Dengan slaid akhir itu dipampang di skrin dan dengan ucapan terima kasih, saya meninggalkan rostrum.
Alhamdulillah, sudah selesai ceramah.
Kami bertolak dari rumah agak lewat. Saya bersyukur kerana suami yang lebih banyak pengalaman menyampaikan ceramah bersetuju menemani di samping banyak memberi bimbingan dan sokongan moral. Terima kasih Abang!
Apabila menghampiri selekoh yang melencong ke Bayan Lepas dan USM, kelihatan kenderaan berbaris memanjang. Langsung tidak bergerak. Ya Allah! Apa pula yang berlaku? Kemalangan? Saya mula risau, takut lewat tiba dan menyebabkan orang lain menunggu.
Arahan tangan pekerja di Jambatan Pulau Pinang memaksa kami membelok ke arah kanan, jalan yang tidak pernah saya gunakan untuk ke USM. Saya mendiamkan diri, tidak berani bersuara sementara suami cuba mencari jalan alternatif yang harus diambil untuk sampai ke pintu pagar USM. Syukur, sambil mengikut papan tanda di jalan, kami akhirnya tiba di dewan yang dikhaskan untuk seminar tersebut dengan selamat. Saya disambut dengan mesra oleh Puan Wan Nadiah, seorang urus setia seminar.
"Sekarang dijemput Puan Aliya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Nilai sebuah hidayah'."
MasyaAllah! Sebaik sahaja saya membuka pintu dewan, saya terus dijemput ke rostrum. Tidak sempat langsung untuk berasa panik, hahaha.. Dengan bacaan Bismillahirahmanirahim, saya memulakan ceramah.
Bagaimana?
Oh, seperti yang saya jangka, ayat lain yang ditulis, ayat-ayat lain pula yang keluar secara lisan. Dengan bantuan tayangan slaid yang saya sediakan, saya menceritakan pengalaman saya sebelum dan selepas memeluk Islam. Saya nyatakan ujian dan dugaan yang dialami mualaf wanita Islam yang mungkin tidak disedari mereka yang lahir Islam. Saya nyatakan perubahan yang saya alami selepas memeluk Islam, di samping perubahan perspekstif terhadap Islam yang dialami oleh keluarga saya yang belum Islam, dan penerimaan mereka akhirnya. Pada satu ketika saya sebak tetapi masih mampu mengawal emosi. Banyak yang saya ucapkan tanpa merujuk kepada teks yang telah disediakan. Alhamdulillah saya berjaya tamatkan ceramah dalam tempoh yang diberi.
Sebahagian peserta seminar yang mendengar. Program yang padat tidak mengizinkan sessi Q&A
Apa reaksi audien? Entahlah, saya tidak pasti. Kelihatan mereka mendengar dengan khusyuk. Suara saya masih belum pulih daripada batuk, maka saya mohon maaf sekiranya mereka perlu memasang telinga untuk mendengar ceramah saya. Semoga perkongsian saya tadi dapat menyentuh hati mereka, menginsafkan mereka dan menaikkan semangat mereka untuk meneruskan amalan berdakwah kepada orang lain.
Saya mencari-cari seorang blogger tetapi kurang pasti yang mana satukah dia, huhuhu. Saya harap mereka yang hadir di ceramah itu dapat memberi komen (sekiranya membaca pos ini) supaya saya dapat memperbaiki kelemahan yang ada.
Mohon maaf kepada para peserta dan penganjur kerana tidak dapat menghadiri seminar itu sehingga tamat. Saya dan suami terpaksa bergegas pulang selepas sessi ceramah saya. Terdapat beberapa perkara penting lain yang perlu diuruskan pada hari ini.
Saya amat berterima kasih kepada pihak penganjur yang menjemput saya dan memberi peluang untuk saya berkongsi maklumat dan menyampaikan mesej kepada orang lain. Terima kasih juga atas cenderamata yang diberi. InsyaAllah saya akan menggunakan mereka dengan sebaik mungkin. Terima kepada suami saya yang banyak memberikan bimbingan dan nasihat pada saat beliau sendiri dalam kesibukan. Tidak saya lupa, terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, semoga Allah swt memberkati anda semua.
Syukur alhamdulillah. Saya berjaya menunaikan amanah yang diberikan pada pagi ini. Hati saya ringan sekali. Cinta padaNya begitu dirasai di dalam hati. Kehadiran saya di seminar itu adalah untuk memuji kebesaran Allah swt. Saya hanyalah agenNya di muka bumi ini yang akur dengan ketentuanNya. Pujilah Allah Yang Maha Esa.
Assalamualaikum wahai Aliya.
ReplyDeleteSemoga Allah SWT terus memberikan Taufik dan HidayahNya kepada Aliya.
Selaku seorang rakan blogger dan pembaca blog Aliya, terus terang saya katakan saya amat menyokong usaha Aliya didalam usaha Dakwah al Islamiyyah!
Syabas Cikgu!
Tahniah. Saya memang tidak "miss" membaca blog puan.
ReplyDeleteAliya, you should visit this blog
ReplyDeletehttp://www.urbanswirl.com/content/view/1488/4/#josc1236
The backward perception of Islam never ceases.
salam kak Aliya.
ReplyDeleteTahniah. Semoga lepas ni boleh berceramah di KL pulak. :D
Tahniah...how do you feel when u have the chance to go back to USM as penceramah? Congrats Aliya....I know you can do it.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak.
