Untuk sekian lama, saya kurang mempercayai segala yang saya baca dalam media cetak mahupun elektronik. Perlu disiasat dengan lebih lanjut. Perdalami ilmu. Get a second opinion. Lebih-lebih lagi berita menggemparkan atau yang digempar-gempurkan berkaitan cara hidup dan nilai Islam.
Sudah tentu ramai yang telah baca tentang dakwaan bahawa pemakaian purdah/niqab bukan wajib untuk wanita Islam dan berita pengharamannya di Universiti al-Azhar. Saya diamkan diri kerana belum pasti kebenarannya. Nak harapkan berita yang disampaikan oleh media Barat, kemungkinan besar berita berat sebelah. Benarkah ia benar-benar berlaku seperti yang dilaporkan atau hanya sebahagian sahaja yang dinyatakan oleh media? Kita pun tahu jawatan Sheikh al-Azhar satu jawatan yang mulia, dan orang yang memegangnya sering menjadi tumpuan media, sama ada yang proIslam ataupun anti-Islam.
Marilah sama-sama kita renungi berita terbaru yang disampaikan kepada pengetahuan saya. Percayalah sekiranya sesuatu itu fitnah, kebenaran akan terserlah tidak lama selepas itu, insyaAllah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.
Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).
Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.
**************************
1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.
2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.
3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.
4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:
• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif
• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar
• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan
• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.
• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.
5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.
Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.
Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.
Sumber:
1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.
3. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008
5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573461106&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss
dipetik dari http://hairulnizammathusain.blogspot.com/
Assalamualaikum kak aliya.
ReplyDeleteOh, kakchik pun menyalin tulisan yang sana ke blog Keluargaku Sayang.
Nampaknya berlaku propaganda dengan niat yang jahat di dalam isu pengharaman purdah ini.
Semoga tulisan ini akan dapat membuka mata kita semua agar menambahkan bahan bacaan dan menyelidik terlebih dahulu secara terperinci sebelum membuat kesimpulan.
Kakchik telah pun mengambil iktibar dari perkara ini.
assalammualaikum
ReplyDeletesetiap yang berlaku mesti ada penjelasannya... kadang2 media hanya memutarbelitkan
This is fitnah of our times, we need to learn more about Islam and not just follow blindly this sheikh al-akhbar.
ReplyDeleteI saw the news, now Al-Azhar is not allowing women with niqab to enter the university. Its an injustice. May the curse of Allah be upon the unjust.
farihinfong.blogspot.com
Salam,
ReplyDeleteFarihin,
I think you read it wrongly. They only ban niqab niqab at girls-only school, education system and dormitories. They still allow women to wear niqab anyway.
Why did the ban niqab? There must be reasons why.
Just to share.
Sahih Bukhari
Book 3, Volume 29, Hadith 64
Narrated 'Abdullah bin Umar:
............. and the Muhrima (women in the state of Ihram) should not cover her face or wear gloves.
Can alsoo read the same hadith about not covering the face and gloves in Malik, Book 20, Hadith 20.5.15
This could be the reasons they ban the niqab. This is just my guessing anyway.
Most scholars think that niqab is not compulsary but it is recommended.
:)
Waalaikumussalam kakchik & kl citizen,
ReplyDeletebenar, apa-apa sahaja berita berkenaan amalan Islam sering diedit oleh media sehingga mungkin 10% sahaja yang dinyatakan diterbitkan, lebih-lebih lagi oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri.Kalau kita tergerak hati bahawa berita itu mungkin tidak lengkap, sentiasalah selidik kesahihannya.
Waalaikumussalam Farihin & ahong,
ReplyDeleteFarihin, the news I published here, translated from its original text in Arabic, mentioned that niqab is NOT BANNED from being worn in Al-Azhar University.They are however, forbidden from being worn in all women classes because there had been cases whereby men disguised as women behind the niqab had smuggled themselves into the female quarters.
ahong, the issue of niqab being worn is still debated among Islamic scholars. I believe that Muslimahs who are convinced about niqab should be allowed to wear them, but at the same time too, they should be prepared to show their faces for identification purposes.