Wednesday, December 8

ZURIAT

"Ya Allah. Ampunilah hambaMu ini. Aku tak mampu. Pimpinlah dan lindungilah aku sehingga masa lebih sesuai untukku memeluk Islam. Sekiranya sudah ditakdirkan aku beragama Islam kelak, janganlah Kau berikan aku anak sehingga aku menjadi umatMu. Aku tak sanggup anakku hidup sebagai kaffir dan menjadi penghalang aku mengucap 2-khalimah syahadah. " 

Saya masih ingat lagi saat saya berdoa begitu pada satu malam di sebuah rumah teres satu tingkat. Ketika itu saya sudah membuat keputusan untuk tangguhkan dahulu hasrat saya memeluk Islam setelah menghadapi pelbagai rintangan. Bukan mudah untuk seorang wanita muda meminta agar tidak dikurniakan zuriat sehingga berjaya memeluk Islam. Namun saya lebih kenal diri saya sendiri. Agak mustahil untuk saya melangkah ke dalam Islam jikalau sudah bergelar ibu kepada anak-anak yang dibesarkan sebagai bukan Islam. Sudah tentu anak-anak itu akan dijadikan alasan untuk menahan saya daripada meneruskan hasrat saya.

Alhamdulillah, Allah SWT Maha Mengetahui.Doa saya diperkenankanNya.
Perkahwinan pertama berakhir tanpa zuriat. Malah ada pihak yang menganggap saya mandul.
Walaupun sunyi hidup tanpa anak, tidak seperti isteri-isteri lain yang sibuk dikelilingi anak-anak kecil, saya masih bersabar kerana saya sedar keadaan 'berkahwin tanpa anak' itu lebih baik untuk saya pada ketika itu.

Namun begitu harapan untuk bergelar 'Ummi' masih mekar dalam hati.
Apabila perkahwinan kedua setelah saya memeluk Islam masuk tahun yang kedua, saya berdoa agar diberikanNya pula zuriat.
Alhamdulillah, tanpa disangka-sangka saya mendapati diri saya mengandung buat pertama kali pada Oktober 2009. Pengalaman yang banyak menguji kesabaran dan ketahanan diri saya ketika mengandungkan Ikram [masuk keluar hospital dan klinik ]sehingga selamat melahirkannya, menyebabkan Mak saya sendiri menasihati agar "cukuplah anak seorang saja."

Kini Ikram sudah pun berumur 6 bulan. Dia aktif dan nampaknya bijak walaupun kesihatannya masih kurang memuaskan, batuk selesema hampir setiap bulan.
Dia tidak tahu bahawa dia akan mendapat adik pada tahun hadapan, insyaAllah.
Saya masih menyesuaikan diri dengan berita terbaru ini, kerana belum dapat membayangkan diri sarat mengandung sambil mengasuh Ikram yang semakin membesar nanti :P
Tak pernah saya sangka Allah swt akan mengurniakan zuriat buat kali kedua dalam masa yang begitu singkat :) tapi saya yakin tentu ada hikmah di sebaliknya.
Siapa sangka setelah lama mengidamkan zuriat, [insyaAllah] saya bakal mendapat seorang lagi dalam tempoh setahun selepas anak pertama dilahirkan :D
Alhamdulillah 'morning sickness' masih boleh dikawal [mungkin pengalaman dulu menyebabkan diri lebih bersedia] buat ketika ini.
Tolong doakan agar kami dipermudahkan segala urusan, dan semoga kedua-dua anak [Ikram dan anak dalam kandungan saya] sihat walafiat dari segala segi, dan dirahmatiNya.
Ya, saya amat bersyukur dan amat teruja.
Anak-anak saya akan membesar sebagai orang Islam, dan semoga mereka hidup dengan bertaqwa padaNya.

12 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah Aliya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah!!! =D
    I am soOooo happy for you Aliya!
    It's a reminder for myself that there'll be things worth waiting for! =)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak Aliya..

    Alhamdulillah.. :) Nampaknya kita akan bersalin pada tahun yg sama. Saya sekarang hamil, hari ni genap 10 minggu, lepas setahun lebih pernikahan.

    Semoga mudah urusan utk kita kak :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... moga semuanya dipermudahkan Allah, aliya

    ReplyDelete
  5. waaahh...Alhamdulillah..CONGRATULATION!! yeaaayy~ ikram bakal dpt adik.. ^__^ xcited plak dgr..:p

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah...

    Saya pun masih tak tahu bila nak dapat anak kedua.. sebab kewangan masih ngam2 saja..

    ReplyDelete
  7. congratulations, sister. what a wonderful news. rezeki datang melimpah-limpah.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam semua yang komen,
    Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa anda.
    Khadijah, yes.. it certainly is :D
    Sakinah, ameen.. bolehlah kita erkongsi pengalaman mengandung dan perkembangan anak nanti, hehehe
    Ikhwan, setiap anak ada rezeki mereka masing-masing
    syazasyazwan, rezeki anak dulu, rezeki lain insyaAllah :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah atas nikmat yg diterima. Ujian Allah atas setiap hamba.
    Lazimkan doa "Ya Allah jagnlah engkau uji kami dengan ujian yg x mampu kami menahannya"

    ReplyDelete
  10. Terima kasih, joe. Terima kasih atas peringatan.

    ReplyDelete