"Mengapa pakai tudung? Wanita Melayu ada yang pakai pun!" tegur Mak saya ketika saya mula-mula memeluk Islam dan berjumpa dengannya.
Dia amat tidak menyukai saya dalam keadaan bertudung.
"Bertudung adalah wajib untuk wanita beragama Islam," saya terangkan kepadanya.
Dia diam mencuka.
Sehingga hari ini, dia masih tidak menyukai saya bertudung.
"Teacher, apa khabar?" jurujual di bahagian pakaian bayi di pasar raya itu menegur saya.
Saya terkejut.Saya cuba ingat siapa dirinya, tetapi hampa. Yang pasti, dia dahulu pelajar di sekolah saya, kerana memanggil saya dengan gelaran itu.
"Khabar baik, alhamdulillah. Maaf ya, tapi kamu dulu tingkatan berapa?"
"Saya dari kelas 5***."
"Oh, maaf tak cam tadi. Nampak lain bila tak bertudung." Patutlah saya tak cam dia; saya tidak pernah mengajar kelasnya. Lagipun dia tidak bertudung, berbanding dengan keadaan semasa bersekolah.
"Dah lama kerja di sini?"
"Baru saja, sementara tunggu result SPM."
"Baguslah. Timba pengalaman bekerja."
Dia senyum, malu-malu.
Hmmm... apa nak dikatakan lagi. Memang ada wanita Islam yang tidak bertudung. Itu pilihan mereka. Bukan mereka tidak tahu, lebih-lebih lagi mereka yang lahir dan dibesarkan dalam keluarga Islam. Di sekolah sudah diajar tentang kewajipan itu, di kelas agama pun ditekankan. Namun ada yang memberi pelbagai alasan untuk tidak memakainya.
Tak perlulah saya nyatakan alasan-alasan biasa mereka. Kita pun sudah sedia maklum.
Cuma keadaan itu memberi kesan kepada sister-sister yang berjinak-jinak dengan Islam dan yang baru memeluk Islam. Biasanya hasrat mereka untuk memakainya sering dipersenda oleh ahli keluarga dan rakan mereka yang bukan Islam, dengan menggunakan wanita Islam yang tidak bertudung sebagai perbandingan.Yang memilih untuk terus bertudung akan dianggap telah di-brainwashed. Yang memilih untuk bertudung labuh serta menutup aurat apatah lagi; dianggap ekstrem oleh bukan sahaja rakan nonMuslim bahkan oleh Muslimah lain yang 'moden'.
Tapi tanpa menutup aurat/ bertudung di kepala, apakah bezanya bagi seorang wanita yang beragama Islam dengan bukan Islam dari segi zahir?
Malah saya berani katakan bahawa ada wanita nonMuslim yang berpakaian lebih sopan di khalayak ramai berbanding dengan wanita Muslim. Malu. Sedih. Mengaibkan.
Tapi apa nak buatkan, takkan nak kurungkan semua yang degil tidak mahu memakai tudung kepala itu sehingga mereka akur?
"Baru peluk Islam, dah nak tunjuk diri lebih alim dari kita?!"
Hahahaaa... saya bukan seorang ustazah la. Malah saya belum pun layak untuk memberi ceramah tentang kewajipan menutup aurat kepada pelajar sekolah rendah pun. Cuma bagi saya, memberi peringatan itu adalah satu kewajipan untuk setiap kita yang beragama Islam.
Saya pun ada ramai kawan yang nonMuslim. Masih berkawan baik walaupun setelah saya memeluk Islam. Mereka faham mengapa saya bertudung, dan saya juga tidak kekok berada bersama mereka dalam sebarang aktiviti, walaupun ada kalanya hanya saya seorang sahaja yang bertudung di situ. Ia memerlukan keyakinan yang tinggi untuk terus menutup aurat dalam kalangan mereka yang tidak begitu.
