Thursday, July 22

MASUK ISLAM, HILANG HAK MENGUNDI

Di pejabat pos pada pagi ini:

"Assalamualaikum.. di sini boleh tukar alamat daftar pengundi?" saya bertanya pada kerani bertugas.
"Boleh."
"Kena isi apa-apa borang tak?"
"Tak, hanya perlukan IC sahaja."
"Kena ambil nombor, ya?"
"Ya."
Saya pun kembali ke kaunter depan, menekan butang untuk urusan 'lain-lain' dan menunggu giliran. Hanya beberapa pelanggan sahaja yang berurusan di situ, maklumlah hari bekerja.

5 minit kemudian.
"Tukar alamat berdasarkan alamat pada IC ya?"
"Ya."
"Oh, nama asal Cina ya."
Dia berpaling kepada rakannya.
"Kalau tukar nama dalam IC, kena daftar baru ker?"
"Kena kot," jawab rakannya.
"Erm, kalau susah sangat saya nak tukar alamat sajalah dari Taiping ke sini. Tak larat nak balik ke Taiping semata-mata nak mengundi," saya memberi cadangan. Saya mulai tak sedap hati.
Dia mengikut cadangan saya, dimasukkan alamat baru saya ke dalam komputer. Saya diminta tunggu sebentar sementara dia menghubungi pejabat SPR.
Sekembalinya dari bilik dia berkata, "Minta maaf kak, tak boleh buatlah. Nama kak masih nama asal [Cina]. Kak kena pergi ke pejabat SPR untuk urusan ini."
"Kenapa? Takkan tukar alamat sahaja pun tak boleh?"
"Minta maaf kak, nama yang ada di komputer masih nama asal. Kalau kak pergi mengundi nanti, SPR tak terima sebab nama akak sekarang dah berubah."
"Tapi nama sahaja berubah, nama asal masih ada dalam cip komputer kan? Nombor IC tetap sama, takkan tak boleh?"
Dia menggelengkan kepala, tidak tahu.
"Maksud kamu, kalau saya pergi mengundi pada pilihanraya akan datang, saya tidak dibenarkan masuk kerana nama saya bertukar? Walaupun saya tetap orang yang sama, IC sama, hanya agama lain? "
"Mana pejabat SPR?"
"Di KOMTAR."
"Kalau orang tak ada kenderaan ke sana, bagaimana? Tak boleh mengundi dah la sampai bila-bila?"
Kelihatan wajah wanita itu berkerut.
"Tak apalah, terima kasih saja."
Saya meninggalkan pejabat pos.
Niat untuk menunaikan tanggungjawab sivik saya terbatal.

Karenah birokrasi lagi.
Dah beberapa kali semenjak saya memeluk Islam dan menukar nama ke nama sekarang, pelbagai urusan rasmi saya disusahkan kerana birokrasi.
Apa gunanya sekeping MyKad sebagai dokumen pengenalan diri [yang sudahpun melepasi Biro Penapisan Keselamatan Negara] sekiranya setiap kali saya memohon membuat urusan rasmi, saya masih perlu berhubung terus dengan pihak berkenaan?
Diminta ke ibu pejabat mereka?
Apa ertinya sebuah negara yang dijulang sebagai negara Islam sekiranya mereka yang baru memeluk Islam disusahkan dengan karenah begini semata-mata kerana pertukaran nama asal kepada nama Islam?
Entahlah, anda sebagai saudara lama Islam, jawablah sendiri.

Masuk Islam, tukar nama... itu digalakkan oleh masyarakat Islam Malaysia sendiri.
Tetapi selepas itu?
Lu buatlah sendiri.
Pergi tukar IC/MyKad, kena birokrasi.
Pergi buat paspot, karenah birokrasi. [alhamdulillah dah selesai, dan surat memohon maaf atas kesulitan diterima selepas kes itu saya masukkan dalam blog ini]
Sekarang hak mengundi saya pula hilang kerana birokrasi juga.
Saya sudah tidak boleh membuang undi di pilihanraya kelolaan SPR semata-mata kerana sekarang nama saya sudah berlainan dariapda nama dalam daftar pengundi.

