Kasihan orang negeri Selangor... Berita yang sama turut diterbitkan di berita harian.
------------------------------------------------------------------------------------------------
16 November 2009
Saksi tidak pasti
Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
PETALING JAYA: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, bahawa seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah kepada bakal saudara baru atau mengajar Muqadam jika tidak mempunyai tauliah.
Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Tarnuzi Nokin berkata demikian ketika memberi keterangan di dalam kes seorang penceramah agama, Dr Abdullah Yasin, 63, yang didakwa mengajar tafsir al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 14 hingga 20 yang berhubung agama Islam tanpa tauliah yang diberikan mengikut Seksyen 118(3), Enakmen Pentadbiran Agama Islam.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah Pusat Rukun Tetangga, Seksyen 14/26 Petaling Jaya, pada jam 4.30 petang, 24 April 2006.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
abdullah diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie Mohamad Nazri Basrawi di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.
KAMAR: Pada 24 April 2006, kamu berada dalam dewan tempat kejadian, kamu dengar apa yang diajar?
TARNUZI: Saya tidak mendengar dengan jelas, tetapi dia (Abdullah) ada menulis ayat al-Quran di papan putih.
KAMAR: Apa ayat itu?
TARNUZI: Saya tidak pasti.
KAMAR: Kamu pasti ia ayat al-Quran bukan bahasa Arab?
TARNUZI: Ya.
KAMAR: (Rujuk kepada tafsir al-Quran yang didakwa digunakan Abdullah pada hari kejadian) Cuba tunjukkan kepada mahkamah, ayat mana kamu kata tertulis di papan putih?
TARNUZI: Saya tidak ingat.
KAMAR: Ada kamu atau sesiapa rakamkan tulisan di papan putih itu?
TARNUZI: Tidak ada.
KAMAR: Sila rujuk sekali lagi, al-Quran ini dicetak oleh siapa?
TARNUZI: Tidak pasti tetapi ada cop 'Royal Saudi of Arabia'.
KAMAR: Adakah al-Quran ini yang diluluskan atau palsu?
TARNUZI: Saya tidak pasti.
KAMAR: (rujuk kepada tafsir al-Quran) Tolong bacakan kepada mahkamah tafsir Surah al-Baqarah ayat 14 hingga ayat 20. Setuju jika saya katakan ayat ini menerangkan sifat orang munafik?
TARNUZI: Ya.
KAMAR: Adakah salah bagi orang yang berilmu memberi peringatan mengenai sifat orang munafik kepada jemaah?
TARNUZI: Tidak boleh tanpa tauliah.
KAMAR: Adakah itu kehendak Islam?
TARNUZI: Tidak, tetapi ia undang-undang berdasarkan Islam.
KAMAR: Adakah Abdullah tidak layak mengajar Islam?
TARNUZI: Layak, tetapi dia tidak mempunyai tauliah.
KAMAR: Saya katakan kepada kamu di Selangor hanya orang ada tauliah boleh mengajar?
TARNUZI: Ya.
KAMAR: Kalau kamu sendiri yang tidak mempunyai tauliah mengajar anak kamu membaca Muqadam?
TARNUZI: Tidak boleh.
KAMAR: Jika ada seorang mualaf datang kepada kamu dan meminta supaya diajarkan solat?
TARNUZI: Tidak boleh.
Sementara itu menjawab soalan Mohamad Nazri, Tarnuzi berkata, tauliah diperlukan bagi mengelak individu mengajar ajaran tidak betul serta lari dari landasan Islam.
NAZRI: Selain ajaran tidak betul, apa lagi?
TARNUZI: Mengelak daripada ajaran sesat atau fahaman yang tidak betul, tetapi ia hanya pendapat saya.
NAZRI: Adakah perlu ada pengiktirafan atau tauliah walaupun dimasukkan di dalam senarai dikecualikan daripada mendapat tauliah mengajar yang dikeluarkan Jais?
TARNUZI: Ya.
Dalam prosiding semalam, Mohamad Nazri memohon sapina dikeluarkan terhadap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jais, Mohd Zaki Arshad untuk memberi keterangan dalam prosiding akan datang.
Prosiding bersambung 28 Januari ini.
kalau ikut wording bulat2 sememangnya sebegitu. mungkin susah nak definasikan kesalahan untuk membolehkan ianya digunakan dengan efektif.
