Monday, February 16

JEMPUTAN

Jemputan yang tidak diduga tiba melalui (apa lagi?) internet.
Saya menarik nafas panjang. Gerun dan gementar membaca mesej dan emel yang diterima.
Dua jemputan dalam seminggu.
Siapa sangka?

Syukur alhamdulillah kerana perancangan Allah swt terhadap saya cukup teliti. Nampaknya keputusan saya untuk bertungkus-lumus dalam kelas Public Speaking semasa di universiti adalah tepat. InsyaAllah, tidaklah saya berdarah gemuruh pada hari dan waktu penting itu nanti.

Saya telah dijemput memberikan syarahan di dua buah pusat pengajian tinggi awam pada tahun ini.
Yang pertama di USM untuk Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk pada Sabtu ini.
Yang kedua di UiTM Johor pada bulan Jun.
Kalau hendak dibandingkan dengan penceramah-penceramah lain yang turut terlibat, siapalah saya. Saya bukanlah seorang pendakwah yang terkenal. Semenjak memeluk Islam, saya hanya membantu dalam kerja dakwah melalui blog dan emel kepada mereka yang menghubungi saya. Saya hanyalah seorang Muslimah biasa yang dianugerahkanNya peluang untuk menulis blog dan berkongsi pengalaman dengan para pengunjung blog ini.

Namun sekiranya inilah ketentuanNya, yang pasti ada hikmahnya. Muslimin dan Muslimah tidak harus takut akan cabaran baru. Walaupun masih risau, saya perlu menerima cabaran ini dengan rela. Nampaknya, ini satu permulaan baru dalam hidup saya. Dari dunia blog saya bakal melangkah ke pentas dakwah secara langsung.
Aduh, jantung ini masih berdegup kencang.
Bukan takut tetapi teruja, hahaha.
Jemputan-jemputan ini bakal merancakkan lagi rutin harian saya yang sudah agak padat tahun ini :)

Saya masih memikirkan maklumat yang ingin dikongsi bersama dengan para peserta syarahan. Masih memikirkan mesej yang ingin disampaikan kepada mereka.
Kerana saya tahu, saya akan berkongsi sesuatu yang mungkin tidak pernah didengari masyarakat umum.
Saya akan berdiri di atas pentas sana, sebagai seorang penceramah wanita, juga sebagai seorang saudara baru. InsyaAllah saya akan bercakap melalui perspektif seorang mualaf wanita.
Kita sering mendengar dakwah yang disampaikan oleh mualaf/saudara baru lelaki. Mungkin inilah masa yang sesuai masyarakat sedar masalah dan pengalaman mualaf wanita pula.

Segala pujian kepada Allah swt yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa.
Saya berdoa mudah-mudahan Dia memudahkan segala urusan syarahan ini, membimbing saya dalam menyusun teks ucapan, menenangkan hati saya yang agak risau, menyembuhkan saya daripada penyakit batuk sekarang, dan yang lebih penting lagi, agar menjauhkan diri saya daripada sifat riak.
Saya hanyalah manusia biasa yang diamanahkan tanggungjawab khas.
Tolong doakan saya agar amanah ini mampu dipikul dengan sebaik-baiknya, insyaAllah.

15 comments:

  1. Salam Aliya...

    Tahniah Aliya. Rasanya belum ada pendakwah mualaf wanita di Malaysia ni yang mempunyai pandangan yang mendalam tentang Islam.

    Semoga anda berjaya menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan dan menunjukkan Islam itu agama yang syumul.

    Tahniah sekali lagi...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah sis..semoga semuanya berjalan nanti..insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Salam. Pls allow me to link yours to mine. Tqvm..

    ReplyDelete
  4. Nur Aliya,

    Sesungguhnya itulah ketentuan Illahi kepada hambaNya yang terpilih. Alhamdulillah.

    InsyaAllah, kekuatan diri akan terus terbina melalui kaedah "...sampaikanlah walau pun satu ayat!"