Mujurlah saya tidak kembali ke Taiping pada PRU ke12 dahulu kerana masalah peribadi yang menghalang saya menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat.
Kalau saya hadir, tak guna juga. Saya tidak akan dibenarkan mengundi kerana masalah nama dalam daftar SPR tidak sama dengan nama dalam kad pengenalan. Walaupun saya orang yang sama, nombor IC tetap sama, dan dalam cip komputer MyKad tertera nama asal saya itu.
Lagi frust dan marah pula.

Hanya jikalau saya pergi berurusan sendiri di pejabat SPR di KOMTAR, barulah hak saya itu mungkin dikembalikan.
Ahhh, nak pergi ke KOMTAR yang sesak dengan kenderaan semata-mata untuk berurusan dengan pegawai SPR pula? Berapa ;lama dan berapa banyak wang yang perlu saya habiskan pula semata-mata kerana mahu mengundi dalam pilihanraya akan datang?
Saya menimbang berpuluh-puluh kali.
Kalau anda adalah saya, anda nak pergi ke bangunan KOMTAR yang jauhnya 2 jam memandu kereta di jalan sesak dari rumah saya di kawasan Perai, dengan bayaran tol/feri dan minyak kereta?

Tak apalah.
Pilihanraya Umum ke 13 tak lama lagi.
Rasa-rasanya kerajaan hari ini tidak perlukan undi saya yang satu ini... kan?

nota: Hmmm...berapa orangkah saudara baru Islam yang menghadapi masalah yang sama seperti saya? Tak mengundikah mereka selepas memeluk Islam dan menukar nama MyKad?

24 comments:

  1. Salam...

    Sabar je la kak, kat Malaysia nama dan agama selalu tertimbul konflik. Kadang kala nampak non-muslim punya kad IC tertulis sebagai Muslim, terus menjadi Isu Hangat dalam surat khabar.

    ReplyDelete
  2. Cikgu, komplen je kat SPR tentang hal ini...kadang kala, cara begini sahaja dapat merubah persepsi dan sistem mereka...

    ReplyDelete
  3. Puan Aliya,
    Saya sgt bersetuju dgn apa yg dinyatakan..yakni, kekangan birokrasi (red tape) di negara kita masih amat menyusahkan rakyat...ini membezakan kita dgn negara2 maju...yg membuat strategi secara cakna utk membantu rakyat drpd merugikan masa dlm perkara2 enteng tapi penting!!!

    Masalah ini tdk terbatas pd soal penukaran agama shj tetapi boleh dikatakan agak menyeluruh kpd hal2 lain...yg amat menyusahkan kita.

    Saya cadangkan teks dlm blog ini disalin en block & dihantar kpd pihak tertinggi SPR utk mereka merenungi 1 lagi masalah yg menghantui SPR!!!

    ReplyDelete
  4. -izinkan saya tambahkan sikit lagi...
    -masyarakat kita mmg perlukan perubahan...(tetapi seharusnya ke arah yg lebih baik, sekaligus lebih islamik...)

    -saya bersyukur krn ada org yg spt puan yg bersifat kritis (secara positif)...


    -anggaplah teguran2 itu sebagai 1 IBADAH jua & sumbangan kita utk mmbangunkan masyarakat yg baru merdeka 50 thn yg lalu!.

    -teguran2 ini perlu dilakukan dgn sopan & cadangan yg bernas/baik.

    (-utk puan sdri, harap terus "cool" shj....(khususnya dlm keadaan yg mencabar naluri amarah kita)...maklumlah...seorang hipertensif tdk inginkan tekanan sistoliknya melambung naik lagi beberapa mmHg lebih tinggi drpd rakan2 normotensifnya!!!!)

    Tapi puan, terus tegur, jgn tdk tegur!!!!

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam Ikhwan,
    Dah daftar pengundi? Ada hadpi sebarang masalah?

    ReplyDelete
  6. Lenggang Kangkung, Kamarul dan Kartini,
    Dugaan...huhuhu
    Saya dah serik nak komplen dengan badan kerajaan, buang masa saya yang berharga dan kadang kala tambah sakit hati. Siapalah saya ni... satu undi saja, kan, hehehe..
    InsyaAllah, kalau mereka perlukan undi kita, mereka yang perlu bertindak :)

    ReplyDelete
  7. Salam nas,
    Saya sentiasa 'cool' dalam kepanasan, hehehe.. Saya laporkan di sini bukan untuk mencari publisiti tetapi semata-mata kerana ia memang tugas saya, menegur untuk kebaikan. InsyaAllah, membetulkan yang silap, berjuang untuk keadilan.
    Mungkin ada saudara baru yang sudah menghadapi masalah ini tetapi mereka mendiamkan diri sahaja.

