Wednesday, October 28

SUMPAH ATAU DISUMPAH?

Apa dah jadi dengan siaran TV tempatan hari ni ?
Semenjak Aidilfitri, kita asyik disajikan dengan filem seram, filem tentang mat rempit, dan drama-drama Indonesia.
Menyampah!
Tak membina minda malah kita semakin diperbodohkan dengan cerita-cerita begitu.

Beberapa hari yang lalu, saya dan suami tertonton drama bersiri lakonan tempatan.
Maklumlah switch sana switch sini tertontonlah drama Sumpah Bunian. Aduh, sepatutnya tajuk drama pun sudah menyampaikan sedikit mesej bahawa ini drama yang pelik. Kami tonton juga kerana nak tahu perjalanan ceritanya, walaupun tak bermula dari episod pertama.
Hasilnya?
Aduh, sambil menonton sambil menggeleng kepala. Teruk!

Kenapalah cerita begitu boleh ditayangkan kepada orang ramai?
1. Bukankah bunian dipercayai adalah makhluk halus yang tidak boleh dilihat manusia? Adakah kita hendak mempopularkan kepercayaan kepada orang bunian ini dalam masyarakat, sama seperti kita semakin percaya akan kewujudan pontianak, orang minyak dan sebagainya hasil daripada tayangan filem terkini? Tak percaya impak filem seram, tanyalah kanak-kanak yang pernah menonton drama atau filem sebegitu, percayakah dan takutkah pada benda-benda begitu?

2. Watak utama wnita bunian dan dipertunjukkan seolah-olah seorang wanita beriman dan isteri solehah. Habis mengapakah pada adegan tertentu, dia boleh difilemkan dalam keadaan berbaju tidur, tanpa tudung sambil menunggu suaminya di dalam kamar? Oh, mungkin direktor akan katakan nak tunjuk dia di dalam kamar tidur dan tidak perlu menutup aurat, tetapi bukankah lebih baik watak tersebut konsisten menutup auratnya sepanjang drama ditayangkan? Semuanya bergantung kepada kreativiti dan kesungguhan direktor dan penulis skrip. Dalam drama tempatan lain, tak pernah pun saya lihat wanita bertudung diaksikan dalam keadaan tanpa menutup aurat.

3. Suami berpoligami tetapi dayus dan bodoh. Kalau dah mampu berkahwin dua, perlulah berikan setiap isterinya rumah sendiri. Ini kumpulkan sekali, dah sudah tahu mereka tak mesra. Rasulullah saw sendiri pun asingkan isteri-isteri baginda daripada tinggal bersama.
Sudahlah tu, dia biarkan doktor lelaki berada dalam bilik tidur dengan isteri kedua sedangkan dia menunggu di luar bilik. Kononnya doktor nak adakan pemeriksaan ke atas isterinya yang pengsan. Hello kawan, haram seorang lelaki berdua-duaan dalam bilik bersama wanita bukan mahram, walaupun dia seorang doktor, takkan tak tahu?

4. Lakonan yang teruk daripada para pelakon terutama sebagai isteri kedua. Nampak gaya nak tiru lakonan pelakon Indonesia yang 'over'. Meluat saya tengok. Agaknya kualiti lakonan para pelakon tempatan sudah semakin menurun, sehingga perlu meniru gaya lakonan pelakon drama Indonesia.

5. Mesej apakah yang hendak disampaikan dalam drama ini?
Memang wujud orang bunian dan mereka boleh hidup di kalangan manusia?
Orang bunian orang yang alim, dan boleh menjadi isteri solehah?
Semua isteri [manusia] kedua berwatak jahat?
Suami yang berpoligami orang yang tak akan dapat berlaku adil pada isteri-isterinya?

6. Lebih penting lagi, apakah mesej Islamik yang hendak ditonjolkan dalam drama ini?
Semua wanita bertudung isteri baik dan solehah? [yang saya perhati hanya watak isteri pertama bertudung]
Semua wanita tak bertudung jahat? [seperti watak isteri kedua, ibunya, mertuanya]
Suami berpoligami mengikut telunjuk para isteri? [watak suami ditonjolkan sebagai lelaki lemah dan kurang pendidikan agama]

Berapa lama kita harus diperbodohkan dengan cerita begini dalam drama tempatan? Tak ada cerita lainkah? Atau adakah ini hasil daripada kehendak masyarakat Melayu tempatan sendiri yang semakin sukakan hiburan begini rupa?
Cerita yang boleh memesongkan akidah jikalau kita terima bulat-bulat keadaan yang berlaku dalam drama tersebut harus dipantau oleh JAKIM dan sebagainya [seperti membolehkan doktor berdua-duaan dalam bilik dengan wanita atas alasan merawat]. Ingat, bukan semua yang tonton itu mereka yang kuat pegangan agama Islam.
Cerita yang langsung tidak memberi pengajaran dari setiap episod ke episod seterusnya hanya membuang masa kita menontonnya.
Hairan saya. Ketika drama konflik keluarga dan cerita sejarah kerajaan Cina keluaran HongKong dan Korea semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Cina tempatan kerana berbentuk realistik dan memberi banyak pengajaran, drama Melayu pula semakin hangat dengan keluaran cerita 'tahyul'.
Sumpah Bunian?
Ah, jangan kita pula disumpah dengan segala bentuk syirik dan pemesongan akidah hasil daripada pengaruh drama seperti ini... Nauzubillah.

