Saya tidak suka menunggu. Ia membosankan. Ia meletihkan. Ia membuang masa.
Namun apakan daya. Saya dilatih juga untuk menunggu. Dilatih untuk terus bersabar.
Pada pagi ini, saya menunggu hampir 3 jam di klinik ibu mengandung KKP semata-mata untuk berjumpa doktor [kali pertama untuk kandungan kedua ini] dan menukar ubat darah tinggi. Seperti biasa, klinik itu tidak mempunyai kantin. Kedai makan Muslim pun tiada berdekatan.
Masuk jam 9 pagi, hampir 11.30 pagi masih belum dipanggil.
Saya mulai resah. Saya lapar walaupun sudah bersarapan pada pagi itu. Dah rasa loya, silap-silap muntah terus dalam klinik [haa... biar nurse kelam kabut, huhu]. Maklumlah mengandung 2 bulan, macam-macam boleh berlaku. Tambahan pula saya memandu ke sana seorang diri. Kismis yang dibawa tidak dapat melegakan rasa loya. Silap saya juga; terges-gesa keluar rumah tanpa bekal kerana perlu diambil darah di klinik pada pagi ini. Gerai tepi jalan pula hanya menjual minuman.
Apa nak buat?
Saya bimgkas bangun lalu mengetuk pintu doktor.
"Maaf, lambat lagi kah giliran saya, nombor 2008?"
Doktor wanita, dan jururawat yang bertugas itu memandang saya.
"Lagi 3 orang," kata jururawat yang membelek-belek buku merah.
"Saya nak balik, tak larat nak tunggu. Nak muntah," saya memberi alasan sambil mengerutkan wajah [ahhh, latihan drama memang membantu]
Apabila saya terus memberi alasan nak pulang dan meminta surat doktor untuk menukar pemeriksaan klinik ke KKSJ kerana lebih dekat dengan sekolah saya, jururawat pula yang gelisah. Saya dipujuk di sebuah bilik lain sementara menunggu giliran. Saya juga dijamu dengan dodol oleh para jururawat situ. Mereka risau saya meninggalkan klinik tersebut tanpa pemeriksaan doktor lalu berkunjug terus ke KKSJ. Tindakan seperti itu akan menyebabkan pihak mereka dipersalahkan kerana akan dianggap lalai.
Saya faham dilema mereka, maka saya sabar menunggu juga walaupun rasa mual tetap ada.
Hmmm, akhirnya saya berjumpa juga doktor yang bertugas [patutlah lambat, hanya seorang bertugas - seorang doktor lagi berkursus].
Alhamdulillah, saya dibenarkan bertukar ke KKSJ untuk pemeriksaan berkala sepanjang tempoh mengandung.
Scan ultrasound mengesahkan saya mengandung [huhu, kadang-kadang masih susah nak percaya saya mengandung lagi!]
Ubat untuk mengawal paras tekanan darah juga berjaya diperolehi.
Terima kasih KKP.
Tatkala saya menulis ini, suami masih dalam perjalanan pulang ke rumah.
Sudah lebih 2 minggu kami anak beranak ditinggalkan di rumah sementara beliau bermusafir ke Mesir untuk lawatan dan mengaji al-Quran.
Saya diajak ikut serta tetapi memandangkan keadaan Ikram yang masih kurang sihat dan tidak boleh ditinggalkan, saya menolak dengan lembut.
Biarlah dia belajar dengan tenang di sana tanpa gangguan.
Saya pula memegang amanah menjaga anak dan rumah di sini.
Sebenarnya bukan mudah menjaga dan membesarkan anak kecil di rumah setiap hari tanpa bantuan orang lain. Lebih-lebih lagi selepas saya mulai diserang morning sickness [alhamdulillah baru 1st stage]. Syukurlah nurseri masih dibuka pada musim cuti sekolah, dapatlah saya berehat seketika.
Dengan adanya panggilan antarabangsa, mudahlah kami berhubung dan bertanya khabar.
Berita kehamilan saya kali kedua juga disampaikan dengan sms sahaja.
Rindu memang rindu tetapi kehadiran Ikram yang aktif dan menghiburkan hati sedikit sebanyak mengurangkan tekanan perasaan.
Menunggu memang menyeksakan. Melihat jam. Melihat kalendar dari sehari ke sehari.
Tapi banyak pengajaran yang boleh diperolehi hasil kesabaran menunggu.
Bagi saya, walaupun suami tiada di sisi selama 2 minggu [dan saya mengandung hampir 2 bulan] ia tidak menjadi masalah besar. Allah SWT juga yang memelihara dan melindungi kami. Sentiasa bersangka baik dengan suami dan terutama sekali dengaan Allah. Alhamdulillah saya dan anak sihat. Kereta serta rumah pula dalam keadaan baik.
2 minggu tanpa melihat Abahnya - kenalkah Ikram pada bapanya lagi?
Salam Sister Aliya
ReplyDeleteMabruk!! Congratulations on the latest addition to the family. So happy for you :)
Keep well tau.
Amalkan kopi radix, teh herba, mega3 dan spirumadu. Untuk kesihatan ibu dan anak.
ReplyDeleteMana2 klinik kerajaan(di bandar terutamanya) mmg selalu que pjg
Waalaikumussalam Noraini,
ReplyDeleteThanks for the wishes, alhamdulillah rezeki from Allah swt :)
joe,
ReplyDeleteInsyaAllah, terima kasih atas ingatan.
Apa nak buat, saya ibu mengandung berisiko tinggi, terpaksalah ke klinik kerajaan.. silap-silap masuk klinik swasta pun disuruh pergi ke kerajaan juga nanti :)