Ya Allah..!
Saya segera ke bilik air. Habis keluar segala makanan yang diambil semalam. Muntah buat kali pertama dalam Ramadhan. Perit rasanya pada awal pagi. Belum lagi sahur.
Syukur alhamdulillah makanan untuk sahur berjaya disediakan juga walaupun saya sendiri hanya mampu menelan sedikit sahaja nasi dan sayur yang dihidang.
Rasa seperti wanita alah mengandung sahaja. Mual. Tak bersemangat untuk memuat apa-apa pun kerana risau terpaksa bergegas ke tandas sekali lagi. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.
"Gastrik," kata doktor muda itu sambil menekan perut saya.
"Kamu kena pantang makan kalau boleh sehingga raya ke2. Elakkan kopi, teh, makanan pedas, berempah, masam, masin, minuman bergas. Cuba makan lebih kurma semasa membuka puasa."
Dalam hati, saya membayangkan laksa yang dimakan semalam setelah kuahnya dipanaskan. Mungkinkah itu puncanya?
Inilah kali pertama dalam 4 tahun saya mengalami sakit ketika bulan Ramadhan. Teruk juga rasanya. Selepas tengah hari barulah reda sedikit rasa mual itu. Kalau orang tua, sudah tentu akan katakan saya diserang 'angin'.
Syukur berkat doa kepada Allah swt, saya berjaya bertahan sehingga waktu berbuka puasa walaupun masih kurang sihat.
Nampaknya terpaksalah saya lebih berhati-hati ketika berbuka puasa selepas pengalaman ini.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalammualaikum
ReplyDeletesaya memang pesakit gastrik ... memang dapat memahami perasaan mual, loya, dan kekadang hingga sakit kepala
alhamdulillah, sekarang makan ubat homeopathy, banyak perbezaannya...
kesian akak. ramadhan ni memang ujian kesihatan juga bagi kita kan. kalau gastrik memang peritlah juga. kakchik dah biasa lihat kakak yang selalu gastrik tapi sekarang dia dah tak sakit lagi. semoga tiada lagi serangan gastrik selepas ni dan akak dapat teruskan puasa dengan sihat.
ReplyDeleteSalam Aliya,
ReplyDeleteSaya dan suami penghidap gastrik juga. Memang kena jaga makan terutama di bulan Ramadan. Dan memang betul, adakalanya makanan yang diperhangat boleh menyebabkan gastrik, saya telah mengalaminya beberapa kali terutama makanan2 yang kita beli di luar. Saya tahu sakitnya, kami lebih berhati2 sekarang terutama bila membeli makanan di luar. Selain orangnya yang kami ambil kira, kebersihan gerainya juga kami perhatikan terlebih dahulu.
Selamat Hari Raya. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk-Nya. Amin.
uh
ReplyDeletepagi tadi pun sy termuntah
sama la
masalah gastrik
Waalaikumussalam semua,
ReplyDeleteAlhamdulillah sejak hari itu, saya sihat dan dapat menjalankan ibadah puasa tanpa gangguan kesihatan lain.
InsyaAllah, semoga kita terus sihat sehingga syawal.
Maaf tak dapat tulis panjang, line internet asyik terputus