Sunday, October 4

ALAHAI BROADBAND

Sudah beberapa hari line internet broadband asyik terputus.
Akibatnya banyak kerja yang terbengkalai, kerana bila nak surf internet untuk mencari bahan, connection sangatlah lemah.
Saya terpaksa bersabar. Nak sambung line telefon dan streamyx di rumah, masih dalam proses permohonan. Inilah kali pertama semenjak menggunakan broadband Celcom, saya menghadapi masalah. Mungkin gangguan daripada UITM dan politeknik yang berdekatan, entahlah. Kadang-kadang tidak dapat menelefon 'callout' dengan line 019 saya.
Nak menggunakannya di sekolah, banyak pula urusan lain sehingga kesuntukan masa.
Maaf kerana sudah lama tidak menjawab komen saudara-saudari.
InsyaAllah saya akan mengepos artikel nanti. Banyak idea sebenarnya :)

4 comments:

  1. teruskan menulis ye. saya suka baca :-) cuma kadang-kadang tak dapat komen sebab masalah pc.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak aliya.
    kita menghadapi masalah yang sama kak.
    sejak ribut kuat beberapa hari lalu, talian broadband sangatlah perlahan dan sentiasa putus-putus. kalau di pejabat tadi kakchik tidak dapat menggunakan streamyx atas sebab yang sama maka cuba menggunakan broadband tapi akhirnya mengalah sebab membuang masa. sekarang ni di rumah menumpang streamyx suami, barulah lega.

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam eL,
    InsyaAllah.. terima kasih atas sokongan anda

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam kakchik,
    Memang susah hati bila tk dapat online bila-bila masa.. addicted kah kita? hahaha..
    Saya terpaksa membawa laptop & modem ke sekolah untuk buat kerja, sambil download soalan ramalan SPmsambil baca blog :P

    ReplyDelete