Thursday, January 1

TAK SAMBUT PUN IA TETAP DATANG

Booomm... phiuuu!!
Saya menjenguk keluar tingkap. Terpegun sementara dengan persembahan bunga api yang menghiasi langit tengah malam. Bukan satu tetapi berderet-deret, dan boleh dilihat dari beberapa sudut rumah saya.


Dalam diam, saya mengagak-agak. Berapakah banyak wang yang dibakar untuk mengadakan persembahan bunga api itu? Sepuluh ribu? Dua puluh ribu ringgit?
Ahhh, alangkah baiknya jikalau wang yang dibakar dalam tempoh lima minit itu boleh digunakan untuk membangunkan golongan rakyat miskin atau untuk kanak-kanak yatim piatu yang memerlukan bantuan.

Piit!pit! pit!
Sms bertalu-talu daripada rakan-rakan mengelikan hati. Ya, terima kasih. Saya sudahpun menyambut Tahun Baru beberapa hari yang lepas, iaitu tahun Masihi ke-1430. Agaknya pihak telekomunikasi yang untung banyak setiap 31 Disember kerana orang ramai suka menghantar ucapan "Selamat Tahun Baru". Hairan, dahulu tiada, sekarang seolah-olah satu trend pula. Sekali lagi wang mengalir keluar..

Saya sudah semakin malas membaca suratkhabar.
Ada sahaja berita pembunuhan di Semenanjung Gaza. Sedih apabila membaca berita begitu. Hanya mampu mendoakan kesejahteraan mereka yang menjadi mangsa.
Ada sahaja berita politik yang sengaja disensasikan di muka depan surat khabar. Meluat dan menggeleng-geleng kepala setiap kali membaca berita politik. Teringat saya akan amaran "Awasi lidah, jauhi fitnah".
Harapan saya, jangan pula dunia politik tanahair menjadi semakin kotor.

Tahun 2009.
Satu pertukaran digit dari 8 ke 9.
Satu edaran baru selepas genap pusingan 365 hari.
Saya bukan jenis yang suka keluar rumah semata-mata untuk melihat pertunjukan bunga api dan menyambut tahun baru dengan cara berpesta dan menyaksikan persembahan para penyanyi dan penari.

Ini bukan budaya Malaysia tetapi telah menular ke sini.. alahai..

Silap langkah, bakal mengundang lebih banyak maksiat dan perbuatan dosa.
Bagi saya, tak sambut tahun baru dalam kalendar Roman ini pun, tahun berikutnya tetap muncul juga. Esok masih akan berkunjung tiba. Lainlah jikalau esok merupakan Hari Kiamat.
Syukur saya masih hidup dan berpeluang insyaAllah, untuk melakukan lebih banyak pahala.
Semoga Allah swt menjauhkan saya daripada menambah dosa.

Saya tidak lagi membuat azam baru pada setiap 1 Januari. Dah tua, dah matang, hahahaa.. azam akan tetap tinggal azam sekiranya diri sendiri kurang inisiatif untuk bertindak ke arah itu. Sekarang jikalau hendak melakukan sesuatu, pertimbangkan dengan teliti dan lakukan sahaja apabila mencapai keputusan muktamad. Hidup lebih ceria apabila diri tidak lagi terikat dengan berpuluh-puluh azam yang ditulis pada awal tahun, hehehe.

Selamat menggantung kalendar baru di rumah dan pejabat.
Selamat bercuti bersama-sama orang tersayang.
Ingat, tulis 2009. Bukan lagi 2008.

image: thestar.com.my

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam..saya baru sahaja terlibat dengan Ops Remaja sekitar Pulau Pinang malam ambang Tahun Baru 2009..Ini kali pertama..Tak sangka selama ini begitu ramai manusia tak kira tua muda..bercampur lelaki perempuan mencurigakan..Apabila ditanya bijak berdalih..sampai sekeluarga lengkap ibu ,ayah dan anak-anak kecil sanggpu dari petang hari sehingga jam 1 atau 2 pagi duduk berpeleseran di tepi pantai dan sebagainya..Asar entah ke mana..apa lagi Maghrib..belum tentu Isya'..Aduhai apa nak jadi..Jikalau Malaysia tidak aman seperti Palestin..agaknya apa akan jadi pada masyarakat kita yang lalai ini..Hancur musnah tiada semangat juang..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Aliya. Astghfirullahalazim... terkejut KakChik lihat gambar tu. Ingatkan kat Brazil ke apa tapi nampak pula orang DiGi tu. Isykk.

