Friday, May 6

MACAM MANA NI?

Saya benci bila diminta mengisi maklumat diri secara online.
Ada saja yang tak kena. Sakit hati saja. Membuang masa. Data yang cuba dikemaskini tidak dapat diproses kerana asyik 'hanging'. Tambah frust bila mendapati ada maklumat yang salah atau masih belum dikemaskini semenjak beberapa tahun yang lalu.
Salah siapa?

Baru-baru ini sekolah menerima pekeliling, meminta kami warga sekolah mengemaskini data sendiri dalam HRMIS iaitu di website Jabatan Perkhidmatan Awam, yang telah dilink dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
Sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab dan dedikasi [hahaha] saya pun terus buka laman web itu dengan menggunakan komputer di rumah.
Hmmm, minta ID dan pasword. Saya teka, alhamdulillah berjaya masuk.
Buka pula data sendiri - Rekod peribadi, iaitu data yang ada dalam Aplikasi HRMIS.
Aikkk... ada yang tak kena ni..
Terus saya geleng kepala.
Bayangkanlah.. saya memeluk Islam pada Julai tahun 2006, buat kad pengenalan baru dengan nama dan status agama Islam [dah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara] pada tahun akhir 2006, buat paspot antarabangsa dengan nama sekarang pada tahun 2008 dan sudah pun bekerja semula di sekolah menengah semenjak tahun 2008 [khidmat sebagai penjawat awam tidak pernah terputus walaupun sambung belajar kerana di bawah tajaan Kementerian Pelajaran]. Semua urusan rasmi saya sekarang menggunakan nama Islam yang sudah tertulis dalam Kad Pengenalan saya yang terkini - Nama NUR ALIYA YEOH BINTI ABDULLAH, beragama : Islam.

Maka, mengapakah nama saya di website di bawah HRMIS ini masih nama lama?
Yang lebih menghairankan lagi, agama yang tertera di situ masih agama Buddha.
Yang pelik juga, ada maklumat terkini seperti paspot antarabangsa dan nama suami sekarang dengan tarikh perkahwinan kami yang betul [walaupun bukan nama penuhnya]. Itu bererti ada maklumat diri saya yang sudah pun dikemaskini, tetapi maklumat lama juga masih disimpan di situ tanpa sebarang perubahan.
Terdapat 11 butiran diri yang ada termasuk nama dan agama adalah butiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara, dan tidak boleh diubah.


Saya telefon pihak yang uruskan HRMIS itu menggunakan nombor telefon yang diberi di laman web itu. Jam 3.26 petang tarikh 6 Mei 2011.
Saya nyatakan masalah saya.
Saya beritahu bahawa saya sudahpun menggunakan nama saya untuk semua urusan rasmi di Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak tahun 2008.
Semua borang yang diperlukan untuk mengubah nama dan agama kepada status terkini sudahpun dilakukan di sekolah lama di Taiping pada tahun 2006 dan diluluskan. Pertukaran nama dalam buku rekod perkhidmatan sebagai guru sekolah juga sudahpun diluluskan pada tahun 2008, dan dikemaskini pada tahun 2009 .
Jadi mengapa pula rekod peribadi saya di HRMIS [Jabatan Perkhidmatan Awam] masih ada maklumat lama bercampur baru?

Kalau hanya nama asal yang masih kekal, saya tak kisah sangat, sebab mungkin data komputer susah untuk diubah untuk nama seseorang. Seperti yang masih ada dalam data online E-Filing saya. Tetapi takkan maklumat agama pun tak boleh diubah?
Saya tak mahu lagi maklumat diri saya ditulis sebagai beragama Buddha sedangkan saya sudah hampir 5 tahun hidup sebagai orang Islam. Ini bukan isu remeh bagi saya. Ini berkenaan taraf agama - sesuatu yang amat sensitif!!!!!
Tak pelikkah apabila saya yang kononnya masih beragama Buddha mempunyai suami Melayu beragama Islam?
Saya bercakap dengan seorang pegawai wanita dan diminta memberikan nombor telefon bimbit untuk dihubungi semula. Nombor kad pengenalan saya juga diambil untuk mereka lakukan siasatan.
Sehingga sekarang, saya masih menunggu maklumbalas mereka.
Ahhh, buang masa saya. Buang duit saya juga kerana terpaksa menelefon ke KL untuk urusan ini dan bercakap lama dengan pegawai sana.
Dan semuanya bukan salah saya.
Salah sistem komputer online yang kononnya sudah up-to-date dan serba canggih. Yang kononnya dah berjaya di-link-kan antara satu jabatan kerajaan dengan jabatan kerajaan lain.
Huhuhu.. what a joke.

