Monday, November 2

BERITA OH BERITA

Assalamualaikum,

Yang terkini nampaknya negara heboh dengan berita penahanan mantan Mufti Perlis yang didakwa menyampaikan kuliah agama di Selangor tanpa tauliah JAIS. Aikk, bila masa pula pihak JAIS memberi sijil tauliah kepada si itu dan si ini; kalau bertelagah dengan JAIS maksudnya tidak boleh memberi ceramah agama di mana-mana walaupun di rumah sendiri? Hairan bin ajaib. Bila pula JAIS begitu serius dan cepat da mengambil tindakan sedangkan kita sedia maklum berbagai-bagai jenis maksiat berlaku di negeri tersebut tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak itu? Oh, saya lupa. Dengarnya penangkapan dibuat kerana ada aduan orang ramai. Pssstt.. nak tahu la, siapa yang buat aduan? Ini mesti VIP - orang yang sangat-sangat bodoh- kerana penangkapan ini hanya akan mengundang pelbagai masalah dalam perpaduan ummah, dan menjadi bahan tawa mereka bukan Islam.
Kalau saya buat aduan ada sekumpulan remaja Islam sedang bermaksiat sambil minum arak di taman rekreasi pada waktu malam, sudikah pihak itu membuat penangkapan segera?
Ishh.. malasnya nak ambil tahu tapi terpaksa ambil tahu.
Manalah tahu nanti saya bakal ditangkap juga kerana menyampaikan syarahan perkongsian pengalaman saya sebagai mualaf? Yalah, saya pun tak ada tauliah...

Minggu ini asyik keluar masuk klinik. Sebab diserang selesema, sakit tekak dan batuk. Haiyah, banyak susah lohh. Kalau dulu boleh 'pop' ubat selesema ke dalam mulut sahaja tetapi kini terpaksa berhati-hati kerana mengandung. Sudah 2 kotak tisu saya habiskan kerana sakit ini. Apa nak buat, sabar sajalah. Berusaha untuk cepat sembuh, banyak doa dan berserah padaNya.
Saya cuba minimumkan pengambilan ubat doktor kerana bimbangkan kesan sampingan pada kandungan.
Susah hati juga kerana sudah kerap tidak hadir ke sekolah tahun ini. Tentu rakan-rakan sepejabat mengeluh kerana terpaksa menggantikan tugas saya. Nampaknya ia satu ujian baru, menjaga kandungan dan kesihatan sendiri. Suami pula kejap ada, kejap tak ada kerana tugas luar. Saya risau juga kerana terpaksa berseorangan dalam keadaan kurang sihat tetapi apa nak buat. Belajarlah berdikari saja, dan berharap agar anak kandungan dalam ini tidak menimbulkan masalah lain. Setakat ini dia baik, meragam hanya apabila tiba masa makannya. Umminya saja yang pening, apatah dengan keadaan demam selesema dan loya-loya... hehehe, jangan lawat saya di rumah ketika ini. Teruk!

Pelbagai berita lain yang diterima dari dalam dan luar negeri. Menarik.
Ada berita tentang seorang kanak-kanak Islam di Rusia yang mempunyai ayat-ayat al-Quran pada badannya, tulisan tersebut timbul dan berubah setiap Isnin dan Jumaat, dan telah disahkan oleh saintis Rusia bahawa ia bukan tulisan manusia.
Ada berita tentang ribut taufan di Manila lagi.
Ada berita tentang seorang pelajar Melayu yang mendapat 10A dalam SPM yang gagal mendapat tempat di kolej matrikulasi kerana dikatakan berstatus bukan bumiputera. Alasan yang diberi pihak berkenaan, kerana ibunya seorang Cina[bukan bumiputera] yang memeluk Islam.
Ah, macam-macam berita. Malas nak komen banyak-banyak.

Semua terpulang kepada kita untuk memikirkan implikasi daripada berita tersebut, dan apa yang boleh kita lakukan sebagai orang Islam.

7 comments:

  1. salam kak aliya.
    kakchik pun malas nak komen isu-isu dalam media ni. setiap hari kalau tak pasal sesuatu yang politik, jenayah, sensasi, sensasi, sensasi.... naik meluat nak baca akhbar tapi kena juga tengok setiap pagi kerana tugas.
    entah ke mana hala tuju ummah di negara kita ni.

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum

    ni masalah manusia yang minda tertutup...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Di Akhirul Zaman ini, para ulama dan ilmuan Islam akan dihina dan para penghibur akan dipuji dan dipuja.

    Maka ini salah satu bukti akan perkara yang di sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum Cikgu..

    Kakcik doakan semoga kesihatan cikgu dan kandungan bertambah baik.

    ReplyDelete
  5. Untuk selsema, cuba rebus sedikit halia tua yang ditumbuk. Hidu wapnya (seperti crystal menthol yang diberi doktor) dan minum tehnya.

    Semoga saudari cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam kakchik, kl citizen, sifu,
    Ini pula yang diberi perhatian tatkala remaja kita masih ramai yang merempit merempat dan berdansa melolong atas pentas..
    Dunia sudah nak kiamat nampaknya

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam kakcikseroja, Snuze,
    Terima kasih atas doa dan tips.. alhamdulillah dah semakin sembuh, walaupun suara masih sexy, hahaha

    ReplyDelete