Thursday, September 10

HARI INI

Memang Ramadhan keempat bagi saya ini terasa lain benar. Mungkin kerana saya masih letih mengemas rumah dan belum membiasakan diri dengan persekitaran baru. Peralatan di rumah masih belum lengkap sedangkan syawal sudah hampir. Masalah peribadi yang lain pula sedikit sebanyak menganggu konsentrasi. Alhamdulillah dengan kurnia dan rahmatNya. Masih dapat bertahan dan bersabar.

Minggu ini saya diingatkan dengan satu kebenaran, iaitu kita tidak boleh bergantung pada orang lain, kerana mereka akan mengecewakan kita. Tak kiralah ibu bapa, suami, isteri, anak, adik-beradik atau sahabat baik kita. Jangan harapkan apa-apa daripada mereka jikalau diri ingin bahagia. Lebih baik kita bergantung pada Allah swt. Belajar berdikari dengan erti kata yang sebenar - kerana akhirnya kita tetap akan berseorangan. Jikalau orang lain memberi, terimalah dengan syukur. Bagi diri kita pula, berilah setakat yang mampu diberi tetapi jangan harapkan apa-apa balasan. Jikalau kita ditipu atau dimungkiri janji, serahkan urusan itu kepada Allah yang Maha Adil. Kita belajar daripada pengalaman itu, dan teruskan hidup kita.

5 comments:

  1. Salam Cikgu..

    mmg serigkali terjadi, harapan yang diletak sesama manusia (tak kira siapa), akhirnya akan membuatkan kita kecewa. Bergantung haraplah pada Yang Esa - Dia Maha Mendengar...

    ReplyDelete
  2. Salam kak aliya,
    been quite sometime didn't leave any words here..but i do read all your postings..It's ok sometimes to feel down about everything or something around us..but don't keep it too long inside you..
    Life goes on..you're such a wonderful and strong woman..
    You'll be fine..InsyaAllah...
    Selamat menjalani ibadah puasa and selamat hari raya...

    Erin

    ReplyDelete
  3. ya, saya setuju .. saya pernah baca buku bertajuk mencari jalan bahagia.. masa buku tu mingkin saya selalu bersedih dan rasa diri tak bahagia.. but after that i learnt that nak bahagia tu terpulang dari diri kita sendiri.. kalau buka hati untuk bahagia, dan cuba usaha menbahagiakan diri sendiri, insyallah. Kita selalu mengharap orang membahagiakan kita.. tapi mmg benar, itu salah, malah kalau kita harap.. jadi kecewa pulak

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam kakcikseroja, Erin & ZOORA,
    I'm fine, alhamdulillah. Bahagia adalah pilihan kita sendiri, bukan bergantung kepada orang lain. Saya agak sensitif baru-baru ini kerana dimungkiri janji oleh seorang Muslim yang saya hormati. Bagi saya janji itu penting ditepati tetapi baginya mungkin tidak.
    Terpaksalah terus bersabar.. Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil

    ReplyDelete
  5. salam kak Aliya,↲i luv to read ur posts. I've learnt a lot from all of ur posts. Sometimes sy rasa malu pd diri sndiri sbb x sekuat dan setabah kak aliya dlm menempuh cbrn dunia akhr zaman sbg seorg muslim.

    ReplyDelete