"Cikgu! Teacher...!" mereka berdua tercegat di pintu berdekatan dengan meja saya. Alamak, sudah siap ada pengiring ke kelas pula.
"Ya, ya, sabar. Cikgu baru turun dari 5 Sains (yang letaknya di blok yang terjauh dari bilik guru, tingkat 4). Kamu masuk dulu. Tolong bawa buku-buku dalam bakul ini, letak di atas meja guru," saya terus mencapai botol minuman. Kena "recharge bateri" sebelum memulakan tugas berikutnya. Kemudian ke tandas untuk "refresh" diri dahulu. Memang kelam-kabut apabila ada kelas yang berurutan. Bimbang pelajar bergaduh di dalam bilik.
Berjalan laju selama 5 minit dari kelas yang terjauh dari bilik guru setelah 80 minit mengajar memenatkan tetapi perlu pula ke sebuah kelas lagi untuk 80 minit berikutnya di blok lain, juga di tingkat atas. Itulah antara cabaran bekerja di sebuah sekolah yang besar. Saya sudah beberapa kali sesat di kawasan sekolah kerana mencari kelas pada minggu pertama persekolahan kerana penyusunan bilik darjah telah berubah pada sessi persekolahan tahun ini. Pelajar geli hati melihat guru mundar-mandir mencari kelas yang disusun mengikut jurusan dan disiplin pelajar, "Cikgu, Tingkatan 4MPV di blok hujung sana, bukan di sini!"
Setibanya di kelas, didapati pelajar sudah mula meragam. Mereka pun sudah letih. Ada yang sudah dibuai mimpi. Ada pula yang mengambil angin di luar dan perlu dipanggil semula ke tempat duduk masing-masing. Jam sudah menunjukkan pukul 1.20 petang. Kelas tamat jam 2.40 petang. Satu cabaran besar untuk guru mengajar dalam keadaan cuaca yang panas, dengan pelajar yang kelaparan dan hanya menunggu masa untuk pulang. Pada waktu akhir inilah kes disiplin meningkat jikalau guru tidak bersedia. Waktu pembelajaran yang panjang dari 7.30 pagi sehingga 2.40 petang di sekolah menengah sebenarnya kurang sesuai kecuali disediakan makan tengah hari dan bilik yang berhawa dingin.
"Cepat buat kerja kamu!"
"Cikgu dah mula berleter," adu pelajar lelaki yang nakal berusia 17 tahun.
"Nak dengar saya berleter lagi, sayang? Kalau kerja tak siap, kamu boleh dengar saya berleter sehingga pukul 4," saya memberi amaran.
Mereka ketawa mengusik kawan mereka yang dipanggil sayang. Saya membiarkan saja sambil berjalan mengawasi kerja mereka. Mereka pelajar lelaki yang sudah lebih tinggi dan lebih besar daripada saya. Tidak boleh lagi dilayan seperti kanak-kanak, tidak boleh juga dibiarkan tanpa bimbingan.
Mengajar pelajar yang kurang berminat untuk belajar dan bermasalah adalah satu cabaran yang perlu ditangani dengan bijak. InsyaAllah saya masih berusaha agar tiada yang tercicir. Bukan semua daripada mereka pelajar Melayu; ada beberapa pelajar India yang berasal dari estet. Mereka dari keluarga berpendapatan sederhana dan ada yang miskin, sehingga beberapa orang yang bekerja sementara pada waktu malam, waktu yang sepatutnya mereka mengulangkaji pelajaran. Cita-cita mereka juga tidak tinggi. Mereka merupakan pelajar yang dilonggokkan bersama dalam pakej Kemanusiaan setelah pelajar-pelajar lain yang mendapat keputusan peperiksaan PMR yang lebih memuaskan mendapat tempat di pakej lain. Untuk memastikan mereka menyiapkan kerja bertulis, saya terpaksa berleter dan tawar-menawar dengan mereka. Kalau semua usaha masih tidak menjadi, saya gunakan cara paksa-rela sahaja, hehehe.
"Cikgu, petang ini ada latihan sukan?"
"Ya, pukul 4.00 petang."
"Cikgu, saya tak mahu datanglah."
"Mengapa?"
"Letih. Kalau tak datang latihan, tak apa kan?"
"Kalau tak datang latihan sukan, tak ada markah untuk kehadiran kamu nanti. Kalau sihat, datanglah berlatih, boleh juga bersenam supaya lebih sihat," saya memujuk.
