Kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Bagi saya sekarang, baru alami baru tahu.. huhuhuu.
Alhamdulillah sudah masuk minggu ke7 mengandung. Masih boleh bertahan walaupun setiap hari tetap berdoa agar makanan yang dimakan tidak keluar semula 30 minit-2 jam kemudian. Tak kira masa - pantang tercium bau yang tidak serasi atau makan sesuatu yang tidak sesuai, alamatnya melurulah ke tandas.
Mengajar, mengajar juga walaupun sebagai ibu mengandung berisiko agak tinggi [kerana faktor umur mengandungkan anak pertama] saya diminta menjalani pemeriksaan di klinik mulai minggu lalu. Syukur, Allah permudahkan. Klinik berdekatan tempat kerja, walaupun agak jauh dari rumah.
Minggu lalu saya lakukan sedikit window-shopping di pasar raya. Masih terlalu awal untuk membeli baju materniti tetapi perlu diakui baju-baju saya sudah terasa agak ketat di tempat-tempat tertentu. Saya meninjau kedai-kedai yang menjual pakaian ibu mengandung. Alamak, rupa-rupanya tak banyak pilihan yang ada. Saya keluar masuk kedai butik Muslimah, tak banyak pilihan. Kurang menarik. Mahal pula tu. Saya tak suka baju materniti yang banyak corak atau terlalu berwarna-warni. Kalau menghantar kain kepada tukang jahit, takut mereka tak pandai menjahit baju materniti, maka lebih baik beli yang sudah siap.
Saya keluar masuk pasar raya. Ah, susah nak dapatkan baju berlengan panjang dan menutup aurat dengan sempurna.
Akhirnya saya jumpa baju yang lebih kontemporari di sebuah kedai yang tidak pernah saya masuk sebelum ini. Jurujualnya Cina. Baju labuh materniti berfesyen ringkas tetapi berlengan panjang. Sesuai untuk wanita berkerjaya yang perlu mempamerkan ciri-ciri profesionalisme dalam penampilannya walaupun ketika sarat mengandung. Ada seluar panjang labuh yang boleh diubahsuai mengikut perkembangan saiz perut ibu. Akhirnya saya beli sepasang seluar tersebut. Jubah yang saya ada masih boleh dipakai untuk beberapa bulan lagi, insyaAllah.
Agaknya apa yang menjadi pilihan pakaian ibu-ibu Muslimah yang mengandung?
Dulu saya suka ke PKNS Shah Alam untuk membeli baju materniti muslimah. Seluar panjang gunakan tali ikatan, jadi tak sakit menjerut perut. Blousenya lengan panjang dan labuh ke lutut. Maxi pun labuh hingga ke tumit dan berlengan panjang. Tak semahal jenama di Mall besar. Mungkin masih ada terjual di sana. Saya tak pasti sebab dah lama tak ke PKNS Shah Alam.
ReplyDeletesaya biasa pakai jubah longgar saja :)
ReplyDeleteAl-hamd .. tahniah atas kurniaan Allah swt pada puan. Semoga zuriat yg bakal lahir itu akan menjadi hafiz/ah, alim/ah, daie/ah .. Insya-Allah. Err, bila duenya ?
ReplyDeleteSaya Insya-Allah april next year, doakan saya ya :)
Waalaikumussalam Huda,Mynie, Ahliah,
ReplyDeleteSaya tinggal di Sererang Jaya. Tak apa, masih banyak masa untuk window-shopping.
Mynie, itu hasrat saya pun tapi jubah pun tak banyak dalam koleksi :)
Terima kasih, Ahliah... ameen. Itu memang hasrat saya dan suami. Due insyaAllah bulan Jun next year.