Sunday, September 19

USAHLAH MENDESAK

"Encik, saya tak tau bagaimana!"
Saya berada di bilik kaunseling, berjumpa dengan kaunselor universiti untuk berbincang. Fikiran sudah buntu. Saya perlu mencari jalan untuk memberitahu keluarga saya tentang pengIslaman saya dengan cara yang terbaik dan berhemah, walaupun kemungkinan besar saya akan dimarahi dan mungkin juga akan dipukul. Mereka diharap dapat membantu.
"Kita boleh buat lakonan simulasi, bagaimana kamu akan memberitahu keluarga nanti." cadang kaunselor.
Saya diam dan mengangguk. Mereka tiada pengalaman sebagai seorang saudara baru/mualaf yang berhadapan dengan keluarga yang menentang pengIslaman si anak. Kemungkinan juga simulasi itu akan gagal mencapai matlamat. Saya diminta datang semula pada minggu yang hadapan untuk aktiviti itu.
[Temujanji itu tidak ditunaikan kerana pada minggu itu juga ibu bapa saya tahu saya sudah memeluk Islam, entah siapa yang memberitahu mereka]

Selepas saya mengisytiharkan diri sebagai Muslimah di universiti, soalan yang biasa daripada kawan-kawan yang mengetahui saya telah memeluk Islam adalah,'Bila nak bagitahu keluarga awak yang awak dah Islam?'
Jawapan saya,"Belum tahu lagi, nantilah.."
Saya sengaja mengelak kerana sememangnya saya tidak tahu bila waktu yang sesuai untuk memberitahu.
Bukan tidak mahu. Bukan kerana takut. Tapi mahu mencari cara yang paling lembut untuk memberitahu mereka, supaya tidak kecoh. Saya kenal sangat keluarga saya itu.
Syukur kerana tiada yang terlalu mendesak saya untuk berbuat demikian.
Mungkin banyak hikmahnya memeluk Islam pada usia yang matang dan menumpang di asrama univerisiti ketika itu. Saya boleh berdikari dan bebas mengamalkan cara hidup Islam.

Situasi saya itu dianggap sangat optimum kerana saya tidak perlu berhadapan dengan makanan tidak halal serta kepayahan mengerjakan solat yang dialami oleh saudara baru yang 'undercover' dan masih tinggal dengan keluarga bukan Islam.
Mereka sudah beragama Islam. Mereka terpaksa tinggal bersama keluarga bukan Islam dan terdedah kepada makanan tidak halal kerana tiada tempat lain yang sesuai. Ada juga yang memilih untuk terus tinggal di situ kerana sayang pada keluarga.
Ada pula yang terpaksa membuka tudung setiap kali balik kampung supaya keluarga tidak syak tentang pengIslamannya.
Itu masalah yang sudah tentu menjadi dilema bagi saudara baru tersebut.
Mereka tahu makanan tidak halal, dan mereka yang sudahpun menutup aurat atas kerelaan sendiri sedar bahawa mereka berdosa kerana mendedahkan semula aurat. Namun apakan daya. Itu jalan sementara yang mereka pilih.
Sementara sahaja insyaAllah sehingga masa yang sesuai untuk memaklumkan pengIslaman mereka kepada ahli keluarga.
Lagipun, Allah SWT yang menentukan masa yang keadaan yang sesuai untuk keluarga seseorang mualaf itu mengetahui pengIslamannya.

Dalam kesusahan mereka merahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan kerumitan mereka mempelajari ilmu agama Islam, mereka turut menghadapi golongan yang berpendapat wajib mendedahkan pengIslaman mereka. Mereka didesak oleh ustaz, ustazah dan kawan-kawan beragama Islam supaya tidak merahsiakan lagi daripada keluarga.
"Bila nak bagitau keluarga? Taukah awak berdosa awak dedahkan aurat dengan tidak memakai tudung?"
"Makanan yang awak makan itu akan membentuk darah daging awak. Kalau makanan itu tak halal, awak bagaimana?"
Kasihan mualaf/saudara baru yang masih bergelut dengan rasa bersalahnya pada keluarga kerana memilih Islam dan melukakan hati ibu bapanya. Dia terpaksa pula berhadapan dengan reaksi negatif segolongan masyarakat Islam lahir yang terus mendesaknya supaya tidak lagi merahsiakan pengIslamannya, walaupun dia sendiri belum bersedia untuk berbuat begitu.
Mereka menyatakan bahwa kalau terus tinggal dengan keluarga bukan Islam, mualaf tu akan memakan makanan tidak halal, susah mengerjakan solat dan bagi wanita, mendedahkan aurat.
Setiap kali berjumpa, mualaf itu akan didesak untuk memberitahu keluarga.
Walaupun mualaf itu sudah bercadang memberitahu apabila dia
- sudah mendapat pekerjaan tetap dan dapat tinggal berasingan
- sudah tamat pengajian dan dapat berdikari
- dalam tempoh sebulan/ setahun/2 tahun dll