    Kerajaan Kelantan buat juga acara Sambutan Tahun Baru sebagai alternatif kepada yang biasa dibuat oleh negeri lain. Tapi menggunakan pendekatan yang berbeza. KakChik terlibat juga sepanjang 31/12 hingga 1/1 semata-mata nak tolong ummat Islam.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    memang membazir..
    bagi perayaan2 yang disambut dengan bunyi dentuman mercun, saya selalu fikir kalau di Malaysia bunyi dentuman tu adalah bunyi mercun yang disambut dengan kegembiraan tapi sebaliknya kalau di palestin bunyi dentuman itu adalah letupan bom dan orang2 berada dalam ketakutan, kesedihan dan tangisan.
    Memang banyak pembaziran. Artis yang diundang untuk suatu dinner dibayar beribu2, ada artis yang dapat banyak duit hasil "kerja" mereka pula mendapat tajaan untuk majlis perkahwinan. Ya Allah, saya selalu fikir alangkah bagusnya kalau duit2 itu digunakan untuk membantu orang2 yang lebih memerlukan.

    saya pun tak terasa pun kehadiran tahun baru 1 jan ni. agak berbeza hati sebelum dan bila menjadi seorang Muslim. saya benci suasana orang sambut tahun baru dengan jeritan. saya benci apa2 perayaan yang disambut dengan persembahan hiburan yang tidak bermaruah terutama perempuan2 Islam yang dedah sini sana, saya sangat benci.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam Syahidah,
    Pertama, tahniah kerana terlibat dalam Ops Remaja, satu bentuk dakwah yang baik jika kena caranya. Susah kita hendak sedarkan orangramai terutama Muslim tentang maksiat yang berlaku semasa menyambut tahun baru apabila sudah bertahun-tahun sambutan begitu diadakan di seluruh negara. Saya memilih untuk menghabiskan masa di rumah, merenung kembali segala peristiwa yang berlaku sepanjang 2008. Memilih untuk tidak terlibat dalam sambutan tahun baru, juga memilih untuk tidak membeli-belah semata-mata kerana "ada jualan mega".

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam kakchik,
    Gambar wanita menari di 1 Utama, PJ itu saya ambil dari surakhabar thestar http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/1/1/nation/2924334&sec=nation.Saya tahu memang menjijikkan, sengaja saya paparkan kerana itulah hakikatnya yang terpaksa kita terima,budaya hedonisme yang sudah ada di negara kita.
    Syukur dan tahniah saya ucapkan kepada kakchik dan semua penganjur acara sambutan Tahun Baru di KB. Sejuk hati apabila melihat gambar dan membaca entri-entri di blog kakchik. Semoga segala usaha murni itu mendapat keberkatan Allah swt.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Sakinah,
    Pembaziran akan terus berlaku selagi ada pihak yang masih jahil.
    Benar, saya pun berfikiran begitu selepas menjadi Muslimah.Perubahan yang dialami amat terasa apabila melihat maksiat di depan mata, menonton persembahan hiburan tarian dan sebagainya daripada wanita Islam berbaju tidak cukup kain.. kasihan, meluat dan terkilan. Itu sebabnya saya memilih untuk tidak lagi menonton persembahan hiburan yang tidak berfaedah. Kuasa memilih di tangan kita, bukan?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    that's the problem with Muslim ummah in mesia today. our brother wet and drenched in blood and tears, most of Muslims in mesia wet and drenched in liquor and semens. shame on you.

    if those malays who claim themselves as Muslims dont want Islam anymore, we non malay Muslims really want Islam as our deen, our aqidah and our way of life.

    ever wonder how are going to answer before Allah when the Day come calling?

    p/s blog dah ada kak aliya. tp saya blom start posting apa2 lagi ler. being busy lately. InsyaalLah try to post entries asap.

    ReplyDelete
  9. Astahfirullahal'azim... Itu gambar di Malaysia rupanya. Apan nak jadi dengan anak-anak muda kita sekarang? Na'uzubillah min zalik... =(

    Kerajaan kita pun menyokong perayaan seperti ini... Bukankah Islam menganjurkan kita supaya menyambut perayaan secara bersederhana?

    While most Malaysians (not me) are busy ushering the New Year with sex, drugs and alcohol, our brothers and sisters in Gaza our suffering with no homes to go back to, no proper clothes and even food.

    In fact, why even bother celebrate New Year when we already have Awal Muharram? May Allah always guide us to be better Muslims.

    Sometimes I feel so ashamed when I look at my Malaysian brothers and sisters who are just Muslims by name. =(

    ReplyDelete