Tuesday, May 10

HARI IBU

Syukur alhamdulillah, tahun ini dapatlah saya rasai sambutan Hari Ibu. Sudah ada anak seorang, sudah bergelar 'ibu' walaupun Ikram belum pandai menyebut ungkapan 'Ummi'. Hanya 'Mama' yang disebutnya sekali-sekala, itu pun bila dia nakkan sesuatu.

Pada hujung minggu, akhirnya dapatlah kami sekeluarga balik ke kampung saya di Sg.Petani. Pertama ke rumah Tok yang berdekatan dengan Central Square. Alamak, rupa-rupanya jalan utama ke rumahnya ditutup untuk pembinaan kereta api. Kami terpaksa membuat satu pusingan besar sebelum berjaya tiba di rumahnya 30 minit kemudian.
Sampai di rumah, Ikram menangis kerana melihat suasana berlainan. Tapi tangisnya tak lama, 10 minit kemudian dia dah mulai aktif semula. Tok apatah lagi, seronok melihat cicit lelaki sulungnya itu. Tok saya, juga 'Cho cho' Ikram sudah berusia 89 tahun tetapi masih sihat dan aktif bergerak. Cuma badannya bongkok.Sudah beberapa kali kami terpaksa tangguh menziarahinya kerana kesibukan masa, lagipun Tok sendiri pernah menghalang kami pergi kerana dia batuk lama; tidak mahu batuknya menjangkiti Ikram pula. Kali ini selesailah hutang kami pada Tok. Seronoklah orang tua itu bermain-main dengan cicitnya.

Selesai berbicara kami bertolak pula ke rumah Mak yang letaknya tidak jauh dari situ. Mak pun sama, gembira melihat cucu tunggalnya. Katanya Ikram sudah kurus berbanding waktu Tahun Baru Cina. Maklumlah Ikram kini semakin aktif dan sedang berlatih berjalan. Ikram pula suka mengusik Poh-Pohnya, menarik-narik kertas tisu daripada kotak tisu lalu dikoyak-koyakkannya [belajar Sains, konon :P].

Kami pulang sebelum Asar. Cuaca panas. Syukurlah jalan belum sesak lagi. Sampai sahaja di rumah, Ikram terus lena di katilnya. Hehehee... dah puas bermain dengan Cho-cho dan Poh-Poh, dia tak larat nak main dengan Ummi.

Saya tak kisah. Gembia dapat membahagiakan kedua-dua Mak dan Tok pada Hari Ibu tahun ini, sudah cukup bagi saya. Saya dapat meraikan Hari Ibu dengan Ikram pada setiap hari. InsyaAllah, pada tahun depan, bertambah pula seorang lagi anak untuk sama-sama bermanja :)

Selamat Hari Ibu untuk semua wanita...
yang bergelar ibu, mama, ummi, amma, mummy.. dll
yang bergelar cikgu, teacher, lao-shi, ..dll,
yang bergelar mak saudara..dll
yang bergelar mak angkat..
dan semua yang cintai kanak-kanak..
anda adalah ibu di hati seorang anak.

nota: tulis pos ini sementara tunggu klinik dekat rumah buka.. alihkan fikiran daripada rasa cramp/kejang perut semenjak semalam lagi..9 minggu lagi, takkan nak keluar sekarang, baby?

4 comments:

  1. "ibu ayam" tak layak dapat ucapan hari ibu~he~~

    ReplyDelete
  2. eh, baby dah pndai manje2 ng ummi kot..tu pasal cramp. teehee..

    smoga sumanya baik2 saja..amin.. ^^

    ReplyDelete
  3. Tapi cik gu aliya, saya rasa tipa-tiap hari adalah hari ibu...selamat hari ibu...semoga di rahmati Allah jua...

    ReplyDelete
  4. Salam,
    bujal, ya tak ya juga.. tapi ayam punya ibu tetap ibu gak..kesian mak kepada ayam-ayam berkepak, manusia manalah yang 'kotorkan' nama baik ayam?

    chirpy_chummy, memang baby dalam perut dah pandai bermanja.. time main, anak dalam perut tendang perut Ummi, anak di luar perut tepuk perut Ummi, wadoii! Kata doktor, cramp sebab tak cukup kalsium dan potassium, perlu ambil supplement tambahan lagi.

    Md Radzi, betul betul, ameen.. setiap hari adalah hari ibu tapi seronok juga bila kita sendiri pilih satu hari untuk sambut dengan lebih meriah.

    ReplyDelete