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Aliya...

    Tahniah Kak Aliya...Alhamdulillah,gembira saya mendengarnya...sesungguhnya,perancangan Allah swt itu memang cukup teliti...saya doakan semoga segala urusan Kak Aliya akan dipermudahkan oleh Allah swt...Ameen...

    Dari Allah kita datang,kepada Allah juga kita akan kembali...

    Salam Tahniah dari saya di Preston,Lancashire ini...:-)

    Jaga diri ye Kak Aliya..semoga cepat sembuh dari batuk tu...:Salam :-)

    ReplyDelete
  6. Too bad its so far away (I am in KL. Would really like to meet you in person.

    I pray all be made easy by Allah SubhanaWataala.

    ReplyDelete
  7. salam kak aliyaa, kami di France (u got fans here) ni pun kalau boleh nak jemput akak dtg bg ceramah kat sini!!

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Aliya...
    Semoga berbahagia dan tabah dalam segala2nya... saya doakan akak berjaya and all d best...

    ReplyDelete
  9. Semoga berjaya Kak Aliya..

    Kakak beruntung kerana menjadi insan yang dipilih Allah untuk melaksanakan tanggunjawab ini.. :)

    ReplyDelete
  10. kak aliya, congratz lah sangat. *^^* sangat happy for you, you know! dah boleh bagi ceramah, berkongsi ilmu, seronoknye kak aliya! one day nani nak jumpe kakak, nak mintak autograf. because lots of your posts inspire me in my thinking. *^^* keep writing, kak aliya!

    ReplyDelete
  11. salam..
    tahniah kerana diberi peluang oleh Allah utk menyebarkn dakwah secara terbuka..
    Utk pengetahuan Kak aliya, dlm diri manusia ni, ada satu perasaan..yakni perasaan ini, apabila dirasai, sesorang itu mampu membuat sesuatu yg hampir difikirkn olehnya menjangkau kemampuannya..dan sesungguhnya, ketahuilah bahawa perasaan itu adalah cinta..dan insyaallah marilah kita sandarkn cinta kita pd Allah yg Esa agar kita mmapu menjalankn segala kewajipannya tnpa sebarang ketakutan dan keraguan..INgatlah, Allah sntiasa membantu org2 yg berjuang di jalanNya..

    semoga kak aliya berjaya..dan xmustahil, nnt kak aliya juga dpt dtg di UK ni utk bg ceramah gk..sesungguhnya Allah lg MAha Mengetahui..
    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  12. Aliya,

    Wow! Dak nak jadi penceramah ye? Hahaha. Good for you. Alhamdulillah your blog has become a medium for others to get their inspiration. The same goes to me. Your blog is really inspiring. Aliya, may Allah bless you always. Don't forget to snap-snap overthere.k. Please write about your journey to Johor and also the one you gonna have in USM.

    ReplyDelete
  13. Thanks everyone.
    Faizal, still remember the question you asked me when you first found out I reverted to Islam - mengapa peluk Islam? Pernah sangka tak ketika itu bahawa kita berdua akan berada dalam keadaan kehidupan kita sekarang? I've come a long way in 2 and a half years, haven't I? Syukur alhamdulillah,Islam has made me a better person :)

    ReplyDelete
  14. mal887, neesa, En.Sabtu, Faiza, ahong, anjut, Ereen, Raudhah, Nani & Ahmad,
    Saya hanyalah hamba Allah yang diberi amanah berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.Berceramah bukanlah satu kebanggaan (Ya Allah, jauhi saya daripada sifat riyak) tetapi satu tanggungjawab yang berat. Terasa impaknya sebaik sahaja saya tiba di dewan ceramah. Orang akan mulai memandang saya dengan pandangan baru. Saya risau tak mampu mempamerkan yang terbaik demi Islam. Ceramah semakin mendekatkan saya kepadaNya Yang Maha Berkuasa kerana Dialah sumber kekuatan saya.

    ReplyDelete