8 comments:

  1. Salam Puan Aliya. Saya bersetuju dengan pandangan Puan dalam entri ini. Saya sendiri telah melarang anak-anak daripada menonton drama ini dan drama-drama yang seumpamanya. Nampaknya minda masyarakat hendak dibawa ke belakang di mana perkara-perkara tahyul dan khurafat menguasai masyarakat suatu masa dulu. Marilah kita sama-sama menjauhkan diri dan keluarga dari anasir-anasir yang boleh merosakkan iman, pada masa yang sama mendidik diri dan keluarga kita dengan iman yang teguh.

    ReplyDelete
  2. memang betul makin hari banyak cerita sebegini, saya dan suami turut bosan dgn cerita orang kita. Orang bukan muslim buat cerita yang bagus, berfaedah, mengenai doktor la, kajian sains la, kaji haiwan la, cerita technology, tapi kita masih di belakang - seperti zaman tok nenek lagi. Drama yang macam ni banyak di tv swasta, jadi kerajaan dan jakim susah nak pantau atau haramkan.. sebab tidak ada syarat kena submit or apply dulu kat jakim sebelum tayang. Jadi bagi saya kita tak de pilihan dari memilih sendiri apa yg perlu kita tonton. dulu sya cukup tidak suka dengan paparan majalah, dan ia membuat kan saya mengata artis dlm majalah itu. Akhirnya saya sedar, saya yang perlu hentikan dari membaca majalah macam ni. Bagi rancangan tv pula, kita buat la pilihan apa nk tgk. Rasanya ada lagi rancangan yg baik seperti di astro oasis, atau national geography. Paling tidak, pukul 10 kami dah masuk ke bilik sekeluarga, baca buku atau main dgn anak kat atas katil :D. more fun :D

    ReplyDelete
  3. salam

    Saya pun dah naik menyampah dengan cerita-cerita yang disiarkan di tv sekarang bukan sumpah bunian ja , banyak lagi. Mudah sungguh mempermainkan imej islam dan mesejnya tah hapa-hapa. Nak tiru cerita daripada Indon yang tah hapa-hapa jugak. Merosakkan akidah anak-anak kita yang menontonnya.
    Geram dan sedih.

    ReplyDelete
  4. btul tu kak aliya.. kali pertama sya tgk crita tu pn dah nyampah. Ntah apa2 punya cerita. Agaknya penerbit2 filem dah tak ada modal jalan cerita lain mungkin. X faham dengan mesej apa yg cuba disampaikan. Cuma sekadar hiburan yang menambahkan sakit kepala bila kita tonton sbb tpaksa ikut 'bersedih+simpati' bila tgk 'penderitaan' isteri pertama tu. Dan isteri kedua pulak akan membuatkan kita rasa seperti menonton a typical indon drama.

    Bukan sumpah bunian ni saja, malah melambak-lambak drama tempatan yg sama kategori dengannya. Apapun, sangat hebat bila pengarah drama ini berjaya membawa bunian ke kaca TV. Saya kagum.. (haha)

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam En.Halim,ZOORA, wnorhaslina,
    Memang betul, kita ada pilihan untuk menonton atau tidak. Tapi itu tak bermakna kita harus mendiamkan diri sahaja dan biarkan tayangan drama sebegitu semakin bertambah tanpa menyuarakan kesilapan yang ada, bukan?
    Saya memang jarang menonton drama Melayu kecuali yang memaparkan suasana keluarga di kampung. Drama Indonesia apatah lagi; tak lalu! Tapi saya tahu ramai remaja Melayu yang suka menontonnya, dan menonton tanpa mendapat bimbingan apa yang halal dan haram :(

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam sukatikulah,
    Rasanya cukuplah saya tertonton drama itu, tak lalu nak tonton drama lain yang sejiwa dengannya :P
    Hahaha.. memang tak sangka betul kan. Tak lama lagi kalau harga minyak mentah jatuh, bolehlah Malaysia eksport bunian, toyol, orang minyak dan pontianak ke merata dunia.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak.
    kakchik dah lama tak menonton tv salah satunya atas sebab-sebab di atas. menyakitkan kepala saja bila melihat siaran drama atau filem yang ditayang. lebih baik kakchik menghadap laptop hehehe, boleh cari yang lebih baik melalui youtube. entah bila kem. penerangan dan orang-orang drama/filem tempatan akan mengubah cara mereka persembahkan filem. tidakkah mereka ingin mengambil contoh dari filem2 iran yang berjaya di persada dunia tapi masih menjaga batas2 Islam di dalamnya?
    kakchik pun memang menyampah dengan cerita2 hantu, bunian, tahyol, org minyak dan lain-lain tu.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam kakchik,
    Entahlah kakchik. Yang menyakitkan hati, bila sampai akhir drama itu, akan ditunjukkan satu ayat alQuran seolah-olah ia drama Islamik yang memberi pengajaran.. aduh, pening! Walaupun tak suka, sebagai guru, saya terpaksa tinjau sekali-sekala kerana perlu tahu program TV yang ditonton oleh para pelajar Melayu , lebih mudah nak bawa bincang dan gunakan dalam sesi pengajaran kelak.

    ReplyDelete