Hairan saya.
Mengapakah perlu mendesak saudara baru itu untuk memberitahu keluarganya?
Baikkah kalau terus memberitahu keluarga bahawa diri sudah Islam, tanpa sebarang persediaan mental, emosi dan fizikal?
Alangkah baiknya jikalau mereka yang mendesak mualaf itu sendiri menyediakan rumah sewa percuma dan segala keperluan rumah/kos pengajian untuknya, sebab kemungkinan besar mualaf itu akan dihalau dari rumahnya sehelai sepinggang kelak.
Alangkah baiknya jikalau mereka yang mendesak mualaf itu sendiri menemani mualaf itu dan memberi sokongan moral serta perlindungan kepadanya tatkala dia menyatakan pengIslamannya kepada ahli keluarga.
Alangkah baiknya jikalau mereka yang mendesak itu menawarkan kepada mualaf itu sebuah keluarga angkat beragama Islam yang dapat menjadi tempat mualaf itu menumpang kasih tatkala dia dibuang keluarga sendiri.
Bolehkah kesemua itu dilakukan oleh mereka yang suka mendesak?

Hairan saya.
Mengapa ada pihak yang begitu keras dengan mualaf/saudara baru itu sedangkan di luar sana,
....bilangan mereka yang mengaku Islam tetapi terang-terangan menghirup air najis di kelab malam dan pub tidak dihiraukan?
... wanita lahir Islam yang berpakaian ketat dan tidak menutup aurat tidak dipedulikan?
... mereka yang tidak solat Jumaat tidak ditegur?

Kita perlu ingat, kita masyarakat Timur yang telah diasuh untuk menghormati ibu bapa dan institusi keluarga. Kita diajar untuk taat pada ibu bapa. Tidak seperti di Barat yang lebih individualistik[pada pendapat saya, salah satu faktor mengapa Islam berkembang pesat di sana berbanding sini]
Oleh itu, kita perlukan masa dan cara yang sesuai untuk memberitahu keluarga tentang pertukaran agama anutan. Kita akan dituduh tidak menghargai pengorbanan dan kasih sayang keluarga membesarkan kita kerana telah memilih agama Islam, agama yang paling banyak disalahfahami oleh masyarakat nonMuslim. Kalau tersilap langkah dan tersilap kata, mereka bukan sahaja akan membenci kita yang Islam tetapi turut membenci agama Islam.
Sukar dilakukan?
Tentu sekali.
Oleh itu tak perlulah mendesak, lebih baik doakan agar dipermudahkanNya.


Jikalau nak rasa bagaimana susahnya memberitahu, cuba bayangkan anda ingin bernikah dengan pilihan sendiri tetapi ditentang hebat oleh ahli keluarga, termasuk ugutan dibuang keluarga?
Mahukah diteruskan juga?

14 comments:

  1. Terima Kasih kerana berkongsi kak. Teruskan menulis ya.

    ReplyDelete
  2. Saya terbaca kesah ttg 2 sahabat akrab sepanjang bangku sekolah yg saling berkunjungan spt adik beradik...seorang Melayu, yg lg 1 itu Cina. mereka berpisah & putus hubungan pabila Lim berhijrah ke USA.

    Selepas 20 tahun mrk bertemu di tanah air, seraya berdakap2an serta menangis.
    Cuma ada 1 lg peristiwa yg menarik.....

    Lim kini telah memakai nama Ahmad Zulfikar Lim sejak 5 tahun yg lalu. Lim meluahkan perasaannya kpd sahabatnya..."Mengapa kamu tergamak menyeksakan aku??? Mujurlah aku tdk mati sebagai non-Muslim!!!"

    Rupa2nya, Lim begitu terkilan sekali kerana sahabat karibnya tdk pernah mendedahkan kpd.nya ttg Islam & kebaikannya, wlpn mrk brkawan rapat begitu lama. Lim mula2 mengetahui ttg Islam hanya di USA, & akhirnya diIslamkan oleh bekas paderi Kristian di USA.

    Jadi, sdr2 sekalian. Janganlah simpan agama agung ini utk kita shj. Islam bukan milik kita shj. Ramai sekali non-Muslim yg berhati baik di M'sia ini yg tdk tahu langsung ttg Islam, melainkan fitnah yg didengari oleh mrk dari sumber2 yg tdk btggjawab....

    Alhmdllah...Lim dpt juga mgIslamkn seorg lagi adiknya tdk lama kemudian!!
    Semoga ini mnjadi pengajaran kpd kita semua!
    wassalam.

    ReplyDelete
  3. @author,
    InsyaAllah... semuanya dengan izin Allah.

    ReplyDelete
  4. Salam nas,
    Saya tersenyum membaca komen anda. Benar, kalau difikirkan secara logik, saya sepatutnya boleh belajar tentang Islam daripada kawan-kawan sekolah saya yang 80% beragama Islam, tetapi mungkin ketika itu bukan masanya.Hidayah milik Allah tetapi kita masih boleh berusaha supaya tidak dipersoalkan perkara itu di akhirat nanti.
    Takut juga nanti Allah tanya,"Kami berikan kamu ramai kawan baik nonMuslim sepanjang hidup di dunia tetapi tidak seorang pun yang kamu dakwahkan tentang Islam. Mengapa tak ambil peluang itu?"