ReplyDeletetiada lagi seorang bapa ditahan sebab mengajar anak dia mengaji. itu kena ambil perhatian.
jgn biarkan orang yg buat salah terlepas sebab wording undang2 tak cukup nak cover kesalahan dia.
Astaghfirullahalazim...
ReplyDeleteDah sesat agaknya...
Dah terlalu liberal agaknya...
Huh. Tak lama dah puak2 ni. Saya pernah dok dekat Selangor tahun lepas. Saya pernah buat report kat Jais pasal jiran bersekedudukan sampai beranak pinak. Pihak Jais boleh buat lawak dengan saya. Apa nak report suami berkhalwat. Kata pegawai JAIS tu pada saya. Last kali pihak surau n polis yang buat kerja. Mintak Allah tunjuklah apa2 kat puak2 ni. Belajaq agama macam mana tah.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Tea Drinker,
ReplyDeleteHakim tetap membuat keputusan berdasarkan fakta wording yang dikumpul, bukan berdasarkan sentimen. Sebelum ni pun belum pernah seorang mufti atau bekas mufti ditahan kerana menyampaikan kuliah agama di premis peribadi, bukan begitu? Maka masih ada kemungkinan seorang bapa di negeri itu akan ditangkap JAIS kerana mengajar anaknya muqaddam atau seorang pendakwah bebas ditahan kerana mengajar mualaf bagaimana mengerjakan solat :P
Waalaikumussalam HizRyanZ,
ReplyDeleteIni bukan kes liberal.. ni kes tersasar daripada suruhan Rasulullah saw yang menyuruh umatnya menyampaikan walaupun sepotong ayat al-Quran
Waalaikumussalam wnorhaslina,
ReplyDeleteAstaghfirullahalazim..dulu mula-mula saya peluk Islam saya pernah dengar orang Melayu Islam menyatakan bahawa yang bekerja di jab.agama, ada yang asalnya tiada jab.lain hendak lagi..sekarang baru saya faham maksud mereka.. aduhh..
Salam,
ReplyDeleteItulah akibatnya jika kita tidak mengikut sistem syariah yang betul. Sistem perundangan di Malaysia yang mahu campur adukkan perundangan (undang-undang) dan pentadbiran menyebabkan pelbagai masalah timbul.
Undang-undang Islam yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat R.A. adalah yang terbaik dan patut dicontohi.
Kalau ikut undang-undang buatan manusia inilah jadinya. Mengapa perlu ikut cakap Jais? Adakah Jais yang membuat undang-undang Syaraih? Kalau setakat undang-undang Syariah kat Malaysia ni buang masa aja.
Adakah termaktub dalam kuasa yang diberikan Sultan selaku ketua agama Islam di negara ini? Adakah pemimpin-peminpin yang dipilih rakyat dengan suara demokrasi ini tahu akan hukum-hakam agama Islam?
Sealgi Malaysia ialah negara sekular, sampai bila-bila masalah macam ni akan timbul.
Salam, Aliya.
ReplyDeletemengenai bekas mufti kena tahan tu, saya bersama dengan orang2(seperti 2 mufti negeri lain) yang berpendapat dia patut ditahan.
mengenai kes yang norhaslina tu... jabatan lain pun bermasalah macam2 juga. saya tak sampai hati nak katakan jais atau jabatan2 agama lain seperti tempat buangan. jangan lupa ada masa diorang ambil tindakan, rakyat juga bising mencela mengatakan diorang terlalu strict. NGO(k) :) sana sini mengatakan kaedah mereka salah dsb. Apa2 kebaikan mmg mudah dilupakan. Saya rasa pihak guru pun terkena pandangan yg sama. anak2 muda rosak dikatakan sebab guru2 ini tak berkualiti dan dari kalangan orang yg nak kerja mudah. Ibu ayah tak disebut2 menjadi punca anak rosak. Kak Aliya seorang yang boleh bersangka baik terhadap yg pakai baju bertulisan mencarut dalam masjid, saya rasa tak susah untuk Kak Aliya melihat dan mendalami situasi mereka.
untuk Ahong, sekular tak sekular... syahadah paling kurang 5 kali sehari saya boleh sebut, saya boleh solat 5 waktu kat masjid dan dirumah, zakat senang je boleh bayar potong gaji, puasa dan terawikh begitu meriah dan rakyat pergi haji begitu sistematik. kalo kat akhirat nanti ditanya kenapa saya tak jadi seorang muslim yang baik, jawapan 'sebab saya duduk dalam negara malaysia yang sekular' tak berapa laku rasanya.
maaf la panjang dan seperti mengundang argument pulak comment kali ni.