ReplyDeleteTentu seronok para pendengar ceramah akak mendengar perjalanan hidayah hidup akak. KakChik terfikir pulak mungkin selepas ni bolehlah KakChik jemput Kak Aliya ke Kota Bharu pulak.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteApa khabar kak? lama huda tak tinggalkan jejak di sini..:)
Tahniah Kak Aliya..semoga diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T dalam menyampaikan dakwah..;)
Waalaikumussalam sifu, redzuan,rambler, imm, faizal, kakchik, & nurhuda,
ReplyDeleteAlhamdulillah saya dah lakukan yang termampu. Saya sendiri tak pernah menyangka bahawa saya akan terpanggil untuk melakukan kerja dakwah. Semuanya kuasa Allah swt, Yang Maha Mengetahui.
Terima kasih, Redzuan.
Yes, I will, insyaAllah.
Imm, saya tak berkuasa menentukannya. Saya berserah kepada Allah swt.
Faizal, I felt humbled because while I'm still learning about Islam, I'm called a pendakwah. And honoured that Allah swt has chosen me, and that other Muslims believe in me.
KakChik, Kota Bharu? InsyaAllah jika itu sudah dalam perancanganNya.
Terima kasih, nurhuda. ameen..
Kak Aliya, tentang pakai jubah sbb taknak nampak kemelayuan, itu saya setuju. Ramai yang bimbang, memeluk Islam tu bermakna bertukar jadi Melayu.
ReplyDeleteMoyang saya, Cina, peluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Arab. Tapi budaya Cina tu masih ada yang diamalkan, dan seingat saya, arwah nenek dulu, tak ada masalah bergaul dengan cousins dia, yang bukan Islam. Maybe sebab tak tinggalkan sepenuhnya budaya Cina, dan tak juga cuba jadi Melayu.
Wa'alaikumussalam ya kak Aliya. Thank you for your words of advice. I will take it and put it to practice. Hopefully my parents' hearts will soften, insyaAllah.
ReplyDeleteCongratulations ya Kak Aliya. You're now a penceramah. Cool! Sambil belajar, sambil berdakwah. Seeking knowledge is an endless road. May Allahbless you always ya kak Aliya.
By the way, I also usually try to avoid looking Malay when I don my tudung. I don't want people to think like the Perlembagaan that states Malay is Islam and Islam is Malay. I'm a Eurasian and will retain my culture whilst integrating it with Islamic values...
Waalaikumussalam imm,
ReplyDeleteI like wearing jubah/ abaya but I wish I have more. Susah nak dapatkan yang sesuai & berharga berpatutan di sini. Alhamdulillah Sekarang banyak pilihan pakaian menutup aurat selain daripada baju kurung.
salam...saya salah seorang blogger yang mendengar perkongsian sis.aliya... tapi sebenarnya banyak je blogger kat situ =)
ReplyDeletekomen saya; segalanya okay, teratur saya faham segala mesej yang sis. aliya sampaikan... saya dapat rasakan juga pastinya terasa perit apabila ibu tak menerima dan tak dapat pulang ke rumah... tapi alhamdulillaah sekarang segalanya lebih baik daripada dahulu sebelum sis.aliya kembali kepada Islam...
semoga Allah sentiasa memberkati sis.Aliya dan keluarga dan semoga keluarga sis.aliya dapat menerima hidayahNya suatu hari nanti, inshaAllah...
salaam =)
kak aliya, i agree!
ReplyDeleteimm pun tgh cari abaya nak dipakai dgn jeans. skrg, cuma boleh pakai jubah paras bawah lutut sikit, dengan slack atau jeans. entah ya, selesa macam tu.
susah betul nak cari abaya yg mampu nk dibeli. ada satu online seller, di jb, skrg imm tgh try contact dia, nak tanya pasal size.
Asssalamualaikum
ReplyDeletesorry kak Aliya. i'm not intended to flood your blog. but thats what i'm. like tornado, come all with suddent, with heavy rain, flood, then suddently disappeared again.
from first time i read your blog, i know your special. i mean your old blog at that islamic portal. i got your to know your old blog from one of my ex-office mate at my old job place. well she sit infront of my desk, she always read your old blog and insist me to read it. but after some times i forgot about your blog, until i stumble again to your new blog.
what catch my psyche is your view and understanding about Islam. you gives something new and refreshing, different from stereotype Muslim view in our country. something i miss a lot since graduated from university. that because you seeking Islam, not inherited, so you learn and not take it for granted.
All praise to Allah, He choose you as one of His servant that to spread His Deen. i'm really happy to see you, begin with as my new sister in Iman, slowly crawling, then walk, and now you're ready to run. to be a daie is really blessed responsibility. not all person Allah vested this opportunity, so you must feel grateful to Allah, for this very great Nikmat He bestowed upon you. now you walk in the same footstep left by Rasul S.A.W, all Prophets, Sahabi, and Solihin.
this happened not just by chance. its Allah's will. there are things for you to learn, gain and posessed. and there are other things you must expect to happened. i wish i can tell you this later, as its important for you to know it and master these vital virtues. i will share it with you next time.
i pray to Allah may you Istiqamah in this Rahmat. May Allah give you the strengh and will to deal the challenge as Daie.
Wasalam.