Sunday, May 31

WHAT ELSE CAN I EAT?

"Are you still eating pork?"
I asked Mom when I called her up this morning.
"Yeah la.. no pork, what else to eat?" she replied.
"Well.. you can eat more fish?" I suggested.
"Expensive.. and difficult to buy fresh ones."
"What about the fishmonger?" I referred to the mobile fishmonger who used to sell from door to door.
"By the time I come out of the house, he's already gone."

Mom doesn't eat beef [being a Buddhist] and only consumes a little chicken, so as a Muslim daughter, I try to advice her to leave out pork from her diet and eat more fish instead. However, it's easier said than done. For a Chinese, pork is an important part of their normal diet. In fact for the average Malaysian Chinese especially the elderly ones, choosing not to eat pork means there's something wrong with you - you're either a Muslim or a weakling. Believe it or not, my non-Muslim relatives still think that pork is better and safer to eat than chicken.
"Aren't you afraid of the swine flu?" I asked Mom.
"Do I have any choice? I don't like the fish they sell at the food court. Anyway, pork is safe to eat when cooked properly."
Telling Mom about the other diseases conected to pork and about the scientific discovery about the dangers of eating pork is like telling a chain-smoker that he'd die of lung cancer."We've been eating pork for generations and nobody have died due to pork consuming!" she'd retort.
Yeah, right.


delicious halal Chinese food without pork

My grandma used to say that eating pork is good for health, better than beef and chicken. In fact, grandma scolded my aunt for consuming beef during her pregnancy, saying that the child would get diseases. Babies are weaned with spoonsful of pork porridge and sick patients are often given pork to eat, while omitting other types of meat.
Having the Buddha statue at the altar means beef is never allowed to be cooked or eaten at my family home [which explains why I still don't know how to cook beef dishes, hehehe], but pork used to be an almost daily diet. Even today, with a kilogram of pork being more expensive than chicken or fish, Mom and grandma still buy them. Most Chinese dishes contain pork and old habits die hard.

"Where can not eat pork?!" [means - have to eat pork no matter what]
Doing dakwah Islam to my own nonMuslim family members is a challenge. It's not easy to do so, not when they know me so well and most of my weaknesses. It's so much easier to tell another nonMuslim about Islam than one's own family.

"I've fed you with rice and pork till you're strong and healthy, and now you're telling me that pork is bad? I know you no longer eat pork but don't try to force me to follow your ways. If I don't eat pork, what else can I eat? " [I can imagine Mom and grandma scolding me like this if I talk too much :P]
It's safer and easier to tell my nonMuslim relatives that it's more economical to eat chicken and fish, than to suggest that they stop eating pork altogether. Actually consuming pork is not just about eating; for some, it has psychological effects [I'm Chinese I eat pork, they Malays/Muslims they don't eat pork - as long as I continue eating pork, I'm Chinese and nonMuslim]. And I know some families would serve pork dishes to test their children whom they suspect have reverted to Islam.

Do I miss eating those nonhalal dishes? Sometimes when I pass by the stalls and notice the menu or food, I remember how I used to enjoy them. But alhamdulillah, the fear of Allah's wrath for disobeying His commands is greater than my wish to eat, hehehe.. and the knowledge that consuming pork is also bad for health strengthens my resolve to avoid it at all costs. Besides, I can always adjust the traditional recipes and replace them with chicken or beef to make the food halal for consumption. Now if only I were a better cook, heheheee.

halal 'bakchang'.. I didn't learn enough 'kungfu' from Grandma nor have enough patience to make them myself, so am still searching for halal ones in Penang :P

images: http://islaminchina.files.wordpress.com/2008/01/chinesefood1.jpg
http://putri-berendam.blogspot.com/2008/01/halal-bakchang.html

Friday, May 29

SIJIL ISTIMEWA

"Teacher, siapa nama teacher sebelum Islam?"
Tiba-tiba seorang pelajar saya bertanya.
Alhamdulillah, setelah lama mengajar dan melayani mereka dengan sabar, mereka mula mendekati untuk berbual-bual dan saling mengenali. Peluang keemasan begini bukan datang dengan percuma; dan perlu digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengetahui kehidupan seharian mereka dan sebagai cara memberi motivasi kepada mereka yang berada dalam kategori galus [gagal/lulus].
Saya tersenyum, sambil mencapai beg tangan. Saya keluarkan sekeping kad berwarna biru lalu menghulurkan kepada pelajar yang bertanya tadi.
"Oooo... comel teacher," katanya sambil menatapi gambar saya yang berselendang, diambil seminggu sebelum memeluk Islam.
Pelajar-pelajar lain berkerumun melihat kad itu.Mereka membaca nama asal saya dan segala butiran yang tertulis pada kad tersebut. Bagi saya itu bukan sesuatu yang perlu dirahsiakan.
Kad atau Sijil Akuan Memeluk Islam satu-satunya dokumen rasmi keluaran Majlis Agama Islam Negeri yang mengesahkan saya sebagai orang Islam sebelum berjaya menukar nama dan agama dalam Kad Pengenalan.


Dengan berbekalkan sijil inilah [maaf gambar kabur kerana ambil dengan handfon], saya melakukan dakwah kepada mereka yang lahir Islam, khasnya para pelajar saya. Saya tidak perlu bercakap banyak; sekadar menunjukkan sijil ini kepada mereka yang bertanya sebagai bukti saya bukan lahir sebagai orang Islam, dan berapa lama saya sudah hidup sebagai orang Islam. Dan akan saya teruskan cerita asal-usul saya jikalau mereka terus bertanya.
"Cikgu, cikgu orang Cinakah?" pernah pelajar bertanya kepada saya, dengan wajah terkejut. Dia telah menganggap saya orang Melayu selama setahun sehingga terdengar saya bercakap dalam bahasa Cina.
"Ya, saya orang Cina. Mengapa?"
"Tak ada apa, cuma cikgu tak nampak pun macam orang Cina," jawabnya.
"Saya berbangsa Cina beragama Islam."
Ketika mula-mula memeluk Islam, saya bertekad tidak mahu menjadi seperti kebanyakan guru wanita Cina yang memeluk Islam, yang saya kenali. Saya tidak mahu dikatakan memeluk Islam semata-mata kerana berkahwin dengan lelaki Islam tetapi zahirnya masih seperti belum Islam. Saya tidak mahu hanya menukar nama kepada nama Islam, tetapi penampilan diri masih seperti biasa; tanpa menutup aurat. Kalau sekadar berbaju kurung sebagai pakaian mengajar di institusi pelajaran, itu belum mencerminkan seorang Muslimah. Saya mahu menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Itu tekad saya; dan alhamdulillah Allah swt berikan suami yang terbaik untuk terus membimbing saya.
Kini saya pula dikatakan nampak lebih Islamik daripada yang lahir Islam kerana bertudung dan berstokin. [tak apalah, itu kewajipan setiap Muslimah untuk berpakaian begitu, bukan saya seorang]. Saya tahu, ada pelajar Islam yang segan dengan saya kerana tahu saya seorang saudara baru.
Namun perkara yang penting adalah, para pelajar disedarkan bahawa mereka bertuah kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga beragama Islam. Islam tidak boleh diwarisi sejak lahir tetapi sekurang-kurangnya mereka sudah diberi asas tentang Islam semenjak kanak-kanak lagi, tidak seperti mualaf yang perlu bermula dari asas sejurus selepas mengucap 2-kalimah syahadah pada usia 20-an atau lebih. Selebihnya terpulang kepada mereka yang muda-muda ini untuk menghargai kedudukan mereka sebagai orang Islam dan untuk menuntut ilmu agama Islam dengan sebaik-baiknya sewaktu di alam persekolahan.
Saya tidak berceramah kepada para pelajar sekolah saya sebagaimana saya berceramah ketika kursus Dakwah dalam masyarakat majmuk di USM. Mereka tidak tahu aktiviti sampingan guru mereka ini, hehehe.
Cukuplah dengan sekeping sijil yang istimewa sebagai pemberi kesedaran kepada mereka bahawa bukan semua orang Islam dilahirkan dalam keluarga Islam, dan bukan semua orang bukan Islam akan mati dalam keadaan kafir.

Wednesday, May 27

RUGINYA

"Norhayati Abu.." saya membaca tulisan pada kertas jawapan.
Alahai, pelajar nakal telah menulis namanya dalam tulisan jawi.
"Tolong baca ni, " saya tunjukkan kepada seorang pelajar Melayu, untuk mendapatkan kepastian.
"Saya tak tahu baca, cikgu," katanya dengan jujur.
"Awak tak tahu baca? Habis, camner jawab soalan Pendidikan Islam?" kawannya di sebelah pula menegur.
Saya memerhatikan gelagat mereka, anak-anak teruna yang lebih tinggi dan lebih besar daripada saya.
"Kamu tak belajar Jawi? Bukankah ada dalam Pendidikan Islam?" saya bertanya kepada pelajar-pelajar lelaki yang peramah itu.
"Betul saya tak tahu baca Jawi. Masa periksa saya agak-agak saja."
"Masa sekolah rendah dulu, kami banyak ponteng sekolah agama. Petang-petang meronda keliling kampung, ustaz dan ustazah pula garang giler. Bila ingat balik, menyesal pula tak belajar bersungguh-sungguh. Sekarang nak belajar Jawi, malu lah.. dah besar," mereka memberitahu saya.
"Kamu ni orang Melayu, tulisan Jawi adalah warisan kamu. Kalau kamu sendiri tak tahu, bagaimana nak ajar anak dan isteri kamu? Hmmm..mengaji al-Quran tahu?'
"Tahu, cikgu. Aaa.. ba.. ta.. senang saja." mereka ketawa.
"Cikgu," mereka pula bertanya,"Cikgu tahu baca Jawi?"
"Tahu, bukankah tadi cikgu baca? Cikgu belajar Jawi semasa di sekolah rendah dahulu. Waktu itu, semua wajib belajar Jawi, tanpa mengira bangsa dan agama. Cuma sekarang agak lambat baca kerana sudah lama ditinggalkan."
Mereka mengangguk faham. Alahai, kasihan saya melihat mereka. Mereka bakal kehilangan satu warisan yang telah semakin hari semakin luput. Tulisan Jawi yang dahulu menjadi medium menyebarkan berita dan ilmu kini semakin dipinggirkan. Kurang nilai komersial berbanding tulisan rumi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Nilai tulisan Jawi sebagai identiti bangsa Melayu kurang dihargai dalam abad ke-21.
Ramai anak-anak Melayu yang memandang rendah pada tulisan Jawi, dan menganggap ia hanya sesuai untuk orang tua.
Tulisan Jawi yang banyak persamaaan dengan tulisan Arab sekiranya tidak dijaga dan digunakan secara meluas, bakal menjadi seperti tulisan Sanskrit atau Latin yang hanya difahami ahli akademik.
Saya bersyukur kerana walaupun berbangsa Cina, saya berpeluang belajar Jawi di sekolah rendah dahulu. Cakap dengan orang, orang takkan percaya- sekolah mubaligh Kristian iaitu Convent tetapi atas arahan gurubesar yang berpandangan jauh, semua pelajar tanpa mengira bangsa dan agama wajib belajar Jawi. Dahulu Jawi diajar sebagai satu subjek dalam jadual waktu persekolahan, siap dengan buku teks, maka memang mudah untuk pandai [kecuali kawan-kawan bukan Melayu yang menutup hati mereka untuk belajar subjek ini]. Kini Jawi diserapkan dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah, tidak lagi terbuka kepada pelajar bukan Islam. Pelajar bukan Islam tidak berpeluang belajar Jawi, dan pelajar Islam pula tidak begitu didedahkan dengan teks Jawi seperti ketika zaman persekolahan saya. Bagi saya, ini satu kerugian kepada semua anak Malaysia.
Berbekalkan pengetahuan Jawi inilah, saya mudah belajar Iqra, kerana banyak persamaan. Alhamdulillah hari ini masih boleh membaca dan menulis dalam Jawi, walaupun agak tersekat-sekat [sekali-sekala latih dengan suami sahaja].
Saya tidak risau akan pengetahuan Bahasa Mandarin kerana kelas Bahasa Mandarin tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Itu warisan bangsa saya. InsyaAllah saya akan terus belajar Mandarin untuk memantapkan diri. [bila lama tak guna, mudah lupa cara menulis tulisan ideogram itu]. Begitu juga dengan Bahasa Arab; semakin ramai orang yang berminat dan semakin banyak kelas Bahasa Arab yang wujud hari ini.
Jawi pula seolah-olah tidak mendapat perhatian lagi dalam masyarakat Melayu. Ramai anak muda Melayu yang mengaku tidak tahu Jawi, terutama mereka yang tidak menghadiri kelas agama. Kelas khas untuk belajar Jawi pula tiada, tidak seperti kelas bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Kasihan mereka yang baru sedar dan mahu belajar Jawi, tetapi tiada peluang begitu di luar waktu persekolahan. Alhamdulillah sekarang dengan adanya kelas J-Qaf, mudahlah anak-anak di sekolah rendah belajar Jawi dan Bahasa Arab, tetapi abang dan kakak mereka bagaimana pula?
Saya boleh bayangkan betapa susahnya ibu bapa yang buta Jawi mengajar anak-anak yang pulang ke rumah dengan buku teks Pendidikan Islam, yang ditulis dengan teks jim-alif-wau-ya. Bagi mereka yang mampu, akan diupah ustazah untuk mengajar anak-anak; bagi yang tidak mampu, mungkin akan berakhir seperti pelajar-pelajar Melayu saya yang buta Jawi.