Saya juga ada kawan Muslimah yang masih belum memakai tudung kepala. Ada yang hanya bertudung di tempat kerja. Ada yang memilih untuk terus mendedahkan rambut tanpa menghiraukan kritikan orang di sekeliling. Ada yang tidak bertudung kerana suami tidak suka mereka bertudung. Masing-masing ada alasan tersendiri. Saya hanya mampu mendoakan agar mereka terbuka hati untuk menutup aurat pada masa terdekat kerana jika berkeras, ia hanya akan menjauhkan mereka sekaligus mengeruhkan suasana. Kadang-kala berdakwah secara hlus itu lebih baik, bukan?
"Kak, saya tak nak jadi hipokrit. Saya memilih tidak bertudung kerana tak mahu asyik buka bila pulang ke rumah keluarga," kata seorang mualaf yang masih menyembunyikan pengislamannya daripada pengetahuan keluarga.
"Saya belum bersedia bertudung kerana nanti rakan sekerja saya akan tahu saya dah Islam dan akan memulaukan saya. Malah mungkin saya akan didiskriminasikan di tempat kerja."
"Saya mahu lakukannya perlahan-lahan. Bukan secara drastik."
"Suami saya tak pernah suruh saya bertudung. Lagipun ramai wanita Islam yang tidak bertudung pun," kata seorang lagi sister.
Saya mendengar. Saya tak mahu memberi komen negatif apatah lagi yang berbentuk ceramah. Nasihat dan teguran keras tentang kewajipan menutup aurat kepada sister-sister itu mungkin akan menjadikan mereka terasa hati dan lebih jauh daripada Islam. Lagipun saya sendiri pun bukan sempurna; banyak lagi kelemahan sendiri yang perlu dibaiki.
"Tapi mereka perlulah berniat untuk menutup aurat pada waktu yang terdekat, bukan terus memberi alasan. Pasang niat itu dan nyatakan sendiri tempoh masa yang mereka perlu untuk bersedia memenuhi kewajipan agama ini. Bila dah Islam, kenalah lakukan ikut tuntutan agama, barulah diri akan lebih kuat, iman lebih teguh. Berani kerana Allah, bukan takut pada manusia lain," kata seorang rakan.
Saya angguk setuju. "Betul tu, tapi niat untuk menutup aurat bukan sahaja perlu dilakukan oleh yang baru masuk Islam tetapi lebih penting lagi, oleh mereka yang dah lama Islam tetapi belum berbuat begitu. Sokongan padu dan pengetahuan agama yang kukuh perlu untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan tudung kepala itu untuk kekal menutup aurat. Bukan mudah sebenarnya menutup aurat bagi yang sudah dewasa, tambahan lagi bila wanita lain di sekeliling tidak berbuat begitu. Tapi saya percaya, insyaAllah jika kita terus berdoa dan berniat untuk menutup aurat, Allah akan memberi kekuatan dan permudahkan urusan. Kena berani membuat perubahan, berani memulakan langkah pertama memakai tudung kepala. Dan mereka itu saya maksudkan adalah wanita yang lama serta yang baru Islam, tak ada perbezaan sebenarnya bila mula mahu bertudung buat kali pertama. Tentu hati berdebar-debar ketika menyarungkan tudung kepala. Dan kita yang sudah bergelar Muslim, perlulah memberi sokongan dan dorongan."
menyampaikan yang benar (al haq) itu amanah dan tanggungjawab. orang terima tak trima tu bukan kuasa kita. zaman sekarang sebenarnya, apa yg tercatit didalam al quran menjadi semakin terang. manusia yg ikhlas dalam keimanan pasti sentiasa takut kepada Allah. tidak kiralah kufur atau kafir, semua kita telah diberikan panduan sebenarnya. hmmmmmmmmmmmmmm....gambate.
ReplyDeleteSetuju. Kadang-kadang tak tahu macam mana, nak tegur bagaimana. Lembut/keras? Bukan untuk berkompromi. Kadang-kadang, tegur secara lembut pun masih tak masuk di otak. Susah.
