Syukur alhamdulillah... selesai sudah satu lagi urusan.
Saya dan suami mengadakan rumah terbuka buat julung kalinya selepas perkahwinan kami di rumah baru kami di Permatang Pauh. Tak jemput semua orang; hanya pelajar saya, dan ahli keluarga sahaja. Sebab ini kali pertama saya adakan rumah terbuka Aidilfitri [belum ada pengalaman, katakan..] kami belum bersedia adakan secara besar-besaran. Tambahan pula rumah terbuka orang Cina ringkas sahaja, hanya biskut. Tak ada makanan berat seperti orang Melayu dan orang India. Peralatan di rumah pun belum lengkap, maklumlah baru berpindah tak sampai sebulan ke rumah sekarang ni.
Oleh itu, kami hadkan tetamu [maaf ya kerana tak jemput]. Makanan pun untuk kira-kira 50 orang sahaja.
Siapakah yang hadir?
10 pelajar Tingkatan 5 saya yang adventurous, sanggup bermotosikal kira-kira 30 minit dari rumah ke sini.
Mak dan adik lelaki saya.
Mak dan ayah mertua saya, serta ipar-ipar dan anak-anak saudara.
Semua pertama kali ke rumah kami, ada yang sesat sedangkan mudah sahaja untuk ke rumah saya dari depan Politeknik P.Pauh.
Riuh satu rumah dengan orang dewasa dan kanak-kanak, hahaha..
Dan saya tersenyum lebar apabila seorang daripada rakan sekolah saya yang tidak saya jumpa selepas tamat SPM 1988, Ras muncul di hadapan rumah. Terpisah selama 21 tahun, jumpa balik melalui Facebook tahun ini, dan alhamdulillah berjumpa secara live di rumah saya. Apa lagi, sembang sakanlah kami berdua. Nak catch-up dengan kisah hidup kami dan rakan-rakan lain untuk 21 tahun. Satu kejutan lagi apabila saya mendapati salah seorang adik ipar saya rupa-rupanya telah mengenalinya hampir sedekad yang lalu tetapi terputus hubungan.. jumpa lagi di rumah saya. Ha, lagilah kuat sembang.. sampai beberapa 'port' sebelum dia berangkat pulang. [dari kiri mak mertua saya, Ras, empunya diri, hehehe]
Mujur makanan lebih daripada cukup. Nasi beriani, ayam masak merah, dalca, jelata [resipi suami], nasi himpit, agar-agar, biskut-biskut raya, antara yang dihidang. Seronok bila tengok anak-anak saudara saya makan kenyang [bukan senang nak puaskan hati mereka] selepas puas bermain di taman permainan kanak-kanak di hadapan rumah.
Bila semua dah pulang, kami berdua berkemas. Tak disangka-sangka saya terlebih dahulu terlelap. Letih juga adakan rumah terbuka ala Melayu, hehehee..
InsyaAllah tahun depan Tahun Baru Cina kami akan adakan rumah terbuka lagi, mungkin lebih besar lagi kalau rezeki bertambah... sudah tentu menu masakan Cina pula :)
Assalamualaikum Kak Aliya!
ReplyDeleteSalam Eidulfitri. Rasa puas kan bila dapat jamu saudara mara dan makanan pula cukup-cukup? Syukur atas nikmatNYA pada kita semua :)
Selamat menghabiskan cuti dan berpuasa 6!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri...taqabbalallahu minna wa minkum =)
Waalaikumussalam 5th_E,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri. Memang bersyukur, alhamdulillah.. kak aliya cuti 6 hari, insyaAllah lebih mudah untuk puasa 6 :)
Salam armouris,
ReplyDeleteTerima kasih. Sebenarnya saya tak lalu makan semenjak bulan Ramadhan lagi.. alhamdulillah setakat ini sihat
Waalaikumussalam fakhruddin,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda sekeluarga :)
assalamualaikum kak aliya.
ReplyDeletewah... tahniah sebab dah berjaya melaksanakan satu program keluarga yang meriah. walaupun hanya untuk 50 orang tapi kakchik dapat rasa yang kak aliay bergembira di hari tersebut.
selamat hari raya kak.
Waalaikumussalam kakchik,
ReplyDeleteKali pertama uruskan rumah terbuka bimbang juga, tetapi alhamdulillah suami banyak membantu. Syukurlah komen mertua dan mak aliya hanya yang positif.
InsyaAllah tahun depan Tahun Baru Cina buat steamboat atau laksa Cina Penang pula :)
Salam Aidil Fitri Alia. Pertama kali komen w/pun telah lama mjadi pembaca setia. Ya, saya juga bertemu kembali rakan sekolej yg lebih 20 tahun tpisah mlalui FB. Ini menjadikan Aidil Fitri th ini btambah meriah.
ReplyDelete