Sunday, May 29

ANTARA SUAMI DAN ANAK

"You ada berapa orang anak?" Cikgu India berumur 50-an itu bertanya saya. Ketika itu saya masih dengan suami pertama dan belum memeluk Islam. Saya menumpang keretanya ke stesen bas selepas mesyuarat.
"Belum ada anak," saya jawab ringkas.
"Oh, itu jangan sedih. Ada anak bagus, tak ada anak pun bagus juga. Bila ada anak, kena jaga betul-betul.. itu ujian bagi kita ibu bapa. Bila tak ada anak, kira tuhan sayang kita juga, sebab tak bebankan dengan ujian anak.Saya ada 3 anak perempuan, semua sudah besar tapi saya juga yang susah hati selagi mereka belum kahwin.Jika saya tak ada anak, senang macam awak sajalah, nak pergi mana boleh, nak buat apa pun boleh."
Saya senyum mendengar teorinya. Mungkin dia saja nak senangkan hati saya.

"Isteri bila tak ada anak, sayangkan suami, semua minta boleh bagi. Bila ada anak, suami dah dilupakan."
Begitu pula teori yang dikemukakan oleh seorang kawan kepada saya.
"Betulkah? Takkan lupakan suami terus bila ada anak?"
"Bila ada anak, anak itu diutamakan. Saya taulah, saya dah kena. Bila anak sulung lahir, isteri saya menatang bagai minyak yang penuh. Makan minum saya dia dah lupa, bila ingatkan baru kelam-kabut sediakan," adu si suami itu lagi.
"A la, itukan anak awak juga. Awak berebut perhatian dengan anak kecil awak?"
"Tak la begitu... cuma terkilan juga sebab sejak berkahwin isteri tak pernah begitu. Bila ada anak saja, dia terus lupakan saya."
"Berilah isteri awak sedikit masa. Lagipun anak awak itu baru 2 bulan. Mungkin isteri awak sibuk sebab tak ada orang lain tolong di rumah, semua dia sendiri perlu buat. Jika awak tolong dia jaga anak bila awak di rumah, dia adalah masa nak rehat, bolehlah dia layan awak macam raja, sama seperti dulu.Tapi jika sekarang dengan adanya anak kecil awak di rumah pun awak masih goyang kaki, tunggu makan minum minta dihidang seperti dulu, saya tak salahkan isteri awak kerana gagal layan awak seperti dulu. Sebagai bapa dan suami, awak perlulah tolong isteri, bukan tambah bebannya. Bila isteri senang hati dan tak stres, insyaAllah dia dapatlah layan awak dan anak dengan baik."
"Tapi mak saya dulu pun boleh jaga anak sampai 9 orang, layan suami lagi.. mengapa isteri sekarang tak boleh buat semua tu? Sikit-sikit mengadu letih, rumah tak kemas-kemas juga."
"Itu dulu. Mak awak suri rumah, hanya perlu jaga anak dan uruskan kerja rumah. Mak awak boleh berehat di rumah bila dah siap kerja, bila semua anak dah tidur. Lagipun anak yang besar tolong jaga adik-adik yang kecil. Mak awak tak perlu kerja sampai 5 petang, tak perlu stres bawa balik kerja untuk diselesaikan di rumah...uruskan kerja di rumah dan jaga anak sampai ke malam seperti isteri awak sekarang ni. Saya percaya jika awak boleh berikan dia gaji RM4 ribu sebulan untuk dia jadi suri rumah, dia akan sanggup berhenti kerja. Mampukah awak sara keluarga tanpa isteri awak bekerja?"
"Errr... mana boleh. Mana cukup nak hidup dengan gaji saya seorang?"
"Tau tak pa. Sebab tu, jangan bandingkan isteri dengan Mak awak. Zaman dah berubah, bersyukurlah sebab isteri sanggup membantu meringankan beban awak menyara keluarga. Tolonglah mana yang patut di rumah, sekarang bukan zaman suami adalah raja di rumah. Sebaliknya jadilah pemimpin keluarga yang baik, bukan raja yang asyik minta layanan first class di rumah."

