Thursday, September 4

JANGAN SALAHKAN PUASA

"Mana kawan-kawan kamu yang lain?" saya dapati ramai yang tiada dalam kelas itu."Berapa orang yang tak hadir?"
"8 orang tak hadir," jawab ketua kelas.
"Mengapa tak hadir hari ni? Mereka ada hadiri program luar sekolahkah?"
"Tak, teacher. Mereka tak larat sebab puasa."
"Merka dok tidur di rumah, teacher."
"Mereka tak hadir sebab puasa? Itu satu alasan yang lemah. Sepatutnya orang Islam yang berpuasa lebih bersemangat untuk melakukan semua kerja dengan lebih baik. Berpuasa bukan satu alasan untuk orang Islam menjadi malas, ponteng sekolah atau ponteng kerja, faham?"
Saya bosan dengan alasan yang sering diberikan, iaitu letih dan mengantuk pada bulan Ramadhan itu membolehkan mereka-mereka itu menjadi kurang produktif.
Patutlah Mak dan Adik selalu mengadu bahawa mereka yang terpaksa melakukan kerja lebih pada bulan Ramadhan kerana rakan kerja Muslim yang berpuasa banyak yang "menghilangkan diri pada waktu tertentu". Bukankah mencuri tulang dengan memberi alasan kerana berpuasa satu sikap yang buruk?

4 comments:

  1. salam teacher,
    mungkin kena terangkan tentang keyakinan bahawa tenaga itu Allah yang bagi, bukan makanan. cerita perang badar menarik untuk dikaitkan. :)

    saya juga kadang2 terlupa..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam maryam,
    Benar tu. Sepatutnya bulan Ramadhan inilah orang Islam lebih banyak melakukan amal ibadat, dengan tenaga yang datangnya daripada Allah swt. Bahkan saya percaya tidak salah kita doa agar kita lebih kuat dan bertenaga pada bulan Ramadhan, juga tidak kalah kepada nafsu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    frst time komen kat cni... tertarik dgn post ni sbb ada kaitan dgn satu kisah yg berlaku pd diri sy hari ni.. hehe

    di univ sy ni, mmg agak byk foreigners (student n lecturer)... so, alkisahnya.. ada sorang kawan sy ni dgn terang2 menyalahkan puasa apabila lecturer sy yg nonmuslim ni tny kenapa assignmnt x siap.. Ya Allah, mmg merah muka saya masa tu.. fitnah besar bg kite umat islam.. padahal die dah mmg org kenal muka pemalas.. bygkan dlm satu lecture hall tu hmpr separuh nonmuslim dan die bleh dgn 'tenang' menyalahkan pose... Subhanallah

    tp alhmdllh, majoriti kami sbnrny x begitu... hidup spnjg rmdhan brjln sprti biasa sj... cuma biasalah, mst ada gak mnsia2 cmni dlm rmai2 tu

    bknny org xtau yg dlm bulan ramadhan la, Nabi menang perang badar, salahudin al-ayubi berjaya menawan palestin, mesir berjaya rampas blk sinai peninsular dari israel etc...

    i mean he is such a hypocrite... why he put the blame on god while he is the one who at fault...

    tq

    (maaf, tulisan sms.. hehe)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam fareast,
    Memang ada orang yang akan memberi alasan berpuasa untuk menjadi malas. Saya harap Fareast dan sahabat2 membetulkan tanggapan nonmuslim dengan menerangkan dalam kuliah(di hadapan kawan awak itu kalau boleh) bahawa berpuasa tidak membebankan umat Islam, dan bukan alasan yang diterima Allah untuk tidak menyiapkan kerja.
    (line internet down, sedang menulis dari makmal komputer, heheehee)

    ReplyDelete