Dia termenung seketika. Saya faham, mereka agak letih kerana perlu kembali ke sekolah pada 4 petang untuk latihan sukan. Mereka hanya dapat berehat selama sejam sebelum disuruh berlari dan melompat di tengah padang. Saya teringat zaman persekolahan saya dahulu. Latihan sukan? Hmmm.. boleh la :P
Bulan Februari bulan yang amat sibuk di sekolah. Sukan sekolah dan pelbagai program lain selalunya diadakan pada bulan ini. Saya pula ada program-program peribadi yang memerlukan saya banyak membaca dan membuat persediaan rapi pada bulan ini juga. Pertukaran perancangan pada saat-saat akhir sudah menjadi perkara biasa tetapi saya harap ia tidak terlalu kerap pada bulan ini. Masa amat mencemburi kita. Makan tengah hari digabungkan dengan makan petang kerana tiba di rumah kira-kira 4 petang, makan malam pula ala kadar sahaja untuk menjimatkan masa. (Itupun berat badan masih boleh naik,uhuk-uhuk). Masa yang terluang untuk berehat dan menyiapkan bahan pengajaran untuk hari-hari berikutnya. Saya bersyukur kerana kesihatan yang agak memuaskan sekarang setelah 2 bulan sembuh daripada pembedahan membolehkan saya bekerja seperti biasa. Namun semua perkara dan program perlu diimbangi dengan cermat.
"Kereta cikgu dah kotor," komen pelajar saya. (Apa yang pelajar tak perhati?)
"Nak tolong cuci?" saya mengusiknya.
Alahai, memang kotor dan berhabuk 'hot nyonya' saya itu kerana perlu dipandu di jalan kampung untuk ke sekolah. Nak dicuci pun tak sempat kerana saya tiada di rumah pada hujung minggu lalu. InsyaAllah, Jumaat ini mungkin saya akan mandikannya. Jangan kereta itu merajuk sudah..

salam!! begitulah cabaran menjadi pendidik ... akak bangga dengan awak. InsyaALlah ikhlas melakukannya ganjaran pahalanya berpanjangan, sambung menyambung .. insyaALlah.
ReplyDeleteAssakamualaikum,
ReplyDeleteSister memang ada kesabaran tidak seperti saya.....
Nasib baik saya tak ajar budak2 yang tak serius belajar. All my student semua pun jenis pulun belajar.Senang kerja.
:p
Waalaikumussalam mem-Besar & ahong,
ReplyDeleteSaya suka mengajar, berkongsi ilmu dan melihat mereka yang pada awalnya tidak tahu menjadi tahu. Seperti biasa ada hari yang baik dan ada hari yang saya seperti hendak 'mencekik mereka' hehehe..alhamdulillah saya diamanahkan dengan tugas yang mulia ini
ahong,memang lebih mudah mengajar pelajar yang sudah pandai atau rajin belajar tetapi nak testing kepakaran dan kesabaran seorang guru, cuba ajar kelas yang paling corot. InsyaAllah dari situlah akan timbul daya inovasi & keberanian membuat sesuatu yang baru demi kejayaan pelajar. Kita akan berasa sangat puas hati walaupun dengan sedikit kemajuan mereka.
assalamualaikum!hahhaa!menarik blog ni.
ReplyDeletesaya pun cikgu jugak seperti akak. tak sabar rasanya nak mengajar...u said "kelas 4MPV", it's certain that you teach in a 'special' school. (normally those school have this vocational classes). and i have three months experience to be schooled in such school (actually i was a student of boarding school, and i was shocked when the first time i saw my classmates were playing hide and seek in the class, and our teacher was like a don't-care-you-guys..hahaha, it was funny, but i knew that particular teacher was surely exhausted...). and my father (he used to be a headmaster) did say, a teacher is not just teaching, but he learns from his students. i do agree with my father...
keep up writing sis Aliya!salam!
salam..i have been following your blog since last year i think.
ReplyDeleteinteresting. i am going to be a teacher too soon.in a special school inshaallah. after i finish my degree here.
hope to get to know you better and would like to hear stories from you being a teacher in a special school!
love, mahfuzah
Waalaikumussalam anjut & mahfuzah,
ReplyDeleteA 'special' school? Well, it is special to us who work and learn there. We have a class of MPV for Form 4 & Form 5 respectively. One reason the school is so big is due to the extra rooms eg workhops, labs, kitchen etc. A cheeky student even suggested that I use a skating board to reach the classrooms faster :P
Assalamualaikum
ReplyDeletemy mum always told me, being a teacher is ungrateful job. if the student failed, the teacher to be blame, but if the student succeed, the parent to be praised. sad thought.
it is very noble job. but today its containimated those who don't really loved the profession, but unable to find other job. me myself found out 3/4 of my friend now became teachers themselves. and i know many of them didn't really loved the job but save the few them.
Wasalam
Waalaikumussalam azlan,
ReplyDeleteWell, I've never expected anything back from students(and try not to) because for me, it's an ibadah. I'm answereable to Allah swt on what I do with my students so I'd just my best. The not-so-committed ones? Ahh, there're always black sheep in any profession, let them be. They'd know when their own children have undedicated teachers :)
Assalamualaikum
ReplyDeleteyes kak Aliya. its not about the reward. but my mom talking about the burden and stress she endured. i believe most teacher have same opinion as you're. its about Amanah. how they doing, the teacher remain the same.
there're always black sheep in any profession. but not as much as in mine. i has legal background, so you know lawyers. needless to say. in my (former) profession we not counting the black one, rather we counting the white one. they're rare breed.
its something makes me to ponder upon. things that make my days meaningless, my nights sleepless, my heart restless. until i quit the game. and never look back - ever InsyaAllah.
Wasalam
p/s - i really believe Islamic Law must be implement in m'sia.