"Awak tak takut?" dia bertanya.
"Kalau saya takut, saya takkan berdiri di depan awak sebagai seorang Muslimah. Kalau saya takut dengan kritikan, celaan, dan kutukan orang yang sering kedengaran, dah lama saya kuburkan hasrat untuk menjadi diri saya yang sebenar, iaitu memeluk Islam dan hidup sebagai orang Islam. Bertahun-tahun saya hidup terseksa semata-mata untuk menjaga hati orang di sekeliling saya tetapi mereka tidak pernah cuba memahami kehendak saya dan keperluan saya. Mereka sendiri mementingkan diri dengan meletakkan syarat-syarat tertentu kepada saya. Saya tidak bebas mengamalkan cara hidup yang saya idamkan sehinggalah saya memberanikan diri melangkah ke hadapan, meninggalkan mereka yang kemarahan di belakang saya. Kini saya bahagia tetapi mereka yang masih tidak mahu berubah terus berada di takuk lama. Dulu Mak saya juga takut untuk memperjuangkan haknya tetapi setelah saya memeluk Islam, Mak juga menjadi berani dan tidak kisah lagi dengan pelbagai kritikan orang yang dilontarkan padanya. Jikalau celaan dan kritikan manusia tidak benar, ia hanya seperti angin yang berlalu pergi, takkan menyakitkan kita."
Dia kelihatan terkejut. Agaknya tidak pernah menyangka saya akan menjawab dengan begitu lantang. Ahh.. dia belum mengenali saya.
"Habis, maksud awak buat apa saja? Tak perlu takut apa-apa?"
"Bukan, saya masih ada perasaan takut. Tetapi takut saya bukan kepada manusia. Saya takut pada kemurkaan Allah Subhanahu Wa Taala kerana saya hanya seorang hambaNya yang kerdil dan sering lalai. Saya takut jikalau saya tidak dapat menjalankan segala kewajipan saya kepadaNya dengan baik dan sempurna. Saya takut jika Dia tidak mahu memaafkan saya atas dosa-dosa saya terhadap orang lain. Mungkin tanpa disedari saya telah mengumpat, telah berlaku zalim dan menafikan orang lain haknya, atau saya telah memalingkan muka saya daripada mereka yang memerlukan bantuan. Saya takut saya didapati tidak layak untuk ke syurganya kerana telah gagal hidup sebagai hambaNya yang taat pada segala perintahNya di dunia ini."
Dia mengangguk perlahan, "Tapi..maksud saya.."
"Saya faham maksud awak. Perasaan takut pada kritikan dan celaan manusia sudah menjadi satu bentuk kanser dalam masyarakat. Semua tindakan kita banyak yang dilakukan kerana orang tertentu mahukan begitu, kerana nak jaga hati mereka, kerana tak nak diri kita dimusuhi orang. Manusia sekarang lebih takutkan mulut dan kemarahan orang lain daripada kemurkaan Allah swt. Manusia membiarkan manusia lain menentukan arah tuju dan tindakannya seolah-olah orang lain yang berhak memberi kemuliaan atau kehinaan kepada mereka. Misalnya kerana nak jaga seseorang, tak nak sakitkan hatinya, maka kita bertindak begitu dan begini, sedangkan perkara yang dilakukan itu bukan mengikut ajaran Islam yang menyuruh kita untuk sentiasa berlaku adil. Akibat perbuatan yang kurang adil, ada pihak yang telah dianiaya. Ada hukuman Allah yang menanti kita pada bila-bila masa kerana perbuatan kita yang membelakangkan ajaranNya, kalau bukan di dunia ini akan lebih azab lagi di akhirat kelak. Itu awak tak takutkah?"
Matanya merenung jauh ketika saya meninggalkannya.

Surah Ali Imran 3:26
Allah swt telah berfirman,
Katakanlah, 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."