ker awak ni uzur?" saya sengaja mengusiknya.
"Nak bukti? Mai ikut saya ke asrama," balasnya dengan nada serius.
Ahhh... bulan Ramadhan. Bulan yang menguji kesabaran dan ketaqwaan kita.
Sebelum saya memeluk Islam, bulan Ramadhan merupakan waktu yang agak mencabar untuk saya yang bertugas di sekolah.
"Mana nak makan ni? Tiada bilik kosong."
Saya pening. Sebagai satu-satunya guru bukan Islam di sekolah, saya seolah-olah dianggap perlu turut berpuasa bersama-sama guru Melayu yang lain pada Ramadhan. Tiada seorang pun yang bertanya kepada saya sama ada saya selesa berada bersama-sama guru yang sedang berpuasa. Tiada sebuah bilik kosong di sekolah (semuanya berkunci) untuk saya menyembunyikan diri untuk menjamu selera dengan sekeping roti bun dan sebotol air mineral. Sebagai guru tentu saya tidak mahu makan di khalayak ramai pada bulan Ramadhan dan dilihat oleh para pelajar yang sedang berlatih berpuasa. Bukan tidak mahu berlatih berpuasa sekerat hari tetapi dengan keadaan yang uzur dan batuk-batuk ketika itu, tidak mungkin saya puasa paksa pula ketika bertugas. Lagipun orang Islam mendapat pahala berpuasa kerana Allah swt, orang bukan Islam yang terpaksa berpuasa kerana keadaan persekitaran kerja/belajar yang tidak membolehkannya makan dan minum hanya mendapat lapar dan keletihan.
Akhirnya saya minum di dalam bilik guru sahaja.
"Thisha, esok pagi jumpa saya di bilik guru. Saya tahu kamu tak puasa, sebab itu saya panggil kamu, bukan pelajar Melayu."
Thisha mengeluh. "Teacher, saya puasa juga..."
"Kamu puasa?" saya tersenyum melihat pelajar India yang berbadan lebih besar dari gurunya.
"Mereka paksa saya berpuasa sehingga balik rumah. Letih la, teacher. Panggil orang lain boleh tak?" Thisha yang menghadapi peer pressure itu bersandar dengan lesu di atas kerusi.
"Mengapa pula kamu setuju untuk berpuasa?" saya meminta kepastian.
"Kantin tak buka, saya pula tak bawa bekal. Mereka marah kalau saya makan dan minum di hadapan mereka."
"Teacher, bukankah baik Thisha berpuasa juga?" komen Siti.
"Thisha, kamu bersarapan tak pagi ni?" saya kasihan melihat Thisha dibuli oleh kawan-kawan Melayu.
"Tak.. saya memang tak bersarapan. Tak lalu makan."
"Esok cuba bersarapan sebelum ke sekolah, ok. Kalau tak bersarapan, kamu tidak patut berlapar di sekolah. Kalau pengsan kerana lapar, susah nanti."
Saya memndang Nanthini dan Divyah. "Kamu berpuasa juga?"
"Tak. Kami bawa bekal."
"Bagus. Kamu berhak untuk makan dan minum kerana kamu tidak berpuasa. Dan pelajar Islam, kamu tidak boleh marah kawan bukan Islam yang makan dan minum, walaupun di hadapan kamu. Jangan paksa mereka untuk berpuasa kecuali dengan kerelaan mereka sendiri."
"Sorry, saya minum di hadapan kamu yang berpuasa."
"Mengapa minta maaf? Saya memilih untuk berpuasa, kamu pula tak berpuasa."
Dia ketawa. "Awak tak rasa dahaga ker tengok saya minum?"
"Tak lah. Sebenarnya saya tak rasa apa-apa dan tak kisah kalau orang bukan Islam makan minum di hadapan saya."
"Awak ni peliklah. Biasanya orang Melayu mereka takkan duduk di kafe ini pun pada bulan puasa."
"Sebenarnya tak ada masalah orang Islam berada di kafe asalkan dia tak makan dan minum. Saya di sinipun sebab ada group discussion."
Pelanggan di situ ada yang menjeling ke arah saya. Agaknya mereka berfikir, mengapa wanita bertudung itu duduk di kafe sedangkan dia sepatutnya berpuasa? Saya tak kisah.
"Hiii.. teruknya perempuan dalam kereta tu!" dengus Ida.
"Mengapa?"
"Awak tak nampak ker dia sedang makan dalam kereta?"
"Nampak.. jadi?"
"Dia makan di khalayak ramai la tu. Dia patutnya hormat bulan Ramadhan, tak boleh makan in public. Orang sekarang dah tak hormat bulan Ramadhan."
"Mungkin dia uzur, tak boleh berpuasa. Mungkin dia mengandung. Apa salahnya dia makan dalam kereta? Kereta memang tempat tertutup. Kita nampak dia makan sebab kita yang kebetulan lalu di tepi keretanya. Lagipun mana lagi dia nak makan dalam kampus ini pada bulan Ramadhan? Takkan nak suruh dia makan dalam asrama sedangkan dia mungkin bukan penghuni asrama?"
Ida mendiamkan diri. Mungkin dia terasa dengan teguran saya.
images: www.flickr.com
selamat berpuasa, kak aliya. semoga kita sempat khatam quran sebelum raya~!!
ReplyDeleteAlahai Kak Aliya.. paste gambar makanan pula dalam entri ni..! :)
ReplyDeleteSalam Ramadhan kak, maafkan segala salah silap saya..
Hannah,selamat berpuasa to you too. Khatam quran?InsyaAllah, huhuhuuu.
ReplyDeleteHumyrah, hari-hari saya buka buku resipi sebelum berbuka puasa, hehehe. Dasyhat bukan? Selamat sambut Ramdhan kpd Humyrah gak, sama2.
Assalaamu'alaykum sis aliya,
ReplyDeleteHow true :) When I was pregnant, and when I stepped into a mamak stall to buy food - I got jeered and laughed at, by some of the waiters themselves! Had to 'tebalkan muka' and just buy because the other restaurants are all non-halal.
Perhaps they do not know that there are concessions for the sick/pregnant/breastfeeding/traveler..
May we do what pleases Him and may what we do be accepted by Him, ameen.
Ramadhan Mubarak :)
Wassalaam.
salam
ReplyDeletenice writing kak aliya....
wasalam
aslm wbt
ReplyDeleteumat Islam perlu belajar untuk bersangka baik ke atas sesama manusia, bukankh itu yang Islam ajar.
Kalau nak tegur sgt atas alasan amar ma'ruf nahi mungkar tanya dulu kenapa beli makanan, kalau dia kata dia beli utk diri sndiri, baru tanya knp xpuasa. kalau dia kata beli utk anak2 kecikke, toksah sibuk tanya2 lg, atau kalau dia kata dia uzur,haidh ke, musafir ke, menyusu anakke, toksah tanya lagi. kalau dia tipu itu hal dia dengan Allah, kita dok sangka buruk dgn orang juga satu dosa.
W'salam wbt,
ReplyDeleteRayhana,
People's ignorance and holier-than-thou attitude can be a hindrance sometimes. Just ignore them or if you like, teach/advice them.
Yes, Masri. Itulah masalah dalam masyarakat kita.. bersangka buruk.
salam ziarah.
ReplyDeletemy best frens r non-muslims, but they hv d utmost respect towards my faith n ibadah. they apologize when they eat in front of me, to which i objected, bcz frankly, they did nothing wrong.
ReplyDeletetp sy paling tak suka bila ada fellow muslims yg suka make fasting as an excuse for them to slack off at work.