Tuesday, May 26

BELIAN INTERNET

"Aliya, ada bungkusan atas meja."

Alhamdullilah, barang yang dipesan dah sampai. Inilah hadiah awal untuk ulangtahun ke-3, hehehe. Terima kasih.
"Cantiknya.. beli dari mana?"
"Berapa harganya?"
Saya beritahu kepada yang melihat dan yang membelek. Itulah abaya pertama yang saya beli, yang dipesan secara online [selalu tengok Kakchik buat promosi, nak juga saya cuba, hehehe]. Jubah dah ada tetapi abaya belum ada lagi sebelum ini.

Inilah yang saya beli dari MissAbaya. Harganya berbaloi kerana kain selesa dipakai dan sulaman pun cantik. Susah nak dapatkan pada harga yang sama di sini. Cuma saya perlu sediakan innerwear hitam kerana butangnya di hadapan.Oleh kerana ia labuh, bolehlah saya padankan dengan kasut tumit tinggi. [satu lagi alasan untuk membeli-belah]. Saya beli 2 pasang sebenarnya tetap biarlah yang satu lagi jadi rahsia, hehehe. Ia labuh sebenarnya, tidak mengikut bentuk badan.

Bungkusan kedua sampai hari ini.
Tudung nuur kaktus bidang 60 inci, yang dipesan dari sini. Yang sehelai lagi berwarna coklat jingga. Alhamdulillah, sesuai dengan citarasa saya. Yang seronok sekali, tak perlu digosok. [sekarang lebih selesa dengan tudung 60" kerana lebih mudah dipakai menutup aurat]. Mungkin akan memesan lagi tudung begini, hehehe.

Baju kurung, tudung dan segala pakaian menutup aurat yang sesuai untuk ke pejabat dan majlis rasmi memang masih terhad dalam koleksi. Maklumlah, baru 2 1/2 tahun bergelar Muslimah. Banyak pakaian lama yang tidak boleh lagi dipakai di luar rumah; maka perlu menambah baju kurung dan jubah sebagai pakaian kerja. Saya tak suka keluar membeli-belah pakaian tetapi kini ia satu keperluan. Nampaknya membeli secara internet satu pilihan yang menjimatkan masa.

Hmmm... masih memikirkan nak pakai abaya tersebut di mana?

Sunday, May 24

DIA SUDAH PERGI

"Ada pelajar kita yang meninggal..."
"Inna lillaahi wa innaa ilahi raaji'uun.."
Kami semua terkejut. Suasana ceria pagi Sabtu bertukar muram. Guru mana yang akan ceria apabila menerima berita kematian salah seorang pelajarnya. Dia anak murid cikgu, dan anak harapan ibu bapanya.

Pelajar perempuan itu didapati demam panas beberapa hari yang lalu dan dihantar pulang oleh guru yang bertugas. Dia tidak kembali ke sekolah selama 2 hari berikutnya. Kami diberitahu bahawa dia diserang sawan pada awal pagi, lalu dibawa ke hospital, tetapi telah terlewat. Arwah hanya berumur 13 tahun.

Walaupun dia bukan pelajar kelas saya, mungkin dia salah seorang yang telah saya tegur, dan yang telah memberi salam kepada saya ketika lalu di hadapan saya. Saya boleh bayangkan bagaimana kawan-kawannya akan terasa kehilangannya yang pergi tanpa sebarang pesan. Kematiannya walaupun pahit, perlu dihadapi dan dijadikan pedoman serta peringatan bagi yang masih hidup.
Tangisan seorang ibu yang terpaksa menerima hakikat anak daranya telah pergi selama-lamanya amat memilukan hati sesiapa yang menziarahi ke rumah. Dialah anak, dialah kakak, dialah pelajar, dialah kawan. Tiada ibu bapa yang mahu melihat si anaknya dikebumikan lebih awal daripada dirinya sendiri. Tiada guru yang mahu melihat jenazah anak murid diusung ke kubur. Namun Allah swt yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Buku-buku dan barang-barang peribadi arwah perlu dikutip semula oleh guru kelasnya. Bayangan wajah arwah ketika sihat akan menjadi kenangan seumur hidup untuk warga sekolah yang mengenalinya. Sekolah kehilangan seorang pelajar yang baik. Keluarga kehilangan seorang anak yang solehah.
Selamat tinggal adik Shamimi. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-fatihah.

Saturday, May 23

ANDA BAGAIMANA?

Tidak perlu berkata banyak.
Tidak perlu bersoal banyak.
Cukup sekadar menghulurkan sekeping gambar dan perhati reaksi orang ramai yang mendakwa dirinya orang Islam. Ambil sahaja gambar apa-apa pun.
Bagaimana dengan gambar ini?


Bagaimana dengan gambar ini pula?



Mungkin anda akan berkata, "Issshhh! Teruknya. Sahkah solat mereka-mereka itu?"
Mungkin juga ada yang akan berbisik,"Kenapa bagi mereka masuk? Ruang solat untuk orang Islam sahaja."
Anda bagaimana?

Penyelesaiannya mudah sahaja. Selidiki dahulu mengapa terjadi fenomena seperti dalam gambar-gambar berkenaan. Siapa yang mengambilnya dan bila. Kemudian tanya mereka yang arif dalam bidang agama tentang isu yang ditimbulkan oleh mereka yang menghantar gambar-gambar tersebut dalam emel, kemudian rujuk al-Quran dan hadis yang menjadi panduan kita semua.

Maaf saya yang jahil ini,tapi setahu saya Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah menghalang orang bukan Islam daripada masuk ke dalam masjid. Dengan syarat mereka tidak berniat jahat.
Maaf saya yang baru Islam ini, tapi setahu saya sama ada sah solat kita atau tidak, itu hak Allah swt yang tentukan. Bukan hak kita untuk menilai.

Dalam kes gambar pertama, mungkin itulah antara cara dakwah yang sesuai untuk mereka bukan Islam yang mahu belajar tentang Islam. Bukankah cara solat orang Islam sesuatu yang istimewa, kerana ia diajarkan sendiri oleh Rasulullah saw, setelah disuruh oleh Allah swt? Sekiranya mereka itu ikhlas nak belajar mengerjakan solat dan merasai pengalaman bersolat jemaah, mengapa perlu dihalang? Mengapa perlu disoal sama ada yang solat di saf yang sama itu sah atau tidak solat mereka? Itu bukan hak anda lagi, itu hak Allah!

Mungkin juga mereka yang berpakaian sami itu baru sahaja memeluk Islam. Sekiranya benar mereka telah Muslim, alhamdulillah. Sekiranya belum Muslim, semoga pengalaman mengerjakan solat berjemaah itu dapat membuka hati mereka kepada Islam.

Kita yang tidak tahu perkara sebenar tidak patut menjatuhkan hukum. Sebaliknya kita perlu mendoakan mereka supaya menerima hidayah untuk memeluk Islam dan menjadi Muslim yang soleh.

Begitu juga dengan gambar kedua.
Ramai yang mengutuk dengan mengatakan "Tak ada baju lain lagi kah?.. Tak berilmu atau sengaja?.. Tak tahu makna perkataan-perkataan itu ker?"

Bagi saya, saya katakan "Alhamdulillah!"
Mengapa?
Mengapa tidak? Bukankah pemuda itu masih sedar bahawa dirinya orang Islam, maka dia turut mengerjakan solat di masjid? Mungkin lelaki berketayap di sebelahnya telah mengajaknya ke masjid dan secara tidak langsung, telah menyuntik keinsafan pada diri pemuda berbaju-T itu untuk menjadi Muslim yang lebih baik dan beriman kepada Allah? Bukankah kita patut bersyukur kerana manusia mengerjakan solat merupakan yang masih ada iman padaNya?

Silapnya sikit sahaja - dia terlupa membalikkan baju-T yang dipakainya supaya perkataan tersebut tidak kelihatan ketika solat. Mungkin mereka jahil akan perkara ini, atau mungkin kawannya terlupa atau kawannya tidak sedar pemuda itu mempunyai perkataan begitu di belakang bajunya..

Mengapa kita sebagai manusia yang mendakwa diri kita orang Islam, suka berburuk sangka terhadap orang lain? Perkara negatif yang kita lihat dahulu, walaupun belum tentu kebenarannya.
Kita orang Islam sepatutnya lebih baik daripada mereka yang bukan Islam! Kita sepatutnya lebih berempati, lebih berkasih sayang dan lebih bersifat mulia daripada mereka bukan Islam dalam semua bidang tapi...?

Lihatlah dan bacalah dalam forum-forum yang disertai orang Melayu Islam amnya, kalau bukan mencarut, maka mengkritik orang lain, nombor satu. Majalah hiburan dalam Bahasa Melayu penuh dengan gosip hangat yang belum tentu kebenarannya, tetapi makin sensasi beritanya maka makin laris di pasaran. Yang baca siapa? Maaf, tapi itu kenyataan pahit yang perlu kita telan.
Kurang sekali komen positif dan yang membina minda dan merawat hati yang dihulurkan. Ini masalah masyarakat kita dewasa ini. Kita mudah membuat penilaian terhadap orang lain, tanpa menyoalsiasat dengan teliti dan memberi peluang orang lain membela diri. Kita selalu kata kita mahu mengikut sunnah Rasulullah, menjadikan Rasulullah saw sebagai model kita tetapi perkara sekecil tetapi yang penting ini jarang kita usaha lakukan.. iaitu sentiasa bersangka baik terhadap orang lain!

