Syukur alhamdulillah, tahun ini saya tidak ditugaskan untuk menjaga peperiksaan SPM di sekolah. Oleh itu, masa cuti akhir tahun kali ini memang lama. Dapatlah saya bermesra dengan anak yang sudah berumur 6 bulan sepuas-puasnya.
Saya sibuk bersiap-siap untuk balik kampung.
Pakaian perlu dimasukkan ke dalam beg.
Barangan dan segala keperluan Ikram perlu dibawa bersama. Nampaknya kereta saya itu akan sarat dengan barang. Periuk, blender, tin susu, tub mandi, stroller, tikar, dan sebagainya untuk keperluan si anak yang sudah mula merangkak dan makan makanan pejal.
Kami bakal menghabiskan cuti beberapa hari di rumah Poh Poh Ikram.
Suami yang memberi izin, tidak ikut sama kerana ada urusan lain.
Balik kampung kali ini akan menjadi satu sejarah tersendiri kerana membawa anak untuk tidur bersama beberapa hari di rumah Mak saya yang masih beragama Buddha.
Perlu juga jaga makan minum di sana nanti.
Mungkin juga perlu melakukan solat di sana. [ahh, perlu bawa kompas - cari kiblat?]
Bagaimana?
Tunggulah berita saya nanti.
Nota: Ikram terjatuh katil pagi tadi, sekarang dalam pemerhatian 24-jam di rumah. Syukur alhamdulillah,tiada apa-apa kecederaan fizikal [dari mata kasar] dan dia berhenti menangis setelah dipujuk. Saya bercadang untuk ke hospital tetapi melihatkan keadaannya yang kembali aktif dengan cepat dan tetap berselera makan dan minum seperti biasa, saya tangguhkan dulu. Hanya mampu berdoa dan berserah kepadaNya agar menjauhkannya daripada sebarang kemudaratan. Cukuplah sekali itu, insyaAllah tak berlaku lagi. Tolong dokan sama, terima kasih.
Semuga Ikram sehat sokmo.. selalu umur umur begini.. ..jatuh katil tak mendatangkan banyak masalah.. tetapi pemerhatian anda itu sesuatu yang baik... untuk pastikan semua Ok dengan Ikram..
ReplyDeleteassalamualaikum kak aliya. dah agak lama juga kakchik tak singgah sebab kesibukan dgn urusan lain. rindu kat akak dan ikram hehe.
ReplyDeleteselamat bercuti di kampung ya kak. semoga kemesraan yang mendalam terjalin antara ikram, akak dan poh poh ikram.
kasihan ikram, terjatuh dari katil. kakchik doakan dia tidak apa-apa. tapi untuk tenangkan hati elok juga kalau diperiksa di klinik/hospital.
-hero2 mmg lebih lincah brbanding heroine! Jadi, perlulah diberi pemantauan yg lebih intensif!
ReplyDeleteSekurang2nya, sentiasa perlu dipantau dgn MATA (@pun dgn ekor mata)...& dia masih lagi terjangkau sekiranya perlukan bantuan...
jadi, Ikram (sebagai hero yg membesar & "membuas" tdk dibiar keseorangan....
(panjat kerusi/meja...terjun turun...dll..dll)
Namun, pada masa yg sama hero ini perlu diberi kebebasan utk menjelajah ke sana sini tanpa kongkongan....
Neneknya sudah tentu sekali tidak sabar2 lagi nak tengok kemajuan Ikram....dan bermesra dgn.nya! :))
Just sharekan pengalaman saya.
ReplyDeleteAnak saya bila masih kecil tidur di bawah(atas toto je). Yg kecik ni pun baru je sebulan dia tidur atas katil. Umur baru setahun
Salam Wan Sharif, kakchik, nas & joe,
ReplyDeleteTerima kasih atas segala komen dan nasihat.
Alhamdulillah, Ikram ok, dah makin lincah dan semakin pandai merangkak.Kami berdua baru pulang selepas beberapa hari di rumah Poh Poh Ikram[Mak saya].Riuh satu rumah dengan gelagat nakal Ikram. Sekarang Mak saya perlu biasakan diri semula tanpa cucunya di sisi :P