Friday, October 9

SEKOLAH MEREKA

Ssaya terharu mendengar sebuah kisah benar, pengalaman yang dialami oleh penceramah di LITCON [Konferens Literasi Antarabangsa] hari ini.
Beliau telah melawat ke sebuah sekolah pedalaman di sebuah negeri dunia ketiga.
"Di sinilah sekolah itu," kata pemandu teksi.
"Errr, di mana sekolah itu?" Yang kelihatan hanya tanah lapang dan sebuah bangunan kecil bersegi empat. Pelawat teragak-agak untuk meninggalkan teksi.
Pemandu teksi menunjuk ke arah bangunan.
Dengan penuh debaran, pelawat berjalan ke bangunan tersebut.
Alangkah terkejutnya apabila beliau membuka pintunya dan melihat kira-kira 120 kanak-kanak dan seorang dewasa di dalam bilik berukuran 15 kaki X 15.
"Di manakah gurubesar sekolah ini?"
"Awak sedang melihat orangnya!" jawab lelaki dewasa itu dengan ringkas.
"Di manakah pula guru sekolah ini?"
"Awak sedang melihat orangnya!" sekali lagi lelaki yang sama menjawab.
Pelawat tersebut terkejut.
"Ramainya pelajar awak. Manakah kelas Gred 1, 2, 3 dan 4?"
Lelaki yang menjadi gurubesar dan juga guru sekolah tersebut menunjuk ke arah keempat-empat sudut dinding bilik kecil itu.
"Itulah Gred 1, Gred 2, Gred 3 dan di sini Gred 4."
Para pelajar duduk di sudut dinding mengikat tahap akademik, dan diberi kerja. Guru akan mengajar dari satu sudut ke sudut yang lagi satu dalam beberapa pusingan jam.
Pelawat itu tergamam. Tidak pernah seumur hidupnya beliau menyangka wujudnya sebuah sekolah yang daif seperti itu. Selepas beberapa saat, beliau bertanya semula.
"Di mana pula pelajar Gred 5?"
"Mari, ikut saya!"
Beliau dibawa ke luar bangunan tersebut dan berjalan ke bahagian dinding yang dilindungi pancaran matahari. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak yang lebih tua sedang belajar di situ.
"Di sinilah Gred 5."
Pelawat menyedari bahawa pelajar Gred 5 ditempatkan di luar bangunan kerana mereka lebih berdisiplin dan berupaya menahan panas matahari dengan lebih baik. Gred 5 mempunyai papan tulis yang bergerak. Dinding bangunan itulah yang menjadi papan tulis. Apabila matahari semakin tinggi di langit dan pancaran matahari berubah arah, mereka akan bergerak ke dinding yang lain untuk sentiasa berada di kawasan yang terlindung.
Pelawat itu bertanya kepada guru tersebut.
"Sudah berapa lama awak bekerja di sini?"
"!7 tahun."
"Mengapa awak terus mengajar di sini? Mengapa awak tidak mencari pekerjaan yang lebih baik dan lebih selesa?"
Guru yang juga gurubesar itu menarik tangan pelawat tersebut ke dalam bangunan itu semula.
"Renungi mata anak-anak ini yang dahagakan ilmu. Kalau awak menjadi saya, mahukah awak berhenti mengajar mereka?"

Ah, betapa beruntungnya mereka yang dibekalkan segala kemudahan untuk belajar dengan selesa tetapi adakah mereka bersyukur?

3 comments:

  1. Uji, unless I heard wrongly, the school is in Oman.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah ... may Allah SWT bless the amazing teacher in this world and the next.

    *marvels at his tenacity and dedication*

    ReplyDelete