Ingatlah, you are what you think. Your thoughts become your action and your actions show the real you.
Kita adalah apa yang kita fikirkan. Sentiasa isi minda dan hati dengan perkara dan ilmu yang baik dan bermanfaat, maka baiklah minda dan hati kita. Pemikiran kita akan melahirkan tingkah laku, dan apa yang kita lakukan, nyatakan dan usahakan mencerminkan diri kita yang sebenar.
Janganlah kita suka menuding jari terhadap orang lain, dengan lagak seolah-olah kita lebih baik, lebih pandai, lebih berilmu, lebih mulia, lebih bertakwa sedangkan empat lagi jari menunjuk kepada diri kita untuk mengingatkan diri bahawa kita sebenarnya masih lemah, masih jahil, masih hina, dan masih banyak perkara yang perlu kita sediakan sebelum disambut malaikat Izrail.
Kadang-kadang kita lupa bahawa orang yang kita kutuk itu mungkin orang yang baru diberi hidayah dan dibawa semula ke pangkal jalan oleh hamba Allah yang lain. Sekiranya kata-kata kita didengari oleh pemuda yang berbajuT tersebut, agaknya dia mahu lagi bersolat jemaah di masjid atau berhenti kerana malu dan kecewa? Bagaimanakah cara kita laksanakan amanah kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini?

Ingin sekali saya tanya kepada jurugambar yang mengambil kedua-dua gambar tersebut dan mengirimkan dalam emel, apakah tujuan mereka berbuat demikian? Dengan tajuk provokatif seperti "What's going on?" apakah sebenarnya yang ingin dicapai oleh mereka yang terus menerima dan meng-forward-kan lagi gambar-gambar tersebut? Apakah alasan yang diberi ? Adakah dengan tujuan baik atau untuk sengaja menggalakkan orang lain untuk mengutuk mereka yang gambarnya diambil tanpa mereka sedari? Semoga semua yang mereka nyatakan dalam semua emel dan forum di dunia ini mampu mereka jawab di hadapan Allah swt di akhirat kelak.

Kalau anda salah seorang daripada mereka yang telah menerima emel dan gambar tersebut, apa komen anda

Thursday, May 21

AND HE SAID,"I CAN'T BE A MUSLIM ANYMORE"

And he said,' Sorry, I don't think I can be a Muslim.. "
She stared at him, her heart crushed.
" What do you mean?" her voice quivered.
" I can't live as a Muslim.."
She took a deep breath and released her pent-up frustrations.
"I can accept if you say that you have another woman, in fact I can bear it if you say that you're leaving me but this..! You can't live as a Muslim? You're implying that you've reverted to Islam just to marry me? That our marriage in all these years is just a sham.. that you've never really intended to be a real Muslim in the first place!? What about our marriage vows? Were you a believer when you recited the akad nikah?!?" she almost shouted at him.
She had no more tears to cry. She had tried everything within her power to bring him back to Islam, done her best to work on her marriage with him, always trying to believe that things will eventually work out for the best. She had prayed to Allah s.w.t night after night, seeking His help and His mercy. She had decided to wear the hijab, after years of procrastination, and had felt closer to Allah despite the turmoil and difficulties in her own marriage.
She had accompanied her husband to learn about Islam and had repeatedly reminded him about his religious obligations. During the first few years of their marriage, he did follow but soon began to lose interest. In desperation, she had even prayed in front of him in the hope that he would be moved to join her but he never did. And she had kept on trying, praying and hoping.
She had been ridiculed, scolded and emotionally abused by her nonMuslim in-laws whenever she visited them with her husband. They blamed her for influencing their son to revert to Islam. They looked down on her and her own race, citing that the Malays were all hypocrites and that her religion was evil. Yet she remained patient and tried to be a good daughter-in-law and a solehah wife.
Until this final day when he told her that he didn't want to be a Muslim any longer.
And she realised that for many years, he had never been one.
Her husband, whom she had loved and served faithfully during all the long years of their married life, had become murtad or an infidel.
And he wanted her to join him in his nonMuslim parents' home.

She said NO.
She had had enough.
She made up her mind.
She charted her own destiny, away from him.
She planned her escape.
She'd rather lose him than her own faith.

She loves Allah swt more than she loves him.
And she's waiting to be a free woman again.

"I consider everything that had happened as a journey and life's lessons, Aliya. I'm a much stronger woman today, thanks to what I've gone through. I'm alone but I still have my family who loves me and cares about me. I lost a husband but now I'm happier as a single woman again. And Allah swt has rewarded me with more rezeki than ever so that I can stand on my own feet. Alhamdulillah for His blessings."
"Yes... Allah will never test anyone more than he or she can bear.." I replied.
We looked at each other's eyes and smiled in understanding.
Yes, we're stronger through our own trials. And we're much stronger now when we learn to rely on Allah swt, and to trust Him to continuously guide and protect us.

Surah al-Isra 17: 15. Who receiveth guidance, receiveth it for his own benefit: who goeth astray doth so to his own loss: No bearer of burdens can bear the burden of another: nor would We visit with Our Wrath until We had sent an messenger (to give warning).

Tuesday, May 19

NAK CAKAP APA

"Belum siap lagi?"
"Dalam proses..."
"Dua jam nak cakap Yang, bukan satu masa yang pendek. Dah tau apa nak cakap nanti?" suami terus bertanya.
"Adalah...siap nanti saya tunjukkan draf," saya tersenyum.
Saya masih menimbang-nimbang, apa yang hendak diketengahkan dalam ceramah yang bakal disampaikan pada bulan hadapan. InsyaAllah saya akan menziarah ke Segamat buat julung kalinya dalam hidup saya atas satu jemputan khas. Tajuk ceramah yang dicadangkan pula adalah "Islam Agamaku." Saya bakal berceramah dalam Bahasa Melayu [macamlah saya mahir berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan ini, huhuhu], berkongsi pengalaman sebagai seorang mualaf wanita.

Terus terang, saya tidak pernah menyangka bahawa perjalanan hidup saya akan sampai ke sini, sebagai seorang penceramah bebas.
[Kalau mak saya tahu, entah apa komen dia. Setakat ini, dia dan adik saya belum tahu tentang blog ini dan aktiviti sambilan saya, hehehe]. Gementar. Segan juga nak sampaikan ceramah di khalayak ramai, tambahan saya bukanlah siapa-siapa dalam arena ceramah agama. Dahulu semasa dijemput untuk menyampaikan ceramah di USM pun, saya teragak-agak untuk menerima jemputan tetapi saya terima juga walaupun hati memang berdegup kencang. Lagipun pantang berundur sebelum mencuba. Cuma kali ini cabaran yang bakal dihadapi lebih hebat dan impak mungkin lebih kuat terhadap mereka yang bakal mendengarnya.

Saya mohon bantuan para setia pembaca blog ini untuk memberi komen dan cadangan tentang perkara yang harus saya ketengahkan dalam ceramah nanti. Harap nyatakan posting atau artikel manakah dalam blog ini terutama tentang perjalanan hidup saya yang saya telah kongsi bersama yang telah memberi kesan istimewa kepada anda yang telah membacanya. Mungkin juga boleh cadangkan sekiranya anda bakal menjadi pendengar ceramah tentang perjalanan hidup seorang mualaf, apakah yang ingin anda dengar dan tahu. Ingin sekali saya tahu sama ada pendapat dan idea saya sama seperti anda :)

Saya tahu ceramah saya akan memberi kesan yang berlainan kepada para pendengar kerana saya seorang mualaf wanita, yang memeluk Islam pada usia yang agak 'matang'. Saya ingin menyampaikan yang terbaik, insyaAllah. Ceramah yang bakal disampaikan ini adalah semata-mata kerana Allah s.w.t, bukan untuk menonjolkan diri. Saya lebih selesa sebagai penulis blog sahaja tetapi saya terima cabaran dan tanggungjawab baru ini kerana sudah sampai masanya masyarakat diberikan lebih banyak pendedahan tentang keadaan saudara baru dan keperluan menyampaikan dakwah kepada yang belum Islam. Saya hanya mengharapkan semoga perkongsian itu nanti dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Semua yang telah, sedang dan bakal berlaku adalah ketentuan Allah. Saya berserah sahaja kepadaNya untuk menentukan apa yang terbaik untuk diri ini, keluarga saya dan masyarakat Islam.Terima kasih kerana membaca.

HOT

It's been very warm this week. Many people are down with fever due to the change of weather and lack of fluids.

Alhamdulillah, I'm coping well. But working in classrooms in such a weather is like working in a sauna, especially for a Muslimah clad in a several layers of clothing - tudung, hand socks, leg socks, court shoes and long-sleeved baju kurung or blouses and skirts. By 11am, I could feel the drops of perspiration trickling down my back as I stride to the next classroom with a pile of test papers and my books.
It is easy for a teacher to find reasons to stand under a ceiling fan to cool down while conducting lessons in the class but during the exam weeks, the seating order would sometimes force the teacher to sit at a corner [where none of the students would want to sit], with the sun shining directly upon him or her. And as I sit there in that particular corner, I wonder if that's the way the students test their teachers' patience and attitude.

And I reflect on how much I've changed after becoming a Muslimah.
Years ago, under such hot and humid weather, I would have worn a comfortable short-sleeved blouse and knee-length skirt to work, and not blink an eye. Now I have chosen to bear the heat while clad in layers of aurat-covering clothing. And I'm fine with it.

Of course, I'd never visit my mother during one of these hot spells because she'd nag and nag,"You want to get sick wearing so many layers? Why can't you just put on a blouse and pants without the socks and tudung, like some of the modern Malay women?"

Sure, it's hot. In fact it's very hot. But I choose to continue wearing my normal attire, despite the heat. No compromise about the hijab, handsocks and leg sockings. Why? Because if I don't pay too much attention to the heat and remain calm and composed, insyaAllah I WON'T REALLY FEEL IT after a while. It's all in the mind actually.

And I know one thing for sure, it's much much much hotter in hell, where those women who choose not to cover aurat will end up in if they don't repent. Blaming the heat and choosing to wear clothes of thinner material [do check your baju kurung material] or shorter blouses and skirts is inviting trouble. I'd rather be uncomfortable for a while than to suffer later in hell.
How about you?

5 PERKARA

1. Mengerjakan solat subuh pada waktunya. Walaupun sesibuk mana atau terlewat ke pejabat, sentiasa kerjakan solat subuh dahulu. InsyaAllah diri akan sentiasa tenang dan segala perkara akan dipermudahkanNya. Solat adalah ibarat mengecas semula bateri iman kita 5 kali sehari, lakukan dengan sebaik mungkin. Mereka yang bukan Islam dan mereka yang mengerjakan solat ekspres amat kerugian dalam hal ini.

2. Membaca al-Quran serta terjemahan dan tafsirnya setiap hari akan mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t. Gunakan segala kemudahan yang ada pada hari ini, untuk membaca ayat-ayat al-Quran. Boleh bawa terjemahan al-Quran bersaiz kecil dalam beg, dalam kereta atau masukkan data dalam komputer. Bukankah wahyu pertama yang diturunkan kepada semua umat manusia adalah "Iqra" atau "Baca"?

3. Menerima orang lain seadanya, tanpa membuat penilaian terhadap dirinya. Yang berhak menilai adalah Allah Yang Maha Mengetahui. Orang yang berpakaian selekeh mungkin seorang yang baik hati dan takut pada Allah, manakala orang yang berpakaian mahal dan kemas mungkin seorang yang kedekut dan busuk hatinya. Sentiasa melayani mereka dengan adil tanpa mendahulukan kepentingan diri dan kaum kerabat dalam semua urusan. Ingatlah bahawa tiada tirai di antara Allah s.w.t dengan mereka yang dizalimi.

4. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang. Selidiki dengan teliti akan sesuatu perkara yang baru diketahui. Sekiranya ada kemuyskilan terus bertanya dengan orang yang terlibat; jangan jadi 'pembawa berita sensasi'. Mengumpat yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia tidak harus menjadi amalan umat Islam. Sebagaimana kita tidak mahu orang mengumpat tentang kita, jangan kita mengumpat tentang orang lain. Susah-susah kita mengumpul pahala di dunia, takkan nak hadiahkan kepada mereka yang kita umpat, betul tak? Katakanlah perkara yang baik dan benar tentang orang lain tetapi jikalau tiada, lebih baik mendiamkan diri sahaja. Ingat, semua orang boleh berubah menjadi lebih baik, insyaAllah.

5. Sentiasa memaafkan orang lain dan memohon maaf daripada orang yang kita sakiti sebelum kita tidur, kerana kemungkinan malam itulah malam terakhir kita di dunia. Bayangkan perasaan kita jikalau orang yang kita kasihi meninggal dunia dalam keadaan masih marah atau tidak puas hati terhadap kita[awas, isteri-isteri!]. Menagnis air mata darah pun tak berguna lagi.

Friday, May 15

HADIAH HARI GURU

Kami menyambut Hari Guru peringkat sekolah pada hari ini.
Hadiah yang diterima tidak sebanyak pada tahun-tahun lalu.
Lega. Syukur.
Keadaan ini, dengan ketiadaan atau sedikit hadiah daripada pelajar individu, sebenarnya memberi saya kebebasan.

Saya suka dengan kebijaksanaan kelas tertentu yang berkongsi membeli hadiah untuk semua guru yang mengajar mereka, tanpa menyisihkan mana-mana guru
[Guru pun manusia biasa, banding-membanding dan mudah kecil hati jika disisihkan].

Antara hadiah yang diterima. Xie xie..

Hadiah paling berharga adalah pelajar yang menghormati guru setiap masa, berakhlak baik dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Alhamdulillah,
ramai pelajar yang datang bersalaman sambil mengucapkan
'Selamat Hari Guru'. Terpancar keikhlasan pada wajah mereka.
Saya gembira :)

Bekerja kerana Allah swt dan mengharapkan keberkatanNya dalam setiap yang dikerjakan. Itulah hadiah yang terbaik dunia akhirat. Itulah juga yang diusahakan.

Thursday, May 14

MENGAPA JADI GURU

Saya masih teringat tatkala saya menghadapi temuduga untuk ke maktab perguruan. Saya ditanya mengapa saya memilih profesion perguruan. Soalan biasa.Memang telah diduga, dan jawapan saya pun jawapan stereotype, hahaha.

"Saya memilih kerjaya ini kerana saya suka pada kanak-kanak. Saya mahu mendidik mereka dengan baik supaya mereka berjaya dalam pelajaran dan menjadi aset negara."

Fast forward ke tahun 2009.
"Geram la dengan sikap mereka tu.. Kita masuk ke dalam kelas dengan penuh semangat nak sampaikan ilmu, boleh pula mereka kata sudah letih belajar sepanjang hari, dan minta berehat di perpustakaan saja? Terus semangat saya jatuh menjunam!"
"Masuk la kelas 2Z tu. Kita mengajar di hadapan, mereka buat kerja lain di belakang. Bila saya tegur, mereka mencarut. Kata macam-macam. Kalau anak saya, dah lama saya rotan."
"Saya suruh buat kerja, dia kata tak mahu. Saya tekan, dia kata dia tak perlu belajar pun dia akan tetap lebih kaya daripada cikgu kerana sehari dia turun ke laut ikut bapanya tauke ikan, boleh dapat beratus ringgit untung bersih. Dia pandang rendah kerja guru kerana katanya gaji guru rendah, tak sebanyak bapanya."

Setiap tahun, bilangan yang memohon untuk menjadi guru semakin bertambah. Berpuluh-puluh ribu memohon, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar komitted kepada tugas dan tanggungjawab sebagai guru di sekolah?
Ada yang kata, nak kerja guru kerana kerja guru ini mulia. Ya benar, mulia tetapi adakah kerja lain kurang mulia di sisi Allah?
Ada yang kata, nak kerja guru kerana terjamin masa hadapan. Tak ada risiko dibuang kerja. Yalah tu, kerja kerani di jabatan kerajaan pun terjamin juga.
Ada yang kata, dapat didik anak bangsa. Benar tu, tetapi tak semestinya dengan menjadi guru. Banyak lagi cara mendidik anak bangsa.
Ada yang kata, itu pekerjaan yang diminati semenjak kecil. Pastikah anda?
Ada yang kata, itu kerja separuh hari. Selepas 1 petang, sudah boleh berehat di rumah. Pastikah anda?
Ada yang kata, berminat kerana boleh bercuti panjang setiap tahun. Kerja hanya 200 hari dalam setahun. Pastikah anda?

Tahukah mereka-mereka itu apakah sebenarnya kerja seorang guru?
Sedarkah mereka akan tanggungjawab seorang guru?

Guru antara jawatan kerajaan yang paling lambat dinaikkan pangkat kerana bilangan anggota yang ramai. Berbanding mereka di sektor kerajaan yang lain, guru bekerja tak tetap masa. Masuk kerja 7.30 pagi, tamat kerja antara 2 petang hingga 6 petang kerana mesyuarat, kegiatan kokurikulum dan kursus. Hari Sabtu dan hari cuti masih boleh dipanggil bekerja.
Mereka di pejabat boleh bekerja dalam keadaan selesa dalam bilik berhawa dingin, malah ada yang duduk selesa di atas kerusi empuk sepanjang hari. Guru perlu berjalan jauh dari bilik ke bilik untuk mengajar dalam suasana bilik darjah yang tidak berhawa dingin, yang sesak dengan pelajar, dan terdedah kepada kotoran kapur dan pen marker setiap hari.
Pekerja di pejabat kerajaan dibekalkan dengan peralatan menulis tetapi kebanyakan guru perlu menyediakan sendiri peralatan menulis seperti pen, pensel, stapler dan sebagainya. Untuk memantapkan lagi proses pengajaran, guru yang dedikasi turut membeli sendiri buku rujukan terbaru dan bahan pengajaran yang sesuai. Semua itu belanja dari wang gaji guru sendiri. Tak boleh tuntut.
Guru sekolah rendah mungkin berhadapan dengan pelajar yang belum pandai menguruskan diri sendiri, yang nakal, yang terlalu manja, dan yang panjang tangan.
Guru sekolah menengah mungkin berhadapan dengan pelajar yang biadap, yang tidak berdisiplin, yang kaki ponteng, dan yang tiada minat belajar.

Siapa kata jadi guru kerja mudah?
Guru berhadapan dengan risiko disaman oleh ibu bapa yang lebih mempercayai kata anak daripada membuat penyiasatan terperinci.
Guru yang lalai dalam tugasnya bukan sahaja menimbulkan kebencian pada pelajar tetapi perlu menjawab kepadaNya pada akhirat nanti.
Guru yang mengajar perkara yang salah berisiko menanggung dosa selagi kesalahan itu tidak dibetulkan dan terus diulangi oleh pelajarnya.
Guru berupaya menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajarnya atau membunuh minat pelajar dengan cara pengajaran yang tidak sesuai.
Kata-kata guru boleh meningkatkan motivasi pelajar atau 'membunuh' mereka secara perlahan-lahan dengan kata-kata pedas dan menyakitkan hati.

Habis, mengapa saya memilih untuk menjadi guru dan mahu terus menjadi guru?
Sebab inilah kerja yang ditentukanNya untuk diri ini. Saya memohon sekali sahaja dalam usia yang muda, dan terus diterima unutk menjalani latihan perguruan. Saya tidak dapat membayangkan bekerja di sektor lain yang lebih menyeronokkan dan memberi kepuasan berbanding dengan tugas mengajar anak murid.
Saya akui, kadang-kadang penat dengan kerja paperwork yang bertimbun-timbun [walaupun sudah ada komputer, masih perlu lagi isi borang tertentu secara manual]. Kadang-kadang bosan dengan mesyuarat yang berjam-jam. Berat kaki melangkah ke kelas tambahan yang mengandungi lebih ramai kerusi kosong daripada pelajar yang hadir. Geram apabila melihat kerja pelajar yang dibuat ala kadar, yang penuh dengan kesalahan ejaan dan tanda bacaan yang sepatutnya tidak lagi berlaku.
Setiap hari walaupun sudah berehat di rumah, masih memikirkan strategi baru untuk digunakan dalam pengajaran supaya pelajar lebih mudah dan cepat memahami isi pelajaran.
Setiap hari, apabila kerja bertimbun, perlu membawa balik kerja sekolah untuk disiapkan di rumah - semak buku latihan, sedia kertas peperiksaan, semak kertas jawapan peperiksaan, dan isi borang-borang untuk pendokumentasian. [kerja pegawai kerajaan lain mana yang sebegini? Tak boleh tuntut kerja lebih masa]

Kerja sebagai guru memerlukan komitmen yang kuat, tenaga yang banyak dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi karenah pelajar, ibu bapa, dan masyarakat.
Dahulu guru dihormati, ditakuti, digeruni, disegani. Kini guru sering dikritik, dicela dan dikasari. Ilmu yang diberi kurang dihargai. [akibatnya, tak hairan jikalau disiplin pelajar semakin teruk bila perasaan hormat pada guru sudah hilang]

Guru yang cemerlang dan berdedikasi tidak gentar dengan semua cabaran itu. Baginya, segala usaha yang dilakukan adalah untuk para pelajar, dengan harapan mereka dapat menerima ilmu dengan baik dan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dia tidak memerlukan mata tajam pengetua yang memantau, untuk melakukan yang terbaik dalam setiap sesi pengajaran. Dia bekerja bukan untuk mendapat nama atau pangkat, tetapi dengan penuh kesedaran bahawa setiap yang dilakukannya sebagai guru akan dicatat sebagai amal atau dosanya. Dia mendoakan kejayaan setiap pelajarnya, dan awas mereka yang melawan atau biadap terhadapnya [tidak dihalalkan ilmu yang diberikan boleh membawa kesan negatif pada pelajar berkenaan]

Mengapa mahu menjadi guru?
Sanggupkah bertugas di kawasan pedalaman?
Sanggupkah bersabar dengan pelbagai karenah pelajar yang nakal, malas, biadap, melawan dan sebagainya, kerana bukan semua pelajar adalah baik dan berdisiplin?
Sanggupkah bertanggungjawab menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin, dengan penuh kesedaran bahawa jikalau tersilap menyampaikan ilmu, adalah satu dosa yang akan ditanggung sehingga mati, selagi tidak diperbetulkan maklumat yang salah itu kepada pelajar berkenaan?
Sanggupkah mendidik anak orang lain dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi lebih pandai dan mengharapkan agar anak sendiri yang dididik guru lain akan diberi layanan yang sama?
Kalau tak sanggup mengorbankan sedikit masa, tenaga dan wang untuk kebaikan pelajar, jangan jadi guru.
Kalau tak sanggup bekerja dalam keadaan bilik darjah yang panas dan berhabuk setiap hari [kerana kipas rosak], tak sanggup mencuci kencing berak dan muntah pelajar sekolah rendah, jangan jadi guru.
Kalau diri hanya mahu mengajar di sekolah bandar dan sekolah berasrama penuh sebaik sahaja tamat pengajian, jangan jadi guru.
Kalau bekerja untuk mendapatkan gaji bulanan guru yang terjamin pada akhir setiap bulan, jangan jadi guru.
Kalau sudah hilang minat mengajar, dan hanya bekerja semata-mata kerana tiada kerja lain yang terbuka [sudah menganggur beberapa tahun], jangan jadi guru.

