Kalau selama ini saya tahu si dia sudah ada dalam rahim, saya belum dapat membayangkannya. Belum bernama, belum tahu jantina.
Tapi memang dia wujud. Kerana dialah, saya asyik berulang-alik ke tandas.
Kerana dialah, banyak makanan yang selalu dimakan sudah tidak lagi disentuh. "Jimat wang," adik saya ketawa bila diberitahu durian sudah tidak lagi dijamah. [Empunya diri kaki durian, dahulu boleh makan 2 biji seorang diri!]
Semalam si dia muncul di atas skrin.
Sengaja saya pujuk suami untuk menemani ke klinik swasta dekat rumah. Kerana masih muntah-muntah dan bacaan blood pressure yang masih tinggi, saya risau. Lagipun perlu pastikan tiada pertumbuhan fibroid baru dalam rahim [diberi amaran kemungkinan boleh membesar lagi sekiranya mengandung].
Ultrasound dilakukan.
MasyaAllah.
Kalau sebulan lalu, si dia hanyalah berbentuk kekacang, dengan bantuan teknologi ultrasound yang canggih dan diperbesarkan, kelihatan badannya yang comel. Kelihatan kepala, tangan dan kakinya. Saya terpegun. Tak sangka pula si dia sudah semakin besar, walaupun sebenarnya hanya 8 cm di dalam rahim.
Dan tiba-tiba si dia mengerak-gerakkan kaki-kakinya. Bagaikan mengayuh basikal. Pandai pula action di hadapan kami.
Oh, tak pernah pula saya tahu bahawa si dia boleh bergerak-gerak di dalam poketnya. Ingatkan fetus semuda itu hanya diamkan diri.
Melihat si dia melalui skrin ultrasound amat menarik. Pelbagai perasaan yang tidak dapat dijelaskan timbul ketika itu. Ya, si dia hidup! Ya, si dia sedang membesar. Suami saya diam sahaja, tak terkata apabila melihat skrin. [itulah kali pertama dia melihat si dia melalui ultrasound].
Yang mengharukan, bila sedar bahawa semua itu adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah swt yang menjadikannya. Atas kehendakNya. Dengan izinNya. Dan Allah jualah yang menentukan keadaannya dan masa depannya.
Saya dan suami hanyalah ibu bapa yang diberi amanah untuk membesarkan dan mengasuhnya dengan sebaik mungkin mulai dari ketika si dia dalam kandungan sehingga dia dewasa.
Rasa betapa kerdilnya diri ini. Betapa besarnya tanggungjawab dan amanah yang sedang dipikul untuk memastikan si dia membesar dengan sihat dan sempurna dalam kandungan, sambil bertawakkal padaNya.
Kalau ibu bapa yang belum sedar akan hal ini, sememangnya mereka amat jahil akan kejadian mereka sendiri. Dan alangkah ruginya mereka terutama yang aetist kerana masih tidak mengaku kebesaran Allah swt.
"Kandungan nampak normal," kata doktor wanita yang membuat pemeriksaan.
Tiada fibroid yang kelihatan dalam skrin ultrasound. Alhamdulillah.
Gambar ultrasound si dia dicetak untuk simpanan. Bertambahlah gambar dalam jurnal untuk si dia.
Saya sebagai bakal ibu yang masih dalam tahap agak membimbangkan. Tekanan darah yang diambil masih agak tinggi. Risau juga akan kemungkinan eclampsia sekiranya tidak berjaga-jaga. Setakat ini saya hanya disuruh membuat pemeriksaan bacaan BP secara berkala di klinik.
Banyak program luar seperti kenduri dan ceramah agama yang terpaksa ditinggalkan kerana keadaan kesihatan yang kurang memuaskan terutama bila badan bertindak menolak makanan tertentu yang telah dimakan. [banyak yang reject] Oleh itu saya kerap keluar rumah untuk urusan dan balik sebelum waktu asar. Kata doktor hormon badan masih tidak stabil lalu menyebabkan keadaan loya dan muntah. Ubat tahan muntah pula kurang berkesan.
Kata orang, ibu yang banyak muntah ketika mengandung berkemungkinan besar melahirkan anak yang bijak [insyaAllah]. Entahlah, saya hanya berdoa agar dia sihat dan sempurna zahir dan batin, dan menjadi anak yang soleh. Semoga saya selamat melahirkannya.
6 bulan lagi sebelum si dia melihat dunia.
Dan ya, dia akan berdarah kacukan 75% Cina 25% Melayu, hehehee... apa-apa pun, yang penting dia seorang Muslim.
Assalamu'alaikum cikgu..
ReplyDeletedapat kakcik bayangkan bagaimana terujanya cikgu .. kerana kakcik pernah melalui pengalaman yang sama. Mudah2an kesihatan cikgu dan sidia sentiasa dalam keadaan baik. InsyaAllah.
wah...bestnya...
ReplyDeletesgt kecilkan fetus...
sy pun terkejut bila tgk gmbr fetus di dlm lab...=)
sungguh besar ciptaan ALLAH...subhanallah...=)
dr kekacang, jadi sebesar manusia skrg...subhanallah...=)
semoga akak melalui hari2 yg dirahmati ALLAH...
dan semoga symtomps semakin berkurg...
semua itu satu pengorbanan seorg ibu utk anak...=) alhamdulilah...=)
Salam kak Aliya,
ReplyDeleteTahniah atas kandungan yg sihat dan bakal menimang anak. Semoga kesihatan akak makin bertambah baik dan semakin ok. InsyaAllah.
p/s: seronok mendgr pengalaman bakal seorg ibu...=)
Tahniah cikgu Aliya. Bersabar dan jaga kesihatan selalu.
ReplyDeletewaalaikumussalam kakcikseroja,nasirah,amnuz,
ReplyDeletekakcikseroja,bukan setakat teruja tetapi sudah jatuh cinta, hahaha.. ameen.
nasirah,masih menunggu simptom mual itu berkurangan, insyaAllah. Sabar sabar :)
anumz sarah, terima kasih. walau apapun, masih berfikiran positif..
beejeanne, terima kasih, insyaAllah