Salam The Tea Drinker,
ReplyDeleteMemang betul pendapat saudara bahawa seseorang itu masih boleh menjadi Muslim yang baik jika solat 5 waktu, bayar zakat, berpuasa dan pergi haji.
Walaupun begitu kita jangan lupa bahawa agama kita ini bukan setakat perkara-perkara itu sahaja. Agama kita ialah pegangan hidup kita iaitu deen kita, maka semua tatacara hidup kita haruslah berlandaskan Islam. Contohnya jika seseorang itu solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji tetapi menghisap rokok atau meminum arak, apakah masih boleh dipanggil Muslim (taat pada Allah)?
Perkara yang sama jika dilihat pada Syariah di Malaysia ini. Siapa yang membuat undang-undang yang mengatakan bahawa orang yang tidak ditauliahkan JAIS tidak dibenarkan untuk memberi ceramah dan sebagainya? Jangan ada yang berani kata undang-undang buatan manusia ini sebagai undang-undang Islam cukuplah.
Jika benar kita ini Muslim, kita nak ikut undang-undang yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah Rasullah S.A.W. atau kita nak ikut undang-undang manusia (SEKULAR)? Dah memang negara kita memang negara sekular (undang-undang buatan manusia) maka terpaksalah ikut asalkan tidak bercanggah dengan Islam. Jika semua umat Islam kat Malaysia cintakan Islam, sudah pasti lama negara kita menjadi sebuah negara Islam. Malangnya kita terikat dengan agama Demokrasi.
Penangkapan Dr. Asri contohnya adalah berdasarkan undang-undang sekular. Jais yang ikut undang-undang sekular menangkap Dr. Asri atas dasar yang tidak masuk akal. Sebab dia tidak bertauliah? Seorang pensyarah USM tidak bertauliah? Seorang bekas mufti tidak bertauliah?
Jika benar dia memerlukan sijil Jais untuk memberikan ceramah di Selangor pun, tak perlulah melakukan penangkapan. Hanya perlu berikan notis amaran keras atau denda sahaja.
Jais strict? Hahahahhahahahaha.... Jika benarlah Jais strict, takkan ada tempat-tempat pelacuran, takkan ada pub-pub dan disco-disco yang dipenuhi anak-anak Muslim.
Anak-anak muda kita rosak disebabkan kurangnya pengetahuan tentang Islam. Contohnya saya tanya pelajar2 saya soalan mudah tentang Islam seperti, 'Kenapakah kamu seorang Muslim? Percayakah kamu pada Allah dan kenapa percaya?'
Soalan-soalan mudah seperti itu pun tidak dapat dijawab. Tapi mereka masih solat 5 kali, berpuasa, membayar zakat dan mungkin akan pergi haji.
Salams sis, been reading and following your updates but haven't got the chance to catch up with you. Hope that you're doing fine. I am left with one more paper to go and I'm done with my finals. Apparently when I'm ol, you're not and vice versa. Haha. Anyways, hope to see you in chat soon, I left you some offline msgs.
ReplyDeleteI am so disappointed when I read abt the news. Sigh. It's all about the mentality.
waalaikumussalam tea drinker,
ReplyDeletehmm, walaupun saya hormati pendapat saudara, saya masih berpendapat masih ada cara lain yang lebih bijak dan berhemah yang boleh dilakukan oleh jais daripada memilih membuat penyerbuan dan menangkap seorang bekas mufti.Lagipun pihak itu melambangkan institusi agama Islam sebuah negeri. Nampak sangat tindakan terburu-buru.
Saya percaya mereka yang faham Islam tidak akan mencela pihak yang berusaha mengembangkan ajaran Islam dengan baik dan bertindak mengikut sunnah. Masalahnya adakah tindakan yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab sekarang mengikut sunnah dan al-Quran? Rakyat sekarang lebih ramai yang membaca dan memahami al-Quran, menyoal dan juga terdedah kepada pendapat ulama-ulama luar negara, sudah tentu rakyat akan bersikap lebih kritikal apabila tidak diberi hujah-hujah bernas untuk tindakan yang diambil.
Waalaikumussalam ahong,
ReplyDeleteThanks for your comment.. will contact u soon
Waalaikumussalam aleya,
ReplyDeleteCongrats, finals at last!All the best in your exams.Yes, I've read and replied your YM. InsyaAllah we'll chat soon