Pekerjaan guru amat penting, dan amat besar tanggungjawabnya.
Guru memainkan peranan penting mencorakkan masa depan anak didik. Cemerlang anak didik dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, akhlak yang terpuji dan kesihatan yang baik, maka cemerlang masa depan negara.
Guru zaman sekarang bukan lagi lilin yang membakar diri menyinari hidup orang lain, tetapi adalah matahari yang sentiasa memancar terang, memberi cahaya ilmu kepada semua pelajar.

SELAMAT HARI GURU, 16 Mei kepada semua warga pendidik.

CAKAP TAK CAKAP

Kata Fariha petang tadi,
"Sesuatu perlu dilakukan. Keadaan semakin genting. Kehadiran seseorang telah menyebabkan banyak rungutan dan rasa tidak puas hati.
Masalahnya dia ketua. Masalahnya dia sukar menerima teguran. "Nampak macam alim, tetapi buat orang sakit hati," itu komen yang kudengar daripada Kak Intan, mangsa terbarunya.
Siapalah kami untuk menegur tindakan dan kata-kata yang pedas yang keluar dari mulutnya. Kami orang bawahan. Dia orang atasan.
Sesiapa yang menjadi mangsa memang sakit hati. Yang menjadi mangsa sehingga bengkak mata menahan geram tidak segan lagi meluahkan perasaan terkilan terhadap sikapnya, kepada orang lain. Patutnya dia siasat dulu sebelum buat teguran pedas, ni tak, pakat hentam keromo suka hati dia ajer.
Aku serba salah. Aku sekadar mendengar; aku tak pernah menjadi mangsanya. Mungkin belum masanya lagi. Namun aku tak sedap hati, kerana terdedah kepada umpatan tentang si dia. Tak angguk tak boleh, sebab memang sikap kurang prihatinnya terhadap orang bawahan menjadi punca perbalahan. Terlalu tegas dan kurang menghargai. Sedangkan semua orang suka dihargai. Kutahu mengumpat orang lain itu berdosa tetapi dia memang teruk. Selama ini, kami tetap buat kerja walaupun tanpa pengawasannya. Sejak dia ada, semua tensen, dulu seronok kerja sekarang dah rasa bosan sebab itu ini dah tak boleh, semua dia nak kawal.
Nak tegur dia dengan cara berhikmah, diri ini siapa? Juga orang bawahannya. Silap hari, nanti aku pula yang dia target sebagai mangsa seterusnya.
Nak minta bantuan ketua lain, mungkin nanti diri ini dilabel busybody, menyibuk saja. Pekerja lebih senior pun diam saja, lagak biasa depan dia tetapi belakang, masih mengumpat gak.
Tapi hati ini kata perlu lakukan sesuatu. Tak boleh biarkan perasaan negatif yang sedang melanda kakitangan ofis aku itu berterusan, nanti jadi wabak yang sukar dihapuskan.
Mula-mula aku nak join NGO Islam yang kutahu dia jadi anggota tapi bila tengok perangai dia camtu, aku dah malas nak join. Kalau dia yang dah lama pun perangai tegas giler, nampak sangatlah modul dakwah NGO itu kurang berkesan. Aku dah naik fobia nak join NGO itu, risau nanti bila aku join NGO itu aku pula perangai cam dia.
Aku dah buntu.
Nak tegur dia secara bersendirian supaya dia sedar diri atau buat donno ajer, biar orang lain yang tegur.
Tolonglah beri pandangan, mungkin boleh membantu redakan keadaan di ofis aku ni."

Wednesday, May 13

SEMUA NAMPAK OK

"Semua nampak ok, luka dah sembuh," kata doktor wanita itu.
Ultra scan menunjukkan keadaan saya sudah dikira normal 6 bulan selepas pembedahan. Rahim kelihatan elok sahaja.
"Tapi.. kenapa masih sakit, baru-baru ini?"
"Itu bukan sakit luka pembedahan tetapi sakit otot-otot perut yang masih belum kuat semula.. jangan angkat benda berat pada perut, ada wanita yang lepas setahun pun rasa bisanya lagi," terang doktor lagi.
Syukur. Nampaknya bukanlah seteruk yang disangka.
Saya disuruh lebih banyak berehat dan tidak melakukan kerja berat.
Mudah tetapi sukar dilakukan, terutama bagi seorang yang sudah biasa hidup aktif, huhuhuuu.[ni pun dah slow sikit selepas pembedahan]

Monday, May 11

HARI INI

Duduk tak selesa, saya berdiri. Berdiri pun tetap rasa sakitnya. Saya tarik nafas panjang, sambil berisytifar. Tanpa disedari, mata sudah berkaca menahan sakit.
Padan muka saya. Dah diberi amaran oleh guru-gur lain supaya tidak mengangkat benda berat tetapi selama ini, saya tidak endah. Maka seperti biasa, saya angkat satu set buku kerja kembali ke bilik guru, setelah tamat pengajaran. Bukan jauh sangat pun, baru 3 minit perjalanan. Berat buku pula kira-kira 5 kilogram. Pernah angkat lebih berat lagi tanpa sebarang masalah sebelum ini.
Entah mengapa, saya tak minta bantuan pelajar untuk tolong bawakan buku-buku tersebut. Tidak seperti biasa. Mungkin kerana tidak mahu mereka keluar kelas dan merayau. Sampai ke bilik guru, terus diletakkan buku di atas meja lalu saya duduk di atas kerusi.
Ha, masa itulah ia menyentap. Sakit! Yang merisaukan, sakitnya dari luka pembedahan tempoh hari. Luka dalam, bukan boleh dilihat. Saya mendiamkan diri. Tak mahu bising-bising.
Alhamdulillah sakitnya berkurangan selepas setengah jam.
Saya teruskan mengajar kelas seterusnya, walaupun kurang selesa dan terpaksa dikurangkan aktiviti guru. Apa-apa pun lebih baik daripada duduk berseorangan melayan sakit. Fokus kepada aktiviti lain boleh meredakan sakit tanpa perlunya dadah painkiller.
Dalam hati ini, bersyukur sangat-sangat sakit yang datang tiba-tiba itu berlaku dalam keadaan saya duduk di dalam bangunan dan bukan ketika saya sedang memandu kereta. Syukur ketika saya berehat dan bukan ketika mengajar; boleh menyebabkan pelajar panik.
Nampaknya kesihatan diri ini perlu dijaga dengan lebih teliti lagi. Saya tak takut mati tetapi saya tidak mahu menyusahkan orang lain yang perlu menjaga saya dalam kesakitan. Ketika ini pun, masih terasa lagi kesakitan di tempat pembedahan itu, walaupun sudah 6 bulan berlalu. Entah mengapa, hari ini saja terasa sakit sebegitu sedangkan sudah banyak kali saya angkat buku-buku, tidak pula alami sebarang masalah. Amaran? Agar lebih berhati-hati? Agar tidak menganggap diri ini superwoman? Aduh, sejak pembedahan tempoh hari, inilah kali pertama saya alami kesakitan yang teruk di tempat luka [terjatuh dalam bilik air pun tak teruk sebegini]
InsyaAllah akan membuat temujanji dengan doktor pakar untuk memastikan diri ini benar-benar sihat.
Taubat saya tak akan mengangkat benda-benda lebih daripada 1 kg lagi, huhuhuuuu.
Maaf jikalau tak update blog ini untuk seketika selepas ini.

Sunday, May 10

THANKS MOM

I won't be celebrating Mother's Day today, it's becoming too commercialised. So unlike most blogs which I've visited today, I won't be talking about my own mother, huhuhu.

I've decided to choose my own date and way of appreciating the woman who gave birth to me, 38 years ago. Anyway, who says that Mother's Day has to be celebrated on the 2nd Sunday in May? It's not an Islamic religious festival, so we're free to choose!
And I've decided...
1. To thank her on my own birthday, and celebrate her anniversary of earning the title of 'mother', for that's the real day she's actually become one.
2. To take her on a nice outing on her own birthday, insyaAllah.
3. To celebrate her love on many, many days when both are free to enjoy, and not feel pressured by all the hype and commercialism regarding this day.
4. To continuously pray that she's be given hidayah to be a Muslim, for it's different having a nonMuslim mother. Unlike Muslims's children, I can't pray for my mother's sins to be forgiven or that Allah swt would give her a place in syurga.

Have a lovely weekend, everyone :)

AMBIL YANG BAIK

"Benarkah?"
"Benar apa?"
"Benarkah JAKIM dah haramkan program ESQ?"
"Mana awak dengar? Baca di mana?"
"Ehh, awak tak tau kah? Depa dok heboh cerita dalam internet."
Saya tak mahu komen. Saya cari maklumat dalam internet. Masuk website JAKIM, tiada sebarang maklumat. Yang ada hanya nota lama yang menyatakan tiada pengharaman terhadap program ESQ.
Rupa-rupanya baru wujud sebuah blog baru, yang menyelar program ESQ165.
Saya cari lagi. Akhirnya jumpa dengan blog Ustaz Zahiruddin yang turut memberi komen dan ulasan tentang program yang dihadirinya. Dan setelah membaca dengan teliti, saya setuju dengan kebanyakan pendapatnya.

Ramai juga yang tanya, apakah yang saya dapat daripada ESQ? Malah pernah ditanya begitu oleh fasi di sana. Jawab saya pada hari pertama, "Biasa saja, sebab yang saya lihat sudah pun saya tahu.Cuma cara pendekatan berbeza."
Jawab saya pada hari terakhir,"Ini program yang sesuai untuk pelajar, terutama yang bermasalah disiplin jenis hardcore. Mudah-mudahan mereka didedahkan kepada program seumpama ini, sebab saya sendiri lihat pelajar saya yang mengikuti program ESQ telah menjadi lebih baik dari segi akhlak."
Saya tak mahu berkongsi semua pengalaman saya di sini, kerana nanti akan dianggap terlalu taksub, huhuhu. Dijemput baca artikel pengalaman seorang alumni di sini.

Saya sudah lama diajak menghadiri ESQ oleh pembaca blog ini tetapi ketika itu, hati saya belum terbuka. Saya menganggap ia sebagai satu program yang lebih berbentuk 'brain-washing' sama seperti beberapa program yang pernah saya dipaksa rela hadiri dahulu. Namun setelah Allah tentukan saya yang mengikuti program selama 3 hari berturut-turut, duduk dalam bilik berhawa dingin dari jam 8.30 hingga 7.30 malam [dengan waktu rehat untuk makan dan solat], banyak yang saya lihat, alami dan dengar.

"Why are they so emotional?" pernah saya ditanya oleh seorang kawan yang belum Islam ketika menjadi pemerhati ESQ [alhamdullilah dia sudahpun Islam beberapa minggu selepas itu].
"Because they have realised that they've done a lot of sin," saya jawab ringkas.
Memang, ramai yang mengesatkan airmata dalam beberapa sesi program ini, yang membawa peserta memikirkan penghidupan di dunia dan balasan di akhirat. Itu bukan sesuatu yang luar biasa dalam mana-mana program motivasi. Malah terdapat banyak program seperti Bina Insan dan Bina Negara termasuk anjuran badan kerajaan yang ada slot memaksa para peserta menangis [kerana mengenang dosa kepada ibu bapa]; amat menghairankan apabila terdapat peserta 'berhati batu' seperti saya yang tidak menangis langsung dalam slot itu!

