"Setiap tahun raya di sini, sebab Mak saya sambut Tahun Baru Cina saja," saya menjawab dengan senyuman.
"Oh, baguslah. Tak gaduh nak raya di kampung siapa."
"Inilah antara untungnya kahwin dengan saudara baru." komen seorang cikgu lain.
"Tapi kena raya dua kali setahun.. angpau pun kena dua kali bagi, satu untuk Tahun Baru Cina, satu untuk Hari Raya.. kuih muih kena beli dua kali.. bonus pula hanya sekali," saya terangkan. Kami ketawa.
"Teacher, teacher dok di mana?" tanya seorang pelajar.
"Rumah saya di SJ."
"Laaa.. jauhnya. Kalau dekat kami nak serbu rumah teacher la raya nanti.."
Serbu? Aduhh.. nampaknya tahun hadapan kenalah bersedia untuk rumah diserbu oleh para pelajar. Untuk tahun ini saya tidak membuat rumah terbuka kerana keadaan kesihatan yang tidak menentu. InsyaAllah dalam perancangan kami, tahun hadapan akan diadakan rumah terbuka dua kali; untuk Tahun Baru Cina (bagaimana orang Cina Muslim sambut CNY?) dan Hari Raya Aidilfitri.
Kami akan beraya di kampung suami. Namun begitu saya akan terus online seperti biasa kerana masih boleh menggunakan handfon untuk mendapatkan khidmat Web.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam. Maaf Zahir & Batin atas sebarang kesilapan semasa saya berblog dan sepanjang tempoh perkenalan kita.
Segala pujian bagi Allah Yang Maha Esa. Semoga ketenangan batin yang selalu dicari dan diharapkan oleh semua manusia, dapat kita capai. Ameen.
i enjoyed reading your blog.
ReplyDeleteaccidentally stumble upon it while surfing the web.
selamat hari raya to you too. :)
Assalamualaikum Aliya,
ReplyDeleteSelamat menyambut Aidil Fitri buat Aliya sekeluarga.
Semoga gembira di pagi Syawal.
Maaf zahir batin.
Assalamualaikum Aliya,
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri buat Puan dan famili. Mohon maaf zahir & batin.