Ingatkan dapat selesailah kerja yang satu ni, sebab tarikh akhir kami diminta untuk mengemaskini maklumat diri dalam HRMIS adalah pada 15 Mei 2011.
Nampaknya saya mungkin terpaksa tunggu lebih lama lagi.
*&^%$#@!
Asyik-asyik terpaksa berhadapan dengan karenah birokrasi selepas memeluk Islam dan menukar nama kepada nama kini.
Ingatkan bila tukar nama kepada nama sekarang, lebih mudah la kerja, lebih senang la sebab tak perlu nak terangkan mengapa agama saya kini Islam [kalau guna nama asal, perlu pula beritahu suruh tukar status agama Buddha kepada Islam, nanti perlu jawab pula pelbagai soalan daripada pihak pejabat kerajaan kerana kononya nama asal yang tak tunjuk diri seorang Muslimah].
Ni back to square one.
Tunggu lagi.
Sedangkan setiap tahun say kemaskini data rekod diri secara manual dan online [melalui guru data sekolah] untuk sistem EMIS dan HRMIS.
Sekarang saya terpaksa tunggu lagi respon daripada jabatan kerajaan.. Jabatan Pendaftaran Negara pula yang tak kemaskini data saya[ironinya, ia yang luluskan permohonan pertukaran nama dalam kad pengenalan saya pada 2006]
Sampai bila nak terus gini?

Entah-entah nanti saya juga yang terpaksa turun naik pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang terdekat untuk surat mengesahkan saya ni dah masuk Islam, terpaksa sekali lagi faks/kirim segala dokumen yang berkaitan dengan pengislaman saya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam pula seperti mana yang telah berlaku kepada saya semasa memohon paspot antarabangsa pada tahun 2008 dahulu.
Saya dah boleh bayangkannya.
Hanya menunggu panggilan telefon daripada pihak pengurusan HRMIS. Atau perlukah saya telefon mereka sekali lagi pada Isnin depan???? Kena buang masa dan wang lagi???

Saya dah fed-up dengan karenah birokrasi!!!!!!!!!!!
Kalau bukan kerana iman sebagai orang Islam masih kuat dan kukuh, rasanya mungkin dah murtad sekarang sebab asyik-asyik diperlakukan begini setiap kali berurusan dengan jabatan kerajaan Malaysia.

Jikalau orang bukan Islam dengar masalah saya ini, tentu mereka akan ketawa berdekah-dekah,
"Ha padan muka! Siapa suruh masuk Islam?! Sekarang rasakanlah!"
Ya, padan muka saya sebab masuk Islam dan menghadapi masalah ini sekarang.
Padan muka saya sebab tukar nama kepada nama yang lebih mirip orang Islam di Malaysia.
Jikalau saya tak buat semua tu, mudah sekali hidup saya ni, bukan? Semua urusan akan menjadi mudah dan cepat, tak perlu berketuk pintu sana sini dan menelefon sana sini.
Orang kafir dan dan saudara baru Islam yang tak daftar diri sebagai orang Islam dalam kad pengenalan mereka tak perlu hadapi semua masalah seperti itu.


Wahai saudara Islam lain yang memeluk Islam dan bekerja sebagai penjawat awam, tolong semak-semak juga status anda di HRMIS.. entah-entah bukan saya seorang saja yang menghadapi masalah ini.

