Saya masih ingat ketika saya dibawa ke rumah bomoh oleh Mak Tok dan bapa saya. Kami mengamalkan kepercayaan agama Buddha dan Tao tetapi itu tidak menghalang Tok daripada turut percaya pada bomoh.
Saya yang masih kecil tidak tahu apa yang berlaku. Bagi saya yang baru berusia 9 tahun ketika itu, itu hanyalah sebuah rumah teres batu satu tingkat, sama seperti rumah-rumah kawan Mak Tok yang lain. Bezanya, kami ke situ pada waktu malam dan ruang tamunya sesak dengan orang yang tidak saya kenali.
Saya disuruh mendiamkan diri. Tiba-tiba seorang lelaki Cina separuh abad umurnya keluar dari bilik dan duduk di tempat yang dikhaskan. Buah-buahan. Asap kemenyan. Durian. Botol arak. Saya perhatikan satu persatu tindakannya.
Lelaki itu bercakap seorang diri. Tiba-tiba suaranya berubah. Dia mula bercakap dalam bahasa Melayu dan membahasakan dirinya sebagai Datuk Panglima Hijau. Saya yang sudah bersekolah dan fasih berbahasa Melayu terkejut melihat tingkahlakunya. Orang ramai di sekeliling mula mendekatinya dan mengemukakan masalah mereka. Meminta bantuannya. Jawapannya kurang jelas tetapi seorang pembantu di sebelahnya seolah-olah faham segala percakapannya dan membantu menerangkan solusi permasalahan kepada yang bertanya.
Saya terkejut apabila di akhir sesi, dia meminum arak sambil makan durian. Kata bapa, itu menunjukkan kehebatan bomoh kerana orang biasa akan diserang angin akmar jikalau makan durian dengan arak. Mak Tok turut meminta petua supaya saya pandai belajar. Saya diberi sesuatu untuk dimakan [tak ingat apa] tetapi dilarang berjalan di bawah ampaian. Maka sepanjang tahun itu, saya sangat berhati-hati agar tidak berjalan di bawah ampaian. Hasilnya? Mungkin dah ditakdirkan, saya belajar dengan rajin, dan akhirnya mendapat tempat ke2 di dalam kelas dan ke3 dalam keseluruhan Darjah 3 sekolah saya.
Sehingga hari ini, orang tua saya masih percaya dan takutkan kuasa bomoh.
Baru-baru ini, saya menerima emel daripada seorang saudara baru, yang mendakwa dia difitnah dengan tuduhan menyihir suaminya sehingga sakit. Buktinya? Ada ahli keluarga suaminya yang tidak menyukainya telah membawa suami itu 'berubat' di sebuah pusat perubatan Islam [entah betul atau tidak keIslamikannya] dan ustaz di sana menggunakan telur yang digosokkan pada badan suami. Maka kelihatanlah benda halus di dalam telur itu apabila dipecahkan, lalu ustaz itu pun memberikan komen tentang orang yang menyebabkan sakit itu. Oleh kerana komen ustaz berkenaan yang dikaitkan dengan asal-usul si isteri, maka wanita itu dituduh lalu ibu mertuanya cuba pisahkan dia dengan suami.
Persoalannya, boleh percayakah ustaz itu?
Setahu saya, berubat dengan perubatan Islam hanya menggunakan limau, daun dan ayat-ayat suci al-Quran.
Telur digunakan jugakah dalam perubatan Islam?
Menurut kefahaman saya.
ReplyDeleteTak salah gunakan telur. Cuma tak wajar disebutkan siapa pelakunya. Inilah salah satu cara syaitan memasukkan jarumnya. Cukuplah berubat dan dikatakan terkena sihir.
Carilah ust lain. Seperti Darul Syifa(haron din) dan Darul Salam(ismail kamus) dll yang islamik
Joe penang,
ReplyDeleteTerima kasih, diharap yang berkaitan membaca dan memahami :)
Minta semua membaca blog http://akrine.blogspot.com/. Selain cite ttg perubatan islam ia juga mengingatkan kita jgn menuduh seseorg tanpa bukti jelas. Tak boleh berdasarkan cite perawat tersebut sahaja. Mungkin betul jin yg mengganggu tu dr si tuduh. Namun mungkin dia sendiri tidak tahu. Kerana jin saka dlm badannya melakukan sendiri tanpa disuruh. Dan dia pun x tau ada jin dlm badannya.
ReplyDeleteSaya baru je dirawat dengan kaedah akrine. Keputusannya? Saya ada jin saka dan disihir!
Berminat?Cubalah rawatan ini. Insya Allah x guna telur, tuduh si anu yg bawak mai penyakit, x pakai jin, tak sentuh pesakit ajnabi x berlapik dll