ReplyDeleteSalam dik,
ReplyDeleteBaru lalu di sini.. Tertarik dgn posting ni.. akak pun Islam sejak lahir, tp baru saja memakai tudung.. Berpikir agak lama.. tapi bila benar2 dah memakainya, alhamdulillah.. ianya terus menjadikan akak, berjaga2.. solat pun alhmdulillah tak lagi berlubang sana sini.. Berdoa agar terus kekal.. & juga mendoakan yang lain utk sama2 menutup aurat & menjaga aurat..
Waalaikumussalam tenang_aku,
ReplyDeleteYa, menyampaikan yang benar itu tanggungjawab setiap daripada kita. Sekurang-kurangnya lebih mudah nak menjawab padaNya kelak bila ditanya.
NonMuslim pun ramai yang takut pada tuhan, sebab itu mereka sanggup melakukan pelbagai untuk menebus dosa, bukan gitu?
Salam Ummu Auni,
ReplyDeleteKadang-kadang saya kasihan juga pada saudara kita yang lahir Islam tetapi belum menutup aurat. Ada juga dengar kisah beberapa orang yang dimarahi ibu bapa sendiri bila bertudung kerana dianggap kolot dan dah di-brainwashed. Ada yang kerana nak jaga keharmonian rumahtangga kerana suami tidak suka isteri bertudung bila keluar bersama, hanya memakainya di tempat kerja. Kira kita yang bebas menutup aurat mengikut suruhan agama amat beruntung kerana dipermudahkanNya dalam bab ini. Mereka pula diuji, dan selagi belum cukup berani melakukan perubahan, selama itulah menanggung dosa.
Waalaikumussalam Dibiee
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah kerana keberanian kak dan tercapainya hasrat untuk menutup aurat. Saya tahu, bukan mudah untuk melakukannya. Semoga terus kekal kuat dalam keimanan dan keputusan yang telah dilakukan, ameen.
Islam yg dapat ni ada 2. Islam baka dan islam hidayah.
ReplyDeletebaka
- jika tidak mengaji islamnya hanya pada nama. Tanyalah pada pelajar form 5 islam(melayu) berapakah rukun solat. Ramai x boleh jawab. Tu tak minta terang rukun tu. 5 waktu majoriti miss
hidayah
- memeluk islam atas dasar kebenaran. insya Allah xkan lari wp seribu cubaan
assalamualaikum kak aliya,
ReplyDeletesekadar meluah rasa dan berkongsi pandangan yang juga dari jiwa manusia lemah seperti saya ini...
manusia ni memang makhluk yng lemah. mahu menuju ke jalan Allah dan kekal tetap di atas jalanNya bukan mudah. mahu berbuat perkara baik dan betul di atas jalanNya perlu ambil masa yng amat lama, begitu teliti berfikir, perlu itu dan perlu ini, 1001 alasan semua jadi halangan dan melambatkan proses. tetapi mahu mengabaikannya dan berbuat yang sebaliknya amatlah mudah. tak perlu fikir, tak perlu ambil masa, buat saja! sedang diri sudah tahu apa yang baik apa yang buruk kan?
sedih juga memikirkan keadaan seorang Muslim yang nyatanya Islam. tetapi masih ragu Islam pada hati dan penghayatan atau hanya pada keturunan dan nama?
bercerita tentang tutup kepala, sudah ditutup tapi lengan dibuka. sudah tutup kepala, lengan atau betis, lisan pula tidak terjaga, terbuka ternganga di sana sini... byk lagi kelemahan yg menyelubungi seorang manusia bergelar Muslim, terutamanya golongan Muslimah ini, termasuklah saya sendiri.
betul kata kak aliya, muslim sepatutnya membezakan mereka dengan yang bukan, dan berani kerana Allah, ikut suruhan Allah bukan beralasan basi sedang usia semakin naik maka ilmu harus semakin bertambah.