Penggunaan teori dari Barat seperti 'Big Bang Theory' untuk membuktikan kebenaran kandungan al-Quran juga bukanlah perkara baru. Cuma bezanya, dalam ESQ, ilmu Sains dikaitkan dengan kebesaran Allah swt yang Maha Mencipta. Selama ini, kita belajar Sains di sekolah-sekolah atas dasar apa? Atas dasar orang Barat juga, yang hanya mendedahkan kita kepada hasil-hasil kajian saintifik, tanpa pernah mengaitkan kepada satu kuasa yang besar, iaitu kepada Yang Maha Mencipta. Ilmu barat dalam Sains, mengapa kita terima bulat-bulat [kerana ia dalam buku teks?], tidak pertikai tetapi apabila ada pihak yang membawa pendekatan Islam kepada penemuan Barat, ada pihak lain yang mengkritik pula? Dan kemudian kita hairan, mengapakah anak-anak kita semakin hari semakin berilmu, tetapi semakin jauh daripada al-Quran? Malah ada yang setelah belajar sehingga PhD, menjadi orang yang berfahaman liberal?

Terus-terang perasaan saya pelbagai semasa menghadiri program. Saya suka dengan arahan sentiasa masuk ke dalam dewan dalam keadaan berwuduk. Saya lihat semua peserta wanita mengambil wuduk, dan bekerjasama dalam hal ini. Saya suka dengan konsep duduk bersama kawan baru, jauh daripada kawan, dan memberi salam semut 'ala Arab' kepada kawan di kanan dan kiri, kerana ia boleh merapatkan siratulrahim sesama peserta, terutama mereka yang saling tidak mengenali.

Namun, saya mengaku saya kurang selesa dalam beberapa aktiviti yang dijalankan dalam program ini.
Pertama terdapat beberapa orang peserta bukan Islam yang menyertai atas perintah pihak atasannya [kursus yang ditaja] dan mereka tidak terlebih diasingkan, didedahkan dengan beberapa perkara asas tentang pendekatan Islam yang hendak digunakan dalam program ini, dan ditemani oleh alumni yang berpengalaman sepanjang kursus supaya pemahamannya tidak tersasar. Saya sendiri bersembang dengan salah seorang daripada mereka, yang mengaku dia tidak selesa langsung kerana menganggap program itu terlalu Islamik, lalu dia mengambil keputusan pulang pada hari kedua. Tahniah juga kepada nonMuslim yang berjaya menamatkan program latihan kerana bersikap terbuka dan berjaya mengambil intipati program ini untuk kebaikan diri dan organisasi yang diwakili.
Kedua, saya kurang selesa dengan lakonan simulasi untuk menerangkan konsep yang hendak diketengahkan. Bagi saya, itu tidak perlu.
Ketiga, saya juga tidak faham keperluan melaungkan slogan ESQ dalam setiap sesi; mungkin penerangan yang kurang jelas akan konsep slogan ini membuatkan saya tidak selesa setiap kali diminta melaungkannya.
Keempat, saya teragak-agak untuk mengambil bahagian pada sesi terakhir yang melibatkan aktiviti yang agak lasak tetapi saya ikuti juga untuk mendapat pengalaman. Dan pada pendapat saya, aktiviti tersebut perlu diganti kerana keadaan kelam-kabut ketika aktiviti itu tidak mungkin akan mencapai objektif sesi tersebut. Lebih baik diganti dengan permainan simulasi supaya semua dapat memahami dengan lebih cepat dan mudah.

Saya tidak katakan bahawa program ESQ tidak baik. Pada masa yang sama, saya tidak mencadangkan bahawa ESQ satu program yang terbaik untuk masyarakat kita. Cuma, jikalau dibandingkan dengan program motivasi dan latihan organisasi yang ada dewasa ini, program latihan ESQ ini ada lebih banyak kebaikannya, dari segi ia mengajak para peserta menghayati ajaran Islam dari 'inside-out'. Dalam kursus yang saya hadiri, ramai juga peserta dalam kalangan ustaz dan mereka daripada badan berkanun kerajaan seperti Tabung Haji, Pusat Urus Zakat dan sebagainya; tidak pula mendengar mereka mengkritik program tersebut secara terbuka. Terpulanglah kepada mereka yang telah mengikuti program latihan ESQ untuk mempergunakan segala ilmu yang didapati untuk menjadi manusia yang lebih baik. Rata-rata saya dapati peserta Muslim yang tamat latihan berubah persepsi kendiri dan bertambah keinginan untuk beribadat dan menjadi Muslim yang baik.

Mereka yang mengkritik program ini mungkin mereka yang tidak pernah pun menghadirinya; sekadar mengkritik setelah mendengar penjelasan daripada pihak ketiga. Mereka yang mengkritik program ini mungkin mereka yang sudah pun menganggotai satu NGO Islam, dan sudah mendapat bimbingan serta ilmu Islam daripada kesatuannya, maka hanya melihat keburukan program latihan ESQ ini sahaja, yang dilabel sebagai menyesatkan. Mereka mungkin telah tinggi tahap ilmu agama Islam, dan merasakan diri tidak perlu lagi mengikuti program seperti ESQ yang menelan belanja lebih seribu ringgit untuk menyertainya. Namun perlu diingati, bukan semua orang Islam sama tahap pengetahuan dan imannya; bukan semua berpeluang berguru dengan ustaz/ustazah bertauliah, dan bukan semua dapat mengikuti usrah anjuran badan NGO yang bertauliah; mungkin ESQ itu pembuka jalan untuk menggalakkan mereka mencari ilmu Islam dengan lebih mendalam.

Namun perlu juga kita terima hakikat bahawa sebahagian besar masyarakat Islam di negara kita tidak pernah mengikuti mana-mana program NGO Islam, tidak pernah tergerak hati untuk menghadiri sebarang majlis ilmu, tidak menganggotai mana-mana badan NGO Islam, dan kehadiran mereka dalam latihan ESQ juga mungkin kerana telah ditaja oleh organisasi masing-masing sebagai sebahagian daripada Latihan Dalam Perkhidmatan. Oleh itu, penerimaan dan penghayatan para peserta program mungkin berbeza; tangisan taubat mereka mungkin buat pertama kali dalam hidup; dan pengisian kerohanian mereka mungkin setelah sekian lama dalam ketandusan, wallahu'alam. Maka jangan berburuk sangka terhadap mereka yang telah mengikuti program ini dengan melabel sebagai taksub ESQ dan sebagainya, semata-mata kerana menyatakan kebaikan program yang telah dilalui.

Saya juga syorkan agar pembaca jangan mudah percaya kepada berita internet. Jangan cepat percaya kepada penulisan blog yang tidak memaparkan identiti penulis blog, kerana hanya mereka yang mempunyai agenda tertentu saja yang enggan memaparkan identiti sendiri dalam blognya. Komen dan rumusannya adalah karya dan pendapatnya sendiri, bukan daripada pihak JAKIM. Bagi saya, orang Islam bukan bersikap pengecut, dan menyembunyikan diri setelah membuat satu liputan yang mengelirukan seperti dalam blog itu satu sikap yang tidak bertanggungjawab. Saya sudahpun menulis komen dalam blog berkenaan, memintanya memperkenalkan diri tetapi tidak dibalas.
Saya juga telah diberitahu oleh seorang trainer ESQ bahawa pihaknya telah pun membuat laporan polis berkenaan blog tersebut.

Banyak program yang baik. Banyak buku yang baik untuk dibaca. Tak kiralah daripada Barat atau Islam, asalkan kita bijak mengambil unsur yang baik dan mengenepikan yang buruk. Islam tidak pernah menegah umatNya daripada meminjam ilmu daripada tamadun lain, hanya menasihati agar kita menggunakan akal fikiran, sentiasa melakukan penapisan, dan yang paling utama, sentiasa merujuk kepada dua sumber utama tinggalan Rasulullah iaitu al-Quran dan hadis.

Saya juga yakin, mereka yang telah menghadiri program latihan ESQ bukanlah taksub kepada program ini. Masing-masing pulang bukan dengan laungan 'ESQ, ESQ" tetapi dengan penuh kesyukuran pada Allah swt. Lagipun percaya kepada qadak dan qadar; Allah swt telah tentukan mereka-mereka yang menghadiri program ini, maka semoga mereka terus mendapat hidayah, dan bertambah kukuh iman masing-masing padaNya, dan terus berusaha mencapai syurga Firdaus, ameen.

Friday, May 8

HOW TO TELL?

"My family still don't know that I'm a Muslim. I just don't know how to tell them," he said.
When you revert to Islam, one of the most difficult thing you have to deal with is to inform your family members about your change of faith. You don't know what their reaction would be. How they would take the news. And that's the main reason why you keep stalling, waiting and waiting for the right moment to do it - to recite the syahadah, and to inform them.

Some did it in secret - revert first, then live a double life. In the work/study place, people might know you as a Muslim, know that you've reverted but at home, you still look the same and behave the same way in front of your family members. And you try to avoid eating certain food and abstain from certain activities, being careful not to arouse suspicions. You can't explain this to your born-Muslim friends, because they might not understand. They'd tell you that what you're doing is wrong. That you're eating nonhalal food. They question about your prayers as a Muslim and they advise you about staying away from your family dog. They say many things but perhaps not one offers a room for you in their own 'clean' Muslim home. And you dare not ask.

Some new reverts prefer not to return home yet. When you do return [because you miss them], you act like normal, taking a lot of soul-searching to decide not to wear the hijab(for Muslimah) and spend certain hours alone in the privacy of the bedroom [to solat in secret]. And all these while, you know that what you're doing is wrong, but you don't really have much of a choice. You keep asking for Allah's forgiveness, and trust Him to know and forgive you. You tell your family members that you're a Muslim; and the first thing they'd do is to scold you, demand to know why, refuse to accept your reasons, and when you insist on being a Muslim, they'd probably ban you from home. Your father might disown you. They might stop sponsoring your studies. They might stop providing you pocket money for your lodging and food (if you're a private college undergraduate). Within minutes, you might find yourself kicked out of your family home, penniless, and unable to take your personal items and documents. And all because you have chosen to be a Muslim - a religion that many misunderstand, that many still regard as bringing shame and dishonour to have a member of the family as a Muslim. And if you're alone, revert not for marriage reasons [meaning there's no boyfriend/girlfriend and their Muslim family to help out] it's more challenging because you have to survive on your own. Alone.