    ReplyDelete
  8. Nasib baik saya tak pernah berniat nak mengundi, memang menyusahkan nak tukar nama kat IC terutaman kat KL sebab kena pergi putrajaya sahaja (untuk reverts).

    ReplyDelete
  9. Try emailing here
    http://www.pcb.gov.my/
    They are very quick to respond.

    ReplyDelete
  10. ahong,
    Saya komen tentang masalah ini dalam blog chedet tetapi belum dapat balasannya. Agaknya undi daripada kita reverts tidak begitu berharga? :P
    Ya, putrajaya memang jauh, saya juga turun dari Penang ke sana untuk urusan IC.. hanya satu kaunter untuk pertukaran nama, kan.

    ReplyDelete
  11. Chedet busy kot. Susah la nak sokong mana-mana parti kerana semuanya bersifat perkauman. Bagi saya mana-mana yang asabiyah ni tak perlu di sokong. Tapi itu hanya pendirian saya.

    Ya hanya ada satu kaunter untuk pertukaran nama. Kalau boleh dimudahkan lagi bagus.

    Tak boleh nak complain kat pbc.gov.my sebab isu undian dan pilihanraya. Lagipun birokrasi bukannya boleh complain, yang boleh hanya kesilapan atau salah laku.

    Dah komen kat page Jason Kay tentang mahkamah syaria, dia tak approve pun.

    ReplyDelete
  12. Jason Kay,
    I agree with ahong, no use complaining about bureaucracy

    ReplyDelete
  13. Assalamwalaikum Kak Aliyah,

    Buat masa ini; pendirian saya adalah tidak tukar nama secara rasmi... Sepertimana kerenah yang telah diluahkan oleh Kak, I rather save my sanity than dealing with the bureaucracy... Indeed our name is important to us not only as an identity but as something dear and meaningful to us... Let it be... Is it a MUST that we MUST change our name in our IC?!!?!?!

    ReplyDelete
  14. skrang kat giant bayan baru ada kaunter spr..mungkin bleh try check dgn depa...

    ReplyDelete
  15. Salam SophiAquellah

    kalau nama awak ialah Ng Chee Hong (my name actually), awak boleh just tambah nama bapa di belakang, so jadi:

    Ng Chee Hong bin Ng Ban Choi

    (Ng Ban Choi is my dad's name)

    Tak tukar nama pun, cuma tambahkan bin bapa sahaja.

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam Sophia,
    I changed mine for several reasons and one is to prevent strangers always asking me why I have a Chinese name and yet wear a hijab; it can get tiring answering that question :P
    No, we dont have to change our name when we reverted to Islam but we may.

    ReplyDelete
  17. megaz,
    Saya di mainland, permatang pauh.. hanya akan bertindak jikalau ada kaunter di kawasan seberang jaya. Hraga minyak petrol dan tol dah naik bah..

    ReplyDelete
  18. ahong and Sophia,
    Letak 'bin/binti' pada nama IC pun dikira tukar nama laa.. mesti isi borang juga..

    ReplyDelete
  19. Oops betul tu, memang bosan nak pergi isi borang kat putrajaya.

    ReplyDelete
  20. salaam,
    i'm in the same boat as you guys.
    i don't vote. ha ha.
    huge trouble with changing religion/name.. can't imagine this!

    ReplyDelete
  21. Waalaikumussalam Rayhana,
    hehehe.. there goes at least 3 'missing' votes for BN/PR on PR13... sorry la Najib and DSAI
    I still remember during PR12, I was online for 24 hours at home because I couldnt go out and vote like anyone else.. in a way I was safe from the maddening crowd and terrible traffic jams :P

    ReplyDelete
  22. kak aliya,

    if we intend to change religion but not name in IC also need isi borang and make a new IC? same goes to passport?

    ReplyDelete
  23. audrey kit,
    Yes, any change in your religion [to Islam], as well as a new home address, will require you to isi borang and make a new IC. Pasport? think so.

    ReplyDelete