bagaimana memberikan contoh yang baik kepada yang belum bergelar Muslim sedang si Muslim sendiri keliru dengan laluan yang mereka lalui kini. lagi parah bagaimana nak terangkan kepada yang bukan Muslim tentang Islam tatkala ada yang bertanya. wallahua'llam..
sesungguhnya kita hanya mampu menyampaikan dakwah ini kepada diri sendiri dan orang2 lain di sekeliling kita namum yang memegang hati2 ini hanya Allah semata-mata. petunjuk dan Hidayah itu milik Allah semata-mata.
apapun yang kita lakukan Allah Maha tahu, sesungguhnya selemah-lemah iman seorang Mukmin adalah dengan doa.
maka kita ini berdoa jangan putus kepada sesiapa yang nampak tersangat keliru bagaimana mahu menjadi Muslim (orang Islam) sebenar yakni seorang Mukmin (yg beriman) agar kita dan mereka sama2 sentiasa mendapat taufiq dan hidayah Allah setiap saat dan waktu dalam sesingkat waktu yang kita ada ini sebelum kembali padaNya nanti...
melayu itu namanya pasti Muslim sedangkan tiada siapa yang pasti apakah seseorang melayu itu adalah Mukmin sebenar... wallaahua'llam...
yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu pastinya dari saya dan manusia2 itu sendiri.
bagi nonmuslim... kita tetap berdoa supaya mereka diberi hidayah. bagi yg muslim.... bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar2nya.
ReplyDeleteWaalaikumussalam semua,
ReplyDeletejoe, insyaAllah yang lahir Islam juga boleh mendapat hidayah dariNya..semoga kita dan keturunan kita kekal menjadi Muslim mukmin, ameen.
lina, terima kasih atas komen anda..setuju sangat..ameen.
tenang_aku, ya, setuju.. insyaAllah. Kita hanya mampu berusaha, hidayah milik Allah.
Tudung itu boleh mencegah banyak kes maksiat yang bermula daripada nafsu.. dan mata lelaki adalah begitu lemah...
ReplyDeletesaya tertarik dengan dakwah secara haus akak, sebab saya ni selalu sangat berkeras dengan orang lain tapi manjakan diri sendiri :P
ReplyDeleteAssalamualaikum Ikhwan & YanaReya,
ReplyDeleteIkhwan, benar.. tudung boleh mencegah maksiat dan seorang wanita bertudung, insyaAllah berasa lebih selamat di bumi M'sia.
YanaReya, sebaik-baik adalah cara dakwah Rasulullah saw yang sentiasa bersabar walaupun sering dicaci dan dikasari.
My mother is a Muslim convert too.
ReplyDeleteI remember when we were growing up and Popo came to stay with us, she would always grumble about my mom wearing the hijab.
Her favourite term I remember, was :"Banyak bodoh lah kasi bungkus kapla ini macam!"
Many years down the line, Popo has gone to the hereafter and we also have accepted another Muslim convert into our family, in the form of a sister in law, I still look back at those moments with a smile. Hats off too to my mom who did not give in to Popo's goading!
Assalamualaikum..salam ukhuwah kak (baru bace artikel akak pasal sya bkn org arab, tp nk ucap jugak salam ukhuwah hehe)
ReplyDeletesy br jumpa blog akak mlm td, dr blog anwarhadi..dan sampai skarang xhabis2 lagi melawat. suka baca perkongsian akak dgn ulasan2 yg menarik terhadap apa yg berlaku di sekeliling akak. sy nak minta izin utk copy & print blog post akak boleh tak? utk share dgn my students.. esp topik rambut ni. rasanya teens ni lebih seronok dan mudah faham da'wah dlm btk cerita ni dari kita bebel2 tentang hukum hakam sbb diorang sememangnya dah belajar hukum ni sejak kecil lagi. jazakillah^^
Waalaikumussalam nuruladeq,
ReplyDeleteBoleh, dipersilakan. Cuma perlu nyatakan sumbernya iaitu url blog ini :)
Yang baik semuanya daripada Allah swt