Or worse still, they think you've been charmed.
They'd never want to believe that you want to be a Muslim on your own free will. It's just too difficult to accept that you find another religion to be better than the one they've brought you up to believe in.
"Andrew has a Malay girlfriend. And last week we took him to the shaman and got him cured," I was told many years ago.
"What did you all do?" I was curious. Andrew was my ex-husband's close friend. A Buddhist.
"Andrew's mother found the woman's picture in his bag. He returned from Singapore and told the family that he's going to marry her and become a Muslim. All of a sudden. So they suspected that he's been charmed."
"So what did the shaman do?"
"He gave Andrew some paper talisman to burn and the ash mixed into holy water la..and they had to do the curing ceremony during a full moon. Andrew struggled and kept shouting, but they managed to restrain him."
"Is he ok now?"
"Yes, I've met him. He's quiet now. They called my mother to find the shaman. That's how I know."
I listened and I remembered. And I chose not to inform my own family about my intention when my turn came. I reverted first, then told them. I didn't want to be dragged to the monk or shaman to be 'cured', or worse still, told to drink some 'holy water' to bring me to my senses :P

It's not easy as some people think. In fact, it's dangerous to tell one's nonMuslim family especially when some family members are known to be violent or indulge in dark magic.
And you can't rely on your born-Muslim friends to help out. They will sympathise but rarely would they offer the protection of their own home for you.
Your phone calls might go unanswered, your SMSes might not be replied [yes, happened to me too]
They might not go out all the way to help you in your times of need. And you're unsure who to trust especially if you're a young lady. They say 'kesian" but they might never invite you home for a meal. They say "solat is important" but might never offer to personally teach you how to take wuduk and perform the solat. They say "You should learn from an ustaz or ustazah" but might never bother to help you get one to teach and guide you to be a Muslim(ah). They are happy to have a new Muslim brother or sister, then they forget about you. To most of them, you are just a number in the statistic of Muslim reverts in Malaysia.
They say they have classes for reverts but unlike Christian churches, they don't offer transportation to go there, and you can't attend because you're either too busy working to survive, or the venue is too far to reach on foot. And despite having your personal details, they don't call you or pay a personal visit to find out how you're coping as a new Muslim.
And at the end, when you complain that you don't know much, they'd tell you,"You should search yourself. You should ask people if you're not sure! You should never learn from books alone - that's wrong. You need a good teacher to guide you."
huhuhuuuhuuuuuuu....

And..You hesitate about changing your ID card.
You go to the Malaysian Islamic Religious Department only to be told that they don't provide the service; that you have to go to the magistrate to officially declare yourself a Muslim in a oath, and that you'd need to fill up a form at the National Registration Department to do a new ID card that declare you a Muslim.
It's a hassle. You can't afford to do it, not when you're struggling to make ends meet after being abandoned by your nonMuslim family, and not being given enough financial assistance or bantuan zakat by the relevant authorities. So you drag your feet.
You drag longer especially when you're still hiding your new religion from the knowledge of your family members.

Days go by, months go by and suddenly.... BUMMMM!!!
They found a dead body in a car accident.
Grieving family members wait at the mortuary to claim the body.
The Islamic Religious Department was called.
Investigations have shown that you have reverted to Islam on a certain date, and your name and ID number have been documented as being a Muslim. They have your records in the Islamic Religious Department. No need to look at your ID card.
Thus begin another court case - which people term as corpse-snatching.

Is there an easier and simpler way of informing one's nonMuslim family?
I don't know.. really, I don't know.
Everyone is different. Every case is different.
A simpler and easy way to record oneself as a Malaysian Muslim Revert?Yes, there should be an easier way.
But I'm not a Minister in charge of the Islamic Religious Department, hahahahaaaaa....

Wednesday, May 6

MENGILAP YANG PUDAR

"Kamu jawab! Apa tanggungjawab kamu kepada mak bapa kamu, yang bersusah payah bekerja dapatkan wang untuk hantar kamu ke sekolah? Yang setiap hari berikan kamu wang saku untuk beli makanan, supaya kamu tak lapar di sekolah? Siapa yang berikan wang untuk beli beg, buku, kasut dan pakaian sekolah kamu yang kamu guna sekarang? Cakap, apa tanggungjawab kamu sebagai seorang anak? Inikah cara kamu balas jasa baik mak bapa kamu, dengan bertindak ***** ? Saya boleh diamkan diri sahaja, buat tak tahu dengan perangai kamu tapi saya kasihan pada mak bapa kamu. Mereka masih tak tahu bahawa anak mereka telah menipu mereka. Kamu tipu diri sendiri, dan lebih teruk lagi, kamu tipu mak bapa yang mengharapkan kejayaan kamu dalam pelajaran! Kamu beri gambaran kepada mak bapa bahawa kamu ke sekolah belajar tetapi hakikatnya kamu sendiri tak mahu belajar dan diajar, bukan begitu?!"

Sebiji-sebiji perkataan keluar daripada mulut dengan jelas dan lancar. Saya tak peduli betapa kuatnya suara saya itu. Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar lelaki tersebut sudah lama dan berulang tetapi selama ini saya telah bersabar. Hari ini saya memilih untuk mengamuk kerana memang tiba masanya saya PERLU mengamuk. Tidak boleh dibiarkan lagi. Pengaruh negatif rakan sebaya menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian pada pelajaran. Segala nasihat, dan hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka bagaikan mencurah air di daun keladi. Saya perlu menyatakan sesuatu yang dapat menusuk ke jantung hati untuk menyedarkan mereka. Mencegah kemungkaran dengan tangan, dan dengan lidah.

anak-anak kita dibekalkan segala kemudahan tetapi kurang bersyukur, berbanding dia yang tekun menulis, walaupun di atas bata..

Mereka diam membisu. Tidak menjawab. Tidak bergerak. Mungkin terkejut; tidak menyangka akan diperlakukan demikian rupa pada awal-awal pagi. Bila ingat kembali peristiwa itu, saya nak tergelak. Bayangkan, nyonya ini setinggi 5'3" menyinga di hadapan mereka yang setinggi 5'6" atau lebih, dengan muka merah padam bagaikan nak telan mereka hidup-hidup. Garang. Kemahiran berlakon dipergunakan sepenuhnya untuk memberi impak istimewa. Pelajar-pelajar lain tersenyum dalam diam sambil menonton drama cikgu Aliya mengamuk sebaik sahaja masuk ke kelas. Saya turut hairan, bagaimana saya boleh berceramah begitu sedangkan tiada dialog yang dihafal dan sebelum masuk ke kelas itu, memang tidak merancang hendak 'mengamuk'. Namun apabila melangkah masuk sahaja ke dalam bilik itu, satu perasaan timbul menyebabkan saya memulakan ceramah istimewa, wallahu'alam.

"Pergi duduk! Saya akan ambil tindakan yang lebih berat jikalau kamu ulangi kesalahan yang sama."
Pembelajaran diteruskan dengan aman. Alhamdulillah, mereka yang dimarahi tadi kelihatan membuat latihan yang diberikan. Kesan hanya dapat dipastikan pada minggu hadapan.

Masalah disiplin melibatkan pelajar berlaku di mana-mana sekolah. Yang paling ramai terlibat adalah pelajar kelas-kelas akhir. Tak perlulah dijelaskan aktiviti harian mereka. Seseorang guru pasti diuji mereka, untuk mengetahui sejauh mana kesabaran dan ketegasannya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai guru dan pendidik. Jika diri amat sensitif dengan kata-kata orang, kurang sabar, tidak mudah memaafkan, atau panas baran, jangan jadi guru. Boleh sakit jiwa dengan telatah para pelajar sekarang. Saya sudah lihat ramai guru baru dan kurang berpengalaman menangis kerana tidak tahan dengan sikap anak murid sendiri.

Mengilap sesuatu yang pudar supaya bersinar kembali, bukanlah kerja mudah. Mengubah sikap manusia dari negatif ke positif bukan kerja yang boleh dilakukan dalam sekelip mata. Perlu usaha, sabar dan tabah. Bgai orang seperti saya, mengajar satu mata pelajaran dari A ke Z sangat mudah, tetapi mengajar dan mendidik manusia menjadi lebih baik amat mencabar. Ramai yang mahu bergelar guru tetapi tidak semua yang mahu menjadi pendidik.

Saya duduk melihat wajah-wajah mereka yang saya marahi tadi. Masih ada harapan. Mereka walaupun nakal, masih hormat kepada guru dan takut kepada balasan Tuhan. Mereka mempunyai masa depan yang cerah sekiranya mahu berubah sikap dan mahu belajar. Mereka permata-permata yang masih terbenam, yang masih belum digilap sepenuhnya. Mereka anak-anak Melayu, anak-anak Islam yang mampu menjadi aset masyarakat sekiranya diasuh dan dididik dengan bijak dan cermat. Tiada siapa pun yang mahu mereka berakhir sebagai penghuni pusat serenti, di atas katil hospital atau bermalam di lokap penjara. Saya berdoa agar mereka insaf sebelum terlambat, berusaha untuk maju dan menjadi kebanggaan keluarga masing-masing pada masa hadapan, insyaAllah.

Monday, May 4

MELATIH HATI

Saya memandangnya dari jauh. Mungkinkah dia orang yang saya cari-cari itu? Dari raut wajahnya, kelihatan dia bukan Melayu. Saya tunggu sehingga tamat ceramah, lalu saya hampirinya.
"Assalamualaikum, Balqis? [bukan nama sebenar]," saya menyapanya.
Dia tersenyum. Manis. Kami bersalaman. Wanita yang duduk di sebelahnya memandang saya dengan seribu tanda tanya pada wajahnya.
"Datang dengan siapa? Suami bawakah?" saya bertanya pada wanita yang pertama kali saya temui itu.
"Tak, kami datang bersama," jawabnya.
"Oh.. dengan kawan," saya senyum pada wanita di sebelahnya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Maria [bukan nama sebenar].
Balqis tersenyum.
"Sebenarnya saya isteri kedua. Maria isteri pertama," terang Balqis bersahaja.
"Oh, sisterlah ya?" saya mengangguk faham.
"Ya... sisters," jawab Maria, seolah-olah menyesuaikan diri dengan istilah yang saya gunakan. [Aikk, takkan saya nak gunakan istilah 'madu' yang memberi gambaran negatif pada persepsi orang Melayu?]
Wajah wanita-wanita lain yang duduk semeja dengan kami berubah apabila mengetahui status mereka berdua.
"Baguslah boleh datang sekali," puji salah seorang. Yang lain hanya memandang, diam.

Saya sebagai pemerhati dan kawan baru kagum dengan keadaan mereka yang kelihatan mesra. Maria berwatakan serius tetapi begitu menjaga kebajikan Balqis yang sedang mengandung. Diusungnya beg ke sana ke mari. Balqis pula bersahaja, dan tidak lokek memberitahu orang ramai akan status mereka berdua; seorang isteri pertama dan seorang isteri kedua yang dihantar ke ceramah oleh suami mereka. Jelas mereka bersikap terbuka dan saling hormat-menghormati.

Dalam keadaan masyarakat kini yang begitu 'self-centred' dan melaungkan 'hak kebebasan wanita', wujud sekumpulan kecil wanita yang berkongsi suami. Bukan merebut suami. Dan beza mereka dengan isteri-isteri lain yang bermadu, adalah keberanian mereka untuk menjelaskan status sendiri tanpa dipaksa. Tanpa rasa segan. Tanpa rasa malu. Tanpa rasa bersalah. Terpulang kepada orang lain untuk menerima atau tidak mereka; bagi mereka perkahwinan masing-masing sudah halal di sisi Allah swt dan suami mereka telah melakukan yang terbaik untuk keluarga masing-masing. Kalau ada orang yang mengata; biarlah. Mereka tetap bahagia. Mereka menerima hakikat bahawa mereka berkongsi suami; dan masing-masing tetap disayangi dan dicintai suami. Masing-masing ada keistimewaan yang berjaya menambat hati suami. Tidak perlu cemburu dengan kelebihan isteri lain, kerana sejarah da perkongsian hidup dengan suami berbeza. Mereka tidak peduli dengan tanggapan negatif masyarakat, dan buktinya mereka boleh berbual mesra bersama.
Saya kagum. Tentu suami mereka seorang yang 'hebat'.
Saya doakan mereka bahagia dan rumahtangga dirahmatiNya.

