Thursday, November 4

DEWAN JKKK, SIMPANG 3

"Abang, ni dah Parit Buntar..." saya mengingatkan suami yang sedang memandu.
Jam sudah menunjukkan pukul 8.50pagi. Saya dijadualkan menyampaikan ceramah pada pukul 9pagi.
"Kena patah balik ni," kata suami."Tu lah, sembang sampai tak sedar dah terlepas."
Saya tersenyum, tak mahu menjawab. Sudah kenal sangat suami sendiri. Saya memandang pada anak pula . Alhamdulillah, dia masih tidur dalam baby car seat.
Kami berjaya tiba di lokasi ceramah, iaitu Dewan JKKK, Simpang 3, Nibong Tebal pada masa yang ditetapkan, dengan dipandu arah oleh Encik Shamsul yang merupakan setiausaha PAKSI yang menjemput kami.
Inilah kali pertama saya menyampaikan ceramah perkongsian selepas bergelar "Ummi", dan kali ini agak istimewa kerana ditemani 2 orang hero saya - suami dan anak.

Pada mulanya, saya teragak-agak menerima jemputan ini kerana keadaan sekarang yang agak sibuk, tambahan pula kesihatan kami anak-beranak masih kurang memuaskan.
"Buat semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah," saya ingatkan diri semasa membalas sms jemputan.

Ikram berbunyi sedikit semasa saya memulakan ceramah tetapi alhamdulillah, Abahnya berjaya menenangkannya.
Seperti biasa, lain yang dirancang, lain pula penyampaian. Bukan mudah hendak berbicara dengan ikhlas daripada hati, untuk menyentuh hati lain.
Alhamdulillah, suasana yang agak santai memudahkan bicara pada pagi itu.
Kelihatan beberapa hadirin muslimah yang duduk berdekatan saya agak sebak apabila saya selesai menyampaikan ceramah.
Sesi Q&A selama 30 minit juga agak menarik dengan soalan yang dikemukakan. [saya memang suka sesi ini]


Syukur alhamdulillah, sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku selepas ceramah. Para hadirin sebulat suara membuka tabung kebajikan untuk seorang saudara kita [muslimah ] yang sedang dalam kesulitan. Jumlah yang berjaya dikumpulkan agak mengejutkan saya. Syukur pada Allah SWT yang membuka hati mereka untuk menghulurkan derma untuk membantu meringankan beban seorang saudara kita yang sedang tabah dalam ujianNya.
Alhamdulillah, wang tersebut telahpun saya masukkan ke dalam akaun bank simpanan beliau.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan ceramah saya pada pagi itu, serta layanan mesra yang diberikan walaupun itu merupakan kali pertama kami bertemu.
Makan tengah hari amat menyelerakan.
Ikram tidur nyenyak di dalam buaian yang dipinjamkan oleh salah seorang daripada hadirin [terima kasih].

Kami sekeluarga gembira dapat berkenalan dan mengeratkan siraturahim dengan ahli-ahli PAKSI Kerian dan para hadirin yang sempat kami temui.
Terima kasih yang istimewa kepada suami saya yang memberi motivasi, membantu mengedit teks serta mengasuh anak kami, Ikram sehingga selesai sesi ceramah dan Q&A. 
Terima kasih kepada anak kami, Ikram yang berkelakuan baik sepanjang hari itu.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Allah SWT yang menpermudahkan segala urusan kami.

7 comments:

  1. Saya ucapkan tahniah kpd Pn Aliya krn mengambil bahagian dlm aktiviti interaktif spt ini. Diharap juga lebih byk lagi sesi interaktif yg serupa, terutamanya yg melibatkan non-Muslim & Muslim, bertemu dlm suasana muhibah & bfikiran terbuka...

    Saya sebenarnya agak asyik sekarang melayari you tube di luar negara, terutamanya di USA & UK, berkenaan dgn aktiviti dakwah.
    Tekan saja "converts, @ reverts"...& google akan carikan beratus2 you tube ttg aktiviti dakwah ini.

    Yg menakjubkan saya adalah, begitu ramai sekali pendakwah2 baru, terdiri drpd ex-Muslim (ramai pula mantan paderi2) yg begitu aktif serta berpengetahuan dlm agama Islam yg wujud di USA sekarang (bahkan sampai ke Amerika Selatan...)

    Percayalah...pernyataan "Islam is the fastest growing religion in the West" adalah benar2 berlaku....
    bahkan jauh mengatasi kita di M'sia tersayang ini...wlpn kita mmpunyai begitu byk peluang di sini..!
    wassalam

    ReplyDelete
  2. i second nas..it's a very noble thing u're doing kak aliya. hopefully more of us will be given the chance n oppurtunity..for now,my scope is still within the sch's compound, but insyaAllah will be as active as u hopefully ;)

    ReplyDelete
  3. Ya Fatimah, antara siri2 video yg menarik adalah:
    The Deen Show: mewawancara muallaf2 terkenal (25-30 minit).
    Antara beberapa penceramah yg aktif adalah: Yasin Qadhi, Khalid Yasin (US), Dr Bilal Phillips (Canada), Dr Zakir Naik (India), Yusuf Estes (US), Yusuf Islam (UK), Greene (UK), Arwah Ahmad Deedat (Afrika Selatan) & ramai lagi.

    ReplyDelete
  4. Salam nas,
    Saya hanya berkongsi pengalaman saya sebelum dan selepas memeluk Islam, itupun apabila ada jemputan ceramah.Itu satu cara saya membantu dalam dakwah Islamiah, insyaAllah.
    Mungkin yang nas maksudkan adalah ex-Kristian?
    Benar, di negara barat, Islam is the fastest growing religion sebab orang Barat semakin mencari makna hidup, sementara kita di sini ramai masih hanyut dengan hiburan duniawi.

    ReplyDelete
  5. Fatihah,
    Each of us has our own unique role and insyaAllah one day, yours might be more beneficial for the understanding and spread of Islam, than mine :)

    ReplyDelete
  6. Maaf. Video yg saya record tu hilang tah ke mana. Semoga kerja2 ini dikirakan sebagai amal soleh masing-masing. Penceramah, anak dan suami penceramah, penganjur, hadirin yg hadir dan semua yg terlibat(langsung atau x) menjayakan program.
    Moga Allah meredhai kita semua. Amin

    ReplyDelete
  7. joe,
    Ameen.
    Tak mengapa, seriau gak kalau tonton video ceramah sendiri, hehe..

    ReplyDelete