Hmmm... teringat peristiwa-peristiwa dahulu.
Ikram sudah beberapa hari demam panas. Genap setahun umurnya. Sebab demam, saya tangguhkan hasrat membawanya ke klinik untuk imunisasi. Saya terpaksa mengambil cuti rehat selama 2 hari untuk menjaganya di rumah sebab bimbang pengasuhnya tak sempat berikan sepenuh perhatian padanya di nurseri. Juga bimbang berjangkit kepada kanak-kanak lain. Alhamdulillah, demam dah surut dan dia masih lagi aktif walaupun agak manja berbanding dahulu.
"Bapanya tak boleh jagakah?" pengetua bertanya ketika saya memohon cuti rehat untuk hari kedua.
Saya senyum sahaja. "Anak saya bila sakit, melekat dengan ibunya saja," saya berikan alasan.
Bukan semua bapa akan mengambil cuti menjaga anak yang sakit. Bermain-main dengan anak bila-bila boleh, tetapi bila bab menjaga anak terutama yang sedang sakit, belum tentu lagi. Mahu tak mahu, biasanya si ibu juga yang terpaksa berkorban.
Saya tabik pada bapa-bapa yang bergilir-gilir dengan isteri menjaga anak, serta sanggup mengambil cuti untuk menjaga anak sakit sementara isteri kembali ke tempat kerja [alhamdulillah, ada suami begitu]
Atas pengorbanan si ibu, mungkin sebab itulah Rasulullah saw menyuruh si anak lebih menghormati/berbakti kepada si ibu berbanding si bapa?

9 comments:

  1. u inspire me a lot. sy harap in the future sy boleh jadi isteri & ibu yg baik mcm akak. =)

    ReplyDelete
  2. Terimalah psgn kita seadanya. Cakap mmg mudah. Jika kita boleh meniatkan psgn kita sebagai alat utk redaha Allah, kita tidak akan kecewa psgn kita tak seperti diharapkan/berubah perangai.
    Ibu mendapat anak hampir hilang nyawa. Mengandungkan,menjaga bila demam. Tidak jemu menegur. Sebab itulah syurga di bawah tapak kaki ibu...

    ReplyDelete
  3. Saya bersyukur dan rasa bertuah sbb bila anak-anak sakit, suami yang kerap mengambil cuti untuk jaga diorang. Pengorbanan ni dia buat sbb kalau saya yang cuti -unpaid dan rugi mencecah 100/day. Tapi kalau dia...tak sebanyak gaji saya yg dipotong...

    alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wawamagic,
    InsyaAllah, you will, perhaps better than me.. saya doakan :)

    ReplyDelete
  5. joe,
    Saya setuju dengan pandangan anda tetapi malangnya bukan semua faham situasi kita. Tambahan ketua[terutama wanita yang berstatus cik/bersuamikan mereka yang bekerja sendiri] di pejabat yang lebih mengutamakan kepentingan perkhidmatan. Oleh itu bersyukurlah isteri-isteri dan ibu-ibu yang ada pasangan/suami yang banyak membantu di rumah.

    ReplyDelete
  6. Ibu Muda,
    Alhamdulillah, gembira untuk anda dan anak-anak..semoga terus menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali :)

    ReplyDelete
  7. bila ada anak seronokkan? walau bagaimana susah...merekalah penyambung warisan. urusan kehidupan ini semuanya ujian jadi mungkin sebenarnya kita tiada alasan. masing2 sebenarnya menanggung beban firah kejadian. moga Allah memberi lebih banya ganjaran pahala kepada puan.

    ReplyDelete
  8. tenang_aku,
    terima kasih, ameen..ya, seronok memang seronok terutama bila anak ketawa gembira tetapi stres memanjang bila anak sakit. Semoga Alah permudahkan segala urusan kita.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Alhamdulillah suami sy tak pernah mind set kan yg anak2 adalah tanggungjawab isteri. spertimana saya, dia buat semua urusan anak perempuan kami yg baru masuk setahun umurnya, tanpa pernah dipinta. biasanya dia yg lagi cepat nak tukar pampers anak, dan lebih kerap memandikan anak berbanding saya. dirumah dan direstaurant, dia yg suapkan anak setiap kali (sedang sy makan dulu), sbb katanya, saya dah bagi anak minum (still fully bf), so bagilah dia bagi makanan. selalu bermain2 dgn anak, sehingga sy rasa kalau bukan sbb susu, saya tak ada pun tak apa. cumanya, sekarang ni sejak anak dah pandai memilih, dia lebih pada nak kat saya, anak yg breastfeed mmg lebih attached dgn mak kata org. sehinggakan sy kasihan pd dia, takut dia terasa, sungguh2 benar dia mjaga anak, tp anak mesti nak lebihkan mak juga. tak apalah, saya doakan anak syg mak dan ayah sama byk hehe. dan bila dia besar nnt, sy pasti akan ceritakan betapa abi nya kasih btl pdnya, dan bagaimana abi adalah hero kami. saya rasa ada perbezaannya anak yg dididik oleh mak utk menghormati dan menyanjungi ayah, berbanding dgn sesetengah mak yg suka berkata buruk ttg ayah pd anak2. dont you think it'll affect the child's behaviour? mungkin tak ramai yg berhati2 ttg ini. wallahu'alam.

    ReplyDelete