Seperti yang dijadualkan, saya tiba di Klinik Kesihatan pada jam 10 pagi. Sepatutnya lebih awal tetapi sebab melayan karenah Ikram yang mahu menyusu sebelum dihantar ke taskanya dan kesukaran meletak kereta di hadapan klinik itu menyebabkan saya agak lewat.
Buka-buka sahaja pintu klinik untuk ibu dan anak, kelihatan orang sudah ramai. Penuh kerusi dengan ibu, ayah dan anak kecil. Saya menerima nombor pesakit di kaunter.
Alamak! Nombor 1046. Nombor yang tertera di pintu bilik doktor yang hanya seorang itu baru 1022. Seramai 24 pesakit di hadapan saya.
Ada di antara yang menanti itu akan menerima rawatan dan tindakan susulan di 4 bilik lain, iaitu untuk penjagaan bayi dan suntikan ibu mengandung.
Syukurlah saya sudah membawa bekal. Suratkhabar dan sebotol air mineral di dalam beg. Saya bersiap untuk menunggu lama.
Kelihatan ramai yang duduk tanpa membawa sebarang bekalan minuman dan makanan. Ibu mengandung, bayi dan anak-anak kecil. Tak dahagakah mereka atau terlupa membawa air minuman?
[Kelihatan seorang suami yang tiba lebih awal dan duduk di belakang kerusi saya akhirnya keluar dari klinik dan kembali beberapa minit kemudian, membawa bungkusan air dan roti untuk isterinya yang sedang sarat mengandung]
Jam menunjukkan hampir 12 tengah hari. Nombor yang naik baru 1034. Buku pesakit saya yang diletakkan di dalam bakul di luar bilik doktor pun masih belum diambil oleh jururawat bertugas.
Ya Allah! Takkan nak saya kembali pada waktu petang 2 pm pula?
Tujuan saya ke klinik pun setakat berjumpa dengan doktor untuk review bacaan tekanan darah yang diambil selang sehari. Itu arahan doktor pakar di hospital.
Gelisah, letih dan lapar. Keputusan mesti diambil dengan segera. Kemahiran PR perlu diasah lagi.
"Nurse, saya tak boleh tunggu lama la.. kena ambil anak dari pengasuh pada 12.3o ni.. " saya menghampiri jururawat di kaunter.
Dia mengerutkan dahinya. Staff nurse segera dipanggil.
"Minta maaf la, kak.. saya terpaksa balik, tak dapat tunggu sampai petang. Tiada orang nak jaga anak, tambahan saya masih dalam pantang, hari ke 42. Sekarang apa harus saya buat, hospital suruh datang ke sini untuk reviw B/P," saya memberi alasan dengan wajah berkerut.
Mujurlah Staff Nurse itu baik.
"Datanglah pada hari Jumaat, terus ke klinik pesakit luar, ya," katanya setelah menimbangkan kes saya.
Saya bersalaman dengannya sambil mengucapkan terima kasih, dan segera meninggalkan kawasan klinik dengan para pesakit kira-kira 20 orang yang masih sabar menunggu itu. Apa nak buat, tunggu 2 jam masih belum dapat berjumpa dengan doktor :(
Alahai... perlu ke klinik lagi beberapa hari kemudian semata-mata untuk review B/P. Bakal letih kerana terpaksa menunggu lagi.
Ini bukan pengalaman pertama saya terpaksa menunggu dengan lama untuk berjumpa doktor di klinik kesihatan.
Hampir semua KK ibu dan anak yang saya lawati itu [ saya telah ziarah 3 klinik kesihatan di sekitar kawasan ini] sama. Hanya seorang atau dua orang doktor yang bertugas merawat pesakit dari pagi sehingga petang. Kalau salah seorang doktor sakit atau berkursus, tinggallah hanya seorang saja doktor yang terpaksa bertungkus-lumus sepanjang hari. Kalau klinik itu hanya ada seorang doktor yang kebetulan bermesyuarat pada petang hari, maka hanya jururawat saja yang menerima pesakit. Tiada doktor ganti dari hospital atau klinik lain untuk membantu.
Akibatnya? Menunggu berjam-jamlah para pesakit yang ramai itu... pesakit yang terdiri daripada ibu yang sarat mengandung, bayi kecil dan anak-anak di bawah umur 6 tahun.
Bukan semua yang ke KK itu mereka yang memilih untuk ke situ. Ada yang seperti saya, yang dirujuk ke situ dari hospital bersalin. Kalau tidak hadir, panggilan akan diterima dari KK berkenaan, menyuruh hadir di sana.
Ramai juga ibu dan bayi yang ditemani suami masing-masing. Ini bererti suami juga terpaksa mengambil cuti untuk membawa isteri dan anak ke klinik. Bayangkan betapa letihnya mereka menunggu dalam keadaan bilik yang sesak, dan tiada kantin/gerai di dalam kawasan klinik untuk mereka membeli sedikit makanan serta minuman untuk melapik perut setelah berjam-jam menunggu.
Masalah ini bukannya timbul semalam tetapi mengapakah tiada pihak yang menyediakan kemudahan itu atau tiada peniaga yang sudi berniaga berdekatan klinik? Tak adakah pihak yang prihatin?
