Sunday, December 19

SATU PELABURAN BIJAK

"Dah beli edisi ni?" tanya suami saya yang baru balik dari gerai.
"Belum, terima kasih, " jawab saya sambil meneliti kulit majalah itu. Ahhh, bulan Januari 2011 tapi sudah terbit.
Suami saya memang tahu saya suka membeli beberapa naskhah majalah tertentu setiap bulan, tetapi itulah kali pertama dia menolong membelikan majalah khas itu.
Saya mula membelek-beleknya, mencari sesuatu yang istimewa. Manalah tahu, ada rezeki ker...
"Haaa... dah ada gambar kami di sini!" saya tunjukkan kepada suami.
Dia terkejut. "Patutlah tergerak hati Abang untuk beli ni, rupa-rupanya ada sebab," katanya sambil sibuk membaca komen saya itu. "Habislah, satu Malaysia baca," katanya sambil ketawa.
"Dapat hadiah apa?" dia bertanya lagi.
Alhamdulillah, surat saya kepada sidang editor beberapa bulan yang lalu dipilih dan diterbitkan dalam edisi bulan Januari. Saya sendiri sudah hampir lupa, kerana sudah lama sehingga menyangkakan tidak dipilih.
Hmmm, kalau majalah itu tak baik dan bermanfaat, takkan saya nak syorkan, betul tak?.

Inilah surat saya itu [diterbitkan tanpa sebarang perubahan]
Saya diperkenalkan kepada majalah Pa&Ma oleh seorang ibu mengandung yang turut menunggu menunggu giliran menjalani pemeriksaan doktor di hospital.Sebelum itu, saya tidak tahupun wujudnya majalah ini di pasaran.
Namun sebagai seorang ibu yang melahirkan anak pertama pada usia lanjut iaitu 39 tahun, saya amat berterima kasih kerana majalah ini telah banyak membantu saya menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ibu dengan lebih baik dan berkesan. Usia matang tidak bermakna saya akan bijak membesarkan anak saya dengan baik kerana pengalaman juga sangat penting. Ibu mertua yang telah tua dan ibu sendiri yang masih dengan amalan hidupnya sebagai penganut agama Buddha menyukarkan saya mendapatkan bantuan dan nasihat membesarkan anak ini dengan acuan Islam.
Dahulu saya sering merujuk kepada majalah cetakan Bahasa Inggeris dan website Barat untuk mempelajari teknik mengasuh anak tetapi semenjak membeli majalah Pa&Ma setiap bulan, saya dapati pelbagai maklumat yang terkandung di dalam majalah yang baru berharga RM6.50 ini amat berguna. Saya dapat belajar daripada pengalaman ibu bapa lain serta mendapatkan pandangan daripada doktor pakar yang menjadi panel perunding majalah ini. Di samping itu, isi kandungannya lebih sesuai dengan suasana masyarakat Malaysia.
Syabas saya ucapkan kepada Team Pa&Ma yang berjaya menghasilkan sebuah majalah yang begitu informatif dan sesuai untuk kegunaan semua golongan; dari ibu mengandung kepada mereka yang mempunyai anak di prasekolah. Kini saya lebih yakin membesarkan anak saya, Ikram dengan tip-tip yang terkandung dalam majalah ini. Harga RM6.50 merupakan satu pelaburan bijak ibu bapa yang prihatin untuk masa depan anak-anak yang sihat dan cemerlang.
Laman web Majalah Pa&Ma juga amat menarik dan berinformatif, dan banyak membantu.
InsyaAllah saya perkenalkan kepada rakan-rakan yang masih belum mengenali majalah ini.
Terima kasih, dan xie xie ni.

5 comments:

  1. Assalamualaikum kak aliya. Kakchik melanggan majalah ni setiap bulan sejak 5 tahun yang lalu. Sangat banyak manfaat yang dapat diceduk darinya. Walaupun belum punya anak, kakchik banyak gunakan ilmu yg ditimba dari majalah ni untuk melayan anak-anak saudara dan kanak-kanak yang berkunjung ke MariBaca dan Library Zahra'.
    Tahniah akak kerana menjadi penggemar Pa & Ma. Kakchik pasti akan cari surat akak tu.

    ReplyDelete
  2. Banyak penerbitan karangkraf bermanfaat dari segi ilmu dan menambah kosa kata perkataan bm. seperti ebaca, majalah pc dan pa & ma.
    Tak rugi melabur duit untuk ilmu bermanfaat. Tak rugi menyebarluaskan ilmu tersebut.

    p/s: Maybe puan bleh sharekan plak ilmu ni dalam blog/fb plak. Jika sempat/dan dan ada masa

    ReplyDelete
  3. Waalaikumssalam kakchik & joe,
    Alhamdulillah, memang banyak terbitan yang baik dewasa ni yang boleh kita baca dan mendapat ilmu.
    Saya perlu mencari tempat simpanan baru untuk majalah-majalah sebab Ikram sudah mula memunggah barang :)
    joe, insyaAllah...sama-sama kita

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Terkejut melihat kak Aliya muncul kat Pa n Ma, sebab isteri saya memang suka membaca majalah ni sejak hamil sehingga sekarang..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam Ikhwan,
    Galakkanlah isteri untuk turut serta dalam pelbagai peraduan dan aktiviti majalah tersebut.. sambil membaca dapat faedah sampingan :D

    ReplyDelete