10 comments:

  1. kak...huhu..mmg berat la masalah yg satu ni..
    adoiii...susah hati mendengarnya..
    nisha pun tak suka dengan kerenah birokrasi yg kadang-kadang menjadi satu beban yg terpaksa difikirkan....

    nisha harap kak kuatkan iman..sabarlah menempuh ujian kecil dr Allah ini..semoga Allah mempermudah urusan kak hendaknya...amin :)

    ReplyDelete
  2. ameen..
    Nisha, tengah sabar la ni.. tapi tak boleh diamkan diri saja, kalau tidak takkan selesai sampai bila-bila. Ingatkan tak perlu pening lagi selepas 'tembak' jabatan imgresen di blog ni pada tahun 2008, hu3..nampaknya kena dengan Jabatan Pendaftaran Negara pula.
    Ni kes berat sebab melibatkan semua urusan kerja rasmi saya sebagai penjawat awam. Bayangkan nama saya di website rasmi JPN itu tak sama dengan nama saya di kementerian pelajaran malaysia, tak susahkah nanti bila perlu berurusan secara online. Sakit hati setiap kali lihat status agama masih ditulis sebagai Buddha!

    ReplyDelete
  3. ermm...faham2...geram dan sakit hati kan kak...huhu :(
    harap-haraplah mereka yg terlibat lebih2 lagi yg beragama Islam sedar akan masalah ini dan segera ambil tindakan utk mengatasi..bukan sekadar hendak melepas batuk di tangga saja...

    ReplyDelete
  4. Don't worry, I'll make sure they do their jobs properly, even if I have to knock on every door from Penang to Putrajaya :P

    ReplyDelete
  5. Sabar ye Puan... kerenah birokrasi, di mana2 pun ada... tak pernah nak selesai :(

    ReplyDelete
  6. Ibu Muda, walaupun hati masih panas, saya masih boleh senyum :) InsyaAllah semua akan selesai dengan baik namun bagaimana saya sendiri tak tahu.
    Sudah tentu ada hikmah dalam ujian ini, paling tidak pun mereka yang duduk atas kerusi empuk di pejabat perhawa dingin itu akan lebih berhati-hati kelak bila memproses data di komputer. Dulu bila buat secara manual, mudah nak betulkan kesilapan tetapi sekarang terpaksa tunggu orang atasan semak data secara online dan buat pembetulan dalam sistem komputer utama :( Maju konon.

    ReplyDelete
  7. aslm sis...
    saya cadangkan minta terus berhubung dengan orang yg deal dengan database tu...atau webmaster..kekadang pegawai yg dihubungi tu tak handle bahagian database..itu yg menyebabkan data tak update., cuba minta sambungkan terus kepada admin (jika boleh update serta merta), sekadar cadangan..

    ReplyDelete
  8. Kak Aliya, saya pun ada masalah jugak dengan jabatan pendaftaran ni. psal kes simple je alamat. dalam rekod mereka masih pakai alamat rumah lama, padahal dah 4 tahun saya tukar alamat. semua alamat yang tertera pada kad pengenalan, lesen dan pasport alamat baru tapi entah macam mana data asal masih menggunakan alamat lama. memang sangat menyusahkan. bila buat loan bank, geran kereta balik alamat lama, bila kena saman pun sama, alamat semua hantar alamat rumah lama. memang menyusahkan sebab tiap2 bulan kena pergi check dekat rumah lama jika ada surat2 penting sampai.

    ReplyDelete
  9. D'Zehra Shoppe,
    Saya diberitahu oleh kerani sekolah ia berpunca daripada kerani-kerani lama yang 'tidak begitu prihatin'.Entahlah, saya pun tak pasti maka tak berani nak tuding jari pada sesiapa ketika ini. Cuma saya meminta beliau berjanji akan mengemaskinikan data saya itu secepat mungkin, dan saya tegur dia juga kerana mendiamkan diri dan sekadar menunggu komplen daripada kami yang menghadapi masalah. Kalau ikut hati, memang nak tanya dia apa perasaannya jikalau mendapati rekod dia sendiri dinyatakan bahawa dia beragama Hindu [dia Muslim]

    ReplyDelete
  10. faakiut,
    Biasanya mereka yang bertugas di kaunter di jabatan kerajaan hanya akan sedar apabila mereka sendiri menghadapi masalah. Saya pun belum tukar alamat rumah dalam kad pengenalan kerana sibuk dan pulang lewat selepas kerja.
    Saya cadangkan anda pergi semula bertanya di JPN kerana masalah itu mungkin berpunca daripada pihak bertanggungjawab lalai mengemaskini data.Kadang kala sifat orang Melayu yang kurang asertif, 'sabar ibarat nabi' dan 'takut dituduh kurang ajar' merugikan diri sendiri bila berurusan di kaunter.

    ReplyDelete