"Kak, belilah.. kuih ada, nasi ada.."
Saya menziarah ke bazaar Ramadhan dekat rumah semalam. Maklumlah baru berpindah, belum sempat nak ke pasar pagi kerana masih sibuk berkemas.
Rupa-rupanya bazaar Ramadhan yang disangka kecil agak besar juga. Gerai-gerai dibuka sepanjang jalan dekat taman perumahan. Yang menjual pula sama ada penduduk situ atau mahasiswa-mahasiswi dari UiTM atau politeknik berdekatan. Riuh. Sesak. Macam pesta terutama selepas 6 petang. Tapi makanan yang dijual lebih kurang sama saja. Nasi ayam. Nasi berlauk. Kuih-muih. Pelbagai jenis air minuman. Murtabak. Roti john.
"Had.. had.. limit.." saya cuba kawal diri. Azam tahun ni tidak mahu terlebih beli. Maklumlah semua nampak sedap dan menggiurkan tatkala perut kosong dan tekak kering. Berapa banyaklah yang boleh dimakan oleh saya dan suami apabila berbuka puasa?
Masalah bila pergi ke bazaar Ramadhan, nafsu untuk makan meningkat. Kalau boleh nak beli setiap jenis yang ada, tambahan lagi makanan yang memang jarang dijumpai kecuali pada bulan Ramadhan. Bila dan beli dan berbuka puasa, tak mampu nak habiskan. Esok lepas sahur masih ada berbaki. Akhirnya membazir kecuali sempat dihabiskan ketika buka puasa seterusnya.
Puasa kerana Allah swt. Untuk mengawal nafsu. Tetapi kalau siang kawal nafsu, bila berbuka puasa asyik makan tanpa kawalan, kurang berkesanlah puasa kita itu.
Oleh itu perlulah kita sentiasa beringat-ingat - Dapatkah saya habiskan semua makanan yang ada ni?
Percaya tak kalau saya katakan sebelum peluk Islam, hanya sekali saja saya ke bazaar Ramadhan?
Sebabnya saya dibesarkan di bandar dan tidak pernah didedahkan dengan suasana bazaar Ramadhan sehinggalah saya berpindah ke rumah berdekatan taman perumahan yang 90% didiami orang Melayu. Satu kali itupun saya terpaksa keluar cari makanan kerana sudah bosan memasak. Ha, ketika itulah baru kenal ayam percik, laichikang ala Melayu, murtabak, soto,
roti john, dan sebagainya. Kejutan besar!
Dalam pemikiran saya ketika itu, sebagai nonMuslim, mengapa perlu bersesak-sesak di bazaar Ramadhan semata-mata untuk beli makanan masakan orang Melayu sedangkan boleh beli makanan di kedai Cina? Biar saja mereka yang berpuasa beli, lagipun susah nak parking kereta. Hampir semua yang ada di situ orang Melayu. Akhirnya saya tak pergi ke bazaar itu lagi.
Kini situasi berlainan.
Saya ke Bazaar Ramadhan untuk mencari makanan yang jarang dapat dimakan ketika hari biasa terutama masakan negeri Kelantan. Bila pulang lewat sehingga tidak sempat memasak di rumah, tambahan hanya dua orang saja yang nak makan. Lebih menjimatkan masa dan kos. Hendak membantu Muslim lain yang berniaga mencari rezeki halal di bulan Ramadhan. Mahu meninjau keadaan di sesuatu kawasan serta komuniti di situ. Berekreasi sambil menjamu mata melihat pelbagai jenis makanan dan kreativiti para peniaga di situ.
Terdetik dalam hati, kalau saya berniaga di situ, apakah makanan yang akan sesuai dengan selera orang Melayu?
Org Islam bangsa Melayu typically makan besar selama sebulan dlm bulan puasa. Makan makanan yg agak mewah maksudnya banyak dan masakan special tiap2 kali berbuka puasa dan sahur bersama ahli keluarga. Jd oleh kerana buka puasa dan sahur special, meals nya harus special la. Ikut budaya dan adat juga, masyrakat Melayu mempunyai byk hidangan masakan tradisi contohny. Adat dan budaya merupakan jati diri seseorang, itu sudah takdir kalau elak pulak lawan takdir namanya, jati diri pun hilang. Kalau nk akhirat atau jd org Islam, bukan kena jd 100% Arab sebab kita ada jati diri sendiri cuma perlu disesuaikan. Tak perlu pakai jubah all the time krn baju kurung pun menutup aurat juga contohnya. Anyhow berbuka puasa banyak nikmatnya, makan besar beramai2 dgn ahli keluarga, mengeratkan lg kemesraan antara ahli keluarga, saudara, jiran tetangga..inshaAllah lauk-pauk habis dgn berkat berkongsi ramai2. Tak seronok kalau berbuka sorang2..sob2X..sure makanan tak habis w/pun sikit. Manusia byk type. Kalau saya makan sikit waktu berbuka dan bersahur mesti saya bertambah kurus sebab metabolisme badan saya tinggi.. Bulan puasa ni walaupun saya makan banyak berat badan maintain, alhamdulillah badan semakin sihat dan bertambah berat 1.5kg dgn berkat selera makan tuhan bagi..so jd 43kg saja la. Org Melayu selalu bg nasihat bg org yg tak diberi nikmat selera full years "makanlah sampai kenyang ketika tuhan bg nikmat selera makan ni, nanti kalau jd tak lalu (hilang selera makan)..susah pulakk, ambillah peluang ni makan byk..suka tgk 'kakak' makan..nah makan2". Ada tuhan bg kat org ada selera sepanjang masa, ada yg dia tarik pada waktu2 yg dikehendakiNya dsbnya.
ReplyDeleteBudaya kongsi2 makanan dgn jiran tetangga juga boleh menghabiskan juadah. Kat kampung saya meriah dgn berkat kongsi makanan dgn jiran. Ntahla ni budaya Melayu ke budaya Islam tp org Melayu ada terapkan. Dan yg tulang2, sisa2 takkan nk bagi jiran, bg kat kucing at the backyard lah kasi diorang gemuk bulan puasa ni! :D :D. What-a-happy Ramadhan this year~
ReplyDelete