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Selamat Hari Raya kak

    Alhamdulillah reading your posts it feels as if you are standing up and speaking out for the rest of us.

    Nice comparison to the disagreed marriage part. I've seen it myself; the family says that marriage is 2 families coming together not just 2 people so need to consider the feelings of overall fam. Not to mention if parents dont agree, it's bound to be a disaser.

    But nevermind, we reverts will need to deal with it too on top of the reversion issue :P

    ReplyDelete
  6. Setiap org mempunyai tanggungjawab menyebarkan islam/berdakwah kepada masyarakat. Guru, kakitangan kerajaan, pekerja kilang hatta pencuci sampah sekalipun.
    Tunjukkan keindahan syiar islam seperti solat jemaah, menutup aurat, cara makan, pergaulan dll.
    Akhirat nanti kita x ditanya apa yg kita telah capai. Kita pati ditanya dengan "Apa yg kita telah buat untuk islam?"

    p/s: Kita adalah satu mata rantai perjuangan. Kita bukanlah pertama dan bukanlah yg terakhir

    ReplyDelete
  7. Salam Kak,

    Baik juga Kak berkongsi post ini kerana ramai orang di luar (lebih-lebih lagi born-Muslim) sana memang tidak tahu betapa serba salah kita sebagai revert mengatasi masalah memberitahu ahli keluarga kita, lepas tu cuba mengurus a mix-marriage life...

    Bukan perkara yang senang tetapi kita memohon agar bakal keluarga mentua pun memahami kesulitan kita ini... Bukan sengaja kita melambatkan pemberitahuan tetapi mencari cara dan masa yang lebih sesuai untuk memberitahu...

    Selepas mendesak kita memberitahu tetapi pada masa yang sama kurang memberi sokongan pula!!! Inilah yang saya alami sekarang...

    Ya Allah, saya berdoa agar ada juga hikmahnya kerana apa yang saya lalui semua ini sekarang hanyalah saya sendiri mengalami keperitan ini...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam abdalim,
    Just doing my best to help. The inspiration comes from Allah SWT, alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  9. joe penang,
    Saya setuju. Tapi sehingga kini, ramai yang anggap tugas berdakwah hanya untuk ulama dan ustaz, malah ada yang akan menuduh yang berusaha itu sebagai 'belajar tak banyak tapi nak tunjuk pandai' :P
    Agaknya sebab itulah ada Muslim yang menolak, dengan berkata bahawa mereka tahu sikit-sikit sahaja tentang agama sendiri.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam Sophia dan kawan-kawan lain,
    Bacalah blog sis Farah, The Rocking Hijab - my dad's turn, dan selamilah perasaannya :(

    ReplyDelete
  11. 1st time coming here and I find your articles very interesting to read. Selama ni ada la a few friends yang convert to Islam tapi tak pernah tergerak hati nak tanya depa kenapa, camne mereka dapat lakukan. Maybe taknak meyibuk kot, but I should have taken the opportunity to ask and know more. Sebagai orang yg dilahirkan Islam, I find myself and a lot of born Muslims out there take Islam for granted. Yang patut ditabik ialah orang macam Aliya yang terbuka hati untuk masuk Islam dan mendalami Islam dengan rela hati. You've inspired me to be a better muslim. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  12. Salams dear sis Aliya, you've got my 110% support for this entry. Haha. Yeap, the best is yet to come. Patience is all I need. Allah is watching, He knows the best. I don't need to explain myself any further. To others, you know who you are.. Stop pushing. It's stupid when you do that. It gets on my nerves and guess what's the outcome? I no longer look highly upon you. Do you not know that by forcing a newcomer to choose between his/her parents and Islam is already being unIslamic? Salah approach, termakan diri sendiri. Cuba nilai diri sendiri dulu? Tanggungjawab ke atas diri sendiri pun tak terlaksana, ini pula nak sibuk jaga kebajikan saudara baru kononnya amanah? (alasan basi)


    I'm sure other newcomers felt the same way too. May Allah have mercy on us (the newcomers) I'm sure He'll grant victory to us at the end of the day. Patience is free, but you gotta love faith in order to be patient.


    p/s: To the newcomers, don't let 'these people' decide your life for you. I've been there, done that. I've seen better days so I don't think I need another drama causing chaos in my life and my family? Cause we're the one who's facing this in life, and it has nothing to do with them. Allah is with us. ISLAM is simple and it should be that way, but the thing is, there are 'these people' who are the ones that are constantly complicating things to blind you. ISLAM has always been beautiful and will always be. Follow the light, don't tie yourself around people and things.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak Aliya,

    I think one of the big problem is..orang sekeliling tidak boleh dipercayai..kita dah kata jangan beritahu orang tp makin ramai yg tahu. kita belajar Islam secara rahsia tp orang2 Islam yg tahu sebarkan sesama mereka. Bawa masalah pada mualaf bila family or kawan2nya tahu pada masa yg mungkin belum sesuai. We need time to reveal our reversion.

    ReplyDelete