Saya memujuk Ikram yang mula meragam kerana bosan duduk berseorangan di car seatnya di belakang.
Kami dua anak beranak bertolak ke Sg Petani pada waktu pagi, setelah penuh satu kereta dengan beg dan barang keperluan lain.
Ikram merenung saya yang sedang memandu untuk seketika lalu meraung.
Saya memekakkan telinga, kerana kami akan tiba di destinasi dalam 5 minit sahaja lagi.
Alahai, susahnya membawa anak kecil berjalan-jalan dalam kereta.
Abahnya pula sibuk dan tidak dapat menemani.
Saya menghabiskan cuti 4 hari di Sg.Petani bersama Ikram di rumah Mak saya. Pada mulanya, saya agak bimbang dengan isu makan minum. Maklumlah bukan sekejap saya di situ.
Saya hanya makan ayam yang disembelih," kata saya pada Mak.
"Apa bezanya dengan ayam biasa [yang dibeli di gerai non muslim]?" tanya Mak.
"Ayam yang disembelih mengikut Islam halal dimakan, lagipun ia lebih bersih sebab tak banyak darah"
Akhirnya kami berdua makan ikan yang dibeli di pasar raya. Alasan Mak, dia sudah jelak makan ayam.
Makan minum tidak menjadi isu kerana terdapat banyak tempat yang boleh dibeli makanan halal. Nasi lemak Melayu, nasi kandar dan kek di antara yang mudah dibeli. Ikram pula hanya memerlukan bubur nasi yang dimasak dalam periuk yang saya bawa dari rumah sendiri.
Mak pula tidak memasak daging khinzir dalam beberapa hari itu.
Saya turut menziarahi Nenek dan Ayah yang tinggal berdekatan. Mereka teruja melihat perkembangan dan kelincahan Ikram, yang begitu aktif dan peramah.
gembiranya duduk di dalam kerusi rotan saya [diwariskan kepada Ikram] |
"Tak nampak sedikit pun macam anak Melayu," komen Cho Cho [nenek saya] Ikram ketika melihatnya.
"Awak perlu ajarnya bahasa Cina, nanti orang ingat dia anak Cina terus cakap Cina dengannya," nasihat Mak pula.
Hmmm, tak ada sedikit pun wajah keMelayuan pada Ikram?
Nampaknya gen keCinaan saya lebih dominan, tambahan pula Abah Ikram sendiri pun Melayu-Cina.
Apa-apa pun, memang ketika di rumah Mak dan Nenek saya, kami berbual dalam bahasa Cina Hokkien utara. [insyaAllah Ikram akan menjadi multi-lingual]
"Pada mulanya dengar sangat kuat, tapi sekarang dah biasa," kata Mak.
Laungan azan menandakan masuk waktu asar jelas kedengaran di rumah Mak.Saya kehairanan kerana itulah kali pertama saya mendengar azan setelah berpuluh-puluh tahun tinggal di situ.
"Dari mana?" saya tanya Mak.
"Dari belakang rumah semi-D sana," jelas Mak.
Alhamdulillah, sudah ada surau di kawasan perumahan semi-D itu, yang kebanyakannya didiami oleh orang Melayu.
"Kuat dan jelas," komen saya,"kalau rumah saya di sini, bagusnya.. sentiasa tau bila masuk waktu sembahyang, hehehe. azan tak berapa kedengaran di rumah saya."
"Baguslah untuk kamu, tapi pening bagi saya! Lagi kuat pada bulan puasa dulu. 5 kali sehari pulak tu," balas Mak. "Bayangkan kalau tinggal di hadapan sana, lagi bising!"
Saya tersenyum.
Kerana datang bulan, saya tidak perlu mencari arah kiblat di rumah Mak untuk kali ini :)
"Keluar jemur baju kejap pun nak pakai tudung?" tegur Mak ketika saya mencapai tudung sebelum ke pintu.
"Kenalah, wajib tutup kepala di luar rumah,"saya jelaskan.
"Yang Melayu tak pakai tudung, macam mana pula?"
"Ha, itu masalah mereka la.. mereka yang degil tak nak ikut suruhan agama, mereka kena jawab, bapa dan suami mereka kena jawab di akhirat nanti."
Jiran-jiran yang sememangnya tidak pernah bertegur sapa dengan kami, menjeling-jeling ketika melihat saya memakai tudung keluar masuk rumah. Maklumlah tiada rumah orang Islam di deretan rumah tersebut [yang Melayu semuanya di deretan rumah semi-D di seberang jalan]. Saya tak hiraukan gelagat mereka kerana itu bukan masalah saya.
Alhamdulillah, kami selama pulang ke rumah pada hari Rabu.
Kali ini Ikram tidur dengan nyenyak di dalam kereta.
An excellent post....very touching indeed....may Allah subhanahu wa ta'ala shower you His Blessings upon you and your family....
ReplyDeletesalaam!
ReplyDeleteseronok baca post mengenai pengalaman puan. saya pun bercadang nak melawat rumah rakan sekelas orang penang keturunan cina juga tahun baru cina tahun depan kalau dia jemput. saya setuju juga dengan saranan ibu puan. anak puan memang nampak rupa anak orang cina. puan patut ajar bahasa cina, bahasa inggeris dan bahasa melayu kepada anak puan. insya'Allah, semoga nanti anak puan jadi anak yang soleh saya doakan, ameen!
assalamualaikum...tiada masalah dari segi bahasa. islam itu agama bukan budaya. tahniah. saranan ( bila tersebut ttg melayu yg x pakai tudung dan isu kafir yg pernah diperdebatkan di sini), walaupun ada adab untuk berdoa utk diri sendiri namun alangkah baiknya andai kita jadikan subjek didlm doa kita itu plural hehe...Allah itu kasih kpd semua makluk. berdoalah supaya semuanya menerima hidayah.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Md Radzi Ahmad,
ReplyDeleteThanks, just sharing...ameen
Waalaikumussalam s.i.r,
ReplyDeleteAmeen.. terima kasih.
InsyaAllah akan ajar anak-anak bahasa Cina & b.Arab bila bahasa Melayu [Abahnya & pengasuh nurseri] dan B.Inggeris [saya]sudah mantap, selepas berumur 3 tahun. Kalau 4 bahasa sekaligus, mungkin si anak akan keliru :)
Waalaikumussalam tenang_aku,
ReplyDeleteameen.. terima kasih atas nasihat yang diberi :)
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSaya pun tengah merancang nak mengajar anak saya bahasa cina, melayu dan inggeris.. Mengetahui lebih bahasa akan lebih untung di masyarakat majmuk..
Waalaikumssalam Ikhwan,
ReplyDeleteWaktu optimum kanak-kanak belajar bahasa adalah antara 1-3 tahun.
comel dan excitednya ikram!!!
ReplyDeleteHumyrah,
ReplyDeletehehehee.. Ikram dah makin bulat semenjak mula makan makanan pejal.
Dah habis pantang ya? Anak-anak sihat?