Monday, November 9

KATA MAK, KATA DOKTOR

"Wah.. you ni mengandung berapa bulan?"
Aduh, itulah komen Mak saya ketika berjumpa dengan saya semalam setelah 2 bulan tidak bertemu.
Mengapa? Wajah dah makin membulat, perut dah mula membesar sedangkan kandungan saya baru masuk minggu ke9. Tak boleh rahsiakan lagi bahawa saya mengandung.
"Ah, anak kembar tak?" usik adik saya.
MasyaAllah.
"Kalau anak kembar, makin banyak angpau la yang awak sebagai pakcik kena bagi setiap Tahun Baru Cina nanti," balas saya.
Terus berkerut wajahnya, hahaha. Adik saya agak kedekut dengan wang.

Alhamdulillah setakat ini kesihatan saya masih baik, walaupun morning sickness berterusan. Bukan setakat morning sickness, afternoon sickess, evening sickness, night sickness. Pantang silap makan atau lewat makan melebihi 3 jam sekali. Mulalah meragam dan tandas terpaksa dicari dengan segera.
"Tak apa Aliya... ini nikmat Allah bagi untuk orang mengandung saja, bukan semua orang dapat rasa. You akan ingat seumur hidup," kata seorang kawan.
Alahai, tak mampu nak jawab. Diam sajalah, huhuhu.
Kata doktor, mereka masih perlu mengawasi kesihatan saya secara berkala kerana mengandung anak pertama melebihi umur 35. Ketika ini, alhamdulillah, tiada sebarang komplikasi. Semua dikatakan normal.
Tapi nampaknya jika badan saya terus membesar lebih awal daripada yang dijangkakan, saya akan memerlukan pakaian yang lebih selesa tak lama lagi. Baju kurung dan seluar panjang sudah semakin ketat di pinggang walaupun berat badan tidak banyak berubah.

Tapi saya bersyukur. Allah permudahkan banyak urusan saya.
Dan semalam saya berjaya mendapat rangkaian streamyx. Adik saya berjaya memasang modem wifi. Laju dan steady. Tak perlulah saya menunggu untuk membuka email atau membalas komen blog lagi.
Banyak kerja melibatkan penggunaan internet yang selama ini terpaksa ditangguhkan dapat dilakukan sekarang, hoorey.. alhamdulillah :)

10 comments:

  1. Salam

    Benar kata kawan kak Aliya nikmat untuk ibu mengandung saja. Bayangkan orang yg nak sangat baby tapi belum rezeki atau masanya lagi. ( Meski sudah bertahun-tahun kawin). Nikmat dalam ujian. Ina doakan Kak Aliya selamat n sihat2 sokmo.

    :)

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum

    banyak2 berdoa....

    ReplyDelete
  3. 9 minggu dah ya. insyaAllah pejam celik dah 9 bulan pula!
    jaga diri ya kak.

    ReplyDelete
  4. Penderitaan sang ibu sewaktu mengandunglah yang menghapuskan semua dosa2nya semasa melahirkan anak. Perihal sickness tak tentu masa itu, mungkin saudari kena makan dalam jumlah yang sedikit setiap 1-2 jam; jgn biarkan angin masuk perut kerana itu akan membuatkan saudari lebih rasa mual.

    Semoga kehamilan saudari sentiasa dirahmati dan dipelihara Allah SWT.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak aliya.
    kalau ikutkan macam nak setuju je dengan kata-kata kawan akak tu.
    pengalaman yang amat kakchik harapkan. dapat melaluinya dgn baik atau tidak tu belum la pasti.
    semoga akan sihat dan proses mengandung berjalan dengan baik hinggalah akak bersalin nanti.
    skrg dah ada wifi streamyx tu makin rancaklah penulisan kak aliya kan.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam wnorhaslina,kl citizen,
    Terima kasih. Sebenarnya saya pun dah lama menunggu [13 tahun kalau kira dari mula-mula kahwin dulu dengan ex-hubby], dah hampir-hampir give up dan bercadang ambil anak angkat. Tapi Allah Maha Kaya.
    InsyaAllah..semoga dah steady balik bila masuk 3 bulan

    ReplyDelete
  7. Humyrah,
    InsyaAllah, jaga diri dan jaga kandungan.. teman sekerja asyik memuji saya tak alah, hahaha.. sebab saya kelihatan sihat berselera makan semasa di sekolah.. sampai di rumah baru teruk muntah, tak pasti ni kerana gangguan hormon atau emosi. Apa-apa pun terima saja asalkan kandungan sihat sempurna zahir batin..

    ReplyDelete
  8. waalaikumussalam kakchik,
    InsyaAllah, semua yang berlaku ada hikmahnya.Semoga doa kakchik akan ditunaikan Allah tak lama lagi, sabarlah ya.
    Mungkin ujian untuk isteri yang lambat mengandung kerana belum sesuai masanya,wallahu'alam.Kak aliya bersyukur kerana mengandung dalam keadaan rumah yang selesa,pendapatan kukuh, diri lebih sabar dan matang, rakan sekerja yang baik, dan keluarga pun sudah boleh terima dengan baik, walaupun diakui agak mencabar mengandung pada usia yang agak lanjut ni.

    ReplyDelete
  9. Inilah dikatakan setiap kesusahan akan ada kesenangan disebaliknya :-)

    ReplyDelete
  10. eL,
    Baru tadi jumpa doktor ambil ubat tahan muntah.. dah tak larat asyik 'dating' dengan mangkuk tandas, hehehee.. alhamdulillah setakat ni tak muntah ketika mengajar di dalam kelas

    ReplyDelete