Diharap keadaan di KK akan bertambah baik dengan penambahan doktor/pegawai perubatan dan selesa tidak lama lagi.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Kamu sekali-kali tidak akan dianggap beriman sehingga kamu bersifat rahmat. Ujar sahabat: Kami semua sememangnya bersifat rahmat. Lantas Baginda SAW menjawab: Bukan itu maksudku rahmatmu kepada kawan kamu, sebaliknya maksudku ialah rahmatmu kepada umum (alam sejagat).” (Hadis riwayat Tabaran)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya “Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak bisa tidur) dan demam (panas dingin). [Hadis Riwayat Muslim]
image: link
kak aliya, biasanya kk memang akan ramai begitu. Alhamdulillah di Pontian ni walaupun ramai, tapi stafnya cekap dan berdedikasi. harapnya di sana pun sama.
ReplyDeletesemoga kak aliya sentiasa sihat dgn bacaan bp yang baik2.
saya pun dulu camtu gak. Masa dapat anak kembar(ikhwan dan ikram(sama plak nama)). Kalu takat check bp, timbang berat boleh buat di klinik desa. Seberang Jaya, BM dan Penang memang
ReplyDeletesentiasa sesak
Jika di klinik desa waktu pagi memang ramai. Pas jam 2 memang xde org. Save la masa menunggu.
Yang saya tahu di Kpg Selamat(rumah tuk saya) memang ada klinik desa. Kepala Batas/Sg Dua/Pmtg Pauh saya tak tahu.
Yang ni maklumat klinik desa di SPS. http://jknpenang.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=340
yang ni di SPU http://kesihatanpenang.net/pkdspu/modules/xt_conteudo/index.php?id=3
Maklumat klinik desa di SPT saya cari x jumpa.
p/s: Moga dapat membantu
Humyrah,
ReplyDeleteTerima kasih, insyaAllah. Semenjak menukar ubat darah tinggi, bacaan bp memang steady, alhamdulillah.
Staf KK di sini pun baik-baik dan cekap, cuma diharapkan prasarana/jumlah doktor yang disediakan dapat ditambah demi keselesaan pesakit yang semakin bertambah [zaman ekonomi gawat, makin sesak la]
joe penang has left a new comment on your post "KLINIK":
ReplyDeletesaya pun dulu camtu gak. Masa dapat anak kembar(ikhwan dan ikram(sama plak nama)). Kalu takat check bp, timbang berat boleh buat di klinik desa. Seberang Jaya, BM dan Penang memang
sentiasa sesak
Jika di klinik desa waktu pagi memang ramai. Pas jam 2 memang xde org. Save la masa menunggu.
Yang saya tahu di Kpg Selamat(rumah tuk saya) memang ada klinik desa. Kepala Batas/Sg Dua/Pmtg Pauh saya tak tahu.
Yang ni maklumat klinik desa di SPS. http://jknpenang.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=340
yang ni di SPU http://kesihatanpenang.net/pkdspu/modules/xt_conteudo/index.php?id=3
Maklumat klinik desa di SPT saya cari x jumpa.
p/s: Moga dapat membantu
Salam joe penang,
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi maklumat.
Saya diminta oleh hospital untuk review bp dengan doktor di klinik kesihatan, dan kebetulan alamat rumah menunjukkan saya di kawasan KK Perai. Klinik desa hanya ada jururawat bertugas. Mahu tak mahu terpaksalah pergi ke KK Perai lagi esok :(
Sepanjang mengandung dan berpantang, saya dah mendapat rawatan di KD Pokok Sena & KD Kg Pertama, KK Sg Dua, KK Sbrg Jaya dan KK Tasek Gelugor. Semua sama, sesak tetapi KK SJ lebih selesa kerana ada kantin untuk makan minum.
Tu la masalahnya.
ReplyDeleteKalu takat check bp klinik biasa pun boleh buat. Boleh cuba mtk rayuan tukar ke Kg Pertama. Kan dah berpindah ke Taman Pauh Indah? Berulang ke klinik perai pun susah gak. Anak kena bawak pi sekali. Curi waktu mengajar lagi.
At least cari yg terdekat. Kalu lambat lagi bleh balik rumah sat. Lebih baik dari terpaksa melongong tunggu turn,
Terpulang pada puan
Kesimpulan
- hidup sentiasa akan diuji. Masalah bujang kemudian kawin, beranak dan bercucu dan selepas hidup.
joe penang,
ReplyDeleteSaya di Tmn Pauh Jaya. Memang menyusahkan, jauh ke klinik perai tapi nak minta tukar klinik agak rumit. Lagipun dah daftar vaksinasi anak di sana, mau tak mau kena bawa juga si kecil tu ke klinik setiap bulan :(
Dah seminggu tak pergi review BP di klinik, ponteng sebab tak larat nak tunggu jumpa doktor, huhu.. tapi ubat masih makan.
KK SJ suruh saya rujuk dekat KD Kampung Pertama,
ReplyDeletesebab rumah saya kat bandar perda. Tapi dekat juga dengan KD Permatang Rawa. hmm tak tau nak pegi mana satu.
direktori klinik
http://moh.gov.my/gov_clinics
Salam momma,
ReplyDeleteSaya tak pernah ke KD Permatang Rawa, tetapi khidmat di KD Kg Pertama baik gak. Yang saya suka, senang nak parking kereta di situ. KD Permatang Rawa mungkin di bawah KK Bukit Mertajam, bukan KK Sbrg Jaya