Sudah tentu keadaan Maria dan Balqis hari ini telah melalui tarbiyah khas dan perubahan paradigma. Sudah tentu mereka telah lama menjelajah hati sendiri sebelum dapat menerima hakikat terdapat suri lain dalam hati suami, di samping mereka. Yang pertama menerima kehadiran wanita lain dalam hidupnya, yang turut sama menjaga kebajikan suami yang disayangi. Yang kedua menerima kenyataan bahawa dia bukan satu-satunya isteri dalam hidup suaminya. Kekuatan dan keindahan hati mereka dapat dilihat kerana mereka boleh duduk semeja dan berbual mesra seperti kawan.

Ramai yang melaungkan monogami. Siapa yang tidak suka menjadi satu-satunya permaisuri si suami? Namun hakikatnya, wanita Islam perlu juga melihat dari satu sudut lain, iaitu suami dan anak-anak bukan milik persendirian, bukan untuk seumur hidup. Suami dan anak-anak bukan milik peribadi, tetapi merupakan pinjaman dari Allah swt. Bila-bila masa suami boleh sakit; boleh meninggalkan kita, sama ada melalui perceraian atau kematian. Bila-bila masa anak-anak boleh dijemput malaikat Israel. Tiada yang kekal di dunia ini kecuali Allah swt. Jikalau terlalu bertaut pada suami dan anak-anak, jangan terkejut jikalau Allah swt berikan ujian begini.

Perkongsian hidup begitu bukanlah satu yang mustahil. Wanita Islam seluruh dunia ada yang mengamalkannya, malah ada yang mencarikan suami isteri baru supaya beban hidup dapat dikongsi bersama. Hanya saya lihat masyarakat Melayu khasnya kurang menerima poligami, walaupun jelas dibenarkan oleh Islam. Keindahan dan kebaikan poligami tertutup kerana yang sering diperkatakan adalah perkara-perkara negatif sahaja. Yang diketahui menjadi isteri pertama, dikatakan isteri tua [sedangkan dia mungkin lebih muda daripada isteri lain], tidak pandai jaga suami, queen-control dan sebagainya. Yang diketahui menjadi isteri kedua pula, dituduh perampas suami orang, perosak rumahtangga dan lain-lain yang mungkin tidak berasas. Suami pula dituduh miang, gatal, dan pelbagai istilah yang tidak baik. Pok-pek-pok-pek siapa kahwin lain menjadi gosip hangat. Pantang silap sikit, sudah tentu hangat diperkatakan orang.

Bagi saya, Allah swt tidak akan turunkan ujian bagi hambaNya tanpa sebab. Hanya mereka yang terpilih sahaja akan diuji iman mereka dengan ujian seberat ini. Hati yang dahulunya lebih cenderung kepada 'self-centredness' kini perlu diubati sebelum parah dengan sifat sabar, rendah diri, dan lebih banyak mendekatiNya. Hati perlu dilatih supaya menjadi lembut, penyayang dan pemaaf. Isteri pertama seperti Maria dilatih Allah swt supaya menjadi penyayang, pemurah, dan banyak bersyukur. Isteri kedua [dan seterusnya] seperti Balqis dilatih supaya bersabar, berani dan bersyukur. Suami pula diberi latihan supaya menjadi seorang yang sabar, bijak, dan adil. Mereka yang berjaya dalam ujian ini, insyaAllah akan mendapat pahala yang banyak pada akhirat kelak.

Poligami yang diamalkan mengikut ajaran Islam banyak kebaikannya.
Ia melatih hati untuk sentiasa bersangka baik pada Allah swt yang menentukan jodoh umatNya.
Ia melatih hati untuk bersangka baik pada suami dan isteri lain.
Ia melatih hati untuk sentiasa bersyukur apabila suami berlaku adil.
Ia menyuburkan perasaan ukhwah dan kasih sayang sesama saudara seagama kerana segala yang terbaik untuknya, adalah juga terbaik untuk saudaranya.
Mustahil dilakukan?
Tidak mustahil! Ramai Maria dan Balqis di dunia ini, banyak keluarga yang bahagia mengamalkan poligami, tetapi kita lebih didedahkan dengan kisah keburukan poligami yang tidak dilakukan mengikut syariat Islam.Maklum saja, jualan akhbar dan majalah lebih laris jika berita buruk disensasikan.

Masyarakat juga tidak terkecuali daripada diuji. Allah swt juga memberikan latihan hati tanpa disedari. Mereka yang suka memburuk-burukkan poligami mungkin akan diujiNya nanti dengan sesuatu yang mereka tidak ingini, sebagai satu pengajaran. Nasihat saya, jikalau tidak dapat mengatakan yang baik, lebih baik diam sahaja. Jangan caci dan hina meeka yang amalkan dan jangan cuba memporak-perandakan rumahtangga yang diketahui mengamalkan poligami dengan membawa cerita yang sengaja disensasikan. Ketahuilah bahawa jikalau poligami sesuatu yang memudaratkan untuk wanita Islam, tentu ia telah diharamkan oleh Allah swt.

Sunday, May 3

MEMBERI SALAM

"Good morning.."
"Assalamualaikum.."
Saya jawab setiap satu dengan sebaik mungkin. Bayangkan, ketika naik turun tangga dan bertembung dengan sekumpulan pelajar, pelbagai ragam dan ucapan yang diberikan.

Sebelum bergelar Muslimah, mudah sahaja. Cukup sekadar ucapan "Good morning" dan "Good afternoon". Kini situasi sudah berubah, sebagaimana penampilan diri saya juga sudah berubah berbanding 10 tahun yang lalu.

"Assalamualaikum, apa khabar semua?" saya sudah berdiri di hadapan mereka.
Diam, mereka baru hendak berdiri. 5 saat berlalu.
"Assalamualaikum..." sengaja saya kuatkan suara.
Mereka memandang ke kiri dan ke kanan, menanti ketua kelas memulakan ucapan.
[Istighfar Aliya.. sabar.. sabar]
"Assalamualaikum ciiiikkkk guuuu.."
"Waalaikumussalam warahmatullah," saya menjawab.

"Cikgu..." tegur mereka yang 'ambil angin' di luar bilik darjah, sambil mempamerkan wajah 'bersalah' kerana sedar tidak patut mereka berada di situ.
"Terima kasih, cikgu," kata mereka yang lalu di hadapan saya, yang tidak pernah saya ajar.
Alahai.. bagaimana harus jawab?
"Jawab saja, 'Sama-sama kasih'," ada yang mencadangkan.
Yang paling membingungkan adalah tabiat sesetengah golongan yang seolah-olah malu untuk mengucapkan salam sehingga tidak dapat didengari ucapan yang dilafazkan. Yang dapat didengari hanyalah "kum' atau sesuatu yang hampir menyerupai salam.
Akhirnya, saya bersangka baik dan mengambil keputusan menjawab "Waalaikumussalam" kepada mereka itu walaupun sebenarnya tidak pasti perkataan yang disebutkan mereka ketika mereka lalu di hadapan saya.

Bukan guru-guru lain tidak pernah tegur. Bukan ustaz dan ustazah tidak pernah ajar. Namun berat sangat mulut anak-anak muda beragama Islam itu untuk memberi salam. Di manakah silapnya? Mungkin kerana ketika masih kanak-kanak lagi, tabiat memberi dan menjawab salam tidak pernah ditekankan oleh ibu bapa, juga tidak pernah dipuji apabila mereka dengan suka hati memberi salam kepada ahli keluarga dan jiran-jiran? Mungkin anak-anak tidak dididik bahawa sebagai Muslim, terdapat banyak kebaikan memberi dan menjawab salam sesama umat manusia? Maka jadilah keadaan hari ini, manusia berat mulut untuk memberi salam. Lebih syok mengucapkan "Hai", "Hello" dan "Yo brother" daripada "Assalamualaikum" yang dianggap kekampungan?
Malah, ada yang terpinga-pinga apabila saya memberi salam kepada mereka yang merupakan saudara seagama?
Saya tak kisah; saya mulakan juga. Lama-kelamaan biasalah mereka, fahamlah mereka bahawa mereka perlu memberi dan menjawab salam.
.
Saya rujuk buku bertajuk 'Takwa' tulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang sedang dibaca [target sekurang-kurangnya satu buku setiap minggu,alhamdulillah masih berjaya dicapai]. Dalamnya Rasulullah s.a.w. telah berpesan agar umat Islam memberi salam. 'Ucapan salam walaupun ringkas dan mudah pada mulut, adalah doa untuk saudaranya, dan mempunyai unsur tarbiyah agar setiap orang sentiasa bersih hati. Jika seseorang itu menyedari pengertian salam yang dipohonkan kepada Allah terhadap saudaranya, bererti dia minta agar selamat dirinya, selamat harta bendanya, selamat agamanya, selamat keimanannya. Bahkan apa juga keselamatan yang menjadi punca kebahagiaan saudaranya itu, maka itulah yang dikehendaki dengan ucapan salam itu.'(bab 37)

Benar! Salam adalah sesuatu yang begitu istimewa untuk orang Islam. Maka dewasa ini, mengapa begitu berat untuk melafazkan salam sesama umatNya?
Memberi salam hukumnya sunat tetapi menjawab salam hukumnya wajib. Dan hukum memberi dan menjawab salam itu terkandung dalam al-Quran dan hadis.
Jikalau belum mendidik dan memuji anak-anak kecil yang belajar memberi dan menjawab salam , mulakanlah hari ini.
Ikutlah pesanan Rasulullah s.a.w agar kita menjalin silatulrahim dengan memberi salam kepada saudara Islam yang anda kenali dan tidak kenali.

Wabillahi taufik wa hidayah
Wassalamualikum warahmatullahi wabarakatuh

Friday, May 1

SEKARANG ATAU KEMUDIAN?

Cikgu Karim diberitahu bahawa terdapat pelajarnya yang berminat pada Islam. Bukan seorang rakan sekerja yang memberitahu, bahkan apabila berbual-bual, memang hakikatnya ramai yang sedar keadaan pelajar itu.Namun tiada yang berjaya menarik pelajar itu untuk mempelajari Islam dengan lebih serius.

Namun bagaimana hendak bertindak berdasarkan berita yang disampaikan?
"Dia berminat, ada waktu dia duduk dalam kelas, tak ikut kawan-kawan lain ke perpustakaan pada waktu Pendidikan Islam."
"Dia ramai bergaul dengan kawan Melayu."
"Dengar kata dia boleh hafal beberapa ayat al-Quran."
"Dia bermain bola dengan budak-budak Melayu dalam kawasan masjid.
"Dia kata Mak dia tak benarkan dia peluk Islam."

Cikgu Karim serba salah. Betulkah apa yang didengarinya? Kalau benar, itu bermaksud kemungkinan bertambahnya seorang Muslim amat cerah. Tetapi sekiranya apabila ditanya kepada pelajar berkenaan tentang minatnya, risau pula nanti dia akan menafikan (kerana segan atau takut) seterusnya menjauhkan diri daripada Cikgu Karim dan guru-guru Melayu yang lain. Riuh pula nanti apabila pelajar bukan Islam menganggap bahawa Cikgu Karim cuba mengislamkan rakan mereka.
Apa pula bakal berlaku sekiranya tindakan Cikgu Karim untuk berdakwah kepada pelajar itu sampai ke pengetahuan ibu bapanya? Jikalau timbul isu Cikgu Karim mencampuri urusan agama dan aduan ibu bapa sampai kepada pengetahuan ketua jabatan, bagaimanakah harus Cikgu Karim atasinya?

Haruskah Cikgu Karim mendekati pelajar itu dan berdakwah kepadanya sekarang (menjawab sebarang kemusykilan dalam hati pelajar itu tanpa memaksanya memeluk Islam) atau mendiamkan diri dahulu sehingga pelajar itu mencapai usia majoriti 18 tahun, barulah mengajaknya kepada Islam?